Saturday, March 31, 2012

Anugerah Dari Sekolah

Salam...

Terima kasih buat semua yang datang ke blog saya terutamanya buat Deru Ombak, Marinahunny, cikmanggis, Acik Erna, Kamariah Awang, MulutPayau, Ros, azi, Nieda, sal. Semangat dan peransang yang kalian berikan membuatkan saya rasa seronok untuk menjalankan tugas pada hari esok. Terima kasih banyak2...mudah2an majlis akan berjalan lancar.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Pagi tadi pergi ke sekolah adik sebab hari ini ada penyampaian Anugerah Cemerlang Akademik. Alhamdulillah adik salah seorang murid yang menerimanya. Senyum aje dia sepanjang berada disekolah apalagi dapat bertemu dengan rakan2 yang sesetengahnya dah berpindah ke sekolah lain.

Doa saya semoga adik dan yang lain2 dapat meneruskan pelajaran mereka dengan pencapian yang lebih bagus dimasa akan datang dan kalau boleh biarlah adik dapat mengikut jejak langkah abang dan kakaknya, Amin.

menunggu giliran untuk naik ke pentas

adik dengan sijil dan tropi

Thursday, March 29, 2012

Boleh Ke?

Salam...

Saya nak cari tudung glamour macam mak datin hahaha...(datin2 jarang marah ya) yang ada lampu lup lap ke, atau yang penuh dengan manik2 ke..Saya nak gandingkan dengan baju yang senget benget tu, nanti tak adalah orang pandang baju saya. Tentu semua mata memandang ke arah kepala saya...

Saya pulak ditugaskan menjadi penyambut tetamu, muka sentiasa berada kat pintu dewan. Semua tetamu datang tuju kat saya dulu lepas tu baru tuju mak dan bapa pengantin. Masa tu saya akan pusing2kan kepala supaya tetamu tak sempat memandang ke arah baju saya. Tapi kalau dah saya yang lebih glamour dari pengantin macamana pulak ya. Dahlah pengantin ada 4 orang, 2 pasang pengantin sekali harung nak jimat belanja...hehehe....

Puan Zaitun...'awak dah terlebih makan apa ya sampai macam ini pasang angan2'...

Wednesday, March 28, 2012

Cerita Bersiri...Suka Tak?

Salam...

Dari dulu setiap kali habis cerita atau drama yang bersiri saya berjanji pada diri sendiri tidak akan tengok lagi. Terikat tak boleh ke mana2 atau kalau tak tengok rasa tak puas hati. Tapi hati ini sentiasa melonjak setiap kali ada cerita baru yang digantikan dengan cerita yang lepas. Mesti best ceritanya sebab cerita yang lepas memang teringat2 walaupun dah lama ditanyangkan.

Dulu... lama dah walaupun holiday masa tu kat Penang sibuk mencari kat mana2 yang ada astro, tujuannya nak tengok sinetron yang dah biasa ditonton kalau tak silap tajuknya 'Dia'. Satu masaalah mencari tempat yang ada Astro sebab masa tu Astro belum banyak ada dimerata tempat. Pelakon dalam sinetron ini Lydia Kandau, orangnya cantik dan berbakat itulah sebabnya jadi peminat tegar. Lepas habis cerita tu tengok pulak cerita kanak2 yang mempunyai ibu tiri  'Mutiara Hati' pelakon kanak2 dalam cerita tu Nabila (lama dulu) lagu2 dalam cerita itu pun saya suka.


Habis cerita Indonesia beralih pulak ke Korea, 'Winter Sonata'...mabuk betul dengan kisah percintaan mereka sampai beli cd nak tengok berulang kali. Itu belum lagi drama2 yang disiarkan di tv 1, 2 dan 3 tapi taklah semua drama yang saya tonton, pilih2 juga.Yang peliknya saya tak minat langsung cerita Hindustan walaupun ramai diantara keluarga dan kawan2 yang minat. Nama pelakon2 mereka pun saya tak berapa tahu.


Sekarang Smash selepas habis Merlin. Harap2 Merlin ada sambungan, suka tengok muka Merlin yang comel dan suka juga pada Guinevere (Gwen) dan Arthur. Dulu janji kalau dah habis Merlin tak nak tengok cerita gantinya tapi janji tetap janji.



Mula2 tengok siri Smash tu suka2 aje tapi bila dah tonton rasa seronok pulak, mungkin tak berapa elok ditonton kanak2 sebab banyak aksi cium mulut. Saya suka pelakon yang namanya Karen dalam siri tu, orangnya simple, suara pun sedap, berbanding dengan Ivy, sexy dan buat affair dengan pengarah Drek. Siapa yang berminat bolehlah tengok DIVA ditayangkan pada hari Isnin. 

 Semua gambar ihsan dari google.

Monday, March 26, 2012

Sememeh....

Salam...

Lebih kurang pukul 1 tengahari dapat cal...nak hantar baju...saya pun tunggulah kat depan gate. Tak lama dia pun sampai. Setelah berurusan saya pun masuk, tak lama azan berkumandang. Dah solat zohor mengaji sekejap rutin harian, dah selesai bawa beg plastik yang berisikan baju naik ke atas. Buka beg plastik tengok baju rasa lain macam aje. Pakai baju yang baru dihantar lepas tu mengadap kat cermin panjang.

Ini baju kurung ke baju kelawar, kalau ia pun saya ni tak ada bentuk badan takkanlah tak ada langsung nampak shapenya. Pusing kiri dan pusing kanan, buka baju tu termenung sekejap. Ambik hp cal Mimi, adik belum balik sekolah, mula2 ingat nak kongsi resah tapi tiba2 air mata mencurah2 sambil mengadu baju yang ditempah memang hancus bak kata budak2 sekarang. Tak tahu kenapa hati ini sedih sangat macam budak kecik yang kecewa, tak sedar dah tua masih sememeh kihkihkih.....

Bila rasa dah lega atas nasihat Mimi cuba cal tapi malangnya tak dijawab...hantar mesaj...boleh hantar baju semula untuk direpair...

Nasib engkaulah baju....

Tak ada cerita buat hari ini, cuma luahan rasa lagi....

Saturday, March 24, 2012

Geram n Risau

Salam...

Minggu luahan rasa...
 
Gambar ihsan dari google.

Perasaan marah, geram, risau dan bermacam2 lagi...mana tidaknya masa dah suntuk sangat. Ceritanya begini dah 2 bulan saya hantar baju yang nak dijahit tapi sampai ke hari ini masih belum ada jawapannya. Yang membuat saya risau baju tu nak dipakai masa majlis kenduri perkahwinan anak sepupu pada 1hb April ini, bermakna minggu depan... 7 hari lagi. Kain untuk buat baju tu sepupu yang bagi untuk diseragamkan dengan orang2 yang ditugaskan dalam majlis itu nanti.

Dah 3 hari saya cal tapi tak dijawab akhirnya saya hantar mesaj sekurang2nya dia baca bila dia gunakan hp. Dapat reaksi tapi jawapannya... MUNGKIN minggu depan baru nak potong...saya TAK CUKUP TANGAN nak jahit...banyak tempahan... ada yang dah hantar 2 bulan...itulah mesaj yang saya terima.....Tak bersyukur Allah swt dah bagi 2 tangan.

Bayangkan perasaan anda bila mendapat respon yang begitu rupa. Saya hantar kain tu bulan Januari. Mustahil tak boleh siapkan sehelai baju kurung yang simple, tak ada manik atau pun sulam. Untuk pengetahuan semua sebelum kain tu saya serahkan dia berjanji boleh siapkan dalam masa 3 minggu atau selewat2nya 15hh March. Saya dah bagi tahu jangan tak siap pada tarikh yang dijanjikan sebab tak mahu menghampakan sepupu saya.

Sebenarnya ini pertama kali saya menghantar baju pada dia, menurut adik ramai yang buat tempahan lagi pun bila saya tengok fb dia banyak juga baju yang dia jahit dan jual secara online. Terpikat dengan gambar2 yang ditunjukan maka itulah sebabnya saya mencuba.

Sebelum ini saya menempah dengan seseorang yang dah biasa tapi satu hari hati ini tersentuh. Bulan December tahun lepas buat tempahan untuk baju saya dan adik, memang selalunya kalau ada yang tak kena saya akan hantar semula untuk pembetulan. Tapi hari itu adik pakai bajunya dulu sebab hari kenduri dah dekat takut tak sempat nak betulkan. Selepas dipakai baru dihantar semula. Bila saya hantar layanannya kurang memuaskan macam tak berapa suka. Itulah sebabnya saya mencuba ditempat baru, konon nak berubah tempat...padan muka....

Ada sesiapa yang boleh tooolooong..............................

p/s; Ada tak sesiapa yang tahu tukang jahit yang tinggal area Puchong, Shah Alam, Subang Jaya atau yang berdekatan, mungkin lain kali saya nak mencuba.

Thursday, March 22, 2012

Alahai Pisang....

Salam...

Entah bila saya pun dah tak ingat, makcik hubby datang ke rumah bawa anak pokok pisang tanduk. Katanya kat rumah dia ada banyak pokok pisang tu. Disebabkan ada 2 pokok aje hubby pun tanamlah kat depan rumah tapi kat luar gate. Pokok pisang tu hidup membesar dan beranak2. Satu hari datanglah seorang jiran sebaris rumah saya mintak untuk ditanam dikebunnya. Tanpa fikir saya pun suruhlah dia ambik sendiri sebab saya malas nak mengadap masa dia mengorek, jiran tu lelaki.

Setiap kali pokok pisang ini membesar dia akan datang dan bawa cangkul untuk mengambil dan ditanam dikebunnya. Ini bermakna tidak ada pokok pisang yang membesar di laman saya. Selalu juga hubby bertanya mengapa dibiarkan dia mengambil sesuka hati dia dan langsung tak bagi peluang untuk kita merasa. Sampailah satu hari bila saya buka pintu nampak ada plastik tersangkut dekat grill pintu, bila diteliti ada sebiji pisang tanduk didalamnya.

Bila hubby balik dari surau dia bertanya ada ke jumpa pisang kat depan pintu, kata hubby dia jumpa jiran tu dan cakap ada tinggalkan pisang kat depan pintu. Saya pun terus ke dapur dan mengambil plastik yang berisi pisang tadi. Punyalah hubby terkejut sebab ada sebiji saja, masa kat surau jiran tu bercerita pisang2 yang dia tanam semuanya hidup subur dan berbuah dengan banyaknya, iyalah kan berapa banyak pokok yang dia dah ambil. Disebabkan masa tu anak2 ada dirumah saya terpaksa membeli untuk menambah sebab goreng pisang tanduk memang kegemaran saya sekeluarga.

Disebabkan marah dengan perbuatan jiran, hubby pun mengorek pokok pisang tu dan dipindahkan ke belakang rumah (dalam pagar). Alhamdulillah hari ini pokok tu dah pun membesar dan mengeluarkan buah. Anak2 baru pun banyak yang tumbuh. Mudah2an menjadilah buahnya dan anak2 pisang tu juga biarlah membesar dan berbuah, nanti bolehlah saya sedekahkan pada jiran yang lain pulak.

dah keluar jantung
 keluarkan buah

Anak2 baru mula tumbuh

Rasanya bertahun juga dah ditanam tapi baru sekarang merasa nampak berbuah.

Wednesday, March 21, 2012

Keropok Palembang

Salam...

Kalau sesiapa lalu kat highway utara/selatan mesti ada yang singgah kat R&R Tanjung Malim atau Tapah, kawasan negeri Perak lah. Kalau masuk kat kiosk minuman mesti jumpa keropok ini. Dulu masa kat kampung selalu beli sebab kilangnya tak jauh dari kampung halaman. Arwah mak pun pernah melawat kilangnya di Tanjung Malim.


tinggal satu baru teringat nak ambik gambar

Saya suka sangat makan keropok ini tapi hubby cukup marah bila saya beli. Kalau nak membeli keropok ini kena jauh dari hubby kalau tidak memang tak dapat. Hubby kata keropok ini tak elok dimakan sebab pewarnanya yang terlalu kuat. Pernah sekali anak buah bawa bila datang ke rumah kami makan tengah malam, esoknya bila nak berus gigi punyalah panik bila tengok lidah saya merah menyala, saya ingatkan lidah saya berdarah. Bila saya bagi tau semua gelakkan saya sebab saya betul2 terlupa yang saya makan keropok merah ini.

Nama keropok ini keropok palembang sama macam keropok yang saya makan hari2 kat hotel masa pergi ke Bandung. Rasanya lebih kurang sama cuma di sana warnanya putih dan kecik sedikit, mungkin taklah bahaya kalau dimakan banyak. Yang hairannya kalau betul warna tu bahaya kenapa tak ada orang yang komplain. Dari dulu hingga kini masih lagi dijual, kalau tak percaya singgahlah kat R&R yang saya nyatakan.

 Kadang2 benda yang sedap memang boleh jadi racun tapi pengguna aje yang tak faham2, termasuklah diri saya sendiri....

Tuesday, March 20, 2012

Tempat Makan n Minum... Tak Jemu...

Salam...

Setiap kali ke Melaka saya harus pergi dua tempat ini, walaupun dah berkali2 pergi tapi masih tak jemu2. Salah satunya di Klebang, bagi orang yang dah biasa pergi mesti dah tau apa yang ada disana. Kalau sesiapa nak tahu di Klebang ada minuman yang cukup special bagi saya iaitu coconut shake.

pilihan...ori atau yang special ada ais krim

Dah pernah buat n3 tentang coconut shake ini. Minggu lepas saya pergi lagi punyalah ramai orang maklumlah cuti sekolah, ramai yang berkunjung ke Melaka. Dulu ianya dijual ditepi jalan tapi sekarang tempat tu masih ujud tapi sudah dikhaskan bagi orang yang nak bawa balik (take away) manakala kalau nak minum di kedainya kena masuk ke dalam sikit. Saya tak pasti sama ada rumah yang lamannya dipasang khemah tempat minum kepunyaan taukeh atau pun disewa.

Selama saya duduk minum disitu orang tak putus2 datang bersilih ganti, ini menandakan minumannya memang sedap. Saya belum jumpa lagi ditempat lain tapi saya dengar ada jual di Shah Alam,  kat mana saya tak pasti.

Satu lagi tempat yang mesti saya pergi ialah Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Banyak terdapat kedai2 ikan bakar disekitarnya tapi Parameswara adalah pilihan saya selain masakannya sedap harga pulak berpatutan. Bukan tak ada disekitar Kl tapi mungkin suasana yang nyaman membuat saya suka makan disana. Selain Umbai saya juga suka ke Muara di Pelabuhan Klang dan satu lagi di Bagan Lalang, Sepang.

gambar google

 p/s ; Yang ini gambar pelamin masa saya menghadiri kenduri kahwin anak sahabat lama di Melaka tempohari. Tak dapat ambik gambar pengantin sebab bersanding awal.

buat kenangan... Farhana n Yus

Monday, March 19, 2012

Cili Padi Rupanya

Salam...

Alhamdulillah saya dah selamat kembali dari Kulim Kedah lewat malam tadi. Happy sangat2 bila dah ketemu anak. Walaupun tak lama tapi kami dapat makan malam dan breakfast bersama, bersembang sambil menonton tv didalam hotel.

Sepanjang perjalanan saya ke Kedah entah berapa kali dia menalipon, tanya dah sampai kat mana, tergelak bila hubby kata kalau pun rindu janganlah sampai macam budak kecik, tak sabar2. Sampai saja terus ke hotel yang telah ditempahnya dan dia dah ada kat parking kereta. Nampak saja saya dan hubby terus salam dan peluk, rindu sangat rupanya dia walaupun dan besar panjang. Bukannya tak pernah berjauhan tapi ini pertama kali dia tak balik rumah sampai 2 bulan.

Malamnya kami makan direstoren tomyam selepas itu balik ke hotel. Sembang sampai lewat tengah malam baru dia balik ke rumah sewanya. Dia terpaksa balik sebab kawan2 yang duduk serumah menumpang kereta dia untuk pergi dan balik kerja.

Masa bersembang hubby banyak bertanya tentang kerjanya, ternyata anak saya mempunyai kelebihan dibidang yang dia ceburi sekarang berbanding dengan jurusan yang dia ambil semasa belajar di college. Banyak ilmu2 yang ada pada hubby mengalir juga pada dia, yang membezakan mereka anak saya lebih cepat mengendalikan projek berbanding hubby yang agak lama bekerja didalam pejabat.

Menurutnya satu saja yang membuat dia agak gemuruh bila ada meeting bersama big2 bos mat saleh dan Singaporian. Bukan dia tak boleh berbahasa Inggeris tapi bila berhadapan dengan orang yang lebih atasan ia memerlukan kepetahan bercakap. Hubby menasihatinya supaya bergaul dengan semua lapisan masyarakat supaya tidak gementar bila berhadapan dengan sesiapa saja. Alhamdulillah syukur sangat2 sebab saya tak sangka anak saya boleh mengendalikan pekerjaan yang agak mencabar sebab kalau tengok orangnya kecik aje, cili padi rupanya.

Kami breakfast sama2 setelah dia selesai mengatur kerja di tapak projek, hari Ahad kat Kedah hari bekerja. Agak lama kami bersembang baru masing2 meninggalkan tempat makan untuk tujuan masing2. Kami balik ke Kl manakala anak bujang saya ke tempat kerja semula.

Friday, March 16, 2012

Rindu Anak

Salam

Apa khabar rakan2...  diharap semuanya sihat sejahtera. Pada yang berholiday semoga selamat pergi dan selamat kembali. Bagi negeri Pantai Timur Ahad dah mula sekolah manakala kita disini masih ada 2 hari lagi. Esok dan hari2 seterusnya mulalah rutin harian menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah.

Agak lama tak mengupdate blog disebabkan ada kerja lain yang harus didahulukan walaupun kadang2 rindu untuk mengadap lappy. Kadang2 ada juga rasa dah malas nak berblog tapi bila fikir sayang pulak. Walau macamana pun saya tetap akan cuba walaupun tak dapat mengadap setiap hari.

Esok pagi2 lagi saya akan ke Kulim Kedah untuk bertemu anak bujang saya. Sejak dia dipindahkan kerja dari Johor sampailah hari ini belum pernah balik, dah dekat 2 bulan. Katanya dia sibuk sangat sampai tak sempat nak balik ke Kl, maklumlah ditempat kerja baru. Saya pergi cuma 2 hari tapi sekurang2nya dapat melepaskan rindu. Saya tahu dia juga rindu sebab selalu menghantar gambar melalui MMS. Itulah untungnya zaman sekarang ada banyak cara boleh berhubung.

Salam sayang buat semua dan semoga kita berjumpa lagi.

Sunday, March 11, 2012

JJCM Sebelum Mimi Pulang

Salam...

Minggu yang agak sibuk...maaf buat rakan2 semua sebab saya tak sempat nak bw. Buat Deru Ombak, aNIe, zue, sal, Ibundo, Kakzakie, MulutPayau, Marya Yusof, Amie dan semua yang membaca blog saya terima kasih banyak2. Untuk pengetahuan semua alhamdulillah Mimi telah pun lulus ujian memandu dan 2 minggu lagi baru dapat lesennya. Ini bermakna saya sudah ada pemandu peribadi selain my hubby, bolehlah duduk sebelah bersenang2, kaki dan tangan relek dan yang seronoknya boleh pandang2 alam sekeliling. Sebelum ni kalau anak nak pergi mana2 hubby pula sibuk terpaksalah saya gagahkan juga walaupun kadang2 ada yang hon dari belakang, maklumlah mata dah kurang, cilok mencilok pun dah tak berani.

Ini cerita JJCM...penutup selama Mimi ada dirumah...yang lain2 tu dah ulang banyak kali jadi tak payahlah masuk n3. Semalam makan kat Big Plate di Subang...Western food. Pilihan Hubby dan Mimi sama Chicken grill saya pula lebih suka daging berbanding ayam dan adik dah tentu yang ada cheese. Air semua fruit juice... cawan agak besar, Terlupa nak ambik gambar. Pada saya mungkin diluar sana banyak lagi yang lebih sedap.

mushroom sup dalam roti
chicken grill...ada pisang dan nenas
beef steak
cheezy chicken

Sekejap lagi nak pergi ke Melaka, selain nak menghantar Mimi balik ke Kampus ada kenduri kahwin anak sahabat di Serkam, jadinya 2 in 1. Cuti sekolah kali ini tak ada holiday sebab anak dah pergi USS tempohari.


Wednesday, March 07, 2012

Test JPJ

Salam...

Pagi ini Mimi buat ujian memandu JPJ...harap2 luluslah.

Si empunya badan sudah stress dengan pembelajaran sebab dari awal tak minat bawa kereta. Dipaksa... sebab zaman sekarang jarang orang yang tak ada lesen memandu.

ihsan dari google

Monday, March 05, 2012

Sweet 16

Salam...

Hari ini hari lahir puteri bongsu saya...sweet 16.

 

Sambut kat rumah my brother, sister dari Taiping datang.

Kek jadi cair sebab patah balik ke rumah tukar kereta, temperature kereta tinggi.

 black forest cheese cake
 

Selamat hari lahir buat adik semoga menjadi anak kebanggaan mama/baba dan juga semoga berjaya didunia dan di akhirat.

HAPPY BIRTHDAY


Thursday, March 01, 2012

Orkid Lagi

Salam...

Terima kasih buat yang sudi singah kat blog saya dan terima kasih banyak2 juga buat yang meninggalkan jejak.

Harap jangan ada yang jemu tengok bunga orkid saya, walaupun kadang2 ada yang sama warna tapi dari pokok yang lain. Nak tunggu kuntum berkembang ambik masa sikit itu pun ada lagi yang belum kembang sepenuhnya dan nampaknya ada lagi pokok yang baru mengeluarkan kuntum.





Orkid ini warnanya agak merah dari orkid kat atas dan daunnya agak bulat 
 

bunganya berbau wangi


Orkid purple ini ada 2 pasu, kalau pokoknya dah tinggi bunganya lebih besar.