Wednesday, April 29, 2015

Orkid & Pura Ulun Danu Beratan.

Assalamualaikum...


Mcm periuk kera





Saya jumpa orkid diatas dekat Ulun Danu Beratan. Cantik dan unik yang jarang2 boleh jumpa. Disini terdapat banyak pokok2 bunga yang ditanam disetiap penjuru. Mungkin disebabkan cuacanya yang dingin membuatkan bunga2 cantik berkembangan.

Dalam perjalanan kesini saya ternampak nursery orkid tapi sayang tak singgah. Hubby tak bagi singgah sebab kalau nak beli pun pokok2 tidak boleh dibawa keluar. Katanya nanti saya teringat2 dan tak habis2 bercerita tentang orkid tu. Kalaulah boleh dibawa balik dah tentu itulah barang yang saya angkut. Saya tak tahu kenapa pokok tidak boleh dibawa keluar terutamanya kalau menaiki kapal terbang.








Pemandangan disini sungguh cantik. Pura didirikan diatas tasik, dibelakangnya pula gunung ganang dengan cuaca yang berkabus dan dingin. Dimerata tempat bunga berbagai jenis dan warna berkembangan. Rumput karpet juga hidup menghijau. Terlalu indah untuk ditatap. Tidak hairanlah kenapa ramai pelancong yang suka berkunjung ke Bali.





9 comments:

Sura Mohd said...

memang cantik orkid tu...bestnya kak pegi Bali..:)

Kakzakie said...

Yelah Kak Zai cantik sangat. Kalau kakak pun macam Kak Zai juga:)

saniah ibrahim said...

cantik dan unik orkidnya kak zai,memang patut pun kak zai teringin sangt.

Acik Erna said...

memang tak boleh zai..masa kerja dulu pernah ahan poko orkid yang berbubga cantik..menangis2 pramugari tu..
kesian tengok..saya nak potong kan bunga je..nak bagi bunga ngan dia..merajuk dia tak nak bunga tu..tapi dah itu undang2 PQ nak buat camana

Sweetie said...

Bali mmg cantik tapi kalau first time pergi mmg kurang selesa bagi kita yang beragama Islam... di mana2 saja ada patung-patung dewa mereka.

Nooriah Abdullah said...

bestnya orkid tu kakzai, saya ada kat umah ni orkid tapi yg biasa saja, takde yg luarbiasa heee, best kan dpt jenjalan tempat orang, yang dlam gambar kanan tu ke cucu kakzai tomey lotey lah kalau mommy omputih kn, untung kakzai dpt cucu cute macam tu

hainom OKje said...

Kak Zai .....baru baru ni kebetulan abg ipar cerita pasal benda yg tak boleh dibawa ke Malaysia. Kastam akan buang termasuklah cite pasal pokok ni, kata abg ipar antara sebabnya takut penyakit pokok tu akan menular ke Malaysia.....samada logik ke tidak entahlah .....itu yg okje dengar .

aji nugraha said...

cantik sekali..........




















Jelly Gamat Gold G|Obat Asam Lambung Tinggi|

NEKCIK said...

Mmg Zai..klau malaysia..buah mangga takleh bawak masuk