Monday, October 24, 2011

Treat

Salam semua....harap semuanya sihat dan baik2 belaka. Lamanya saya tak mengupdate blog, 5 hari ke Bandung, lepas tu bila balik memunggah bag pula dan hari Ahad kelmarin ke Melaka untuk menghantar Mimi balik ke kampus. Badan masih terasa letih dan kaki pula masih tak hilang bengkak disebabkan terlalu banyak berjalan.

Isnin lepas kami ke Bandung bawa adik makan angin untuk merehatkan otaknya yang dah penat belajar ( ponteng 5 hari sekolah). Nak bawa dia pergi  tempat2 jauh tak mampulah pulak. Rasa kesian tengok dia mengadap buku untuk persediaan PMRnya tempohari dan sebagai menghargainya bawalah dia jalan2. Kata adik sepatutnya kena tunggu keputusan baru boleh dapat hadiah. Tapi tak apalah walau apa pun keputusan yang dia terima nanti saya redha sebab segala usaha telah dia dilakukan.

Dilain n3 nanti saya akan ceritakan percutian kami semasa di Bandung, insyaAllah.

Friday, October 14, 2011

Selera Kampung

Masak sayur kampung

pucuk ubi,petai,tempoyak dan bahan2 rencah

dah masak


Jiran bagi keledek.

talam keledek


Ambik recepi dari anymz, Saya c/p minta dihalalkan dan terima kasih. Kuihnya memang sedap.

Wednesday, October 12, 2011

Kenangan....& Orkid


 
Sebelum ni buai tu digantung dalam rumah sewa hubby kat Terengganu tapi sekarang buai tu digantung dilaman rumah saya. Setiap kali  hubby duduk mesti teringat pada arwah Amirul...kanak2 yang meninggal lemas yang saya catitkan pada n3 yang lepas, sebabnya hanya kerana arwah buai tu dibeli dan digantung kat dalam rumah. Setiap hari arwah akan datang ke rumah sewa hubby main game menggunakan hp hubby baring kat atas lantai simen. Malas nak bentang comforter terus beli buai ni. Disinilah arwah baring setiap kali ke rumah sewa hubby.
 
 masih ada

ihsan dari google

Dulu kami punya buai macam kat atas ni, yang kuning masih ada tapi buai kat bawah (gambar google) dah rosak. Sejak hubby gantung buai kat atas tu saya sekeluarga selalu bersarapan disitu dan kadang2 duduk bersembang berjam2 lamanya. Macam2 yang kami sembangkan tapi mulut hubby tak lepas bercerita pasal arwah. Kasihnya hubby pada budak yang berumur 8 tahun cuma bersama selama 4 bulan, tentu ada kelebihan pada arwah. Semoga beliau bersemadi dengan tenang disana...AlFatihah...


Orkid kembang ditaman






Monday, October 10, 2011

CHEESE KEK.....UMPHH.....

Jumaat pagi hantar email petang dah respon, malamnya talipon untuk mengesahkan yang menghantar email. Tanya betul ke alamat yang diberi. Hari sabtu CHEESE KEK yang diorder dah depan rumah. Tuan yang empunya blogger zcurly datang bersama kawannya, orangnya ramah dan senang berurusan.

 Dah lama saya nak order dapat dari blog wahida tapi memandangkan penghuni rumah saya cuma ada 2 orang nanti kek ni tak akan habis dimakan. Saya tunggu hubby dan anak2 berkumpul, bila semua dah ada saya pun hantar email. Bila kek dah ada kat depan mata anak2 teruja sebab tengok cheese yang melempah ruah. Saya pun dengan tak melengahkan masa terus potong dan makan ramai2. Perkataan  pertama keluar dari mulut hubby... SEDAP...yang jarang2 sekali disebut  bila dia makan kek yang ada cheese sebab dia tak suka cheese.


cheese melempah ruah

Tengoklah keknya dahlah cantik rasa pula memang sedap.... 2 thumb up....

Friday, October 07, 2011

Terima kasih...suri solehah

Salam semua....sibuk sedikit sejak akhir2 ni, tak tahu apa yang disibukkan sampai tak sempat nak buat benda2 yang kita suka. Bila dah malam terasa letih sangat walaupun ada juga berkunjung kerumah kawan2 tapi tak sempat nak meninggalkan jejak. Maafkan saya ...

Rasa terharu sangat bila ada rakan blogger yang bertanya ' ok ke ' walaupun hanya 2 perkataan.  Saya tak kaya dengan harta benda tapi kaya dengan rakan2 samaada yang nyata atau pun rakan dalam alam maya. Sangat2 bersyukur pada Allah swt menganugerahkan saya rakan2 yang mulia hatinya.Terima kasih banyak2 pada blogger suri solehah yang bertanyakan keadaan saya. Untuk menjawab soalan suri solehah, kak Zai sihat2 aje cuma agak sibuk buat seketika.

Adik saya baru balik dari Philipphines, kemana saja ole2 yang wajib ada untuk saya.



Monday, October 03, 2011

Doa

Kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan PMR esok semoga dipermudahkan menjawab semua soalan dan mencapai kejayaan. Amin.

Marsya & adik

To adik dan anak buah saya Marsya... GOOD LUCK.....