Wednesday, September 28, 2011

Mengimbas Kembali

Dulu sebelum anak lelaki saya mendapat kerja dia pernah mengusahakan kebun, kebetulan jiran rumah lama punya tanah yang terbiar tapi taklah berpuluh ekar. Dia mencadangkan supaya anak saya menanam cili, masa tu harga cili melambung tinggi. Anak saya menggunakan duit insuran yang dia dapat semasa dia accident motor. Puluh ribu juga dia membelanjakan untuk tanaman tu. Dari menebang segala pokok dengan menggunakan traktor dan membeli segala peralatan untuk menanam cili. Modal menanam cili memang besar sebab dia ditanam dalam pollybag dan agak rumit untuk menyelanggarakannya.

tanaman cili

 Anak saya menanam cili api, cili merah dan selingan ada sayur2an. Alhamdulillah berkat gigih tanamannya menjadi. Masa tu dia dibantu oleh seorang kawan masjid hubby yang baru bersara. Menyerah diri untuk membantu lagi pun sebelum ini kerjanya memang berkaitan dengan pertanian. Katanya dia juga tak perlu bekerja susah payah sebab 2 orang anaknya yang berkelulusan luar negara dah bekerja dan  boleh meringankan perbelanjaan.

antara sayur yang ditanam
fresh kan... buah baru dipetik

Setiap pagi bila anak saya dah mengatur segalanya dia akan balik kerumah. Biasalah orang muda mana betah sangat nak berlama2 duduk dikebun tapi kadang2 dia keluar mencari barang untuk menambah keperluan. Anak saya juga punya seorang pembantu indon. Percaya sepenuhnya pada kawan hubby, dalam diam kawan hubby membuat strateginya sendiri, order barang dengan harga yang sengaja dinaikkan, lebih duitnya masuk poket, jual tanah / sabut yang dah dimasukkan dalam pollybag dan jual semaian anak2 cili secara sembunyi. Bukan itu saja selain gaji dia minta duit untuk merepair kereta dia (beribu) selain makan minum dan rokok ditanggung anak saya.

Satu hari tembelangnya pecah bila terbaca kisah kebun anak saya masuk dalam surat khabar tapi bukan nama anak saya sebaliknya nama kawan hubby. Kononnya dialah yang mengusahakan kebun tu dengan bantuan isteri dan modal yang berpuluh ribu, bangga menjadi petani berjaya. Tak lama pula seorang pelanggan (misteri) yang dah biasa membeli anak2 cili bertanya adakah dia menerima duit hasil jualan yang diberikan pada kawan hubby. Ramai lagi pelanggan (misteri) lain yang menalipon minta untuk menambah pembelian semaian anak2 cili dan sebagainya. Masa tu baru tahu yang anak saya sudah dipergunakan dan ditipu.

Saya dan hubby pergi berjumpa dia dikebun, berbincang dan akhirnya bergaduh, alasan yang diberi anak saya selalu tak ada dikebun dan sebab itu juga cerita dia yang terpangpang kat surat khabar. Mustahil tak ada temujanji kalau wartawan datang nak buat liputan, ingat orang bodoh ke? Disebabkan anak saya terlalu kecewa dia menjual segala2nya dan sekarang kebun tu dah menjadi hutan semula.

Cerita ni sebenarnya dah lama dan anak saya dah pun bekerja tetap tapi saya teringat semula sebab semasa saya menuggu roti canai yang saya order disebuah kedai makan saya nampaklah biawak ni (boleh ke) sedang makan dan bersembang rancak dengan rakannya2. Saya pandang kearahnya... ALAHAI...dalam hati kau masih punya hutang yang banyak pada anak aku. Berlagak seperti orang alim pakai kopiah sana sini tapi perangainya macam syaitan.

TUNGGU  ' DISANA ' NANTI

Monday, September 26, 2011

Beli lagi....dan... Harapan

Pergi menemankan adik membeli segala peralatan untuk peperiksaan yang tak lama lagi akan menjelma.Sementara adik mencari barang yang diperlukan saya pula sudah semestinya ke area yang menempatkan segala novel. Wajib tawaf beberapa kali kalau tidak nanti habis segalanya masuk ke dalam bakul. Novel yang dibeli tempoh hari ada lagi satu yang belum habis dibaca, banyak halangan kalau tidak sekejap aje dah tamat.

Dalam mencari2 terjumpa novel yang ada dalam blog azieazah, menurutnya novel ni boleh tangkap nangis. Saya ambik dan masukkan ke dalam bakul, ambik pula buku cerita kanak2 yang memang dah lama nak beli tapi masa tu belum ada jual kat kedai. Buku ni saya beli sebab penulisnya kawan Mimi yang juga cikgu tution adik. Masih ingat tak kawan Mimi yang belajar kat Uk, buku ini adalah hasil tulisannya yang pertama. Kalau sesiapa yang belum pernah pergi ke London bolehlah baca buku ni.


cerita kanak2

Nurisha dah pun balik semula ke Uk untuk menyambung pengajiannya pada hari Ahad lepas. Flight dia pukul 3 petang, pukul 2.30 sempat lagi hantar mesaj pada Mimi...'doakan selamat perjalanan saya, mudah2an jumpa lagi dan bye'... itu mesaj yang dihantarnya. Sedih pula rasanya walaupun dia hanya kawan kepada anak tapi rasa dekat dengannya. Hari khamis masih sempat meluangkan waktu mengajar adik dan dia beberapa kali berpesan supaya adik buat yang terbaik semasa peperiksaan nanti. Walaupun hanya 3 bulan dia mengajar adik tapi hasilnya memang memberangsangkan. Alhamdulillah adik dapat menguasai maths dengan baik berbanding sebelumnya.

Doa saya semoga adik mendapat keputusan yang terbaik begitu juga dengan Nurisha semoga pulangnya nanti membawa segulung ijazah yang di idamkan, insyaAllah.

Friday, September 23, 2011

Buah Tangan dan.....Tragedi......

Malam tadi hubby balik sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam, dia balik menumpang kereta kawan. Sebelum tu hubby dah bagitau nak balik tapi katanya dia agak sibuk sehari dua ni. Saya tak nak ganggu biar saja hubby yang cal kalau dia nak cerita apa2. Sampailah semalam tak juga cal, dah pesan juga sebelum ni kalau dia menumpang kereta kawan selalunya dia yang akan memandu. Dalam hati hairan juga kalau dia balik hari ni selalunya kalau berhenti makan atau solat mesti dia cal tapi kenapa hari ni tak. Kebetulan malam tadi malam Jumaat buatlah ibadah lebih sikit boleh juga menenangkan fikiran.
Tepat jam 12 dengar kereta  berhenti depan gate sahlah hubby yang balik, nampak terbongkok2 dekat booth agak lama, dah selesai kawan hubby pun berlalu. Hubby bawa masuk satu karung guni berisikan durian dan buah macang, tuan rumah bagi katanya, saya jawab banyaknya. Memang beginilah selalu setiap kali balik mesti tuan rumah bagi macam2 buah tangan sama ada buah2an dan sebagainya.

ada 10 biji dalamnya, isinya cukup cantik
gambar google

Nampak muram aje muka hubby dalam hati mungkin ada masaalah ditempat kerja. Dah duduk saya buat air kebetulan petangnya saya ada buat kuih keria tapi versi baru bukan recepinya tapi bentuknya. Selalu kuih keria berbentuk gelang tapi saya punya bulat2. Itu menandakan orang yang membuatnya teramat 'rajin' tapi sebenarnya menjimatkan masa...iyalah tu.

 kuih keria versi baru


Beberapa lama... dah teguk beberapa kali air hubby bersuara....

Hubby: anak tuan rumah meninggal

Saya: innallillah, bila?

Hubby: semalam tapi pagi tadi baru kebumi

Saya: yang umur berapa?

Hubby: 8 tahun, anak bongsu

Saya: sakit apa? tak pernah cerita yang anak tuan rumah sakit.

Hubby: lemas kat sungai

Saya: termenung... walaupun saya tak pernah mengenali arwah tapi hubby selalu cerita.


Al-Fatihah buat Amirul semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan juga takziah buat keluarganya.

Hubby terlalu rapat dengan arwah walaupun dia agak nakal. Selalu main game menggunakan hp hubby tapi dia akan minta izin terlebih dahulu kalau dia nak guna. Suka ambik gambarnya sendiri dan memang banyak gambar dia yang tersimpan dalam hp hubby. Kadang2 hubby tengah baring atau tidur dia akan ambik gambar walaupun dah dipesan jangan. Ada juga beberapa kali dia nak mengikut hubby balik ke Kl tapi ayahnya tak bagi.

Saya sedia maklum hubby memang sayang kat budak2 lagi pun adik, anak kesayangannya tak ada selalu disamping dia. Bila arwah mendekati dirinya terasa rindu kat anak berkurangan. Hubby dah anggap arwah macam anaknya sendiri dan keluarganya juga sangat rapat dengan hubby walaupun baru 4  bulan mereka mengenali antara satu sama lain. Yang paling hubby sedih dia dah terdellete semua gambar2 arwah sebelum dia meninggal dunia tanpa disengajakan.

ALFATIHAH

Tuesday, September 20, 2011

Siapa tahu....

Kelmarin masa saya pergi beli ikan nampak kat tepi jalan ada orang jual jagung. Saya pun singgah bila tengok isinya cantik saya pun beli satu pack, dalam satu pack ada 5 ketul. Balik rumah adik suruh  rebus aje sedangkan asalnya saya nak buat bubur. Kata adik kalau masak bubur mama sorang aje yang makan sebab dia tak suka, betul juga apa yang dicakapnya. Saya pun rebus ke lima2 jagung tu sebab kata adik dia nak makan banyak. Akhirnya adik makan satu tongkol dan saya juga satu tongkol.

Bila saya buka fridge saya nampak jagung tu masih tak berusik, terpikir dari terbuang aje baik saya jadikan dia makanan yang dah agak lama saya tak makan. Pergi beli kelapa putih lepas tu balik rumah campurkan dengan gula kemudian campurkan dengan jagung yang dah dihiris. Adik tanya sedap ke dan apa nama makanan tu, saya kata cubalah rasa tapi saya sendiri tak tahu apa nama makanan yang saya buat. Dulu masa kecik2 arwah opah selalu buat, kita tau makan aje.

hirisan jagung rebus dicampur dengan kelapa dan gula

Hari Ahad lepas buat puding cocktail lebih sikit sebab hari Isnin adik nak bawa untuk cikgu kesayangan dia. Hari ni bila adik balik dari sekolah cikgu dia balas dengan jeruk ni pula, satu tuperware penuh, dah tinggal separuh baru teringat nak ambik gambar.

macam2 buah

Alhamdulillah ...orang memberi kita merasa.

Monday, September 19, 2011

Ziarah n Terima Tetamu.

Minggu yang agak sibuk, pergi menziarahi sanak saudara, menghadirkan diri ke rumah2 terbuka dan semalam menerima tetamu berkunjung kerumah pula.

Sabtu tengahari kerumah terbuka anak buah hubby di Puncak Alam, sesat jalan bukannya tak pernah pergi tapi tak tahu macamana boleh sesat. Dah sampai ke lokasi nak mencari rumah pula berpusing2, talipon anak buah minta alamat rumah, tanya orang2 kat tepi jalan barulah jumpa, punyalah sakitnya hati rupa2nya lorong ke rumahnya cuma dibelakang jalan yang dah berpusing2 dua tiga kali haisss....

Dah sampai rumah anak buah macam2 makanan dihidangkan biasalah kalau pergi rumah terbuka cuma perut aje yang tak lalu nak makan semua. Ambik sikit2 supaya boleh dapat rasa semua juadah. Alhamdulillah dah kenyang angkat kaki balik rumah.

Pagi Ahad menerima tetamu pula dari pagi sampai dekat maghrib baru semuanya balik. Bila semua dah balik adik jadi mangsa, tolong kemas rumah, tolong kemas pinggan mangkok dan macam2 kemas. Al maklum juga kalau ada kanak2 mesti mainan dikeluarkan, bila dah balik semuanya berterabur. Kalau mereka leka main barulah senang mak dan ayah  makan dan bersembang. Taktik untuk melekakan kanak2.

Selepas maghrib saya tertidur sebab terlalu penat, bila sedar dah dekat pukul 9.30 malam. Terasa  perut lapar, ajak adik makan lepas tu sembang sekejap, cal Mimi nak wish sebab ari ni dia final exam untuk semester ni. Semoga akak mendapat good result sebagaimana biasa, insyaAllah.

Hari ni saya puasa sunat Isnin sebab temankan adik buat puasa 6 dia yang masih berbaki.

Thursday, September 15, 2011

Raya Buat Kali Ke... 2

Alhamdulillah selesai sudah puasa sunat saya selama 6 hari. Semalam saya berhari raya tapi disebabkan internet problem tak dapat nak update n3. Pagi semalam saya bersarapan kebab yang saya beli kat Singapore. Masa pergi kat restoren ZamZam hari tu saya tapau bawa balik sampai saja kat rumah terus saya frozenkan. Semalam saya makan  rasanya sama aje cuma tak ada kuah sebab saya tak nak simpan kuah lama2 takut tak sedap rasanya.

Tengahari pula saya makan nasi panas dengan ikan masak kicap dari frozen juga tapi lauk berbuka semalamnya. Penghuni rumah ni cuma ada 2 orang sebab tu lah setiap hari ada aje lebihan makanan, nak dibiarkan basi sayang pula tambahan sekarang barang dapur harganya melambung tinggi, jadinya tidak ada pembaziran tapi kadang2 terpaksa juga buang sebab dah tak larat nak makan.

Petangnya saya masak daging blackpepper permintaan adik sebab dia masih berpuasa, banyak tinggal. Resepi nya saya ikut dari blog kakinakl, memang sedap kalau tak percaya cubalah. Terima kasih ya sebab saya c/p dan minta dihalalkan resepinya.


ihsan dari google

Sebelum makan nasi adik makan burger dulu katanya dah lama tak makan, bulan puasa burger tak ada dalam menu dan semalam baru dapat. Saya buatkan special burger tapi sayurnya cuma ada tomato terlupa pulak nak beli salad lagi pun tak diberitahu awal2 yang dia nak makan burger. Alhamdulillah kami makan berselera sangat walaupun saya hanya menemankan adik berbuka puasa.

Syukur kepada Allah swt sebab saya masih diberi nikmat dan rezeki yang murah, Alhamdulillah....

Tuesday, September 13, 2011

Singkat tapi Puas n Happy

Cerita ni sebenarnya dah basi tapi saya nak jadikan ia kenangan dimasa akan datang.
Seminggu lagi nak hari raya saya dapat berita menantu dan maknya akan bercuti ke Singapore. Hubby tanya sama ada nak jumpa mereka, saya katakan tak payahlah sebab bulan puasa lagi pun mereka berjanji akan balik awal tahun depan.

Bila hubby dan Mimi balik untuk bercuti hari raya tiba2 hubby nak pergi, menantu dijangka tiba pada hari Ahad. Walau apa saja alasan yang saya berikan hubby tetap nak pergi juga. Kata hubby kalau tak sempat nak buat persiapan untuk hari raya kita beli aje makanan yang dah siap yang penting kita dapat jumpa mereka. Sabtu pagi jenazah arwah opah hubby yang meninggal petang semalamnya dikebumikan awal, balik dari situ sempatlah saya mengemas rumah mana2 yang wajib dilakukan duhulu. Punyalah penatnya hanya tuhan yang tahu sebab semua nak dilakukan dengan pantas sebab kami akan bertolak selepas solat Terawih.

Kami singgah di Melaka sebab passport Mimi tinggal dirumah sewanya. Disebabkan terlalu letih saya menyarankan agar tidur aje dirumah sewa Mimi lagi pun semua housematenya dah balik ke kampung masing2. Pagi2 lagi kami meneruskan perjalanan dan kami sampai di Singapore masih awal. Sebelum mereka sampai kami jalan2 sekitar berdekatan tak sempat nak melawat banyak tempat lepas tu kami ke Marina Hotel. Lepaklah kami dilobby sementara menunggu mereka sampai. Hari terlalu panas lagi pun badan pula terasa letih sangat.

Kami merahsiakan kedatangan ke Singapore tapi disebabkan flight mereka lambat tiba hubby terpaksa menalipon anak di Uk, kemungkinan dia memberitahu isterinya kami sudah menunggu mereka di lobby hotel. Tak lama kami nampak beg dah diusung oleh bellboy diikuti mereka dari belakang. Bila mereka nampak kami seperti biasa adengan salam peluk cium macam bertahun2 tak jumpa berlaku.

Bersembang dilobby hotel sementara menunggu waktu berbuka, kami makan di Restoren ZamZam sebab mereka nak makan nasi. Saya dan Mimi memilih kebab sementara yang lain makan nasi bryani. Lama kami berborak lepas tu jalan2 kat sekitar berdekatan. Esoknya Isnin kami balik awal pagi sebab banyak tugas yang perlu dilakukan lagi pun pengumuman telah pun diketahui iaitu hari raya jatuh pada hari Selasa.
Satu2nya tempat solat di area Orchard Road
show ditepi jalan

Seronok sangat walaupun perjumpaan yang singkat tapi kami gembira, hilang rasa rindu dan menantu berjanji tahun depan akan balik ke M'sia.

Sunday, September 11, 2011

Yang Pergi....

Ada 3 orang dalam ahli keluarga saya menemui penciptanya semasa dibulan Ramadhan dan dibulan Syawal.

1. Opah saudara hubby meninggal pada 27 Ramadhan.

2. pak Syukur ( Tan Sri Dato' Abdul Syukur Abdullah ) pro cancelor UPSI juga bekas ketua pengarah pelajaran.

3. Kakak ipar iaitu isteri kepada arwah abang saya, genap 10 tahun selepas pemergian abang.

Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.

             AL-FATIHAH......

Saturday, September 10, 2011

Tak Di Sangka

Petang kelmarin semasa saya sedang menggosok pakaian dengar kat luar bunyi hon kereta, saya jengok kat tingkap nampak van pos laju tapi tak ada orang yang keluar. Saya sambung menggosok semula tapi tak lama lepas tu saya dengar orang beri salam bila tengok kat luar ada orang berdiri dekat gate pegang sesuatu.

Saya tanya untuk siapa sebab pernah juga surat2 atau barang orang yang pernah menyewa rumah saya sebelum ini sampai ke sini. Bila orang pos laju beritahu nama yang tertera saya pun keluar dan terima parcel ni. Masuk rumah tengok pengirimnya dari Melaka, sahlah ini dari Mimi.

Mama ucapkan terima kasih banyak2 pada Mimi dan Najib (teman Mimi ) sebab hadiahkan mama barang yang mama suka lagi pun inilah jenama yang selalu saya gunakan.

Thanks to both of you....luv you.....muahahaha....


Wednesday, September 07, 2011

Bertambah Lagi


Salam semua...hari ini bertambah lagi umur saya, yang ke berapa? dah tua ke? itukan hanya angka yang penting badan sihat dan hidup bahagia. Syukur sangat2 sebab saya ada semuanya, ada tempat tinggal, cukup makan pakai dan yang paling membahagiakan punya anak2 yang menyayangi saya. Saya juga punya suami yang penyayang dan bertanggung jawab.

Tepat pukul 12 tengah malam semalam anak2 hantar message dan pagi tadi bila bangun dari tidur satu lagi message masuk tak lain dari hubby. Tak ada kek atau makan luar sebagaimana kebiasaan sebab semuanya dah balik ke tempat masing2. Hadiah?...menurut hubby akan menyusul kemudian. Saya tak mengharapkan apa2, cukuplah ucapan yang di berikan sudah membuatkan saya rasa bahagia.

Syukur alhamdulillah diatas nikmat yang diberikan Allah swt.




Monday, September 05, 2011

Belum Terlambat.

Salam semua...Agak lama saya menyepikan diri dari berblog, sibuk sedikit dengan segala urusan sampai tak sempat nak berblog walking dan balas comment. Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan2 alam maya, mohon kemaafan saya pinta jika terdapat kata2 yang boleh menyinggung perasaan rakan2 semua.

Tentu ramai yang dah balik kerumah masing2 untuk menjalankan tugas dan buat anak2 yang bersekolah dah pun memulakan sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu. Macamana sambutan hari raya kawan2 tahun ni? tentu meriahkan berkumpul bersama sanak saudara yang dekat dan yang jauh meraikannya bersama.

Hari raya pertama seperti biasa saya akan beraya dirumah dulu dan lepas tu raya kedua baru saya ke Ipoh ke rumah anak buah sebab tahun ni semua keluarga saya berkumpul disana. Setiap tahun kami beraya mengikut giliran sebab ayah tinggal dengan anak2. Tapi sebelum tu saya menziarahi kubur arwah mak dan arwah abang. Masa sampai kat Ipoh semua adik beradik dah ada termasuk anak buah yang dah kahwin.

Agendanya makan-makan, terlalu banyak makanan yang dihidangkan sampai tak muat meja. Saya bawa beberapa jenis biskut dan kek dan adik beradik yang lain juga masing2 dengan buah tangan. Terdapat disatu sudut terletak satu meja dipenuhi dengan bermacam2 biskut dan kek. Kata anak buah untung jadi tuan rumah tak payah nak order banyak kuih.

Saya tinggal disana selama 3 hari, rasa seronok sangat selain makan2 kami bersembang macam2 isu. Malamnya kami beraya ke rumah saudara yang berdekatan. Paling seronok tahun ni saya dapat banyak duit raya dari adik2 dan anak buah. Kalau dulu saya yang menyediakan duit raya buat mereka tapi tahun ni bertukar pulak mereka yang memberi duit raya pada saya sebab ramai diantara mereka yang dah bekerja. Itulah untungnya punya anak buah yang dah besar2 dan bekerja.

Paling sedih masa nak balik rasa berat kaki nak melangkah tapi insyaAllah dilain tahun kami akan berkumpul lagi tapi dimana belum buat keputusan. Singgah di T.Intan ziarah kubur arwah mak dan ayah hubby dan beraya ke rumah mak saudaranya, lepas tu pergi rumah pusaka yang tak ada penghuni dan jumpa dengan jiran yang kematian anak tempohari.

Semalam Mimi dah balik ke Melaka dan hubby pula ke Terengganu terasa sunyi sangat rumah ni. Tinggallah kami 3 orang dalam rumah ni dan kadang2 cuma saya dan adik sebab abangnya selalu kerja luar. Sepi sangat rasanya tapi sebelum hubby balik semalam saya ajak dia ke popular mencari sesuatu buat santapan minda untuk menghilangkan rasa sunyi.

saya beli
hadiah dari adik

Novel 7 hari mencintaiku tulisan Siti Rosmizah dan Hantaran kasih Tuhan tulisan Noorfadzillah Omar.