Monday, February 28, 2011

Restoren Wadi Hadramawt

Semalam sekali lagi saya terjah restoren pak arab tapi yang ni dari Yemen. Masa pergi tu hujan tapi dek kerana dah berjanji dengan anak kenalah pergi juga. Mula tahu restoren ni masa pergi makan kat Al-Rawsha hujung tahun lepas, masa nak balik lalu kat depan restoren ni. Cakap dengan hubby next makan2 kita cuba pula restoren ni.

Nama restoren ni Wadi Hadramawt terletak di jalan Ampang, Kl. Kalau tak silap restoren ni dulu banglo yang diubahsuai  jadi restoren. Pelanggannya ramai sampai kena tunggu untuk mendapatkan tempat. Kalau dibandingkan bangunan dan hiasan restoren, Al-Rawsha lagi besar dan cantik tapi bagi saya nasi disini lebih sedap, harga pun berpatutan.Tapi selera masing2 mungkin tak sama.




chicken madghout


 lamb kebab

coctil wadi hadramawt

turkish coffee

Saya, hubby dan anak2 order makanan yang sama nasi dan kebab, minuman pula mereka lebih suka barbican berbanding air juice. Bila makanan dah sampai mak datuk banyaknya ada roti sampingan lagi. Rasa nak meletop perut dibuatnya.

p/s: Nanti Munir kena rasa, mesti tak mau kalah hehehe...

Friday, February 25, 2011

Bergetak Jantung

Punyalah bergegarnya jantung dan berkecamuknya fikiran bila cuba talipon anak tapi tak berjawab selama 2 jam.Selalunya sebelum naik bas dia akan cal bagitau bas bertolak pukul berapa dan selalunya juga si mak akan berpesan bla... bla ...bla... dan last sekali mesti pesan jangan tidur dalam bas.

Hari Isnin lepas kakak berlibur ke Singapore bersama kawan, semalam dah balik ke M'sia tapi  menumpang dirumah kawannya di Pontian sebelum balik  ke Melaka (kampus) untuk mengambil barang dan seterusnya balik ke Kl  hari ini. Dia menaiki bas dari bas station Larkin untuk balik ke Melaka. Lepas tu dari Melaka Central pula naik bas lagi untuk balik ke Kl sebab cutinya masih berbaki 1 minggu lagi.

Setelah menaiki bas dalam masa 1 jam perjalanan saya cuba cal sebab nak suruh dia naik taxi dari Melaka Central ke kampus dan sebaliknya supaya cepat sampai.Tunggu punya tunggu tapi tak berjawab, dalam hati mungkin dia tak sedar taliponnya berbunyi. Selang beberapa lama cuba cal lagi tapi tak berjawab juga. Bawak relax, tenang2kan fikiran, cal semula tapi masih juga tak berjawab.Tengok jam dah boleh agak tak lama lagi bas tu dah dekat nak sampai ke MC. Cuba cal lagi dan lagi dan lagi sampailah waktu yang sepatutnya bas tu sampai.

Cakap dengan hubby mungkinkah dia tertidur dalam bas sampai dia tak sedar taliponnya berbunyi. Apa kata kalau dia tertidur tak ada sesiapa yang gerakan, macamana kalau pemandu tak sedar dia tertidur dan tinggal sorang dalam bas, macamana kalau pemandu menutup pintu sebab tak perasan ada orang tertidur dalam bas. Dannn....yang paling ngerinya macamana  kalau  pemandu yang berjiwa ganas tinggal dengan dia seorang dalam bas dan tak ada orang yang perasan. Owhhh tidak..... Minta Allah jauhkannn..Ya Allah... lindungi anak ku dari perkara yang tak di ingini.

Setelah mundar mandir dalam rumah dengan riak muka yang berkedut (agaknya kedut 1000) talipon saya berbunyi. Sah dia... angkat dan  jawab talipon macam  peluru tak berpandu, bila dah rasa lega sikit baru dapat bercakap macam ibu dan anak bercakap. Dia bagitau tertidur dalam bas (langgar peraturan) sebab terlalu penat, semalam dia tidur lewat dan pagi tadi bangun awal. Katanya lagi sekiranya kesuntukkan masa dia tak balik ke Kl hari ini, transit dulu kat Melaka (kampus) dan besok baru balik ke Kl.

Leganya rasa hati bila dah dengar suara anak dan kita dah tahu dia dalam keadaan selamat. Kenapalah selalu sangat berfikiran negative, takut aje yang bukan2 terjadi pada anak.
Apa2 pun syukur alhamdulillah.....

Thursday, February 24, 2011

Tangan Ooohhh Tangan

Baru balik dari hospital, buat rawatan susulan. Dah jumpa doktor pakar lepas tu dah bincang2.Dah tetapkan hari buat operation, hujung bulan March, minor aje kat pergelangan tangan.

Doktor kata sarafnya tersepit itu yang membuatkan selalu kebas. Buat operation tangan kanan dulu dah baik baru buat tangan kiri pula.Menurut doktor 3 hari selepas buat operation masih terasa sakit dan dalam masa 2 minggu tak boleh gunakan tangan untuk membuat kerja. Takut dan risau juga tapi nak elokkan tangan jangan banyak pikir.Harap2 dipemudahkan.

Wednesday, February 23, 2011

Budak Tak Padan Rupa

Sebelum ni ckLah ada sentuh pasal cone heads, trend pakai tudung zaman sekarang. Terbonjol sampai kadang2 boleh melindungi pemandangan kita. Bagi yang minat berfesyen tak jadi masaalah tapi jangan lah sampai keluar dari niat kita sebenar. Memanglah fesyen sebegitu pun menutup aurat selagi tak menampakan helaian rambut.

Anak bongsu saya yang kami panggil siadik pun bertudung ala2 sebegitu tapi sanggulnya kebawah tidak menonjol keatas.Tudungnya sedemikian rupa bukan sebab trend yang diikuti tapi sebab dia punya rambut yang amat lebat dan tebal dah tu panjang pula, serupa macam rambut Alleycat. Allah anugerahkan dia rambut sebegitu rupa berbeza sangat dengan adik beradik yang lain, pernah dia tanya adakah dia anak kandung kami atau sebaliknya gara2 rambut yang berbeza.

Katanya lagi dia tidak akan sama sekali mengikut trend tudung yang ala2 cone head itu tapi disebabkan rambutnya seperti yang disebut diatas jadinya tudung yang dipakai terbentuk sedemikian rupa. Pernah juga dia cakap dengan saya kalaulah botakkan kepala tu tak salah dalam hukum dah lama dia botakkan kepalanya. Saya hormat dengan penjelasannya dan yang paling membuat saya tersentuh dia menceritakan dan menunjukkan sesuatu pada saya yang tak pernah terlintas dikepala saya sendiri.

Pernah dengar pasal Freemason ?

Ramai diantara kita membanggakan symbol2 termasuk diri saya sendiri, contohnya saya sangat2 meminati kereta volkswagen yang ada symbol VW, my hubby pula  berangan dengan kereta Mercedes yang lambangnya berbentuk bintang. Ramai yang bangga dengan symbol  tapi ramai tak yang tahu kita telah ditipu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang symbol2 ni sila layari moneyteachers.org.

Tahun lepas masa kami sama2 menonton tv rancangan AJL(2009) banyak benda2 yang dia complain tapi kami buat tak tahu aje sampailah bila ramai yang bersuara disurat khabar baru saya rasa terpana.Saya tanya dia dari mana dia tahu banyak tentang freemason jawabnya dari pembacaan. Sekali lagi dia tunjukkan saya ..boleh layari jejaki tinggalan rasul dan satu lagi link yang boleh dijadikan panduan  perbualan dengan paderi.

Baru2 ni bila pak Latip minta cadangan dia untuk dimasukkan dalam buku yang baru nak ditulis, siadik menyarankan agar pak Latip menyentuh tentang freemason. Saya tak tahu kenapa dia mahu orang ramai faham. Percaya atau tidak kalau dia bercerita tentang benda ni  sampai berjam2 dan terlalu banyak yang dia tahu yang saya sendiri banyak yang kurang tahu tapi tak ambil tahu. Bila saya fikir semula banyaknya pengetahuan anak saya seorang ni sedangkan kalau ditengok orangnya jauh berbeza. Patutlah pernah seorang cikgunya berkata ...kamu ni tak padan rupa, banyak yang kamu tahu.

Hanya Allah yang mengetahui.

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

STPM

keputusan STPM telah pun diumumkan, biasalah kalau ada diantara anak2 saudara yang mendapat keputusan maka semua yang bersangkut rapat dengannya akan sibuk untuk mengetahui.

Salah seorang anak buah saya, anak tunggal adik mendapat keputusan yang kurang memuaskan, kalau nak ikutkan masa sekolah rendah dan menengah rendah resultnya selalu ok tapi bila dah semakin tinggi tak boleh nak score, susah nak masuk kedalam otak kot. Berbeza sangat jika dibandingkan dengan kepandian ayahnya dulu. Ayahnya pernah mendapat anugerah dari Menteri Pelajaran sebab murid terpandai di negeri... pernah masuk surat khabar lagi.

Nak kata dia meliar atau berkawan dengan orang tak tentu arah memang jauh sekali. Dia anak yang baik, taat pada suruhan dan ibu bapa. Satu sifat dia yang amat terpuji bagi kami sekeluarga, setiap pagi selepas solat subuh dia akan membaca Quran.Tegak bulu roma kalau dia mengaji, syahdu sangat. Dah menjadi amalan kemana saja dia pergi.

p/s: Hariq jangan putus asa kalau boleh cuba lagi, terkandas sekali bukan bermakna gagal selama2nya...

Sunday, February 20, 2011

Trompah Japan

Tengah kemas2 jumpalah benda ni, dah lama simpan, anak pernah minta nak pakai tapi saya tak bagi kononnya sayang, bukan senang orang nak bagi hadiah, datang dari jauh pula tu, jadinya benda tu tersimpan lama dalam almari.


Hadiah ni diberi seorang rakan Japan hubby semasa bekerja di KLIA dulu, masa tu dia balik bercuti ke negaranya. Bila balik ke sini lagi dia bagi trompah ni sebagai hadiah, banyak juga barang lain yang dia bagi tapi hanya trompah ini saja yang masih dalam simpanan.

Mana tahu kalau anak perempuan kahwin nanti boleh juga digayakan dengan kimono. Tentu anie Nagoya boleh tolong carikan kimono ...kan...kan...   hehe gurau aje....

Saturday, February 19, 2011

Kembali Tenang

Hati dah kembali tenang, pemergian seorang sahabat yang dianggap seperti saudara amat terasa. Tak ada lagi sembang2, cerita pasal keluarga yang saya dah lama tak jumpa dan gurau senda hubby dengannya. Terasa sangat kehilangannya tapi kami redha dengan pemergiannya, dah ketentuan Ilahi.

Semalan seorang kawan cal bagi tau anak seorang jiran lama meninggal  akibat kemalangan jalan raya. kepada Min dan Razak harap bersabar dengan dugaan yang menimpa. AlFatihah buat arwah dan takziah  dari saya sekeluarga.

Wednesday, February 16, 2011

AL-FATIHAH

Pak Yop ( Ismail ) pergi jua....

Pak Yop baru saja menghembuskan nafas terakhirnya, dapat berita dari anak arwah. Mengalir air mata saya sebab sedih sangat. Dia pergi begitu cepat sekali.Orangnya terlalu peramah dan baik sekali. 3 hari sebelum arwah jatuh dia ada datang tapi tak masuk sebab my hubby tak ada dirumah, jadinya kami bersembang kat luar, saya berdiri dimuka pintu manakala arwah di depan gate.

Jenazahnya akan di bawa balik ke Gopeng, Perak dan disemadikan disana.Doa dari saya sekeluarga semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.Amin...

Tuesday, February 15, 2011

Merajuk

Geram dengan siadik, merajuk sebab tak dapat bawa dia keluar jalan2.Sabtu dan Ahad saya hanya duduk di rumah berkemas luar dan dalam. Walaupun rumah masih belum siap lagi tapi tak mau biarkan bersepah sana bersepah sini.Hari ni cuti lagi tapi duduk rumah juga... mulalah dia tarik muka.

Selalunya  kalau weekend saya akan hantar dia bersama sepupunya ke Sunway Pyramid bermain ice skating, bila nak balik  dia akan cal untuk dijemput, saya tak pernah biarkan dia main sorang2.Salah seorang dari kami mesti menunggu dia kalau sepupunya tak ikut serta...Rugi tak guna kad member katanya... itu saya tahu tapi masaalahnya minggu ni saya agak sibuk.

Sesekali kita kena korbankan sesuatu yang kita dah bayar demi masa.

Saturday, February 12, 2011

Moga2

Semalam hubby ke hospital menziarahi kawan yang pernah tinggal se taman dengan kami jatuh dari bumbung. Masih belum sedarkan diri, kepalanya pecah dan doktor mengatakan 50-50.

Baru 2 bulan berpindah ke taman perumahan lain tapi dia selalu datang kerumah. Masa mula2 dulu saya tak berapa mengenalinya walaupun duduk satu taman, hubby yang kenal dulu sebab sama2 pergi ke masjid.Dia menceritakan yang dia berasal dari Gopeng, Perak. Kebetulan ayah saya juga berasal dari tempat yang sama dan ramai diantara keluarga ayah yang dikenalinya.Selepas dah kenal kami menjadi rapat dan dia selalu datang kerumah.Tahun lepas anak perempuannya meninggal dunia berumur 20 tahun sebab sakit misteri.

Semoga pak yop cepat sedar dan sembuh seperti sedikala.

p/s :Jiran yang jatuh tahun lepas dah sembuh, dah pun bekerja semula.

^

^

^

^

^
Baru aje dapat mesej dari sahabat yang dianggap kakak, anaknya baru aje berpisah dengan suaminya.
Lebih baik hidup sendiri dari hidup bersama lelaki yang tak pernah bertanggung jawab.

Semoga N tabah menghadapi masa depan bersama 2 orang anak.

Thursday, February 10, 2011

Sedar lah...

Anak ada 5 orang.

Anak semuanya lulusan universiti.

Anak bekerjaya  tinggi.

Rumah mak ayah di jadikan nursery.

Malam2 ayah kesatu tempat, sebelah tangan memegang tongkat, sebelah tangan memegang plastik.

cari apa?........

Tin kosong.

Bukan salah ibu mengandung........

Tuesday, February 08, 2011

Menggigil

Minggu ni saya agak busy sedikit... tak dapat nak menjengok rumah kengkawan. Blog sendiri pun tak ber update, hari ni baru ada sedikit masa.

Pagi tadi tengah bersarapan dengan hubby tiba2 dengar suara perempuan menjerit dengan kuat sekali, menggeletar lutut saya dibuatnya lalu berhenti makan, jengok kat tingkap dari mana datangnya arah tu.Dulu ada juga suara orang menjerit bila keluar rumah tengok api dah menjulang. Kali ini suara tu dari arah yang sama tapi jeritan bersambung dengan tangisan dan tak lama lepas tu dengar suara lelaki menjerit pula. Kami sambung makan semula sebab dah tahu mesti gara2 suami isteri bergaduh. Hubby kata kalau rumah yang itu orangnya baru berpindah kesini sebab baru beberapa bulan rumah tu kosong.

Pepatah ada berkata sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri, petua saya pula kalau bergaduh lepas tu bila berbaik semula more loving, kata orang gaduh2 manja. Tapi yang ini memang menakutkan. Dari suara dan jerit si isteri kita boleh agak yang si suami memukul isterinya. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan kenapa mesti dipukul bukan ke suami pelindung buat isteri. Kadang2 kalau yang bergaduh macam ni rasa nak tolong, takut terjadi perkara yang tak di ingini tapi takut pula mencampuri urusan rumah tangga orang.

Saya hairan kenapalah ada lelaki yang suka mengasari perempuan sedangkan mereka banyak membantu. Bila ada ahli keluarga yang sakit perempuanlah yang sanggup bersengkang mata. Begitu juga bab perbelanjaan perempuan sanggup buat sesuatu untuk menambah pendapatan. Pendapat saya kalau rasa nak mendirikan rumahtangga biarlah diri sendiri punya ilmu yang lebih bukan saja setakat nak bagi nafkah zahir dan batin. Itu sebabnya zaman sekarang banyak sangat kes perceraian walaupun usia perkahwinan baru beberapa bulan. Kalau yang diceraikan dengan cara baik tak apa lagi ada sesetengah tu sanggup dera perasaan, dibiarkan hidup bersendirian sedangkan dia berseronok dengan perempuan lain. Saya tak tahu apa nak jadi dengan pasangan sebegini, kalau pun tak ada malu pada yang kat Atas tu malulah pada jiran tetangga.

Friday, February 04, 2011

Mini Toy's R Us



Basuh yang kecik2 dulu, yang besar2 belum sempat, ikut turn. Anak2 semua dah besar tapi masih terdapat  banyak mainan dalam simpanan. Ada yang disimpan dalam almari dan ada yang dah dimasukkan dalam kotak.Mainan yang besar2 disimpan dalam stor. Rumah ni dah macam mini Toy's  R Us.

Kalau ikutkan dah lama semua mainan ni saya sedekahkan pada orang atau buang saja tapi yang empunya tak mengizinkan, anak2 mahu semuanya disimpan walaupun ada yang dah berumur lebih 20 tahun. Satu yang saya puji kebanyakkan mainan ni masih  berkeadaan baik sebab anak2 amat cermat. Masa kecik2 dulu lepas main mereka akan simpan semula ditempat yang disediakan.

Kalau barang lain atau baju anak2 tak kisah kalau diberikan pada orang tapi tidak mainan. Saya tak tahu kenapa mereka terlalu sayangkan mainan masing2. Sesekali bila mengemas adalah suara yang kata mainan ni beli masa melancong kata sini kat sinun. Hairan juga anak2 boleh ingat walaupun ketika itu mereka masih kecik2.

Semua mainan ini kepunyaan anak perempuan, mainan anak lelaki dah disimpan dalam kotak. Kadang2 ada juga saudara mara yang datang, saya bagi anak2 mereka main lego atau lasy( berbentuk H )dah lama tak nampak mainan ni, mainan ni kalau disambung sambung boleh jadi berbagai2 bentuk. Pernah anak lelaki  menang naib juara semasa ada pertandingan di Yowhan (sekarang dah tukar nama).

Kalau anak2 suka menyimpan mainan saya juga ada menyimpan sesuatu...baby cot. Beli 1 untuk 4 orang anak. Setiap ada kelahiran cot itu akan berubah warna. Masih dalam keadaan baik dan mungkin juga boleh digunakan bila saya ada cucu nanti, itu pun kalau anak2 mahu gunakan kalau tidak bolehlah diberikan pada sesispa yang minat.








Wednesday, February 02, 2011

Dasar...

Pagi2 dah keluar rumah sarapan kat kedai mamak aje pekena roti canai.Tujuan keluar nak mencari lampu dan besi  penyangkut. Biasalah kan bila renovate rumah mesti ada yang kurang.Sebenarnya rumah pun belum siap lagi. Pusing sana pusing sini  kebanyakkan kedai dah tutup sebab chinese new year akhirnya saya ajak hubby ke Ikea. Kalau ke Ikea memang sah banyak yang pekenan dari barang2 yang besar sampailah ke barang yang kecik2.

Bila dah sampai bemulalah tangan yang masih dalam rawatan ni membelek2... bila pekenan ambik satu... mulanya bawa beg Ikea aje tapi lama2 dah rasa bahu berat sebelah akhirnya ambik troley. Kalau cik puan ni pegang troley habislah segala yang dia pekenan dimasukkan mengalahkan kanak2. Jumpa gelas ambik...jumpa gunting ambik, jumpa bakul sampah ambik, nampak pula balang ambik dan entah apa2 lagi...macamlah barang2 ni tak ada kat rumah...tapi yang paling saya suka grill dan pinggan sepasang, satu 4 segi dan satu lagi bulat. lepas tu jumpa pula meja yang boleh dijatuhkan kalau tak nak pakai, mula nak beli tapi nampak macam besar sangat. Dah setengah troley penuh... jalan lagi...hubby pula memang ambik barang yang memang dalam perancangan...lampu, besi penyangkut, mirror, racking dan seangkatan dengannya.


Bila troley dah penuh  baru pergi ke kaunter bayar...zup zap zup zap...eeehhh...banyaknya...apa yang kita beli..saya senyum kat hubby...biasalah ...sekarang harga barang dah mahal tapi takpe barang2 kat Ikea tahan lama... ada quality...sambil jalan... terus ke parking, masukkan semua barang ke dalam boot.

Tetiba teringat makanan yang famous kat food court Ikea...rugi dah sampai sini kalau tak makan.Hubby pusing balik cari parking.Masuk balik ke dalam dan  masuk ke food court...makan time...
Macam biasa kalau datang sini mesti order meet ball dan daim kek, hubby pula order laksa. Dah makan sempat take away karipap lagi, memang sah dasar membocorkan poket suami....

meat ball

daim kek

laksa...ada udang,ayam dan daging

Tuesday, February 01, 2011

Happy Birthday to Catherine



my daughter in law

Happy birthday to you, lots of love from mama, dad, Aboy, Mimi and Ashley.