Sunday, March 11, 2012

JJCM Sebelum Mimi Pulang

Salam...

Minggu yang agak sibuk...maaf buat rakan2 semua sebab saya tak sempat nak bw. Buat Deru Ombak, aNIe, zue, sal, Ibundo, Kakzakie, MulutPayau, Marya Yusof, Amie dan semua yang membaca blog saya terima kasih banyak2. Untuk pengetahuan semua alhamdulillah Mimi telah pun lulus ujian memandu dan 2 minggu lagi baru dapat lesennya. Ini bermakna saya sudah ada pemandu peribadi selain my hubby, bolehlah duduk sebelah bersenang2, kaki dan tangan relek dan yang seronoknya boleh pandang2 alam sekeliling. Sebelum ni kalau anak nak pergi mana2 hubby pula sibuk terpaksalah saya gagahkan juga walaupun kadang2 ada yang hon dari belakang, maklumlah mata dah kurang, cilok mencilok pun dah tak berani.

Ini cerita JJCM...penutup selama Mimi ada dirumah...yang lain2 tu dah ulang banyak kali jadi tak payahlah masuk n3. Semalam makan kat Big Plate di Subang...Western food. Pilihan Hubby dan Mimi sama Chicken grill saya pula lebih suka daging berbanding ayam dan adik dah tentu yang ada cheese. Air semua fruit juice... cawan agak besar, Terlupa nak ambik gambar. Pada saya mungkin diluar sana banyak lagi yang lebih sedap.

mushroom sup dalam roti
chicken grill...ada pisang dan nenas
beef steak
cheezy chicken

Sekejap lagi nak pergi ke Melaka, selain nak menghantar Mimi balik ke Kampus ada kenduri kahwin anak sahabat di Serkam, jadinya 2 in 1. Cuti sekolah kali ini tak ada holiday sebab anak dah pergi USS tempohari.


4 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Zai,

Alhamdullillah Mimi dah dapat lesen memandu. Bertambahlah orang yang boleh memandu di rumah.

MulutPayau said...

Alhmdulillah....Mimi dah lulus....
Seronok dah bertambah pemandu peribadi....senang nak ke mana2...

Acik Erna said...

assalam zai..alhamdulillah mimi dah lulus..harap2 lepas ni mimi seronok memandu walaupun pada awalnya dipaksa..

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum
Kak zai..dah sampai serkam?wahhh lalu kat kg sy tu..Umbai..saya tggu anak bujang boleh ambil lesen..boleh jd mcm kak zai...duk bersandar je..