Wednesday, March 28, 2012

Cerita Bersiri...Suka Tak?

Salam...

Dari dulu setiap kali habis cerita atau drama yang bersiri saya berjanji pada diri sendiri tidak akan tengok lagi. Terikat tak boleh ke mana2 atau kalau tak tengok rasa tak puas hati. Tapi hati ini sentiasa melonjak setiap kali ada cerita baru yang digantikan dengan cerita yang lepas. Mesti best ceritanya sebab cerita yang lepas memang teringat2 walaupun dah lama ditanyangkan.

Dulu... lama dah walaupun holiday masa tu kat Penang sibuk mencari kat mana2 yang ada astro, tujuannya nak tengok sinetron yang dah biasa ditonton kalau tak silap tajuknya 'Dia'. Satu masaalah mencari tempat yang ada Astro sebab masa tu Astro belum banyak ada dimerata tempat. Pelakon dalam sinetron ini Lydia Kandau, orangnya cantik dan berbakat itulah sebabnya jadi peminat tegar. Lepas habis cerita tu tengok pulak cerita kanak2 yang mempunyai ibu tiri  'Mutiara Hati' pelakon kanak2 dalam cerita tu Nabila (lama dulu) lagu2 dalam cerita itu pun saya suka.


Habis cerita Indonesia beralih pulak ke Korea, 'Winter Sonata'...mabuk betul dengan kisah percintaan mereka sampai beli cd nak tengok berulang kali. Itu belum lagi drama2 yang disiarkan di tv 1, 2 dan 3 tapi taklah semua drama yang saya tonton, pilih2 juga.Yang peliknya saya tak minat langsung cerita Hindustan walaupun ramai diantara keluarga dan kawan2 yang minat. Nama pelakon2 mereka pun saya tak berapa tahu.


Sekarang Smash selepas habis Merlin. Harap2 Merlin ada sambungan, suka tengok muka Merlin yang comel dan suka juga pada Guinevere (Gwen) dan Arthur. Dulu janji kalau dah habis Merlin tak nak tengok cerita gantinya tapi janji tetap janji.



Mula2 tengok siri Smash tu suka2 aje tapi bila dah tonton rasa seronok pulak, mungkin tak berapa elok ditonton kanak2 sebab banyak aksi cium mulut. Saya suka pelakon yang namanya Karen dalam siri tu, orangnya simple, suara pun sedap, berbanding dengan Ivy, sexy dan buat affair dengan pengarah Drek. Siapa yang berminat bolehlah tengok DIVA ditayangkan pada hari Isnin. 

 Semua gambar ihsan dari google.

19 comments:

hani@debumelukut said...

sekarang tgah gila citer bersiri Korea..hehehe

Deru Ombak said...

Tunggu Merlin ...

azieazah said...

Mungkin kerana saya kerja, jarang ada peluang tengok citer bersiri petang2. Tapi anak kecik saya yg age 10 tahun tu minat benor siri citer Indon yang petang kul 5.30 TV9 tuh. Adehhh....

JR said...

Semua citer suka tengok, yg paling menyampah tengok berita TV: asyik berita propaganda yg sama!!

saniah said...

saya suka sgt dgn winter sonata..sampai ada kawan sindir kata saya duk ingat boyfren lama...huishhh mana ada..suka lagu dan pelakun yg comel2 tu jaa..dan terutama pemandangan kat sana cantik sgt..:)
Merlin memang duk follow sekarang..dan kalau sempat tengok jugak ulangan 'nora elena' pkl 10.30pg kat tv3 tu..:)

Lady Lavender said...

haha..betol lah akak..bila tengok cerita bersiri mcm memang ketagih. Kalau tak tgk langsung dr awal takpe lupak. Semua cite yg akak tayang tu semua saya folo kecuali yg last sekali :-)

aNIe said...

Assalamualaikum kak.. anie suka cerita bersiri ... tapi tu lah... bila dah terlepas yang jadi tak best tu... kadang pernah terjadi... takmo keluar pi memana hanya semata2 nak tunggu sambungan cerita...

Anie suka Merlin... tapi anie suka tgk Arthur...

Kunang-Kunang said...

Salam Zaim

Akak golongan yang tak suka tengok cerita bersiri. Jadi akak tengok cerita yang bermula dan tamat.

Zaitun said...

hani@debumelukut

Pelakon Korea ramai yang handsome/cantik tapi muda2 sangat hehehe....

Zaitun said...

Deru Ombak

Kak Zai pun tunggu Merlin siri 5. Apa jadi dengan Gwen kekal tak jadi permaisuri.

Zaitun said...

azieazah

Kak Zai pun tak tengok semua cerita yang bersiri,tengok pelakon dia lepas tu sesuai ke tak ceritanya.

Zaitun said...

JR

Terima kasih sudi singgah.

Teringat cerita bersiri(lupa tajuk dia) yang pelakon dia ada nama JR.

Tak suka juga terutamanya berita tv 1 dan 3.

Zaitun said...

saniah

Samalah macam kak Zai sampai tengok berulang kali.Suka sangat dengan hero dan heroin dia,cute sangat.

Zaitun said...

Lady Lavender

Jadi masaalah kan kalau tak tengok, teringat aje...

Owh... LL pun dah tengok cerita yang kak Zai senaraikan.

Zaitun said...

aNIe

Salam aNIe...Kak Zai pergi holiday pun sibuk dengan cerita,rugi kalau tak tengok.

Handsome kan...

Zaitun said...

KunangKunang

Salam kak ani...selalunya cerita bersiri ni seronok,dah tu ceritanya panjang .

Nieda said...

Lama dah ikut drama2 ni.
Kalau ikut mmg berhantu tak boleh ke mana. Asyik ingat TV saja.

Zaitun said...

Nieda

Betul tu...susah nak bergerak kalau dah ketagih.

sal said...

memang selalu leka tengok cerita yee....selagi tak habis tak berganjak..takpelah mungkin lelama kebiasaan tu hilang..