Friday, June 27, 2014

Salam Ramadhan

Salam...

Buat semua rakan2 blogger dan juga yang mengenali saya selamat menyambut bulan Ramadhan.

P/s: sudah lima hari saya berada diluar kawasan.

Sayang semua...

Saturday, June 14, 2014

Limo di King's Park & Botanic Garden

Salam...

Semalan hubby call mengatakan yang dia telah selamat landed di Shanghai setelah tamat 6 hari menjalankan tugas di Tieling. Bandar Tieling agak jauh ke utara Cina dan ianya bersempadan dengan Rusia. Kata hubby lagi dia akan berada di Shanghai selama 3 hari untuk melawat bandar itu setelah penat menjalankan tugas. Terasa rugi pulak tak ikut kalau tidak boleh juga menjejakkan kaki ke Shanghai. Tapi tak apalah mungkin ada rezeki dilain hari.






Gambar diatas saya ambil masa jalan2 di King's Park, Perth. Belum pernah lagi tengok kereta sepanjang itu. Masa saya sampai dekat King's Park nampak ramai orang mengelilingi kereta itu. Ingat ada apa, bila sudah dekat rupanya kereta itu digunakan untuk membawa bride & groom. Saya diberi keizinan untuk mengambil gambar oleh salah seorang keluarga b & g, siap pelawa dekat lagi. Alhamdulillah walau dimana saya pergi selalu berjumpa dengan orang yang baik2 termasukalah bila saya nak menggunakan laman pejabat mereka untuk menunaikan solat.



Wednesday, June 11, 2014

Churros di Mandurah dan Fish & Chips di Fremantle

Salam...

Breakfast pagi ini roti bersama french fries. Tiba2 terkenang masa makan Fish & Chips di Cicerello's Landing, Fremantle, Australia. Ia adalah salah satu Restoran Fish & Chip yang terkenal dikalangan pelancong Malaysia dan satu lagi di Kaili's.

Tak boleh nak digambarkan betapa sedapnya makanan disana. Bukan sahaja seafood nya yang fresh, malah turut dihidangkan dalam portion yang besar. Sangat2 berlainan dengan yang terdapat disini. Fries yang dihidangkan panjang2 dan rasanya sungguh fresh. Sesiapa saja yang pergi ke Perth pasti tidak melepaskan peluang untuk makan Fish & Chips di Fremantle.

Adik bersama Fish & Chips dan Butter Prawn

Hubby yang excited bagi Fries dekat Seagull. Seagull tu sangat pantas menangkap Fries dan tiada satu pun terjatuh. Kagum kami melihatnya.


Kaili's Fish & Chips

Di Fremantle Harbour

Setelah kami menaiki cruise untuk menyaksikan Dolphine dan juga menyaksikan rumah2 mewah yang dikelilingi laut kami singgah untuk menikmati satu lagi makanan yang dipanggil Churros di San Churro, Mandurah. San Churro ni terdapat banyak cawangan bukan sahaja di Perth tetapi di serata Australia. Kalau di Malaysia mungkin macam kuih Cakoi. Ada dua perasa satu original dan satu lagi perasa Cinnamon. Churros dimakan bersama dengan choklat pekat yang mempunya pelbagai flavour. Rasanya memang sedap. Sesiapa pergi ke sana jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan ini.

Original & Cinnamon flavour bersama Dark, Milky & Caramel Dip

Ice Chocolate nya tersangatlah pekat dan sedap



Deep fried Churros

Selain daripada Churros, ada juga dijual Cookies dan Macarron

Terdapat juga Cake dan Muffin yang sangat menarik dan nampak sedap!




Thursday, June 05, 2014

Shopping di E Shed Markets.

Salam...

Saya nak bagi tahu kalau ada sesiapa yang akan bercuti ke Perth, Australia bolehlah pergi ke tempat yang pernah saya pergi untuk membeli souvenir. Nama tempat tu E Shed Market yang terletak di Victoria Quay berhadapan dengan Port Fremantle. Pemandanagn yang cantik dimana banyak kapal berlabuh. Jika sesiapa yang nak membeli gift seperti T-Shirt, FM, keychains, Australian craft, soft toys dan macam2 lagi pergilah ke market ini. Terdapat banyak kedai2 yang menjual barang yang boleh dijadikan cenderamata. Harga pun murah tapi kena pandai tawar menawar. Markes ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


dihadapan bangunan E Shed


Di E Shed Market terdapat banyak makanan halal dan tak perlu risau. Kami sampai agak awal dan kedai belum buka. Jadinya kami ber'picnic' di hadapan market dengan Sambal Tumis, Garlis Bread, Baked Potato Wedges, Roti dan Kopi Panas. Nikmatnya memang tak dapat digambarkan dengan cuaca yang sejuk (8degree). Semuanya disediakan dari rumah dan dimasak seawal 5am. Kalau di Malaysia takdanya nak bawa bekal ke market. Hehehe


Kakak dan Adik di laluan luar E Shed Market.

Salah satu kedai yang saya jumpa nama dia Megabes Products, kepunyaan seorang warga Singapore berbangsa Cina. Taukeh kedai ini bernama Simon, orangnya sungguh baik dan  peramah. Mulanya saya sudah menjelajah banyak kedai tapi harganya agak berbeza disini, jauh lebih murah dan bagi discount lagi. Menurut Simon kalau membeli barang dengan satu resit sebanyak AUD 300 lebih kurang RM900 lebih sikit nanti kalau pulang ke Malaysia boleh claim GST di Immigration dan akan dapat pulangan dalam RM100+.

Di Megabes Products, E Shed Market bersama Simon


Kilang kepunyaan Simon. Lambo tu kepunyaan anak Simon dan beliau menyediakan kemudahan sewa kereta untuk wedding. Kagum saya dengar kerana 1 family business minded. Sesetengah anak muda, bila parents dah jadi taukey, anak bermewah-mewah tapi tidak bagi family Simon. Beliau dan family sangat friendly dan humble. Sempat juga menghidangkan kopi panas Aik Cheong dan biskut Hup Seng dari Semenanjung. Malam tu kami terasa macam berada di kampung. Simon pula selalu menggelarkan dirinya Kampung Boy. Hehe (Gambar kilang Simon ihsan Google sebab kami terlupa ambil gambar selepas menikmati suasana kampung di Australia)

Saya mencari candy keluaran Perth namanya NOUGAT tapi kebanyakannya dalam pack yang kecil.  Hubby cuba bertanya dengan Simon dimana kami boleh dapat. Simon mengajak kami datang saja ke kilangnya yang tak berapa jauh dari penginapan kami iaitu di Malaga. Disini terdapat lebih banyak souvenir yang cantik, lebih murah dan sesetengah barangnya tidak dijual di E Shed Market. Bagi sesiapa yang tidak dapat datang ke E Shed Market, bolehlah ke kilangnya kerana ianya bukak setiap hari sehingga malam. Tujuan asal cuma nak membeli Nougat saja tapi diakhiri dengan memborong sekali lagi. Hehe...

Nougat ini ada dua jenis satu yang lembut dan satu lagi yang keras dan saya lagi prefer yang crunchy ni.





Di Perth harga nougat ini pun agak mahal. Masa balik saya sempat singgah di Airport Free Duty dan ternyata harganya berlipat kali ganda.



Tuesday, June 03, 2014

Multi Purpose Non Stick Cooker...new series

Salam...

Semalam saya ada tulis tentang multi purpose non stick cooker yang saya beli di Rantau Panjang, Kelantan. Pan ini adalah keluaran terbaharu, agak besar manakala yang sebelumnya agak nipis sedikit hanya untuk memanggang tapi yang ini boleh mengukus. Harga dia saya dapat RM225.00.
Saya minta maaf sebab ambik gambar kotak aje belum sempat nak mengeluarkan dari kotak lagi.
Inilah rupa pan yang saya ceritakan semalam. Harap Acik Erna dan Bunda puas hati ya.





Sebelum ini saya teringin nak membeli actifry, nampak mudah untuk digunakan. Saya mencari brand Tefal, agak lama juga saya mencari yang banyak brand Philips. Masa saya pergi ke One Utama Shopping Komplek nampak promoter buat promosi. Harganya RM999.00. Saya minat sangat sebab  warna hitam, warna yang saya cari. 

Kata hubby nak tengok harga kat Australia dulu sebab dua hari lagi saya sudah nak terbang. Memang betul harganya empat ratus lebih sikit saja jauh lebih murah berbanding disini. Cuma ada perbezaan sedikit kat sini ada bakul disediakan untuk mengukus tapi di Australia tidak ada.

Sayangnya masa itu yang ada cuma warna putih, kalau nak warna hitam kena tunggu seminggu lagi. Memang tak ada rezeki sebab ke esokkan harinya saya sudah nak balik ke Malaysia.

Gambar actifry ambik dari google.

Actifry

Function lebih kurang cuma yang diatas guna stove dan yang dibawah guna letrik.


Monday, June 02, 2014

Sibuk Dengan Jenjalan.

Salam

Salam sejahtera, salam sayang dan salam rindu buat semua rakan2. Harap semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat keberkatan dari Dia yang maha Esa, In Sha Allah amin.

Tak tahulah masih ada ke orang yang nak membaca blog saya sebab sudah agak lama menyepi.
Banyak sangat N3 yang sepatutnya saya update tapi disebabkan saya agak sibuk seketika, bukan disebabkan banyak kerja tapi sibuk dengan jalan2 yang tak berkesudahan hehehe...

Awal bulan Mei saya, hubby dan dua orang anak perempuan bercuti ke Perth, Australia. Kami disana selama 5 hari. Dapat tengok dolphin lumba2 dengan cruise, jalan2, shopping dan yang paling best dapat makan fish & chip yang paling sedap yang pernah saya makan. In sha Allah di lain N3 saya akan ceritakan percutian saya sekeluarga yang sudah basi ke Perth Australia.

Balik dari Perth kami ke Kelantan, jenjalan ke Rantau Panjang. Shopping lagi tapi tak banyak. Saya jumpa Multi Purpose Non Stick Cooker. Dah lama nak beli tapi tertangguh2 akhirnya jumpa yang new series. Lagi bagus selain boleh memanggang ianya boleh juga digunakan untuk mengukus.

Balik dari Kelantan saya ke Melaka menghantar adik untuk melanjutkan pengajian disana. In Sha Allah jika diizinkan adik akan menghabiskan pengajiannya disana untuk beberapa tahun. Selepas itu saya mengikut hubby ke Alor Setar dan terus ke Terengganu ikut jalan Grik atas urusan kerja. Singgah sekejap di Royal Belum menghayati Tasik Banding yang sangat luas. Kelmarin pula saya ke Melaka sekali lagi untuk menghantar barang keperluan adik.

 Bulan Mei yang agak sibuk dengan jenjalan tapi selepas ini mungkin kurang berjalan sebab anak2 sudah kembali dengan urusan masing2. Minggu depan saya akan tinggal ke seorangan sebab hubby akan ke Cina atas urusan kerja. Hubby mengajak saya turut serta tapi saya menolak, takut dan kurang minat.