Wednesday, July 18, 2012

Parcel

Salam...

Selalunya lepas siram pokok atau jemur kain saya akan tengok letter box kalau2 ada surat, tapi semalam tak ingat langsung. Hubby balik dari kerja pun mungkin tak buka sebab dia tahu saya yang selalu ambik. Pagi tadi selepas siram pokok saya pun ke letter box, tengok kat dalam ada satu surat tapi pos laju. Bila baca tengok tarikh semalam pukul 10.30 pagi, ada parcel yang dikirimkan. Besar kemungkinan waktu itu saya berada ditingkat atas mengemas atau kat bilik air sampai tak sedar ada pos laju datang.

Surat tu Mimi yang punya, saya dah boleh agak isi kandungan parcel tu sebab sebelum itu saya dah baca n3 dia. Mimi pulak tak beritahu yang dia ada order barang yang dibeli dari on line kalau tidak bolehlah saya jadi penunggu pintu. Nampaknya terpaksalah esok hubby kena ambik dari pejabat pos yang diarahkan. Mimi... ooohhh... Mimi......................

gambar dari google


Tuesday, July 17, 2012

Ghairah...akhirnya Terkilan...

Salam...

Hari Ahad lepas saya dan hubby menghadiri kenduri kahwin anak jiran lama. Adik tak ikut sebab sukan kat sekolah dia agak lambat habis. Sampai kat majlis kami terus dijemput makan, selepas makan dan bersembang sekejap saya pun minta diri untuk balik. Disebabkan kami tidak ada rancangan lain saya mengajak hubby ke Jakel Shah Alam sebab saya nak mencari sheer untuk langsir di slidding door.

Sampai kat Jakel orang begitu ramai maklumlah hari Ahad lagi pun minggu depan sudah mula berpuasa. Di Jakel pula selain kain ela, baju yang sudah siap dijahit pun banyak dijual. Sempatlah round kat ground floor tengok2 baju untuk si adik. Cakap dengan hubby minggu depan nak datang lagi dan bawa adik untuk membeli baju dia. Harga baju2 kat sini pun berpatutan dan corak pun cantik2 belaka. Kebetulan pula tahun ini adik tak nak tempah baju macam tahun2 sebelum ini.

Selepas itu saya naik ke tingkat atas untuk mencari sheer tapi sudah tergoda pula dengan cadar yang melambak kat atas lantai. Cadar itu jenis patchwork dan bunganya pula style English. Pilih punya pilih tertangkaplah satu, pada hal bulan lepas baru aje membeli 2 set cadar(queen) bersama comforter dan 4 set single bedsheet untuk anak2. Cadar2 itu belum digunakan lagi dan masih didalam plastik. Tertarik  pada cadar itu sebab colour dan bunga yang comel manakala bedsheet yang dibeli bulan lepas bercorak abstrak.

Beli bulan lepas...

bedsheet with comforter

single bedsheet

Beli hari Ahad...

patchwork

English

 Dah masuk ke kereta kami bercadang untuk makan di luar aje tapi sudah dekat dengan waktu maghrib. Dipertengahan jalan kami berjumpa dengan surau di sebuah taman perumahan. Masa sampai dah habis azan tapi dalam hati masih punya banyak waktu. Saya ke tandas dulu lepas itu pergi ke tempat mengambil whuduk, waktu itu para jemaah sudah memulakan solat.

Habis mengambil whuduk saya naik menuju ke tempat solat muslimah dan mencari telekong, kebetulan hari itu saya tak bawa seperti biasa. Habis saja mengikat tali telekong jemaah sudah nak memulakan rakaat ke tiga. Saya pun terus masuk saf dan solat bersama para jemaah. Habis Tahyat Akhir tahu apa yang berlaku........................saya memberi salam (macam tak biasa dilakukan)...........masa salam pertama hati sudah berdetik........... apa yang aku buat ni..............akhirnya teruskan salam ke dua dan berdiri untuk mengulangi semula solat maghrib 3 rakaat bersendirian. Setelah selesai sempatlah juga mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam.

Sampai kat kereta airmata dah mula nak mengalir, rasa hiba sebab tak dapat bersolat berjemaah sedangkan peluang itu sudah didepan mata. Hubby menasihatkan supaya bersyukur sebab niat sudah ada dan dapat pula bersolat disurau walau pun tidak berjemaah.

Thursday, July 12, 2012

Johore...tak pernah jemu

Salam...

Acik Erna, Nieda, Kamariah Awang, MulutPayau, azi, sal, cikmanggis terima kasih... kalau ada masa pergilah melawat JPO mesti terpikat dengan barang yang ada kat sana. Buat kakzakie insyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa. Betul kata kakzkie kalau di JPO pengunjungnya ramai orang Singapore maklumlah tukaran wang yang agak tinggi lagi pun tak jauh dari negara mereka.

Johore terkenal dengan banyak tempat makan yang sedap2 seperti Restoren Singgah Selalu, Senibong, steam boat di Dataran berhampiran dengan Dangga Bay, Setulang, kacang pool di Larkin, Tanjung Piai, nasi bryani di Batu Bahat dan banyak lagi. Setiap kali saya ke Johore tempat wajib makan ialah Restoren Singgah Selalu, nama restorennya pun dah singgah selalu. Makanannya memang sedap2 belaka, menu yang tak pernah miss ikan steam limau dan daging black pepper. Semua makanan di taja anak bujang saya, tapi sayang tak dapat habiskan sebab order terlalu banyak. Sebelum makanan sampai kami makan otak2 (wajib makan) dan buah2an. Terima kasih buat abang kerana selalu belanja mama, itulah kelebihan anak bujang saya,  setiap kali saya bertemu dengannya atau dia balik ke Kl, sebut saja nak makan apa/dimana dan berapa kali pun dia akan tunaikan dan tak pernah berkira atau merungut.

Saya tak dapat banyak berjalan ke tempat lain sebab banyak masa dihabiskan di JPO, cuma selepas sarapan pagi sempat pergi ke Angsana komplek sebab nak mencari kain ela. Nasib baik di sini ada Euro Moda dapatlah saya membeli untuk dihadiahkan pada seseorang. Saya makan mee rebus yang selalu disebut2 di foodcourt Angsana tapi saya rasa dah kurang sedapnya kalau dibandingkan dengan mee rebus Pak Tam di  R&R Tapah. Tengaharinya kami makan di JPO foodcourt tapi sebelum order hubby pergi ke  kaunter pertanyaan untuk mendapatkan ke sohehan halal makanan yang dijual disitu.

Walaupun masa agak ketat tapi sempat juga anak bujang bawa saya untuk menunjukkan tempat dia bekerja. Sudah 3 bulan di sini selepas berpindah dari Kulim. Cantik tempatnya berdekatan dengan laut dan juga tempat membaiki kapal. Paling seronok Lego Land juga tidak berapa jauh, bila saya lalu lalang dah nampak bangunan yang dibuat dari lego banyak yang sudah siap. Teringat masa anak2 saya masa kecik bila main lego saya selalu bising sebab bila terpijak punyalah sakit. Selain tempat makan yang sedap2 satu lagi tempat untuk dilawati menggamit saya untuk datang lagi. Sememangnya Johore banyak tempat2 yang memanggil kita untuk datang melawat.

projek yang dikendalikan anak bujang saya,ambik dari jauh tak berani dekat
bersebelahan dengan tapak projek
satu lagi kapal yang sedang dibaiki
bangunan unik yang sempat saya ambil


p/s: tengoklah anak dara saya Mimi (cetusankasih) dah tayang handbag yang saya hadiahkan pada dia. Singgah Melaka masa balik dari Johore untuk serahkan handbag tu.


Tuesday, July 10, 2012

JPO

Salam...

Buat blogger dan semua rakan2 semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih buat makchaq, azi, Acik Erna...alhamdulillah cepat sedar, saniah...kadang2 kita terlalai kan tapi harus berhati2 jangan sampai benda yang tak diingini berlaku. Malulah nak tunjuk pada Nieda sebab barang tu biasa2 aje. Benda yang kita anggap remeh boleh membinasakan...betul kata JunAina. Salam Tinie...memang selalu terjadi macam itu, apa orang kata instinct. Dah keperluan ma (Kamariah Awang) memang wajib diganti kalau tidak nanti selalu pulak makan nasi lembik hahaha...Salam ummu...lama tak berkunjung...harap ummu sihat dan bahagia...alhamdulillah tak jadi apa2.

................................................


ihsan google

Saya dah sampai kat sini, seronok sangat dapat menjamu mata dan dapat beli sedikit barang yang termampu. Walaupun 2 hari saya di sini tapi ada juga outlet yang saya tak sempat nak masuk. Bila nak cari barang saya, hubby pula nak mencari barang dia, terpaksalah beralah sebab nak juga tengok takut tak sesuai. Yang terlebih shopping adik walaupun dia dah pernah ke sini dengan Mimi.

Di JPO barang yang dijual semuanya barang branded, kalau kat shopping komplex atau kat butik harga barangannya memang mencecah 4 angka. Tapi disini kita boleh dapat dengan harga yang begitu murah. Sesetengahnya boleh dapat lebih dari 50% terutamanya handbags dan jam. Sesiapa yang teringin nak beli barangan berjenama yang kalau kat luar ribu riban harganya datanglah ke sini. Ada juga saya dengar orang yang datang mengatakan barang2nya agak mahal, tapi jika dibandingkan dengan harga diluar jauh lebih murah sebab barangan disini berjenama dan banyak yang imported. 

sukanya dia

Alhamdulillah...............................




Friday, July 06, 2012

Hangit satu rumah

Salam....

Petang semalam kat dapur ada bau macam burning smell. Kebetulan saya baru aje masak nasi menggunakan rice cooker. Puaslah cari dari mana punca bau yang semakin kuat. Akhirnya panggil adik tolong carikan. Last2 adik kata dari rice cooker saya. Baunya semakin kuat takut jadi benda yang tak diingini terus off plug dan angkat bowl tenggek kat stove. Jadinya masak nasi atas stove tapi nasi jadi lembik sedikit.

Call hubby bagitau apa yang berlaku, kebetulan juga hubby memang ada kat kedai electric Harvey Norman sebab nak beli sterika yang jatuh tempohari. Kalau ikutkan kat rumah ada satu lagi sterika yang agak kecik tapi adik tak suka. Katanya kalau guna sterika kecik baju yang digosok kurang licin berbanding yang besar. Sebenarnya adik malas nak menekan sterika bila menggosok sebab itulah dia nak yang besar dan sedikit berat.

Kebiasaanya kalau nak membeli barang yang macam itu saya yang lebih suka membuat pilihan tapi disebabkan dah terdesak terpaksalah hubby yang beli sorang2. Walau bagaimana pun rice cooker dan sterika yang dibeli menepati cita rasa saya. Terima kasih buat hubby yang tak pernah lokek/berkira bila bab membeli apa jua keperluan pada bila2 masa saja. Syukur alhamdulillah.

p/s: Sabtu dan Ahad i'm away...nak mencari apa2 yang mampu untuk dibawa balik dari JPO.

Wednesday, July 04, 2012

Terharu Dan Terkejut

Salam...

Terima kasih buat blogger2 dan rakan2 yang sudi singgah....
Buat azi... salam sayang dari kak Zai...Amin, terima kasih atas doa. InsyaAllah bila dah sihat nanti banyak benda yang kena qadha.
Salam cikmanggis....terima kasih. Kalau masak sendiri kita dahulukan dengan puji2an pada yang maha Besar lepas tu masak dengan hati yang ikhlas itulah sebabnya apa yang dimasak menjadi lebih sedap.
Salam Acik Erna...dengan doa yang Erna berikan disertai pula dengan usaha yang sudah saya lakukan mudah2an ianya berhasil, insyaAllah.
Nieda...ada orang rindu rupanya, terima kasih...tak ada apalah...  cuma cerita2 biasa saja yang kak Zai coretkan.
MAMASYAZA...terima kasih sudi singgah. Kalau masak sendiri kita boleh tokok tambah apa yang kita suka, itu sebabnya rasa masakan jadi lebih sedap.
Nida...terima kasih, dah nak balik ke tanah air ke? semoga kepulangan Nida dan suami nanti akan bertambah lagi para ilmuan yang dapat mencurahkan ilmu dan bakti yang telah ditimba semasa diluar negara.

................................................

Kelmarin saya dapat menghabiskan bacaan Quran (qatam) yang entah ke berapa kali, saya pun tak tahu sebab bila dah habis saya ulang semula. Rutin harian saya selepas solat Zuhur saya akan mengaji Quran, kebiasaan orang mengaji lepas maghrib sementara menunggu waktu solat Isyak tapi saya berlainan. Selepas Zohor adalah waktu yang begitu panjang buat saya itulah sebabnya saya menafaatkan mengaji. Saya tak berapa pandai dengan bacaan yang sedap didengar cuma suka mengulang dan membaca tafsiran untuk mengetahui apa isi kandunganya atau lebih tepat cerita tentang sesebuah surah. Alhamdulillah bila kita tahu serba sedikit tentang penceritaanya minat tu selalu datang untuk mengetaui dengan lebih lanjut.

Masa saya membaca 3Qul surah yang akhir air mata mengalir tak tahu kenapa, pandang Quran lama2 dalam hati berkata agaknya berapa kali lagi saya dapat habis membacanya. Setelah cium Quran simpan ditempatnya, buka telekong lepas tu capai H/P hantar sms pada hubby dan anak2 bagitau saya dah Qatam. Memang dah jadi kebiasaan setiap kali saya qatam membaca Quran saya akan war2kan pada hubby dan anak2 tujuannya supaya anak2 tidak melupakan Quran dan buat macam yang saya lakukan. Sesibuk macamana pun cukup kalau dapat membaca walau sehelai muka surat setiap hari.

Beberapa minit kemudian mesaj sudah dibalas tapi hanya dari anak2 tidak dari hubby. Fikir positive mungkin hubby sibuk dengan kerja agaknya, sampailah ke petang bila hubby balik adik membuka pintu terus memanggil saya supaya cepat datang menyambut hubby. Rasa terharu walaupun barang yang hubby beli  cuma benda biasa2 aje tapi cara dia menghargai apa yang saya dah lakukan cukup menyentuh hati. Bukan barang yang berharga mahal tapi cuma ini....

 favorite saya
ice-cream

Terharu sebab suapkan hehehe.........
 ........................................................

Selepas makan malam kelmarin saya dan hubby baring atas tikar sambil tengok tv. Tiba2 angin kuat menolak langsir dan kebetulan sterika diatas ironboard yang diletakkan adik ditepi tingkap jatuh dan berkecai hanya beberapa meter dari tempat kami baring. Terkejut sangat2 sebab kalaulah sterika itu jatuh menghempap ke kepala tak tahu apa akan jadi, dahlah sterika tu besar. Syukur sangat2 Allah swt melindungi kami dari bencana yang tak disangka2. Ianya menjadi pengajaran dimasa akan datang jangan sesekali meletakkan apa2 barang yang berdekatan dengan tingkap. Alhamdulillah.................


Monday, July 02, 2012

Rindu Dengan Masakan

Salam...

Terima kasih pada semua blogger yang sudi singgah dan maaf saya pinta pada semua rakan2 sebab tak dapat BW dan meninggalkan comment. Insyaallah jika masa dan kesihatan mengizinkan saya akan menjengah ke rumah kalian. Terima kasih juga pada azi, Acik Erna, saniah, kakzakie, Nieda, Deru ombak, sal, ibundo, ainnoraini, Kamariah Awang dan MulutPayau diatas keperihatinan kalian. Semoga kehidupan semuanya diberkati oleh yang Maha Esa. Amin.

Saya masih lagi buat rawatan dengan tabib cina selain mendapat rawatan dari hospital. Alhamdulillah sakit tulang belakang ada sedikit perubahan. Tak banyak kerja2 yang dapat dilakukan dan banyak masa diluangkan dengan membaca buku2 ilmiah untuk menghilangkan rasa kebosanan. Terpaksa meminta pertolongan dari orang lain untuk melakukan kerja2 rumah, masak pula jarang sekali cuma kalau ada anak2 yang balik. Selalu makan diluar atau beli saja lauk pauk dan masak nasi kat rumah. Sesekali kalau teringin nak makan masakan sendiri cuma masak yang ringan2 saja.

Pernah juga rasa kecewa bila makan atau beli makanan dari luar contohnya masa beli pizza kat PHD.Selalunya makan pizza kat restoren atau order saja tapi masa tu kebetulan lalu kat PHD terus aje beli dan bawa balik. Bila sampai kat rumah buka kotak dah lah pizzanya nipis, cheese pulak sedikit aje, pizzanya tak bertali2 pun kalau ditarik. Mungkin juga sebab harganya jauh lebih murah kalau dibeli 2 set berbanding  kalau beli satu saja.

Inilah rupa pizza yang saya beli......

dua perasa
macam lempeng
ini dari google

Terasa rindu untuk masak makanan yang selalu dimasak tapi keadaan masih belum mengizinkan. Mudah2an ianya tidak berpanjangan.

p/s: hari ini genap 26 tahun mak saya pergi menemui penciptanya...Al-Fatihah.