Wednesday, July 27, 2016

Kemudahan pada Instagram.

Assalamualaikum...

Saya buka acc insta pada bulan June tahun 2014. Tahun itu cuma ada dua gambar sahaja. Satu bulan 6 dan satu lagi bulan 9. Tahun 2015 terhenti begitu saja. Langsung tak ada gambar. Bermula bulan May pada tahun 2016 baru insta saya aktif semula. Hari ini sudah genap 100 gambar saya post. Alhamdulillah dapat berkongsi dengan rakan2 igers dalam dan luar negara. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini insta lebih mudah berbanding blog. Cuma masukkan gambar tak payah susun banyak2 ayat.

Pagi ini gambar buah dokong yang diberi jiran membuat insta saya genap 100 gambar. Buat saya itu sudah amat menyeronokkan. Lagi pun saya bukan blogger atau insta tegar. Malu jika dibandingkan dengan sesetengah orang kalau gambar sebanyak itu.

Buah dokong.



Friday, July 22, 2016

Cerita Throwback Yang Menyayat Hati.

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang barakah buat semua rakan2.

Dah puas pujuk dah buat macam2 cara tapi masih dengan keputusan dia. Tak mahu balik ke keluarga kandung masih setia dengan mak tiri angkat walaupun hidupnya amat memilukan.

Sahabat karib my hubby (sudah meninggal dunia dua tahun lepas). Berkawan dengan hubby sejak sama2 menjejakkan kaki ke UK untuk sambung belajar. Arwah berkahwin dengan wanita Eurasian dan tinggal diMalaysia selama 18 tahun. Mereka tidak dikurniakan anak tapi mengambil anak angkat yang sempat isterinya jaga sampai berumur 6 tahun.

Isterinya tinggalkan Malaysia dan keluarga balik semula ke negara asal disebabkan suami curang. Mulanya nak bawa anak itu ikut dia tapi tidak dibenarkan sebab bukan anak kandung dan masih dibawah umur. Alasan kepada curang untuk mendapatkan zuriat sendiri. Memang sudah ditakdirkan mereka mendapat seorang anak laki2.

Walaupun siibu angkat balik ke negara asal tapi beliau masih mengirimkan perbelanjaan untuk sianak. Dia cuba untuk mengembalikan sianak ke keluarga kandung. Duit yang dihantar juga entah ke mana disalurkan. Dengan pakaian yang comot diperlakukan macam pembantu rumah. Bilik yang digunakan hanya sebuah stor yang diletakkan katil usang. Pernah dihantar bekerja dikedai makan dengan adik kepada mak tiri. Dari pagi hingga ke malam bekerja tanpa henti dan makannya pula dicatu. Terperangkap bila adik arwah datang tanpa diberitahu. Rahsia bocor bila duit gaji pun tidak dimasukkan ke dalam bank sebagaimana yang dijanjikan. Adik arwah bawa balik tapi tak lama mak tiri datang ambik semula. Ugutan sentiasa diperlakukan.

Tahun lepas mak angkat datang ke Malaysia dan bercadang untuk membawa balik ke Uk. Atau pun dia mahu anak itu dikembalikan semula ke keluarga kandung dan dia sanggup memberi perbelanjaan setiap bulan. Mak kandung pun sanggup ambik semula anaknya. Sayangnya anak ini mungkin keliru tak tahu nak ke arah mana. Katanya sejak mummy dia balik dia dijaga oleh daddy dan mak tiri sampai dia besar. Semasa daddy hidup pun kehidupannya macam cerita bawang putih bawang merah. Disiksa bukan saja mak tiri tapi anak2 kepada mak tiri. Sahabat hubby tu berkahwin lagi dengan ibu tunggal yang punya anak 5 orang.

Disebabkan pendiriannya yang masih lagi nak tinggal dengan mak tiri kami sudah tidak ambil tahu tentangnya. Tapi kadang2 hati ini teringat dan rasa rindu. Semasa mummy dia ada kami selalu berkunjungan. Harapan ibu bapa kandung yang susah kehidupannya anak yang diserahkan pada orang yang berkemampuan boleh memberi kesenangan tapi sebaliknya.


Anak angkat sahabat hubby bertudung biru manakala mummy angkat berambut pendek dan kerinting. Masa mummy dia datang banyak bawa pakaian dan macam2. Sangat touching masa pertemuan pertama mereka setelah sekian lama terpisah.

p/s : Sesekali bila kami berhubung siibu masih lagi bercerita tentang anak angkatnya.




Friday, July 15, 2016

Hati2 Makan seafood Celup Tepung dipinggiran Pantai.

Assalamualaikum....

Sambungan raya diBesut Terengganu.
Sebelum balik ke Kl kami sempat jalan2 tepi pantai. Pergi ke Pantai Bukit Keluang duduk2 sambil ambik angin laut. Ramai pengunjung ada yang mandi manda bagai. Ingatkan raya orang pergi ziarah rumah saudara mara atau rumah kawan2.

Pantai Bukit Keluang

Esoknya masa nak balik kami ikut jalan sebelah pantai. Singgah di Pantai Penarik sebab nak makan seafood celup tepung. Ramai juga orang walau pun banyak aje kedai2 disepanjang jalan. Kami singgah disatu kedai, cantik kemas dan bersih. Saya dan Mimi terus ke tempat seafood yang sudah siap digoreng manakala hubby dan adik mencari tempat duduk. Terpaksa menunggu makanan lain, yang ada cuma goreng sotong dan udang. Saya suruh Mimi ambik dulu mana yang ada. Saya pula berdiri di sebelah kuali menunggu seafood yg lain masak.

 Pantai Penarik


Masa menunggu inilah terjadi sesuatu. Terus saya tinggalkan dan order kueh tiew sup untuk pengganti. Tunggu punya tunggu itu pun tak datang sampailah kami buat keputusan bayar mana yang sudah diambil dan beredar. Masa membayar dikaunter saya ceritakan apa yang saya nampak pada tokey semasa menunggu didepan kuali.

Ada tak yang nak tahu apa kejadian itu? Dua beg minyak dalam plastik dicelupkan ke dalam kuali gorengan seafood untuk menambah minyak yang sedia ada. Rupanya begitulah cara mudah yang diamalkan disesetengah kedai makan. Saya ada menegur perbuatan pekerja kedai dan cakap kenapa tak guna gunting untuk membuka plastik. Jawapannya tiada respon hanya muka masam mencuka yang dipamerkan. Tidak hairanlah mengapa zaman sekarang terlalu ramai orang yang mengidap macam2 penyakit. Salah satu penyebab mungkin penggunaan minyak. Minyak gorengan ada campuran plastik.

P/S: Masa kejadian HP dan handbag saya ditangan adik kalau tidak boleh ambik gambar sebagai bukti.





Sunday, July 10, 2016

Hari Raya 2016

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya buat semua maaf dari saya jika ada perkataan dalam penulisan yang membuat terasa hati. Bagaimana sambutan raya? Tentu meriah kan terutamanya yang dapat balik ke kampung. Dapat berkumpul dengan sanak saudara. Mungkin ada yang sudah balik semula ke rumah masing2.

Saya macam biasa sambut raya dirumah sendiri. Pagi raya kumpul dengan anak2 makan bersama. Malam pula ziarah ke rumah adik di Shah Alam jumpa ayah dan adik beradik. Tahun ini semua beraya disana sebab turn adik menjaga ayah.

Raya kedua saya, suami dan 2 orang anak ke Besut, Terengganu kerana menghadirkan diri untuk kenduri kahwin anak sahabat. Tinggal 2 malam disana. Balik semalam jam teruk berjam2 diatas jalan raya.

Majlis sangat meriah ramai tetamu kebetulan time raya ramai yang balik kampung. Sembelih seekor lembu, seekor kambing dan beberapa ekor ayam. Makanan sangatlah sedap2 belaka. Ada dua jenis lauk yang tak pernah saya makan sebelum ini. Masakkan ini biasanya hanya terdapat di Pantai Timur. Kerabu sarek iaitu rumpai laut dicampur dengan ikan dan bahan2 lain dijadikan kerabu. Satu lagi teresek jantung pisang macam gulai kari tapi kering dicampur dengan ayam. Kambing dimasak kari. Lembu pulak dibuat gulai kawah dicampur dengan umbut kelapa. Sangat unik dan sedap2 belaka. Majlis yang sangat mewah dengan makanan. Selama 3 hari 2 malam saya disana macam2 juadah dihidangkan untuk kami sekeluarga.

 Kerabu Sarek

Teresek jantung pisang. Abaikan pinggan yang selekeh.

 Sup kaki lembu

Nasi manis a.k.a wajik

Gambar  dibawah ini juadah hari raya dirumah saya.



Juadah satu raya. Saya buat nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, butter kek, orange kek dan lemang hubby beli.