Wednesday, August 26, 2015

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Tengahari semalam dapat berita Kakak kepada hubby masuk hospital. Hubby ambik cuti separuh hari terus pergi ke Ipoh. Sampai dihospital tengok dia bersembang dengan saudara mara yang datang menziarah. Bukan main rancak lagi walaupun suaranya kadang2 hilang.

Kami balik ke Kl pukul 7.30 malam dah salam2 dia lambai2 tangan. Pukul 4 pg tadi dapat berita dari anaknya kakak pengsan. Satu jam selepas itu dapat lagi berita mengatakan dia sudah tidak ada. Agak memeranjatkan juga sebab bila kenangkan masa kat hospital semalam rasa macam tak percaya apa yang berlaku. 2 3 kali saya bertanya dengan hubby sama ada berita yang dia terima benar.

Arwah dah sakit lebih kurang 3 bulan tapi tidaklah nampak kritikal. Menurut doktor dia mengidap kanser paru2 tahap 4. Adalah juga keluar masuk hospital tapi masih boleh menguruskan diri tanpa bantuan. Arwah tinggal dengan salah seorang anaknya dari anaknya bujang sampailah sudah berkahwin. Suaminya sudah lebih 4 tahun meninggal dunia. Alhamdulillah anak2nya semua berjaya cuma ada 2 orang lagi yang masih belum berkahwin.

Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



Monday, August 24, 2015

EP Tintin

Assalamualaikum....

Satu ketika kucing adik tapi abang yang bela sihat, cergas dan cantik. Ia dinamakan EP tinitin sempena nama asrama adik EP dan tintin sebab dia suka duduk dibawah kereta. Adik temui masa nak balik ke asrama selepas kuliah. Masa itu tintin kecik lagi. Dalam handbag adik sentiasa ada makanan kucing. Hari2 diberinya makan sampailah satu hari saya dan hubby datang ke Melaka untuk menjemput adik dan tintin balik ke KL.

Tintin yang bewarna kuning.

Setahun lebih dia melahirkan 4 ekor anak. Sekarang ke empat2 anaknya semuanya sihat. Puasa tempohari menantu nampak ada perubahan pada tintin. Selera makannya menurun dan badan menjadi kurus secara drastik. Bawa pergi klinik doc bagi ubat tapi macam tak berkesan. Berbagai usaha menantu lakukan bagi minum air zamzam , air kelapa dan macam2 lagi. Perut tintin dah mula buncit, badan lemah asyik baring aje.

Hari Jumaat menantu bawa ke verterinar UPM. Beberapa ujian dijalankan termasuk ambik darah dan sebagainya. Menurut doc penyakit tintin telah merebak ke paru2 dan makanan yang dimakan menjadi air yang membuatkan perutnya buncit. Bila berkeadaan demikian air yang dalam perut itu terpaksa dikeluarkan kalau tidak tintin tidak boleh bernafas.

Agak mahal fees rawatan tintin hari pertama dikenakan bayaran sebanyak rm365 dan akan menyusul setiap kali buat rawatan. Anak kata selagi tintin hidup dia akan pastikan tintin mendapat rawatan yang sebaik mungkin walau pun mengeluarkan belanja yang banyak. Mungkin sebab anak dan menantu belum ada rezeki untuk mendapat zuriat itu sebabnya mereka curahkan kasih sayang pada kucing. Kami semua berdoa semoga tintin cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. 

Akhirnya petang semalam tintin pergi juga. Walaupun ianya hanya seekor kucing saya, anak dan menantu menangis terutamanya adik teresak2 dihujung talian.


Sebahagian dari kucing peliharaan anak. Semua ada 10 ekor termasuk tintin.




Friday, August 21, 2015

Cempedak

Assalamualaikum....

Salam Jumaat...Syawal sudah berlalu. Zulkaedah pula menjelma. Ini bermakna orang2 yang menjadi tetamu Allah akan berangkat ke tanah suci. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan dipermudahkan.

Minggu lepas beli cempedak kat tepi jalan dengan harga rm8 sebiji. Buahnya nampak cantik. Menurut penjual kena simpan sehari dua baru boleh digoreng. Dah 5 hari masih belum ada bau. Bila buahnya dipicit rasa masih keras.



Saya sekeluarga suka makan goreng cempedak. Bila dah ada kat rumah tak sabar nak makan. Saya pun potonglah, punyalah hampa dahlah isinya tak ada busuk pulak. Penjual tu rekemen yang jenis baik dan harganya mahal sikit. Tak ada rezeki.... lebih baik beli yang dah siap digoreng dah tentu boleh dimakan terus. Rasanya kalau rm8 banyak juga kannn....






Wednesday, August 19, 2015

Petai.

Assalamualaikum...

Petai yang ada kat rumah separuh buat jeruk manakala separuh lagi buat sambal. Tinggalkan beberapa tangkai sebab hubby kata teringin nak makan gulai pucuk ubi campur petai dan tempoyak. Kena cari daun pucuk ubi baru boleh masak.




Hasil dari petai yang banyak sambal tumis ikan bilis nampak mewah petainya. Mula nak buat udang tapi tengok dalam fridge sudah kehabisan jawabnya buatlah ikan bilis. Nasib baik orang yang ada tiga orang kat rumah ini semua hantu petai. Masa breakfast mimi makan roti cicah sambal petai hehehe....Selesai satu mangkuk tak payah nak simpan dalam fridge.





Monday, August 17, 2015

Dusun

Assalamualaikum...

Pertama kali pergi ke dusun rambang mata tengok pokok2 yang lebat berbuah. Terutamanya pokok rambutan merah bergayutan. Tolong kumpulkan buah2an bukan main seronok lagi maklumlah tak pernah ada dusun.




Bila semuanya sudah dikumpul dan dimasukkan ke dalam guni dapat 3 guni semuanya. Pergi pulak ke pokok manggis sekejap aje dah dapat petik satu basin. Durian, jagung dan petai sudah disediakan sebelum kami sampai. Gelak2 bagitau dengan yang empunya dusun kami nak jual tepi jalan. Bila sampai rumah biasalah semuanya akan diagihan.



Pulut durian.



Nak buat jeruk petai.

Alhamdulillah rezeki dariNya.



Wednesday, August 12, 2015

Pemberian.

Assalamualaikum....






Dua minggu lepas saya bawa balik benda ini. Minggu ini tak tahu lagi. Mungkin buah sudah banyak yang masak. Orang ingat saya ada dusun kat kampung. Kampung sendiri sudah pun tergadai. Terbiar setelah penghuninya berhijrah. Setiap kali balik dari Terengganu booth kereta penuh dengan segala benda. Dari buah sampailah sayur2an.

Mula2 dulu rasa segan, setiap kali datang ada aje yang dikirimkan balik. Lama kelamaan sudah biasa, sudah macam kampung sendiri, sudah macam adik beradik. Jasa dan budi baik mereka tersangat mulia. Mereka seronok bila kita terima barang yang dikirimkan. Paling mereka suka bila saya kata barang yang dikirim saya agihkan pada kawan2 dan jiran2. Rumah saya tak ramai orang memang tak boleh habis. Jika dibiarkan ianya akan busuk.

Syukur alhamdulillah...Allah anugerahkan saya kawan2 yang baik hatinya. Jiran juga tidak terkecuali selalu memberikan saya makanan. Lauk dan kuih ada aje yang menghantar. Kadang2 saya cuma masak nasi sahaja manakala lauknya sudah ada pemberian jiran. Cuma adalah jiran sebagaimana yang pernah saya masukkan dalam N3 yang lalu. Yang itu saya buat tak tahu aje sebab ramai lagi yang masih baik dengan saya.

Mudah2an persahabatan kekal sampai bila2 walau dimana jua kita berada, in syaa Allah amin.





Monday, August 10, 2015

Acuan Canggih.

Assalamualaikum...

Kawan2 pernah tak tengok benda kat bawah ni? Alat atau acuan buat kuih cakoi tapi kuihnya kecik2. Masa saya pergi Perth, Australia tahun lepas adalah masuk kedai yang jual kuih yang lebih kurang sama tapi dipanggil churros. Acuan yang digunakan juga berbeza. Sekarang sudah tak payah guna acuan tangan.




Yang ini pulak acuan buat kuih putu mayam. Selalunya orang india yang buat kuih ini. Sebab itulah jarang dapat makan sebab orang kita jarang buat. Kuih ini dimakan dengan kelapa dan gula.




Orang Msia sudah bijak mencipta untuk kegunaan komersial.



Friday, August 07, 2015

Vitamin

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua kawan2.  Semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah swt.

Tiap2 hari saya akan mengambil vitamin terutamanya vitC. Vitamin yang saya gunakan adalah produk Shaklee. Rasanya sudah lebih 20 tahun saya sekeluarga mengamalkan produk ini. Dengan izin Allah juga saya jarang dijangkiti selsema atau demam. Kalau pun saya selsema menjelang ke petang tidak ada lagi. Mungkin vitamin yang saya amalkan membantu dari dijangkiti apa2 penyakit.

Saya ada masaalah sendi, pernah melakukan pembedahan kecil dijari tapi sekarang tidak lagi. Cuma sakit kaki masih ada cuma tidak serius sebagaimana yang selalu saya tengok orang lain. Faktor umur dan berat badan juga memainkan peranan. Umur sudah lebih setengah abad mustahil tidak ada sedikit penyakit pun.

Nak cerita macamana saya boleh terjebak dengan vitamin ini. Saya mengenali seorang kawan hubby. Beliau sungguh aktif dalam perniagaan Shaklee ini. Mulanya saya hanya menggunakan produknya. Bila kawan2 dan saudara mara bertanya saya rekemen pada mereka. Masa tu kalau saya tak silap dalam tahun 90an. Bila dah ramai yang oder melalui saya dapatlah bonus. Seronok juga dapat duit tambahan dalam masa yang sama kita gunakan produk tanpa bayaran. Bukan dapat free tapi gunakan duit bonus untuk membayar barang yang kita beli.

Dari situ saya mula aktif. Pernah dapat beberapa anugerah. Dalam masa yang sama saya menjalankan perniagaan dobi dan kedai runcit. Masa tu juga anak2 masih kecil. Banyak masa anak2 dijaga oleh pembantu rumah. Umur anak bongsu setahun dia menjalani pembedahan. Dengan waktu yang terhad saya tidak lagi aktif diperniagaan vitamin begitu juga perniagaan dobi dan runcit. Kedua2 kedai saya jual untuk menumpukan sepenuh masa pada anak dan keluarga.

Sejak dari itulah saya menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah bila anak2 dah besar banyak masa yang terluang untuk melakukan benda2 yang dulunya saya terlepas.



Ini yang saya amalkan, ada beberapa jenis lagi yang hubby dan anak ambil.




Tuesday, August 04, 2015

Semoga Kekal Selamanya.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah lebih 2 minggu kita beraya. Sana sini ada rumah terbuka, begitu juga kenduri kahwin.

Ahad lepas anak abang saya melangsungkan perkahwinan. Nikah buat dirumah manakala resepsi di banquet UPM. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.


Nikah



Selamat pengantin baru buat dr anis dan dr azlan semoga mahligai yang dibina kekal bahagia buat selamanya.