Thursday, August 30, 2012

Maafkan Saya....

Salam..............

Rasanya masih belum terlambat saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan2 blogger, khasnya rakan2 yang selalu meninggalkan comment di n3 saya. Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf jika terdapat kata2 atau penulisan saya yang menyinggung perasaan semua. Maaf juga saya pinta sebab tak berkesempatan singgah di blog kalian.

Raya tahun ini disambut dengan sederhana saja, dapat solat sunat hari raya dimasjid, petang nya ke rumah adik di Shah Alam jumpa ayah disana. Hari kedua balik ke Perak, ziarah kubur arwah mak dan kubur kedua2 mertua lepas itu ke Ipoh jumpa anak buah dan adik yang datang dari Taiping. Hari ke tiga dah balik ke Kl semula. Ramai rakan2 yang datang beraya ke rumah termasuk ahli keluarga.

Pada hari Selasa lalu saya ambik peluang pula mengikut hubby yang nak melawat projek di Terengganu,  nak beraya bersama dengan keluarga arwah Amirul. Seronok sekali bila dapat berjumpa, kami dijamu makan nasi dengan lauk pauk yang banyak sekali, penuh satu meja. Saya tak tahu nak cakap apa dengan kebaikan mereka sekeluarga. Sudah dijamu makan bila saya nak balik dibekalkan lagi dengan bermacam2 benda, hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan Encik Daud dan isteri.

Jumpa pula pekerja hubby di Jertih, dia pula membekalkan keropok kering untuk dibawa balik. Dan yang paling kelakarnya masa saya duduk di tepi bangunan pejabat hubby di Kuala Terengganu, masa tu hubby ada mesyuarat dengan pekerjanya didalam, seorang tea lady datang mengajak saya masuk tapi saya  menolak sebab lebih selesa duduk diluar. Dia pun turut serta duduk, banyak topik yang kami sembangkan termasuk hobi saya yang suka menanam pokok2. Kat taman tu saya nampak bunga raya berwarna putih, mungkin dia ingat saya minat lalu dia ke dalam untuk mengambil gunting dan memotong dahannya untuk diberikan pada saya. Ya Allah... ramainya saya berjumpa dengan orang2 yang baik dan ikhlas budi bahasanya, syukur dengan kurniaan...............

Sekarang saya dah berada dirumah, buat rutin macam biasa semula tapi minggu ini dan seterusnya mungkin agak sibuk sebab ada kenduri kahwin anak buah dan kenduri cukur jambul. Puasa sunat pun baru dapat buat 2 hari.

Tuesday, August 14, 2012

Kasut Raya

Salam...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi, sedih rasanya sebab tidak ada bulan yang boleh melipat gandakan pahala ibadah yang kita lakukan. Tentu rindu dengan suasana bersahur, jika hari2 biasa jarang kita bangun untuk makan pada subuh hari. Itulah kebesaran dibulan Ramadhan semoga ditahun hadapan kita masih diberikan peluang untuk menikmatinya, Amin...


Masa muda dulu kalau berjalan ke mana saja saya sentiasa melengkapkan kaki dengan kasut yang bertumit tinggi. Tak seronok rasanya kalau hanya memakai sandal tambahan pula saya adalah golongan orang yang tak berapa cukup tinggi. rendang hehehe....


gambar dari google

Lepas itu beralih pula ke kasut yang mempunyai tumit yang agak besar. orang sekarang panggil wedges. Lebih selesa jika dibandingkan dengan kasut yang bertumit halus. Kaki taklah melentik sangat sebab tapaknya lebih rata walaupun masih tinggi.


gambar dari google

Itu cerita dulu, sekarang saya langsung tidak dibenarkan memakai kasut yang bertumit. Ini adalah untuk menjaga tulang belakang saya yang membengkok. Rasa2 ok tak kalau memakai selipar dengan baju kurung? Mungkin ok untuk keselesaan tapi kurang menarik jika dibandingkan kalau kita memakai sedikit heels kannn...

Untuk hari raya ini saya beli juga kasut yang sedikit bertumit tapi rasanya selesa sebab sebelum ini saya pernah menggunakan sandal sebegini.

Inilah kasut yang saya beli untuk dipakai pada hari raya nanti. Gambar tak berapa terang.


kasut raya saya

sedikit bertumit

Friday, August 10, 2012

Tunjuk Samseng

Salam...

Setiap insan atau yang bergelar manusia wajib ada Iman, wajib/perlu ada Ilmu, tak kiralah kelulusan apa sekali pun, wajib/perlu ada budi bahasa, dan wajib/perlu ada sifat hormat menghormati. Saya bangkitkan perkara diatas sebab perlakuan seorang budak mentah (takdelah mentah mana, bulan 9 ni dah nak kahwin) cuba nak kurang ajar atau samseng dengan saya. Umur saya ini mungkin lebih kurang sebaya dengan mak dia aje.

Ceritanya begini...dah banyak kali terjadi, bila budak mentah ini memandang ke arah saya seolah2 macam nak menelan saya aje. Kebetulan pagi tadi saya tengah menyiram pokok, mata dia tajam dan menjeling memandang ke arah saya sambil memandu. Mulanya saya nak bersuara, nak tanya kenapa dia memandang saya macam itu tapi malas nak layan, budak mentah lagi pun bulan puasa lebih baik banyakkan istighfar...

Boleh dikatakan setiap hari dia akan meletakan kereta ayah dia berdekatan dengan pokok yang saya tanam diluar pagar. Jadi bila saya menyiram pokok2 tu terkenalah percikan air ke kereta dia. Mungkin itu yang menyebabkan dia marah setiap kali saya menyiram pokok. Semua sedia maklum setiap rumah teres ada disediakan poarch untuk meletakan kereta tapi keluarga ini menjadikan poarch untuk meletakkan buai dan tempat main cucu yang entah berapa orang. Dah tahu kalau rumah yang ditengah2 kawasannya tak luas apa salahnya kalau parking kat luar gate taklah sampai parking kereta kat tempat orang.

Memang saya akui tanah yang kat luar pagar bukan hak saya tapi kalau dah rumah saya corner lot saya berhak untuk menggunakanya, lagi pun saya cuma tanam pokok. Kenapa parking kereta dekat dengan kawasan rumah orang. Guna otak... kalau rasa kereta tak nak kena percikan air bawa masuk ke dalam rumah, simpan kat bilik ke. Setiap kali saya siram pokok dia mula tunjuk lagak dan samseng. Bukannya saya siram kereta dia cuma kena percikan air aje. Lagi pun kalau dah tahu rumah tak besar mana janganlah duduk ramai2 lepas tu susun kereta macam semua kawasan dia yang punya.

Saya tak nak besarkan perkara ini tapi kadang2 terasa macam kita ini pesalah yang melakukan kesalahan besar bagi mereka. Pernah sekali dulu kakaknya menyapa saya ketika itu saya sedang menanam pokok...'dah biasa ke buat kerja2 ini.'..huisss... tolonglah...orang pangkat besar pun suka menanam pokok untuk mencantikan kawasan rumah (taklah macam rumah mereka yang kering kontang) tak tahulah pulak kalau bagi mereka kerja menanam ini kerja yang selalu dilakukan buruh kasar sebab dia seorang cikgu mungkin tak layak buat kerja2 macam itu. Pandanglah cermin dulu baru kita menyapa orang yang belum kita kenal latar belakangnya.

Maaf...kadang2 beginilah cara hidup bagi orang yang baru nak merasa...lupa diri sementara...berpijaklah pada bumi yang nyata.........



Thursday, August 09, 2012

Semak Samun...

Salam...

Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan hari besar, iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Tentu ramai yang dah buat persiapan terutamanya kuit muih, mencantikkan rumah, dan macam2 lagi. Tapi saya tengah berperang besar dengan otak, siapa yang boleh bantu untuk kemaskan laman saya. Dah panggil dan berjanji dengan orang Indon tapi tak muncul2, orang bangla pulak tak nampak batang hidungnya di bulan Ramadhan ini. Nampaknya terpaksa jugalah mengharapkan simpati dari orang seberang yang sekarang ini dah pandai demanding. Kalau dulu kita suruh aje terus datang tak berkira sangat tapi sekarang banyak peraturan. Bayaran pula nak tinggi macamlah kerja yang diorang lakukan itu macam buat bangunan yang bertingkat2.

Sejak saya tak boleh buat kerja2 berat beginilah jadinya laman saya, tak berurus, harapkan siram dan kadang2 di baja itu pun jarang2. Nak harapkan hubby terlalu sibuk dengan kerja, adik pulak tak suka buat kerja2 kebun...hai nasiblah....Sayang kalau dibiarkan mati, dah banyak saya berbelanja kat pokok2 ini, beli tanah, beli pasu, beli pokok2, beli baja dan ubat serangga. Dari dulu saya memang minat dengan pokok2 tapi anak2 tak ada yang mengikut, bila kita minta tolong mereka kata mama tak payah susahkan diri, sedekah aje kat orang....Bagi saya macamana besar dan cantik pun rumah kalau tak ada pokok rumah macam tak berseri.

Ini pokok2 yang ada kat dalam pagar rumah saya, terbiar macam nak mati aje. Dekat luar pagar pun ada banyak.


kurang baja

kurang berbunga



kerja adik... getah paip berselirat, katanya senang nak guna tak payah nak lilit

planter box jadi semak samun dengan rumput




Kawasan luar pagar bersihlah sikit sebab orang yang potong rumput selalu datang, cuma pokok2 saja yang tidak dikemas kini.

Tolong sayaaa.................................




Tuesday, August 07, 2012

Merayau........

Salam...

Semalam ke Chow kit sebab hubby nak membeli barang untuk penambahan di surau berdekatan dengan rumah. Saya pun ambik kesempatan membeli barang2 dapur. Hubby cakap kalau ke Ikea beli benda ini juga masih tak cukup ke? Entah...saya pun tak tahu kenapa suka sangat menambah benda2 yang tak diperlukan sangat. Yang ada kat rumah pun tak tahu nak simpan kat mana. Barang2 tu bukannya mahal pun apa salahnya kalau kita simpan nanti bila diperlukan tak payah nak meminjam.

Adik tak berapa suka tempatnya...budak2 pergi ke kedai pinggan mangkuk dan segalanya,  manalah dia suka lagi pun katanya tak ada apa kat Chow Kit ini. Dia tak tahu satu ketika dulu tempat inilah yang paling popular dikalangan orang Melayu membeli segala keperluan sebab harga barang2nya amat murah. Tapi sekarang tempat ini sudah dimonopoli oleh orang Indon. Dulu masa duduk rumah lama saya selalu ke sini untuk membeli ikan dan sayur. Nostalgianya semua barang dibungkus dengan surat khabar dan diikat dengan tali rafia. Tapi semalam saya tak pergi pun ke pasar, leceh... banyak sangat complaint.


Chow Kit...gambar google

Kenangan...Arwah Sudir pernah membuat pertunjukan di kawasan ini...

Setelah barang yang dihajat dapat dibeli kami ke Masjid Jamek di Kg Baru untuk menunaikan solat Zohor. Paling best saya dapat bubur lambuk yang terkenal seanterio negeri hehehe....Alhamdulillah dapat juga merasa walaupun sudah lebih setengah bulan kita berpuasa. Susah nak dapat bubur lambuk sesedap di Masjid Jamek. Pernah beli ditempat lain tapi tak sama rasanya cuma masa pergi ke bazar di Kelana Jaya tempohari ada persamaan sedikit. Juadah ini memang wajib bagi saya setiap bulan Ramadhan, feberet food.


bubur lambuk...gambar google


Selepas itu hubby mengajak ke bazar Melawati, tempat lama saya. Disana saya banyak membeli juadah untuk berbuka. Terdapat makanan yang jarang kita jumpa kat tempat lain, contonya saya beli tauhu yang disumbat dengan mashed potato yang dicampur mixed vege dan digoreng dengan telur, saya lupa namanya. Cara makannya di cicah dengan sambal kicap, sedap rasa dia. Kalau tidak taklah menimbun tauhu  tu kat gerai dia, mestil laku kannn...

Puas hati dengan pembelian kami teruskan perjalanan untuk pulang. Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberikan olehNYa...

p/s: Rasa badan kurang sihat, seram sejuk, tekak sakit, hidung berair mungkin sebab semalam agak terdedah dengan panas, selalunya kalau keluar dibawah naungan dan ada aircond.






Saturday, August 04, 2012

Alhamdulillah...Akhirnya....

Salam...

Bercerita pasal pak arab ini kadang2 naik menyampah pun ada (tak baik mengumpat bulan puasa) tapi ini adalah true story. Ada sorang student berkawan dengan pak arab sama satu uni bertahun2 lamanya. Tapi bila dah habis belajar dan dia balik ke negara dia, budak perempuan tu dia tinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Memang tak guna punya pak arab, kesian pada budak perempuan tu. Mudah2an Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, Amin.

Terima kasih buat lemongrass, Acik Erna, Kasihibu, ieda, Lady Lavender, cikmanggis, aNIe, syamimi, Nieda, Sonata anak kancil, azi, JunAina, Kamariah Awang, Kakzakie, Silversarina, saniah dan sal kerana sudi tinggalkan comment. Kita tinggalkan dulu kisah pak arab ni, kali ini saya nak cerita pasal student yang telah berjaya dan sudah pun kembali ke tanah air.

3 tahun yang lalu seorang ibu melepaskan satu2nya anak perempuan beliau belajar ke luar negara untuk mengejar cita2. Dia dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Leicester, Uk dengan tajaan kerajaan sepenuhnya. Kerinduan dan kesunyian terpaksa diketepikan buat ibu yang ditinggalkan ke seorangan. Dengan tabah anak ini belajar di samping berbagai2 dugaan yang dihadapi akhirnya sudah kembali dengan sekeping ijazah yang diidamkan. Kegembiraan seorang anak dan ibu terpancar bila si ibu dapat bersama2 semasa graduation. Gembira kerana anak telah berjaya dan gembira dapat menjejakkan kaki ke London untuk sama2 meraikan si anak.

Orang yang saya maksudkan adalah rakan karib Mimi juga penulis buku 'Oh London' dan dia juga adalah cikgu tusyen adik semasa tingkatan 3 (mengajar semasa bercuti). Orangnya simple tidak pernah meninggi diri dan bangga dengan pencapaian yang sudah dikecapi. Syukur alhamdulillah... aunty turut gembira dan mendoakan semoga Isha dapat mencurahkan segala ilmu yang dipelajari selama menuntut diluar negara kepada anak2 bangsa kita, amin.

p/s:  Hari ini saya berbuka puasa dirumah adik di Shah Alam...saya bawa kuih tepung talam, kuih cucur badak dan juga gulai lemak cili padi udang dengan belimbing.



Thursday, August 02, 2012

Gara2 Berjubah...

Salam...



Gara2 budak kat atas ini semalam memakai jubah pergi berbuka puasa di Restoren Saba, ada seorang pak arab sudah jatuh minat. Saya langsung tak perasan apa yang berlaku tapi saya tengok adik macam tak senang duduk, pusing kanan, pusing kiri, tunduk dan macam2 lagi. Maklumlah sibuk dengan suasana yang meriah, banyak makanan dan rasa macam nak rasa semua.

Sampai masa dekat berbuka puasa adik pergi ke tempat membasuh tangan, bila adik balik ke meja semula dia berjalan bukan main tunduk, risau juga takut terlanggar meja atau orang yang lalu lalang. Setelah duduk baru dia menceritakan pada saya apa yang berlaku. Rupa2nya ini pak arab dari awal kami sampai sudah pandang adik tak kelip mata, ikut adik pergi basuh tangan. Saya cakap pada adik buat tak tahu aje, sebab kalau dilayan nanti entah apa akan jadinya.

Dah habis makan adik sekali lagi pergi membasuh tangan dan masa ini saya sudah perasan dia ikut adik dari belakang. Saya hanya memerhati dan bila adik balik ke meja dia cakap pak arab itu sudah berani tegur. Kami buat tak tahu aje bila dia melintas langsung didepan meja sampailah bila nak pergi ke surau untuk solat maghrib dia sudah menunggu di tepi tangga. Saya dan adik hanya tunduk melintasi laluan berdekatan dengannya. Habis solat kami naik semula kebetulan hubby sudah berada di luar menunggu. Belum pun sempat kami ke luar sudah nampak pak arab berada dimuka pintu. Adik berikan dia senyuman dan angguk2kan kepala lalu beredar dari restoren itu. Masa nak seberang jalan saya toleh ke belakang dan nampak dia masih didepan pintu mengadap ke arah kami.

Nasiblah kau pak arab....

Adik masih kecil untuk dijadikan teman...kelonggaran hanya boleh diberikan setelah memasuki pengajian tinggi.





Wednesday, August 01, 2012

Rela Hati...

Salam...

Kelmarin Mimi bagitau masa dia pergi solat Terawikh kat sebuah masjid di Melaka selipar dia hilang. Puaslah dia mencari keliling masjid tapi tak juga jumpa akhirnya dia pasrah. Dalam hati dia berkata kalau betul2 orang yang mengambil seliparnya itu sangat2 memerlukan dia mengizinkan dengan rela hati. Sebelum ini saya dah banyak kali berpesan kalau pergi ke masjid jangan guna selipar atau kasut yang ada brand.

Hari berikutnya dia pergi lagi ke masjid yang sama untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Bila nak keluar dia nampak selipar yang hilang kelmarin elok aje terletak di tempat yang sama macam dia letakkan. SubhanAllah...itulah kebesaranNya....



gambar google...Mimi punya yang dihujung kanan


Hubby tak berapa approve beli brand ini walaupun hanya pada nama..............



 gambar google

Lain kali kalau sesiapa takut hilang ikutlah tip yang diatas............


Juadah berbuka semalam..........


 badak berendam




Pernah beli kat bazar Ramadhan...bila hubby nak makan dah basi. Semalam kerajinan datang saya pun menguli tepung dan jadilah badak berendam homemade.

Hari ini berbuka puasa di Restoren saba' CyberJaya.