Monday, February 21, 2011

STPM

keputusan STPM telah pun diumumkan, biasalah kalau ada diantara anak2 saudara yang mendapat keputusan maka semua yang bersangkut rapat dengannya akan sibuk untuk mengetahui.

Salah seorang anak buah saya, anak tunggal adik mendapat keputusan yang kurang memuaskan, kalau nak ikutkan masa sekolah rendah dan menengah rendah resultnya selalu ok tapi bila dah semakin tinggi tak boleh nak score, susah nak masuk kedalam otak kot. Berbeza sangat jika dibandingkan dengan kepandian ayahnya dulu. Ayahnya pernah mendapat anugerah dari Menteri Pelajaran sebab murid terpandai di negeri... pernah masuk surat khabar lagi.

Nak kata dia meliar atau berkawan dengan orang tak tentu arah memang jauh sekali. Dia anak yang baik, taat pada suruhan dan ibu bapa. Satu sifat dia yang amat terpuji bagi kami sekeluarga, setiap pagi selepas solat subuh dia akan membaca Quran.Tegak bulu roma kalau dia mengaji, syahdu sangat. Dah menjadi amalan kemana saja dia pergi.

p/s: Hariq jangan putus asa kalau boleh cuba lagi, terkandas sekali bukan bermakna gagal selama2nya...

17 comments:

sayangsayangibu said...

tahniah buat anak saudara akak

sekarang ni memang macam tu, susah juga sukatan pelajar
mungkin dia tak cemerlang seperti yg di harapkan, tp pandai jaga diri dan baik pekerti itu pun boleh jadi panduan untuk hidup yg serba mencabar sekarang ni kan?

ibuintan said...

berdebar pulak menunggu result SPM..

semoga anak saudara kakzai dapat memasuki masa2 pusat pengajian selepas ini

Pn Kartini said...

salam my dear sis:)

Tiada debaran utk result STPM...
nantilah...bila nak kuar result SPM....!!berdebar sakanlah nanti..huhuhu:)

Utk Hariq...InsyaAllah..semua ada hikmah dariNYa...cuma jangan sesekali berputus asa:)

Zaitun said...

sayangsayangibu

Terima kasih...mungkin juga ada subjek yang dia kurang pandai.InsyaAllah dengan amalan yang diamalkan.

Zaitun said...

ibuintan

SPM pun tak lama lagi kan.

InsyaAllah mungkin dapat cuma resultnya kurang cemerlang.

Abdul Munir Sanusi said...

Tertekan tu history cemerlang dia punya dad. saya rasa. Pscyhology effect.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...anak Tinie tunggu result SPM ya semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang.

Terima kasih atas nasihat.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Doktor mesti boleh baca penyebabnya kan...

Anak yang baik,taat tapi susah nak ikut jejak ayah.

aNIe said...

Kak zai... takpelah kalau keputusan tak berapa memuaskan...sebab STPM memang susah kan?

Walau bagaimanapun ... tahniah untuk dia... semoga dia tidak berputus asa...

anie,Nagoya said...

cuba lagi.

mesti dia bangga punyai ayah yg bergitu pandai.siap terima anugerah.huhuhu...kalo kita pun mahu menjadi mcm bapa dia.

tapi kita adalah kita, tak mngkin jd org lain.mungkn kot?

ainnoraini said...

tak ape...tahniah untuknye...
dia telah berusaha..mungkin rezekinya takat tu aje...

cikceriacorner said...

tahniah adik..

xpe..perjalanan masih jauh lagi..

nanti kat u try yg terbaeek ok..heheh

Zaitun said...

aNIe

Terima kasih...mungkin lah susah agaknya,kami pun berharap dia tak berputus asa.

Zaitun said...

anie,Nagoya

InsyaAllah kalau ada peluang.

Masa dulu keadaan berbeza,banyak yang kurang tapi adik berjaya dengan cemerlang itu yang membuatkan kami gembira.

Zaitun said...

ainnoraini

Mungkin juga sebab dia ada segala2nya. Sebagai anak tunggal kedua ibu bapanya melengkapkan keperluan dan kehidupan yang sempurna.

Zaitun said...

cikceriacorner

Terima kasih...insyaAllah kalau ada peluang masuk U boleh pulun hihihi...

Hamizah said...

dah lumrah hidup,xselalu diatas..