Saturday, January 29, 2011

Boleh...laaa...

Semenjak renovate rumah ni saya selalu membasuh kain kat self service laundry aje,tak dapat nak basuh kain kat rumah sebab habuk merata tempat dan washing machine pun sekejap di tolak ke tepi dan sekejap di tolak ke tengah.Kumpul kain kotor banyak2 lepas tu bawa pergi kat laundry, sekejap aje dah beres.

Selalunya  bila hubby dah hantar saya dan angkut kain kedalam kedai dia akan tinggalkan saya, kadang2 ada pelanggan lain adalah kawan untuk berborak. Semalam kebetulan tak ada orang hanya saya seorang kat kedai tu, selepas masukkan kain 2 load kedalam machine saya pun duduk termenung.Tiba2 saya dapat satu idea ...agaknya kalau saya buat business macam ni ok tak?

Dulu... dah lama dah... saya pernah buka kedai laundry tapi bukan yang self servive, kena ada pembantu dan sebagainya, rumit sikit tapi yang untungnya ramai jadi kawan selepas menjadi pelanggan tetap. Jual kedai masa tu pun atas sebab anak sakit dan kebetulan kakak yang menjaga kedai runcit terpaksa balik ke Perak sebab dia dah beli rumah sendiri di sana. Disebabkan kedai runcit lagi mudah menjaganya saya pun lepaskan kedai laundry.

Bila dah pasang angan2 macam2 dalam kepala, berkira2... boleh buat ke, kat mana nak buka dan entah apa2 lagi. Bila hubby datang nak ambik... dah tahu timing bila dah siap... saya pun bagitaulah angan2 saya tu.Nak tahu apa jawapan my hubby ...abang tak mau lagi isteri abang sibuk2 kan diri dengan business... duduk saja kat rumah...abang boleh bagi duit. Laaa... ke situ pulak... ini bukan masaalah duit tapi saya nak sibukkan diri sebab dah lama sangat tak buat apa2. Lagi pun business tu tak memerlukan kita sentiasa ada kat kedai cuma perlu dipantau saja.

Kadang2 rasa rindu bila teringat  masa dulu saya mengendalikan kedai . Masa tu anak2 diserahkan pada pembantu rumah sepenuh masa sampai ada yang pandai cakap indon.Ada masanya saya terlalu busy kat kedai sampai malam baru balik  kerumah.Esoknya pagi2 dah tinggalkan anak2, ada yang masih tidur dan ada masa juga sampai 2 hari baru  dapat jumpa sebab bila keluar rumah anak masih tidur dan bila balik anak dah tidur.Mungkin itu sebabnya hubby tak mau lagi saya membusykan diri  dan sekarang dia mahu saya menjaga dan mendidik anak sepenuh masa.


gambar dari google

Thursday, January 27, 2011

Neurologi

Semalam saya ke hospital buat rawatan lagi, kali ni jumpa doktor pakar Neurology pula. First time buat rawatan ni, teringat macam arwah mak buat acupuncture masa dia mengalami strok dulu.Cuma bezanya rawatan ini selepas di curent dengan alat yang canggih setiap lengan dan jari diukur dengan tape macam nak buat baju. Lepas tu sekali lagi kedua2 tangan di cucuk dengan jarum halus dan di curent semula. Bila readingya tak berapa tinggi tak terasa sangat cuma jejari saja yang bergetar tapi kalau mencecah ke 100 satu badan rasa rencatannya, sakit tapi boleh tahan. Ini lah rupa alat yang digunakan.

gambar google
 
Appointment minggu depan baru doktor beritahu saya samada perlu buat operation atau sebagainya.Sekiranya ada rawatan alternative saya lebih suka sebab kalau buat operation berapa lama saya harus berehat dari membuat kerja2 rumah.Dah tentu tangan ni direhatkan buat sementara waktu.


Nak tanya pada doktor Munir lah atau ada sesiapa yang boleh bagi cadangan.

Monday, January 24, 2011

Terima Kasih atas Ingatan

Abdul Latip Talib

Bukan main gembira lagi siadik tersenyum meleret lepas tu berjoget2, saya ingatkan dia menang contest ke rupanya dapat mesej dari Pak Latip. Pegang h/p turun ke bawah tunjuk yang pak Latip hantar mesej padanya bertanya khabar dan bertanya tentang persekolahan. Agak lama tak dengar cerita tentang pak Latip mungkin disebabkan sibuk dengan penulisannya.

Siadik adalah peminat tegar Pak latip, banyak buku2 pak Latip dalam simpanannya. Kalau sebut nama pak Latip banyak sungguh yang dia tahu tentang beliau. Tahun lepas masa pesta buku siadik tak dapat jumpa pak Latip walau macamana pun rezeki kakak dapat jumpa dan belikan satu buku untuk adik yang ditanda tangan oleh pak Latip. Kata adik kalau ada rezeki masa pesta buku nanti dia akan kesana untuk berjumpa dengan pak Latip.

Masa umur siadik 13 tahun pak Latip telah menghadiahkan sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya. Melompat keriangan sebab pak Latip hantar dengan pos laju. Ke hulu ke hilir di genggamnya buku tu, baginya hadiah pak Latip adalah hadiah yang paling berharga sebab begitu ramai peminat dan sibuknya pak Latip tapi masih mengingati tarikh lahir dia dan sempat meluangkan masa untuk mengirimkan hadiah.Terima kasih banyak2 semoga Allah murahkan rezeki dan memberi kesihatan yang baik buat pak Latip sekeluarga.



Friday, January 21, 2011

Cemas....sedih

Pagi ni sedang asyik berborak dengan hubby di laman tiba2 dengar panggilan yang mencemaskan...pak... ada benda meletup...kami berdua berlari ke dalam dengan keadaan badan menggigil, terus ketempat yang di arahkan, teringat gempa, tsunami dan macam2. Mulanya saya ingat ada kerosakan letrik, bila dah masuk dengar bunyi crack dan semua tiles yang ada di sekeliling bilik air tapi bahagian luar retak dan timbul. Menurut pekerja tu bila bunyi meletup serpihan tiles serentak naik keatas siling.

Badan menggigil bila tengok lantai terangkat seolah2 ada benda nak keluar dari bawah. Hubby mengarahkan saya keluar rumah tapi saya tetap berdiri dan saksikan benda yang tak pernah saya tengok.Saya berdiri dekat hubby sambil mulut terkumat kamit minta dijauhkan dari segala mala petaka.Sekeping demi sekeping tiles pecah dan bunyi crack masih kedengaran. Dekat 15 minit baru  bunyi crack hilang dan pekerja yang melakukan ubah suai segera mengutip tiles yang timbul dan pecah. Ianya bukan saja di sekeliling bilik air tapi sampai keruang tv. Memang luas... rupanya kawasan tu terdapat berair dibawah tiles. Kata hubby disebabkan lembab, pressure dan temperature membuatkan dia meletup dan retak.

Rasa nak nangis bila tengok lantai dah gondol yang tinggal hanya simen, nasib baik ia berlaku masa  kerja2 ubah suai belum selesai. Kalau tidak berapa banyak kerugian yang ditanggung. Harap2 tak ada lagi benda ganjil yang berlaku.

Ya Allah ampunkan dosa2 kami dan jauhkan kami dari sebarang mala petaka.

Thursday, January 20, 2011

Bagai nak Pecah

Barang2 di rumah saya bersepah macam kapal nak pecah dengan habuk sana sini .Itu keadaan yang dalam rumah, kat luar rumah pula penuh dengan pasir,batu bata dan seangkatan dengannya.Cukup melemaskan,kalau orang yang ada asthma memang dah semput dibuatnya.Itu yang membuatkan kalau nak buat renovation rumah kena fikir 2 atau 3 kali.

Ini adalah gara2 nak membetulkan dapur,bilik air dan membesarkan sedikit bilik. Sebelum berpindah dari rumah kami yang lama rumah ni disewakan,bila kami nak duduk 10 tahun yang lalu buatlah sedikit renovation, sebelum tu juga hubby sudah pun membeli rumah di Lembah Beringin.Tapi tak de rezeki rumah tu terbengkalai sampailah sekarang.Hubby pun membuat keputusan tinggal aje di rumah sekarang dan jika ada rezeki mungkin juga mencari rumah yang lain.Ada juga usha2 mencari rumah yang lebih selesa dan berkemampuan.

Sekarang rumah ini diubah suai lagi tapi cuma membetulkan bahagian dalam saja tanpa mengganggu gugat stucture luar. Kalau ikutkan umur macam saya dah punya rumah paling koman pun semi D,tapi tetap bersyukur sebab rumah tepi dan ada sedikit kawasan,cuma saya tak berapa suka tinggal disini sebab penduduk yang terlalu padat. Berbeza dengan rumah lama kami kawasannya amat tenang tapi masa tu tempat kerja hubby agak jauh dari rumah.Itulah sebabnya hubby membuat keputusan berpindah saja kesini.Teringin nak tinggal dikawasan rumah2 yang agak sunyi, dipenuhi dengan pokok2 tapi masih dalam bandar.Ada sapa2 nak bagi idea macamana nak dapat duit juta2 hehehe.....hubby buat projek billion2 tapi yang untung company.

Tuesday, January 18, 2011

Alahai Kerang

Pagi tadi selepas breakfast hubby ajak saya ke Tesco,rasa malas sangat sebab saya tak berapa suka berbelanja di Tesco lagi pun baru aje beli barang2 dapur kat Giant.Kata hubby kalau ada ikan dan sayur yang elok kita beli dan simpan tak payah beli selalu.Tak mahu mengecewakan hubby saya pun sarung seluar,t.shirt, touch up sikit muka terus jalan. Tak payahlah nak lawa2 kalau cuma nak ke Tesco lagi pun tak berapa jauh dari rumah.

Sampai kat Tesco hubby ambik trolley terus serah pada saya katanya ambik ajelah apa2 yang nak.Bab ni saya sangat suka sebab hubby serahkan kuasa untuk berbelanja,itulah specialnya my hubby dia tak pernah kedekut langsung kalau bab berbelanja.Sikap hubby yang suka memberi kuasa ni membuatkan isterinya suka membeli barang2 yang tak mustahak dan ada benda2 yang langsung tak dipakai atau digunakan.

Saya pun  dengan  lenggang kangkung menghayun trolly ke kiri dan ke kanan sambil fikir apa benda yang nak diambil.Sambil jalan nampak tomato,cili, dan kentang ambik dan timbang,barang2 lain semua dah beli masa pergi Giant tempohari, hubby pula pergi tengok ikan dan sayur.Masa jalan2 tu ternampak lah saya kerang terasa dah lama tak makan. Kerang sekarang kecik2 belaka tak macam dulu kerangnya besar2 cukup satu untuk satu suapan.Pikir punya pikir ambik ajelah tapi kalau kaut dengan senduk mesti banyak masuk yang kecik2. Saya pun dengan rela hati sinsing lengan terus pilih.Tetiba hubby dari belakang terus tegur sebab hairan melihat isterinya memilih kerang dengan tangan.Saya pun suruh hubby ambik gambar kerang hanya dengan menggunakan hp saya.Kalau ikutkan jarang sangat saya nak pegang benda2 ni dengan tangan tapi dek kerana teringin terpaksalah saya buat. Dah tu terus pergi kat kaunter untuk  membayar dan balik rumah. Petang nanti barulah saya rebus kerang ni untuk dimakan bersama kicap yang dicampur dengan cili dan limau.

kerang halus

Saturday, January 15, 2011

Kakak dan Alzheimer's

Alzheimer's penyakit lupa ditemui pada tahun 1907 oleh Dr Alzheimer, diambil bersempena nama beliau. Bukan sebab penuan tapi saintis berpendapat ia dikaitkan dengan pembetukkan dan perubahan pada sel2 saraf yang normal menjadi serat.

Alzheimer's juga bukan penyakit yang berjangkit tapi lebih kepada penurunan fungsi saraf otak iaitu daya ingatan seseorang merosot.Ia juga melemahkan pertuturan, pertimbangan dan tingkah laku yang tidak terkawal.Selalunya kalau nyanyuk dikaitkan dengan umur yang agak tua tapi ada orang yang mengidap Alzheimer's  umurnya agak muda.

Ini berlaku pada kakak saya yang boleh dikatakan belum berapa tua kalau dibandingkan dengan ayah yang dah berumur 85 tahun. Masih sihat boleh pergi kemana saja, boleh makan apa saja dan yang penting boleh uruskan diri sendiri. Kakak pula phyzikalnya sihat cuma ingatan yang kadang2 boleh merimaskan kita yang berada bersamanya. Bercakap tak boleh lancar banyak perkataan lupa, apatah lagi kalau dia menyimpan barang akan susahlah ditemui kembali.

Kalau dulu dia seorang yang prihatin bila adik beradik berkumpul, makan dan berborak sama2 tapi sekarang dia lebih banyak menyendiri, kalau pun dia berada dalam kumpulan itu keadaannya seperti orang yang tak berperasaan. Gelak macamana pun kami dia hanya akan diam dan mungkin berimaginasi. Yang paling kami sekeluarga tak tahan dia selalu memberitahu ada saja barangnya yang  hilang,bila ditanya dia tak tahu apa barangnya, dan dia akan mula menyelongkar beg, almari atau apa saja yang difikirkannya.

Ada masanya kami amat kasihan melihat keadaannya sebab nampak macam dia punya banyak masaalah tapi kalau nak diikutkan kehidupannya amat senang, semua keperluan disediakan oleh anak2 dan dia sekarang tinggal bersama anaknya.

 kakak

ayah

Thursday, January 13, 2011

Tenang....Syukur

Alhamdulillah segala kekemelutan yang dihadapi oleh anak telah pun berakhir,semoga dihari2 yang mendatang akan memberikan kebahagian padanya. kegembiraan anak adalah kegembiraan ibu juga. Biarlah apa yang dah berlalu dijadikan pelajaran supaya ia tak berulang lagi.


Kan betul apa yang mama cakapkan, sekarang hati siapa yang berbunga2.

Tak rugi berlama2 kat tikar sejadah.


Wednesday, January 12, 2011

Kim ku Kembali

Pagi tadi saya dikejutkan dengan kehadiran Kim(arnab) saya yang telah menghilangkan diri selama 9  bulan. Percaya dengan tidak sebab dah terlalu lama dan saya pun dah lama melupakannya. Kalau dulu masa baru2 dia hilang setiap kali nampak arnab saya akan menangis, terlalu hiba sebab  langsung tak menyimpan gambarnya buat kenangan.Kemungkinan orang yang mengambilnya tempohari memulangkan semula.Dia ditemui didepan rumah saya oleh anak jiran yang hendak pergi kerja.

Saya membelek setiap badannya ada keraguan sebab kim warnanya lebih hitam walaupun ada persamaan hitam dan putih cuma yang ini warnanya agak ke coklat. kim saya juga akan menaikkan telinga dan menggerak2kan kalau dipanggil. Tapi menurut my hubby manusia lagikan berubah bukan seminggu 2 tapi 9 bulan dia menghilang.Saya cuba memegangnya tapi nyata ia masih seekor arnab yang jinak.Kebetulan sabun mandiannya masih saya simpan, saya ambil towel lalu mengelap seluruh badannya. Rasa ragu2 beransur hilang sebab kim memang senang dimandikan dan dia tak akan bergerak selagi tak siap.Setelah badannya bersih saya peluk, tenung matanya lalu bercakap kalau ini kim yang dulu mama amat bersyukur pada Allah kerana mengembalikannya.(percaya atau tidak boleh tutur mama pada arnab).

Bila siadik balik dari sekolah alangkah gembiranya dia begitu juga dengan my hubby terus beli makanan dan basuh rumahnya yang telah lama terbiar (buat sendiri).Saya mesaj sikakak ternyata dia juga amat gembira.Saya mengatakan pada my hubby nak buat DNA  untuk mengesahkan dia adalah kim saya kahkahkah...

Lebih menggembirakan kim saya tak balik berseorangan tapi berdua kata siadik selama ni dia ke Afrika sebab tu dia membawa isteri yang ada menyerupai nege hahaha...saya kurang bersetuju untuk membela kedua2nya tapi my hubby menyatakan jangan pisahkan mungkin mereka dah lama bersama. Akhirnya saya akur walaupun kurang bersetuju bukan kerana tak lawa tapi saya lebih suka tumpukan pada seekor saja. Saya belum lagi beri nama pada partner kim kalau sesiapa ingin nak bagi silakan...


 kim
aksi manja
beauty n the beast
berdua2an 
Kisah mula saya beli kim dan kehilangannya ada saya coretkan di blog lama saya iaitu di rumah ku syurga ku.

Tuesday, January 11, 2011

Kurang Ilmu atau .....

Pagi tadi saya dan hubby pergi ke kiosk tiket tambang termurah, nak usha2 harga tiket ke destinasi yang mengambil masa 12 atau 14 jam perjalanan kalau direct flight. Tiket ni bukan untuk saya tapi untuk anak. Dah chek kat internet tapi nak tahu lebih lanjut.

Sampai aje ketempat yang dituju saya dan hubby pun masuk dan terus bertanya, terdapat 2 orang petugas disitu, salah seorang pun tekan2lah apa yang patut, setiap kali my hubby bertanya dia akan rujuk pada petugas sebelah, lama2 hubby rasa boring lalu berpindah ke kaunter sebelah. Tanya dengan lebih lanjut... harga tiket bolehlah dikatakan murah tapi banyak sangat nak ditokok tambah... bila dicongak2... lebih kurang sama aje dengan airline yang lain. Hubby cubalah tanya kot2 kalau dia boleh carikan dari airline yang lain. Rasa nak tergelak dibuatnya boleh ke dia jawab... tak tahulah kalau Fire Fly ada murah, hello saudari... ini tiket international... ada ke kapal terbang ke... nuuun beribu batu..tak tahulah kalau dia tersilap dengar international jadi domestik.

Tiket selalu termurah tapi  pengetahuan pekerja pun termurah juga ke?...ALAAA...HAI........

Ingat postpone dulu ... tunggu aje MATTA fair.

Berita terkini...  kapal terbang tergelincir di Ku...Ya ampun...

Monday, January 10, 2011

Bebelan 2 Beranak

Makan tengahari tadi saya bersembang dengan siadik... dia bercerita pengetua sekolah dia dah ditukarkan kesekolah lain...hairan pula belum sampai 6 bulan dah berpindah. Pengetua yang baru ni  perempuan manakala yang lama lelaki, berhenti kerana bersara.

Menurutnya hari ni lama betul assembly dari pagi sampailah matahari mula nak tinggi. Nampak tak muka adik sampai hitam katanya.Saya senyum aje...baru kena jemur sikit dah mengeluh nanti putih balik muka tu kata saya. Itu tak apa lagi sambungnya...yang adik tak berapa nak seronok setiap kali assembly mesti nak kenalkan pengetua cemerlang ada DG ini ada DG itu....seharusnya ke setiap kali assembly nak diberitahu award yang beliau dapat, rungutnya.Saya senyum lagi...ikut individulah kalau dia nak cakap selalu apa salahnya tapi masa mama sekolah dulu mama tak tahu pun pengetua sekolah mama ada apa2 award sebab kalau essembly dia cakap hal yang penting aje.Pengetua sekolah mama dulu berbangsa sikh  lulusan Kirby tau. Saya mula buka kisah masa saya sekolah dulu.

Masa mama sekolah dulu jarang ada murid yang berani melawan cikgu tak kira dia anak siapa, kalau cikgu marah, denda atau pukul tak ada ibubapa yang datang ke sekolah complain.Kami cukup hormat dengan cikgu tak kira dimana kalau terjumpa mesti tegur walau pun cikgu tu baru aje marahkan murid. Suap nasi sambil tu pandang muka saya...katanya lagi tapi sekarang perangai budak2 menakutkan kan mama.Ada tu pakai tudung singkat dah tu pakai baju sekolah ketat sesangat tulah buat cikgu marah katanya lagi.Kan  mama dah kata murid2 dulu kebanyakkannya akur dengan disiplin sekolah termasuk ibubapa pelajar, memang jauh bezanya.

Habis makan ...seronok kalau dapat belajar kat sekolah abang AAA....tu kan mama katanya, melopong...ya ampun... mama memang tak mampu nak antar adik kesekolah swasta ...yurannya ribu riban satu semesta. Abang tu bolehlah ibubapa dia berpangkat tinggi, lebih dari itu dia boleh bagi kat anak dia.Tak jawab... terus basuh tangan dan naik keatas dan saya pula mengemas dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang berbaki.

Alahai anak... rupanya masih ada yang kurang....

Sunday, January 09, 2011

Kerenah si Bongsu

Dah seminggu budak2 memulakan persekolahan, seminggu juga ibubapa sibuk menguruskan anak2. Begitu juga saya walaupun anak dah masuk ke tingkatan 3 tapi masih lagi dibantu. Contohnya bangun pagi walaupun alarm dah berbunyi tapi masih lagi tak bangun terpaksalah saya menjenguk ke bilik sebelah untuk membangunkan.

Dah mandi, dah solat dan dah siap pakai pakaian sekolah tuan badan hanya tahu duduk kat meja makan sebab saya dah siapkan sarapan. Tapi ada senangnya siadik cuma makan toasted bread atau cereal. Kalau tak sarapan di rumah alamat keronconglah perut dia sampai balik dari sekolah sebab dia tak kan membeli makanan dikantin, alasannya tak sempat atau ramai orang.

Baru 5 hari sekolah dah sibuk nak tuition, masuk kelas tuition yang berdekatan dengan rumah... kalau jauh dari rumah mata saya dah tak berapa nampak kalau memandu malam2. kalau hubby ada tak apa tapi dibuatnya outstation jawabnya merangkaklah bawa kereta dan maulah berjam2 baru sampai.

Hari pertama masuk tuition dah buat hal  nasib baik belum bayar yuran. Puncanya cikgu mengajar BI tapi banyak perkataan melayu digunakan lepas tu buat pula mathematik perah otak buat jawapan akhirnya tak sama dengan jawapan cikgu, buat berkali2 akhirnya direct jumpa cikgu, sah jawapannya betul ...boleh pula cikgu tuition kata... macamana boleh jadi macam ni. Habis kelas terus bagitau dengan hubby tak mahu datang lagi. Besoknya cari pula tempat tuition yang lain. Alhamdulillah serasi tapi jauh sikit dari rumah.




Thursday, January 06, 2011

2010...Syukur Alhamdulillah

Nak menghabiskan cerita percutian yang dah lama tertangguh, cuma buat tatapan dimasa akan datang.

Selepas kenduri anak buah hubby di Terengganu saya ke Kelantan untuk bercuti.Tak lama diperjalanan dah sampai Kota Baharu tapi sebelum sampai saya singgah disatu kedai yang sangat ramai pelangganya, rupa2nya disini terkenal dengan satay dan nasi impit.Nama kedai tu Satay Lanang tapi saya tak tahu nama tempatnya.

Dah makan kami teruskan perjalanan ke Kota Baharu sampai hotel chek in.Malamnya saya berehat saja sebab penat.Besoknya selepas sarapan saya ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Ramai sangat orang maklumlah cuti sekolah,bas rombongan pun banyak. Kalau kesini tak sah kalau tak membeli serba sedikit buah tangan, pinggan mangkuk,comforter dan beberapa helai baju. Agak lewat baru balik kehotel lagi pun hujan sepanjang hari. Sebelum sampai ke hotel singgah makan nasi ayam dan abc sedap rasanya. Dalam perjalanan sempat singgah ditepi jalan beli buah nanas yang cukup murah harganya.

abc rantau panjang

Tak jauh dari situ singgah pula di Masjid Beijing, masjid ni sebiji macam bentuk pagoda, cantik konon2 macam pergi Beijing. Beli bebrapa helai t.shirt buat kenangan.Malamnya pergi wakaf cek yeh(kalau tak silap),jalan2 tak beli barang sebab barang2 yang jual disini banyak yang sama macam di Rantau Panjang.

masjid beijing



Besoknya pergi Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sebagai pantai cinta berahi)jalan2 ditepi saja sebab ombak terlalu besar. Musim tengkujuh memang tidak dibenarkan pergi dekat ke laut sebab membahayakan. Balik dari situ kami melawat bandar Kota Baharu.Sempatlah melawat Muzium,Balai istana,Kampung Kraftangan dan lain2.








Kami ke Pasar Khatijah besoknya,seronok tengok wanita melayu berniaga disini, ramah mesra tapi ada sesetengahnya susah untuk memahami bahasa yang dituturkan. Saya tak lepaskan peluang membeli keropok lekor,sayur2 kampung dan sebotol jeruk anggur. hubby pula di bangunan berdekatan sempat rembat sehelai baju batik. 4 hari kami disini terasa seronok sangat berbeza dengan suasana bandar yang kelam kabut.

 pasar khatijah

Kami balik ikut jalan Gua Musang, kata hubby nak singgah makan serawa durian atau serawa mangga tapi malang kedainya tutup. Dalam perjalanan pulang hujan tak berhenti cuma ada masanya tak berapa lebat.

gua musang

pekan gua musang

Tamat sudah kisah sepanjang bulan December, sibuk dengan majlis perkahwinan dan bercuti. Syukur tahun 2010 banyak kenangan yang tak dapat di lupakan....bermula ke Terengganu, Kelantan, Ipoh,Taiping dan penghujungnya ke Johor dan Singapore. Hubby pula sempat ke kucing atas urusan kerja tapi sempat berholiday. Alhamdulillah semoga di tahun2 akan datang diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki supaya dapat berholiday lagi. InsyaAllah....

Wednesday, January 05, 2011

Immigration

Saya nak cerita apa berlaku semasa saya buat pasport di Jb tempohari. Pagi2 kami dah ke immigration tujuannya kalau cepat siap kami nak ke Singapore hari itu juga. Saya tak punya banyak masa berlama2 disana sebab saya ada hal di Kl.

Sampai disana orang dah mula ramai tapi saya tengok lancar aje sebab ada beberapa kaunter yang dibuka walaupun kadang2 no yang dipanggil hanya satu tapi yang datang ramai, ini disebabkan yang nak buat pasport bukan hanya seorang tapi sekeluarga. Dah isi borang, photostat ic dan ambik gambar kemudian ambik no. Disebabkan no yang saya dapat masih jauh hubby mengajak saya keluar. Kami cuma jalan2 disekitar kawasan, ramai orang berniaga ditepi2 gate, mereka cuma pasang payung dan berniaga tanpa gangguan dari majlis perbandaran.

Setelah penat pusing2 saya dan hubby naik semula keatas, masih lagi menunggu tapi tak lama. Setelah berurusan dan semua dokumen diambil, petugas mengarahkan kami datang waktu petang untuk mengambil pasport. Hubby mengajak saya mencari tempat makan, kami ke parking untuk mengambil kereta.Tak jauh  jumpa tempat makan yang agak selesa berbanding dengan sebelum tu ada banyak gerai2 ditepi jalan tapi sebaik saja melangkah hidung dah dihidangkan dengan bau yang kurang sihat (bau longkang ).

Hubby makan nasi berlauk manakala saya makan nasi goreng seafood sebab saya nak makan makanan panas.Sementara menunggu nasi saya siap saya ternampak ubi rebus terus order,sedap rasanya dah lama tak makan tambahan pula dimakan bersama dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan masin. Habis makan pergi solat dan seterusnya ke immigration semula.

Sampai saja saya ketangga immigration orang dah penuh sesak nak masuk langsung tak ada laluan, hubby bertanya pada beberapa orang disitu mengapa terlalu ramai orang, mereka menjawab semua penyerahan dilakukan pada waktu petang termasuk yang membuat pasport kelmarin sebab kelmarin system rosak.Bayangkan kalau satu hari buat pasport 500 orang dicampur dengan orang sebelumnya tak ke beribu orang jadinya. Dari bawah macam2 suara ada,yang menjerit, bercakap kuat dan entah apa2 lagi.

My hubby jenis orang bekerja bersistematik, al maklum tugas yang mementingkan masa kalau satu projek tergendala duit akan mengalir macam air.Sifat tegas memang jadi amalannya tapi cuma bab bekerja. Dia pun minta laluan untuk masuk kebilik admint, disini hubby menjadi hero berbalah dengan pegawai2 yang bertugas. Dia minta jumpa dengan pengarah tapi dihalang dan mereka berjanji akan menyelesaikan dengan secepat mungkin. Tak lama lepas tu berderet2 pegawai tadi membuka kaunter untuk menyerahkan pasport yang sebelumnya hanya ada satu kaunter saja. Alhamdulillah selepas itu semuanya berjalan lancar dan beberapa orang mengucapkan terima kasih pada kami dan nak tergelak pun ada sebab ada yang menyangka kami wartawan. Kita dah merdeka 54 tahun tapi hairan mengapa system di negara kita masih terkebelakang khasnya buat negeri Johor.



dekat tangga




p/s :  Orang Johor kalau nak buat pasport datang aje ke Kl atau Selangor.


Monday, January 03, 2011

Honeymoon part 2

Sambungan n3 honeymoon... Hari ketiga setelah sarapan dihotel saya meneruskan cadangan untuk pergi ke Singapore, dah alang2 ambil pasport tapi waktunya terpaksa dipendekkan sebab saya ada hal di Kl.

Pagi2 saya dah menyeberang lautan, suasana jalan raya agak lancar tak macam sebelum ni agak sesak disebabkan cuti krismas. Saya sampai di Suntec iaitu tempat mengambil tiket untuk sight seeing. Nama package ni Duck & HippoTour beroperasi dari pukul 10 pagi sampai 6 petang dan harga tiket untuk bas 23 dollar untuk satu orang. Ada satu bas origional, satu heritage dan city bas dan water taxi.. Kalau nak singgah ditempat2 yang boleh shopping atau melawat pun boleh lepas tu boleh naik semula bas yang lain. Kalau tak turun dari bas ianya mengambil masa satu jam untuk keliling bandar Singapore. Bas2 ini melalui jalan yang berasingan jadi kita boleh tengok banyak tempat2 yang terdapat disana. Saya rasa kalau tak tinggal lama lebih elok memilih pakej ini.

 tempat beli tiket

topless city sightseeing

 bas separuh bumbung

water taxi

bangunan2 yang terdapat disana



 marina bay




esplanade



masjid sultan

budha temple



singapore flyer

clarke quay & riverside point

botanical garden


Shopping di Singapore agak mahal bagi saya dan dari pemerhatian saya juga ada banyak barang2 yang dijual disana ada di negara kita. Contohnya kalau di Orchard road barang2nya memang standard ada persaman dengan KLCC dan Pavilion harga  pula  mahal sebab mata wang yang berganda. Lebih baik beli saja dinegara kita dan kalau nak murah tunggu masa sale. Untuk buat kenangan adalah serba sedikit saya beli untuk anak2 terutamanya t.shirt kegemaran mereka yang bercop sesebuah negara dan kegemaran saya juga iaitu fridge magnet.

Kalau pergi ke Singapore jangan lupa makan murtabak  dan nasi beriani yang memang terkenal dan sedap rasanya. Murtabak disana ada size s,m,dan l, Di Kl saya pernah makan murtabak yang agak sedap tapi tak sebesar yang dijual di Singapore.






Hari ke empat saya bertolak balik tapi sebelum tu singgah dirumah kawan yang tinggal diSenai.Tak lama sebab dah petang dan saya berjanji dengan sikakak singgah di Melaka untuk makan malam bersamanya. Saya sampai lebih kurang pukul 7 malam dan semasa dalam kereta dia bagitau hari Jumaat cuti so saya cancel balik dan bermalam pula di Melaka. Selepas makan malam kami hanya berehat dihotel dan bersembang 3 beranak. Besoknya sempat merayau di Dataran Pahlawan sementara menunggu hubby solat jumaat. Lepas makan tengahari kami hantar sikakak balik ke kampus dan kami meneruskan perjalanan balik. Sebelum sampai rumah ambik siadik di Shah Alam kemudian terus balik kerumah.

Syukur alhamdulillah walaupun percutian tak dirancang tapi meninggalkan kenangan yang amat indah. To my hubby ...terima kasih daun keladi......