Saturday, May 05, 2012

MC

Salam...

Agak lama tak mengupdate blog gara2 kaki yang bengkak, membatasi pergerakan. Rutin seharian agak susah menjadikan malas untuk melakukan.

.
.
.

FM dari adik yang baru balik dari Hong Kong.


Salam sayang buat semua dan jumpa lagi.....insyaAllah.



Monday, April 30, 2012

Aktiviti Bersama Anak

Salam...

Weekend yang sibuk tapi bukan sibuk apa pun cuma sibuk dengan anak2. Anak bujang saya balik jadinya meriahlah sedikit penghuni dalam rumah ini.

Janjinya hari Jumaat nak balik, saya pun sibuklah nak masak makanan kegemaran dia. Cuba cal tanya apa dia nak untuk makan malam, "mama masak simple aje sebab tak tahu sampai pukul berapa". Saya pun ke pasar untuk mencari apa yang perlu dimasak, nampak labu kuning terus teringat nak buat gulai lemak sebab dia suka sangat dengan masakkan ini.

Tunggu punya tunggu tak juga tiba sampailah ke malam, bila hubby cal rupanya dia masih ditempat kerja. Rasa hampa sangat sebab tak dapat makan malam bersama dia. Hari Sabtu ingat nak pergi ke One Utama, nak cuci mata tapi cancel sebab dapat mesaj mengatakan anak dah on the way nak balik.

Saya masak western food... ayam panggang, mashed potatoes dan salad untuk makan malam kami. Tak sempat nak ambik gambar sebab dah kena sambar, macam bertahun2 tak jumpa makanan. Katanya masakan mama tak ada tolok tandingnya kat mana2 restoren hehehe...bodeklah tu. Saya teringat salah seorang kawan Mimi ada mengatakan goreng telor yang dimasak oleh maknya lebih sedap dari mana2 kedai atau restoren. Itu baru goreng telor haha...

Semalam hari Ahad pula kami ke rumah adik hubby yang baru mendapat cucu pertama, tumpang seronok sebab masing2 dah punya cucu, cuma saya aje yang belum ada. Malamnya kami anak beranak makan kat Chop n Steak kat Kampung Baru. Kali ini anak bujang pulak yang belanja.

Dah agak lama tak ke sini, restoren dia dah dibesarkan, dah ada tempat makan bersila dan ada ruang yang ber aircond. Pada saya makanan dia ada sedikit perbezaan dari yang dulu, lagi sedap sebelum ini. Daging dia agak liat tapi sos black peppernya memang sedap, sampai menjilat jari hihihi....Kami balik lewat malam terus tidur.....

di Kg baru
kaunter pembayaran

Restoren dia berbentuk sebuah kapal, didalam pun ada hiasan macam dalam kapal. Dulu masa saya datang ada pokok getah sempatlah saya menunjukkan pada menantu (masa diorang balik) bagaimana rupa pokok getah dan siap ada mangkuk disangkutkan dibatang pokok seolah2 susu getah mengalir.

Gambar ihsan dari google....

Friday, April 27, 2012

Dari Kelantan

Salam Jumaat...





Kuih dari Kelantan, rupanya tak berapa cantik tapi rasa dia ok juga. Kuih yang coklat dan ada putih kat atas dia rasa macam kuih kertas. Mungkin dibuat dari tepung pulut sebab rasa dia lebih kurang, cuma kuih kertas yang selalu saya beli agak nipis dan kering manakala yang ini agak tebal. Saya suka makan kuih kertas tapi belum pernah membuatnya.

Kuih yang kuning dan hijau tu pula rasa dia macam kuih bahulu tapi bau telur dia agak kuat. Mungkin sesetengah orang kalau kuih yang bahannya banyak telur ok aje tapi tidak bagi saya. Saya tak tahan bau telur sebab rasa hanyir, itu sebabnya kalau ada kuih yang menggunakan banyak telur jarang saya buat.




Thursday, April 26, 2012

Pokok Hutan

Salam...

Pernah tak tengok pokok macam kat bawah ini? mula2 saya jumpa kat Tasik Shah Alam, depan komplek PKNS, masa tu ada expo pokok2 bunga. Saya beli pokok yang macam gambar no 3 tu. Dahannya cuma satu aje, tak bercabang pun, harga dia RM30. Saya beli pula pokok tanduk kijang harga dia RM80, tanduk kijang berbeza dengan tanduk rusa, daun2 tanduk kijang naik ke atas manakala daun tanduk rusa jatuh ke bawah.

Harga pokok2 ini mahal sikit sebab tak banyak dipasaran dan susah dapat. Pernah tengok kat nurseri Sungai Buloh macam pokok ekor kucing saya ini harga dia RM300. Saya beli pun sebab pokok dia unik dan jarang2 jumpa. Bela beberapa bulan semuanya mati.

ekor kucing

rambut puteri (kalau tak silap)
tali kasut

Masa hubby bertugas di Kuantan, Pahang dia selalu nampak pokok2 ini di jual ditepi2 jalan. Suatu hari hubby jumpa orang asli lalu bertanya tentang pokok ini. Katanya pokok ini hidup didalam hutan tebal dan menumpang dipokok2 besar. Katanya lagi dia ada menanam pokok2 ini kalau hubby minat bolehlah datang ke rumahnya. Mungkin disebabkan dia nampak hubby begitu berminat dia sanggup membelah dan memberikan sebahagian pokok itu pada hubby. Alhamdulillah sekarang pokok itu dah hidup tapi susah sangat nak subur.

Pernah bersembang dengan seorang Dato' katanya pokok ini selalunya ada 'menumpang'. Seriau juga bila mendengar tentang pengalamannya, kononnya dia pernah terdengar suara perempuan menyanyi sambil membelai pokok yang dia tanam. Mula2 saya rasa nak buang tapi pikir balik mengarutlah.

Alhamdulillah sejak saya tanam belum pernah nampak atau dengar apa2 kejadian pelik berlaku dihalaman rumah saya.


Tuesday, April 24, 2012

Mesra... dan Rajuknya Dah Berakhir......

Salam...

Mula nak minta maaf pada saniah....kak Zai tak bermaksud begitu, maaf ya. Sebenarnya kaki wayang (ayat kat n3 lepas) tu lebih ditujukan pada diri saya sendiri masa muda2. Harap2 saniah tak berkecil hati ya.

............................................

Saya pernah berjanji nak ceritakan macamana saya boleh rapat dengan suami sepupu saya. 11 tahun yang lalu abang saya meninggal dunia secara mengejut, meninggal dalam bas hanya setelah 1 jam keluar dari rumah saya masa dia nak balik ke Perak. Dia dah tak boleh memandu kereta sendiri sebab menghidapi sakit jantung dan pernah buat bypass.

Bila polis menalipon saya dan memberitahu yang abang saya didapati meninggal dalam bas (merujuk pada number talipon rumah saya yang ada dalam wallet abang), saya betul2 panik. Orang pertama saya cal adalah adik dan sepupu. Adik bekerja di tengah2 bandar raya dan hari tu hari Jumaat dah tentu jalan jem sangat2. Jadinya suami sepupulah orang yang pertama sampai ke rumah sebab masa tu dia ada kat Bangi.

Disebabkan dengan keadaan dan perasaan yang tak tentu arah bila suami sepupu saya datang saya terus merangkul dan memeluk dia. Di bahu dialah saya menangis dengan sepuas2nya untuk melepaskan kesedihan. Agak lama 'adengan' tu berlaku sampailah saya di pimpinnya duduk diatas kerusi.

Dari hari itu kami mula rapat macam abang dan adik dan saya betul2 menganggap dia sebagai pengganti abang saya yang telah pergi buat selama2nya. Dari hari itu juga dia akan memperkenalkan pada sesiapa saja yang saya adalah adiknya. Kalau dia datang ke rumah nak kan sesuatu contohnya nak makan atau minum dia akan meminta pada saya walaupun isterinya(sepupu saya) ada disisi.

Pernah berlaku masa sepupu saya buat rumah terbuka masa hari raya, adik bongsunya langsung tak mahu menegur saya, mungkin cemburu sebab melihat kemesraan kami. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan saya dan menunjukkan muka yang masam. Ada juga saya cuba untuk menegur tapi dia melarikan diri. Saya faham perasaannya mungkin sebab kewujudan dia macam tak di hargai. Bertahun2 kami tidak bertegur sapa kalau ada majlis dirumah sepupu saya sampailah masa kenduri kahwin anak sepupu saya tempohari.

Kami memakai pakaian sedondon dan sudah ditetapkan tugas masing2, ada masanya kami terpaksa bertanya dan membuat arahan apa yang patut dilakukan. Masa tu baru dia mahu cakap sikit2 dan senyum2. Sampailah masa saya hendak solat di masjid berdekatan dengan dewan, dia datang  bersalam dan sempat berborak sebelum waktu solat Asar. Kami solat Asar bersebelahan dan berjemaah sama2 . Syukur alhamdulillah akhirnya dia dapat menerima saya sebagai ahli keluarganya.

Bulan 5 ini genap abang saya meninggalkan kami semua selama 11 tahun, semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama orang2 beriman, Amin.


Monday, April 23, 2012

Rezeki dan Kemahuan...

Salam...

Terima kasih pada rakan2 yang singgah dan meninggalkan jejak terutamanya pada Nieda, Nieza, azi, MulutPayau, ain. Ramai yang setuju kan... seronok menonton wayang bersama hubby. Sama macam saniah kaki wayang tapi sekarang kak Zai dah berkurangan sedikit. Acik Erna ...kalau tengok wayang kat panggung bunyi dia memang kita tak boleh control tapi itu yang membuatkan cerita dia  macam real. Kamariah Awang...memang banyak beza panggung wayang dulu dan sekarang kan ma. Sesekali tak salah kan kita berhibur tambahan pulak dengan anak2 lagi meriah kalau pergi ramai2. Apa2 pun terpulang pada diri masing2 untuk berhibur.

.............................................................

Semalam kakak saya dan anaknya datang ke rumah, mulanya nak masak untuk makan tengahari tapi adik yang tinggal kat Shah Alam dah ajak mereka makan kat rumah dia dulu. Jadinya saya jamu mereka dengan bubur kacang dan karipap untuk minum petang.

Tujuan mereka datang nak menghantar barang yang anak buah beli dari Cina. Dia ke sana atas urusan kerja tapi sambil tu sempatlah dia melancong ke beberapa buah tempat seperti Beijing, Shanghai, Xian dan lain2. Kalau dah melancong tentu ada barang yang nak dibeli untuk dijadikan ole2.  Kebiasaannya kalau sesiapa saja yang pergi melancong mesti tak tinggal FM, wajib ada. Selain itu ada juga barang2 lain yang akan dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah.

FM...Terracotta Worriors


Selain dari FM saya juga dapat runner yang sangat cantik sebabnya warna dia sesuai dengan sofa saya. Memang dalam perancangan nak membeli runner sebab saya dah tukar sofa. Tak tahu macamana anak buah boleh belikan warna yang sesuai sedangkan dia tak tahu pun saya dah tukar sofa, itulah kalau dah rezeki namanya...alhamdulillah. Terima kasih pada Nazuan, esok2 beli lagi ya...

sutera tulin
 saya lipat sebab panjang

Hubby pula selain shirt atau t-shirt selalunya dia dapat lighter atau ashtray, macam2 bentuk dan warna ada. Adik pula kali ini dapat handbag, bolehlah tukar2 kalau pergi jenjalan.

ashtray
 untuk adik

Nak cerita sedikit macamana saya terbeli sofa ini, masa pergi rumah adik kat Shah Alam bulan lepas dia mengajak saya ke Fella Design katanya ada sale. Dia meminta saya menemankan dia untuk mencari sofa tambahan untuk ruang tv dirumahnya. Saya memang tak ada niat untuk membeli sebab sofa yang ada kat rumah masih boleh digunakan.

Entah macamana saya terpikat dengan satu set sofa yang ada kat pameran tu tapi ada 2 dan 3 seatter saja. Fikir punya fikir akhirnya saya tergoda dengan tawaran yang diberikan dan kata salesman tu lagi sofa yang saya ada boleh di trade in. Mendengarkan pujuk rayu dari salesman saya pun setuju, masaalahnya kat tangan saya tak ada duit tapi ada duit plastik. Cuba cal hubby minta izin kalau2 boleh digunakan.Walaupun dia memberikan pada saya untuk digunakan tapi taklah sampai menggunakannya tak tentu hala, kalau boleh biarlah digunakan dengan cara berhemah. Itulah ceritanya macamana saya terbeli sofa baru hehehe.....

Bila sofa dah sampai tentu ada yang tak serasi kan...timbul pula masaalah lain, kena tukar langsir dan karpet. Itu pun kalau nak nampak cantik dan blend  hehehe..Nampaknya yang itu kena tunggu dulu insyaAlah dapatlah hendakanya ditukar sebelum raya...Masaalah perempuan....lagi dan lagi......




Saturday, April 21, 2012

Akhirnya....Dalam Sejarah.

Salam...

Setiap orang dari kecik hingglah selagi ada nyawa mesti ada hobi atau kegemaran. Mungkin masa usia muda hobinya lain dan bila dah meningkat dewasa atau pun dengan erti kata lain bila dah berumur mungkin hobi yang dulu tidak lagi diminati. Ada juga hobinya tak berubah dari dulu hingga sekarang walau pun tak dapat melakukan sekerap dulu tapi masih mencari masa yang terluang untuk melakukannya. Contohnya kalau orang itu suka memancing, bersukan, berkebun dan sebagainya.

Saya dan hubby masa muda2 suka menonton wayang sampai dah ada anak pun masih lagi, sanggup bawa anak2 sekali nasib baik anak2 tak meragam, anak2 macam faham aje hobi makbapak mereka. Hobi itu masih lagi berterusan bagi saya tapi tidak lagi bagi hubby. Kalau nak katakan saya masih ketagih tidak juga tapi lebih kepada kemahuan anak2. Hubby pula memang dah agak lama meninggalkan hobi ini. Kalau ada pun cerita wayang yang bagus dia akan beli cd dan tonton dirumah saja.

Saya hanya menonton cerita2 yang sesuai dengan saya dan anak2 maklumlah kita kena sedar yang kita bukan lagi orang muda. Selalunya kalau saya menonton hanya menemankan anak2 sebab saya lebih suka jadi peneman dari membiarkan anak2 pergi dengan kawan2.

Tapi hari ini ....................dalam sejarah.............

Malam ini setelah dipujuk rayu akhirnya my hubby bersetuju menemankan saya dan adik untuk menonton wayang ....BATTLESHIP. Menurut anak bujang dan Mimi ceritannya memang bagus dan menarik dan lebih elok kalau ditonton dipanggung wayang sebab soundtracknya lebih berkesan. Haha...break record setelah puluhan tahun my hubby tak tengok wayang kat panggung. Sesekali perlu juga ada entertainment kan.....jadi orang muda tapi ada bodyguard anak gadis kihkihkih..............

 ihsan dari mr google