Wednesday, February 02, 2011

Dasar...

Pagi2 dah keluar rumah sarapan kat kedai mamak aje pekena roti canai.Tujuan keluar nak mencari lampu dan besi  penyangkut. Biasalah kan bila renovate rumah mesti ada yang kurang.Sebenarnya rumah pun belum siap lagi. Pusing sana pusing sini  kebanyakkan kedai dah tutup sebab chinese new year akhirnya saya ajak hubby ke Ikea. Kalau ke Ikea memang sah banyak yang pekenan dari barang2 yang besar sampailah ke barang yang kecik2.

Bila dah sampai bemulalah tangan yang masih dalam rawatan ni membelek2... bila pekenan ambik satu... mulanya bawa beg Ikea aje tapi lama2 dah rasa bahu berat sebelah akhirnya ambik troley. Kalau cik puan ni pegang troley habislah segala yang dia pekenan dimasukkan mengalahkan kanak2. Jumpa gelas ambik...jumpa gunting ambik, jumpa bakul sampah ambik, nampak pula balang ambik dan entah apa2 lagi...macamlah barang2 ni tak ada kat rumah...tapi yang paling saya suka grill dan pinggan sepasang, satu 4 segi dan satu lagi bulat. lepas tu jumpa pula meja yang boleh dijatuhkan kalau tak nak pakai, mula nak beli tapi nampak macam besar sangat. Dah setengah troley penuh... jalan lagi...hubby pula memang ambik barang yang memang dalam perancangan...lampu, besi penyangkut, mirror, racking dan seangkatan dengannya.


Bila troley dah penuh  baru pergi ke kaunter bayar...zup zap zup zap...eeehhh...banyaknya...apa yang kita beli..saya senyum kat hubby...biasalah ...sekarang harga barang dah mahal tapi takpe barang2 kat Ikea tahan lama... ada quality...sambil jalan... terus ke parking, masukkan semua barang ke dalam boot.

Tetiba teringat makanan yang famous kat food court Ikea...rugi dah sampai sini kalau tak makan.Hubby pusing balik cari parking.Masuk balik ke dalam dan  masuk ke food court...makan time...
Macam biasa kalau datang sini mesti order meet ball dan daim kek, hubby pula order laksa. Dah makan sempat take away karipap lagi, memang sah dasar membocorkan poket suami....

meat ball

daim kek

laksa...ada udang,ayam dan daging

22 comments:

Tirana said...

Kak Zai,

Nanti bila2 nak pergi IKEA lagi, ajak saya. Nak tumpang makan...hehehe

iina said...

Kak Zai

Tgk laksa tuh macam sedap jek.. lapo nie

Zaitun said...

Tirana

InsyaAllah boleh,kak Zai suka pergi kat sana.

Zaitun said...

iina

Rasa dia macam kari pun ada tapi memang sedap,udang besar pulak tu.

aNIe said...

Kak...anie kalau ke Ikea...wajib makan salmonnya.. kek daim feveret si kecik..

Suka kat grill pan tu... dan dpt satu dah...

Zaitun said...

aNIe

Salmon ok jugs,ada sayur dan kentang lagi.

Dah dapat juga.

Nida said...

Salam Kak zai..

Amboi... bab shopping memang paling best..hehe

Tak tahan tengok udang besau tu...

azieazah said...

KAk ZAIIIIIIIIII....!

nak meat ball sebijikkk...!

terus lak teringat lagu Raya tu: “mintak mak, kuih sepotonggg...”

JunAina said...

memang besttt ekkk...lepas shopping2 & makan2 pulak...

laksa tu macam besttt je udang besau...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Wah..seronok kalau dapat temankan k.zai bershopping..macam2 ada, banyak yg k.zai berkenan...nampak gaya saya yg kurang mewah ni tumpang seronok jer le..takut budget lari..hu..hu.. lama tul tak jenguk ikea.

sal said...

bes kat ikea tu...
tak sedar ambik barang..
tau..tau..masa bayar terlebih rm pula ya..

ckLah@xiiinam said...

Kedai makan Melayu pun banyak tutup. Kalau raya kita, kedai Melayu tutup ada yang sebulan...

cikceriacorner said...

hehhehe

banyak shopping akak..meriah gitu..heheh

akak..sy pon suka meat ball kat ikea tu..best..:)

kak Erna said...

zai..tak pe..kalau pun membocorkan poket suami..bukan untuk orang lain pun kan..
lagi pun..selagi dia bermurah hati.selagi tak marah..layan..he he..

Zaitun said...

Nida

Salam Nida...ha'ah memang best nak pula barang yang kita suka.

Zaitun said...

Azieazah

Sebijik mana cukup,kak Zai makan 10 biji tambah dengan kek lagi.

Zaitun said...

JunAina

Dah penat shopping ada makan2 lah pulak.

Kalau makan kat luar jarang jumpa udang besar kan.

Zaitun said...

DAMAI IMPIAN D'BANGI

Kak Zai ni tak lah mewah mana cuma kalau sesekali keluar tu belilah juga barang yang berkenan.

Zaitun said...

sal

Ambik barang kecik2 aje tapi bila dah dikumpul jadi banyak rm nya.

Barang kat Ikea cantik2 kan.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Tumpang sekaki lah tu,kalau raya kita sah2 cuti panjang.

Zaitun said...

cikceriacorner

Barang kecik2 aje.

Memang ramai peminat meat ball,gravy dia sedap.

Zaitun said...

kak Erna

Kadang2 kena tegur juga kalau terlebih bugget cuma kalau bab makan tak pernah berkira,itu yang special tentang my hubby.