Thursday, January 29, 2015

Semangat dan Tenaga Tidak Seiring.

Assalammualaikum....


Kalau kita bercakap pasal umur ada orang kata itu hanyalah angka. Setiap tahun nampak tidak ada apa2 perubahan melainkan kalau orang itu sudah sangat tua.

Semalam saya buat kerja2 rumah, buang habuk, vacuum dan  mop lantai. Pagi saya buat gardening sekejap. Tukarkan pokok2 yang guna pasu plastik ke pasu batu. Tak adalah buat kerja berat sangat pun.

Bila petang terasa sangat letih, badan rasa sakit2. Dulu kalau pembantu rumah saya balik selain vacuum dan mop lantai saya cuci bilik air, cuci tingkap dan cuci kipas lagi. Tapi tidak sekarang, badan terasa cepat sangat letih. Nampak sangatlah umur memainkan peranan. Macam tak ada beza dari tahun ke tahun tapi tenaga sudah jauh berkurangan.

Helper tak ada terpaksalah saya buat yang senang2 dan yang ringan2. Kalau tunggu dia balik tak tahu bila dan kalau ambik orang lain rasa tak yakin pulak. Saya hanya gunakan pembantu bila diperlukan sahaja. Kerja rumah pun tak banyak sebab hanya saya dan hubby saja yang tinggal.

Dulu2 kalau mak kita kata dia dah tak kuat sebab mak dah tua kita gelakkan. Tapi sekarang bila kita yang merasai sendiri baru tahu. Walau kita rasa kita masih kuat dan boleh buat tapi kesannya kita saja yang tahu dan rasa.




Wednesday, January 28, 2015

Promotion Ticket.

Assalammualaikum...

Air Asia Airline tengah buat promotion, harga tiket sangat murah. Bagi yang suka melancong inilah masanya untuk booking. Kalau mampu dan ada kelapangan boleh booking untuk banyak tempat.

Tahun ini saya bercadang untuk bercuti lagi. Plannya ada dua holiday, satu awal tahun dan satu lagi hujung tahun. Yang susah nak booking untuk hujung tahun sebab cuti anak2 belum confirm. Inilah masaalah yang di hadapi kalau nak holiday. Cuti anak2 tak sama, kalau tiket sudah dibooking salah seorang anak tak cuti jawabnya terpaksalah ponteng dari kuliah.

Kawan2 macamana sudah ada yang merancang. Saya cadangkan ambik peluang untuk bercuti semasa harga tiket murah.


rindu kat sini


Walau ke mana saja saya pergi hati tidak pernah lupa tempat yang paling indah dan paling tenang. Kat mana lagi kalau bukan Mekah dan Madinah. Walau pun pernah pergi tapi hati ini masih nak pergi lagi.





Tuesday, January 27, 2015

R&R Gua Musang.

Assalammualaikum...

R&R Gua Musang adalah tempat yang selasa untuk singgah jika pergi ke Pantai Timur. Disediakan surau, tandas, food court dan parking yang luas. Banyak kedai makan yang menjual makanan pilihan. Ada makanan barat dan kampung. Sangat selesa cuma disitu tidak boleh membawa makanan dari luar.

Kadang2 ada juga ibu2 yang membawa bekal untuk dimakan ditengah jalan. Saya pernah nampak ada keluarga yang makan didalam kereta gara2 dilarang membawa makanan ke dalam food court. Kesian juga dengan anak2 yang masih kecil.

Gerai no 2 menjual berbagai jenis mee. Saya suka makan mee sup dia. Disediakan dalam mangkuk yang besar. Tapi mee yang dihidangkan terlalu sedikit. Terkilan jugalah dengan harga yang dijual.

My hubby cakap jangan banyak complaint kalau rasa tak berbaloi beli aje makanan lain atau jangan beli langsung huhu....










Monday, January 26, 2015

Buah Kiwi.

Assalammualaikum...


Buah kiwi




Saya suka makan buah ini tapi kadang2 ada yang masam.

Terdapat 14 manafaat untuk kesihatan boleh didapati jika makan buah kiwi.

1. Membantu pencernaan dengan enzim.
2. Membantu mengelola tekanan darah.
3. Melindungi dari kerosakan DNA.
4. Meningkatkan kekebalan tubuh.
5. Untuk berat badan.
6. Meningkatkan pencernaan kesihatan.
7. Membantu menghilangkan racun.
8. Membantu memerangi penyakit jantung.
9. Baik untuk penderita diabetes.
10. Melindungi degenerasi makula,
masaalah mata dan lain2.
11. Untuk keseimbangan alkaline.
12. Untuk kulit.
13. Rasa yang esotis.
14. Organik.

Info ini saya ambil dari internet.




Sunday, January 25, 2015

Mee Pak Tam.

Assalammualaikum...






Semalam singgah R&R Tapah makan mee rebus. Sebelum makan tak ingat nak ambik gambar. Tau2 dah licin kelaparan hehe....





Saturday, January 24, 2015

Semoga Bahagia.

Assalammualaikum....


Petang nanti nak pergi Ipoh. Esok ada majlis bertunang anak sahabat lama. Anak angkat kepada kawan hubby semasa belajar di UK. Berkahwin selama 18 tahun tapi tidak dikurniakan zuriat. Akhirnya ambik keputusan mengambil anak angkat. Rezeki berpihak kepada kawan hubby bila berkahwin lain dapat seorang anak lelaki. Tahun lepas kawan hubby telah pergi menemui penciptanya kerana serangan jantung.

Alfatihah....


Malam tadi buat muffin untuk makan2.


Vanila muffin.




Friday, January 23, 2015

Alahai Sayangnya.

Assalammualaikum...

Salam Jumaat buat rakan2 semua. Semoga hari ini kehidupan dan kesihatan kita lebih baik dari hari2 sebelumnya amin.

Balik dari Terengganu start membelek pokok2 bunga kat laman. Seronok tengok pokok orkid ada yang mengeluarkan kuntum dan ada yang sudah berkembang. Excited sangat tak sedar tangan terlanggar pada satu pasu orkid. Punyalah kecewanya sebab sebelum ini orkid ini mengeluarkan dua kuntum saja tapi kali ini tiga. Tak pasal2 patah dan tinggallah dua saja.


kuntum yang patah

Nampak yang berjuntai tu

Inilah pokoknya


Orkid kat bawah ini ada nampak macam kuntum tapi saya tak pasti sebab belum pernah berbunga. Saya beli anak belum pernah tengok bunga dia. Mungkin ada rakan2 yang ada pokok orkid ini. Adakah ia kuntum atau spark baru?


Tu dia... nampak



Bila balik seronoknya tengok bunga berkembangan dilaman.













Tuesday, January 20, 2015

Kemiskinan di Alaf Ke modenan.

Assalammualaikum...

Semalam saya ke rumah sahabat saya yang tinggal disebuah kampung di Besut. Masa saya datang ada seorang tetamu, seorang ibu yang menyara 3 orang anak yang masih bersekolah. Dia bekerja sebagai penoreh getah. Tidak ada rumah sendiri cuma menyewa rumah dibelakang rumah sahabat saya. Suaminya hilang entah ke mana tidak ada khabar berita dan tiada nafkah yang dikirimkan.

Walaupun saya sudah selalu datang ke rumah sahabat saya tapi saya belum pernah bersua muka dengan beliau. Kononnya dia segan untuk bertemu apabila saya datang ke rumah sahabat saya.

Bila dah bersua mulalah bercerita kisah keluarga, anak2, kehidupan dan macam2 lagi. Dia menceritakan anaknya baru2 ini mendapat 7A dalam peperiksaan PT3. Saya pun bertanyalah apa petua dia anaknya berjaya tanpa ada tusyen.

Terkejut....jantung bagai nak putus bila dia memberitahu dia memberi anak2nya makan semata2 nasi dengan budu atau kicap. Itulah makanan harian mereka dan kalau nak makan ikan anak lelaki bongsu yang berumur 12 tahun cuti sekolah pergi memancing ikan ditepi sungai.

Dia bercerita lagi kalau makan daging hanya setahun sekali mungkin daging korban agaknya. Tuan rumah yang dia tinggallah yang selalu membantu dan kadang2 menghantar makanan.

Apa yang ada dalam fikirannya setiap bulan dapat membayar sewa rumah dan keperluan sekolah anak2. Itu sudah mencukupi tambahan kalau hari hujan dia tidak dapat pergi menoreh. Bab makan apa saja yang ada sudah mencukupi.

Air mata saya tidak berhenti mendengar luahannya. Dizaman sekarang masih ada tahap kemiskinan sedemikian rupa. Terasa betapa insaf dan bersalahnya saya sebagai saudara sebangsa dan seagama. Sejujurnya anak2 saya tidak tahu erti kesusahan atau kepayahan dalam kehidupan. Bila saya menalipon memberitahu mereka cerita ini, siadik sambil menagis menyarankan agar saya dan hubby membantu dari segi apa sekali pun.

Saya dan hubby telah berbincang apa yang patut dilakukan. Hubby juga telah membawa perkara ini kepada kawannya yang tinggal di Besut. Mudah2an ada orang yang sudi membantu supaya keluarga ini dapat menikmati kehidupan seperti insan lain.

Dimana orang2 yang sepatutnya menjalankan kewajipan dan dimana, kepada siapa duit zakat disalurkan?





Monday, January 19, 2015

Berat Mata Memandang.

Assalammualaikum...

Pagi semalam saya dan hubby mula bergerak untuk ke Besut, Terengganu. Seperti biasa saya mengikut hubby outstation. Besut bersempadan dengan Kelantan sebab itu kami melalui jalan Gua Musang.

Singgah di Bentong untuk makan tengahari dan juga beli lemang. Kami teruskan perjalanan dan bila sampai di Lipis kereta kami banyak berselisih dengan kereta misi bantuan banjir. Sangat meriah dengan bendera dan sticker yang dilekatkan disetiap kereta. Bukan van dan kereta 4x4 saja malahan lori kontena juga banyak.

Sampai di Gua Musang disepanjang jalan ada pembakaran, banyak asap ingatkan ada yang terbakar rupa2nya bahan buangan yang dibakar. Pemandangan disetiap workshop dan car wash juga dipenuhi dengan kereta2 yang disaluti dengan keladak bekas lumpur.

Bila sampai ke Manik Urai dan Kuala Krai rasa nak luruh jantung apabila melihat banyaknya rumah yang menyembah bumi. Kain baju yang disidai disetiap sudut melambak2 begitu juga dengan barang2 yang tak boleh digunakan lagi bersepah2. Kesan lumpur juga boleh dilihat dibatang2 pokok dan kita boleh mengagak setinggi mana banjir yang melanda.

Sesiapa saja yang melihat boleh menitiskan air mata. Betapa besarnya dugaan yang mereka hadapi. Rumah yang sudah bertahun lamanya diduduki tiba2 lenyap sekelip mata, yang tinggal hanya tapak dan kayu2 yang bersepah.

Sayang saya tak dapat nak ambil banyak gambar sebab tak dapat nak berhentikan kereta dibahu jalan. Jalan yang sempit dan banyak kereta tidak membolehkan kami untuk berhenti. Hanya ini saja yang dapat saya tangkap sebab kami tidak masuk ke kawasan kampong2.

Inilah saja gambar yang dapat saya ambik in shaa Allah kalau nak balik nanti saya akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak gambar.



Menyembah bumi

Kesan lumpur



kat depan setiap rumah ada khemah




Friday, January 16, 2015

Expired Date.

Assalammualaikum...

Pagi tadi membersihkan peti ais. Bila anak2 balik suka beli barang untuk masakan supaya senang kalau nak masak. Kalau boleh nak penuhkan satu fridge tapi balik pun kadang2 dua atau tiga hari saja.

Bila dah dikemas banyaklah terjumpa benda2 yang dah expired. Nak buat macamana buang ajelah, kalau simpan pun bukan boleh digunakan lagi. Masa membeli tak sedar, main ambik aje. Kalau penghuninya ramai tak apalah boleh masak/guna hari2.

Selain dari barang2 harian saya jumpa juga bahan baking. Tepung, kekacang, choklat, esen, pewarna dan macam2 lagi.


Chocolate chip

Expired 2014 bulan dah tak nampak

Barang buangan 

Tak nak tunjuk semua barang yang dibuang sebab hubby baca blog saya. Marah tu tidaklah tapi mesti dia tegur sebab membazir.


Almond nut



Nasib baik almond nut ni boleh diselamatkan lagi itu pun sampai bulan 2. Almond nut dan chocolate chip ni masih belum dibuka plastiknya lagi.

Tanpa kita sedar banyak pembaziran berlaku dalam kehidupan seharian. 





Thursday, January 15, 2015

Nasi Lemak Antarabangsa VS Nasi Lemak Opah.

Assalammualaikum...

Kalau dulu bila nak makan nasi lemak selalunya pergi makan nasi lemak antarabangsa Kg Baharu. Bila anak2 dah besar dah pandai memilih. Tempat tak bestlah, tak selesalah dan macam2 lagi.

Sesiapa yang biasa dengan Kg Baharu mesti faham, kawasannya agak sesak dan sempit. Banyak rumah yang susunannya agak rapat. Begitu juga gerai2 makan bersusun disetiap sudut. Pun begitu makanan disini banyak yang sedap2.

Salah satunya masuk aje pintu gerbang nak masuk Kg Baharu sebelah kanan. Kalau nak makan tengahari memang ada bermacam2 lauk sampai tak tahu nak pilih.

Sambung cerita nasi lemak lagi hehe....

Satu lagi nasi lemak yang sangat famous ada di Taipan USJ dibelajang Masjid Al- Falah section 9. Nama kedai tu Nasi Lemak Opah-Warisan Sambal Opah. Dibuka pada waktu petang sampai malam.

Nasi lemak dibungkus dengan daun pisang berharga rm1. Lauk pula pilih aje yang mana suka memang bermacam2 jenis. Kalau pergi petang orang belum ramai sangat tapi bila malam beratur panjang sampai ke tengah jalan. warga cina pun ramai yang makan kat situ. Harga...mahal sikit.
Tentu rakan2 pun ada tempat makan yang sedap2 kan.





Wednesday, January 14, 2015

Kejutan.

Assalammualaikum...

Petang semalam hantar mesaj pada hubby cakap nak cuti masak. Pagi buat gardening terasa macam penatlah pulak. Sejak tinggal berdua ni selalu aje tak masak, makan kat kedai atau kadang2 hubby beli masa nak balik kerja.

Hantar mesaj sekali lagi sebab tak berbalas. Suruh beli pizza yang ada promotion rm5. Saya suka beli yang kecik sebab boleh beli berbagai rasa. Kalau beli yang besar dan berlainan rasa makan berdua tak habis.

Tak lama hp berbunyi hubby call. 'Buka gate'. Dalam hati berdetik ini mesti hubby pergi Harvey Norman. Dah selalu macam tu tahu2 dia angkut barang eletrik. Sangkaan saya meleset bila tengok hubby keluar dari kereta melenggang aje tapi suruh saya ambik barang dari dalam kereta.

Bila saya buka pintu kereta wow...seronoknya. Tau apa yang my hubby beli.
Sembilan pasu orkid, 4 bag sphagnum moss dan 3 batang paku pakis gajah untuk lekatkan orkid. Katanya dia lalu dekat Subang ternampak nursery orkid yang kami pernah pergi.

Hubby pergi dengan rakan sekerjanya. Seronoklah tokey tu sebab kawan hubby pun memborong nak bawa balik ke Besut, Terengganu. Katanya kalau dia datang dengan kereta mungkin banyak lagi dia borong. Datang by flight bawa balik pokok orkid yang kecik2 ajelah.


Inilah orkid yang hubby beli.










Mcm bunga jenjarum







Sama mcm beli kat MAHA


Bercadang nak buat satu lagi rumah orkid. Kebetulan tapak pokok ru saya yang sudah mati bolehlah digantikan dengan rumah orkid baru. Yang bagusnya rumah orkid tu akan dibuat dalam gate.




Tuesday, January 13, 2015

Nice View

Assalammualaikum...






Kalau makan kat sini boleh nampak view yang cantik. Semua orang tahu bangunan dalam gambar ini. Tenang aje sambil makan boleh berkhayal konon2 kalaulah mampu beli rumah yang berdekatan dengan bangunan ini. Huish...agak mustahil dengan kerja hubby yang hanya makan gaji.

Sebenarnya saya makan disalah sebuah restoren di Kg Baharu atas bukit dan kawasan lapang tu tempat cuci kereta. Satu lagi tempat yang saya suka pergi kalau tak silap diJalan Quary, Cheras. Suka pergi hanya nak tengok pemandangan waktu malam.

Memang cantik bila waktu malam boleh nampak satu Kuala Lumpur. Agaknya orang yang ada penthouse tak hairan dengan pemandangan yang macam ini kan. Dia orang dah biasa tengok. Buka tingkap atau sliding door dah tersergam pemandangan yang indah.
Entah kenapa tiba2 aje berangan huhu.....



Monday, January 12, 2015

FM

Assalammualaikum...


Fridge Magnet.






Ada beli sendiri, ada adik beradik bagi dan ada yang rakan2 bagi. Alhamdulillah dah bertambah banyak. Ada lagi yang masih belum dilekatkan. Dinding fridge sebelah atas dah penuh kat bawah pun ada juga tapi tak banyak.

Malas nak lekat kat bawah banyak2 sebab kalau ada yang datang bawa kanak2 yang boleh sampai dah tentu berubah tempat. Ada tu yang jatuh terus patah. Sayang kalau pemberian orang.

Bagaimana dengan rakan2 semua? Dah tentu lagi banyak sebab ramai yang rajin melancong. Barang pertama kalau pergi melancong dah tentu fm yang dicari. Selain boleh dijadikan sebagai ole2 harganya pula tidaklah terlalu mahal.



Saturday, January 10, 2015

Pokok Cili

Assalammualaikum...


Cili merah

Pokok cili ini saya beli masa pergi kat MAHA tempohari. Tak tahulah boleh bertahan lama ke tidak sebab selalunya kalau pokok cili susah nak hidup lama. Ada saje penyakit yang hinggap. Pokok cili api yang beli kat Cameron Hingland pun dah mula nampak tak sihat. Daun sudah mula jadi kecil dan kerinting.

Ada juga beli ubat racun untuk sembur tapi tak menjadi juga. Kalau pokok tu hidup pun tak berbuah pulak. Macamana dengan pokok cili kawan2 semua banyak tak berbuah.




Friday, January 09, 2015

Chinese Muslim Food

Assalammualaikum...

Kalau nak makan makanan chinese muslim saya lebih suka memilih restoren Mohd Chan Abdullah. Salah satu sebabnya flos butter prawn dia yang begitu halus. Banyak restoren yang mungkin lebih sedap tapi saya belum pernah jumpa flos yang begitu halus.

Menu lain saya rasa lebih kurang sama aje rasanya dengan restoren lain. Order ikan masak 3 rasa, Ikannya agak besar tak habis saya bungkus bawa balik, simpan dalam fridge akhirnya masuk tong sampah juga.


Dim sum

Siakap 3 rasa

Butter prawn

Tauhu

Sayur 3 jenis


Pilihan utama tetap Restoren Singgah Selalu Johor Baharu. Semua masakan yang pernah saya makan disitu semuanya sedap2 belaka, 5 bintang.


Mangga dari tuan punya coconut shake.






Wednesday, January 07, 2015

Denggi.

Salam...


Alhamdulillah saya telah pun sembuh seperti sediakala cuma tinggal batuk2 aje lagi. Berkat doa dari keluarga dan rakan2, terima kasih buat semua.

Malam tadi dapat berita adik lelaki saya masuk hospital kerana denggi. Sebelum dia sekeluarga holiday ke Port Dickson dia sudah mula demam. Tapi sebab dah booking hotel terpaksa pergi juga. Harap2 demamnya tidak menjadi serius dan cepat sembuh.

Biasanya hari panas yang banyak nyamuk dan kita selalu dengar ramai orang kena denggi. Tapi sekarang musim hujan tak kira siang atau malam. Ramai diantara jiran adik saya juga addmited kerana denggi. Semoga semuanya berakhir dengan yang baik2 hendaknya.



Sunday, January 04, 2015

Kurang Sihat.

Salam...

Malam Sabtu sudah ada tanda2. Badan dah rasa seram sejuk rasa sakit2, kepala dah mula berdenyut. Makan panadol dan vitamin C bawa tidur. Sabtu ada tetamu terpaksa masak sebab dah berjanji nak makan kat rumah. Nasib baik ada anak2 membantu.

Petang Sabtu dah semakin bertambah sah demam disertai dengan selsema yang agak kuat. Selera makan langsung hilang.

Sedikit dugaan diawal tahun.

Friday, January 02, 2015

Tahun Baru Dirumah.

Salam...

Sambut tahun baru duduk kat rumah aje. Saya masak daging tetel asam pedas untuk makan tengahari. Kebiasaannya kalau anak2 ada berkumpul kami makan diluar. Disebabkan hubby ada urusan jadi terpaksa ditangguhkan. Anak2 tak kisah sebab malam minggu sebelumnya kami sudah makan nasi arab Saba, Cyberjaya.




Breakfast Mimi buat bruschetta.

Bruschetta