Friday, March 16, 2012

Rindu Anak

Salam

Apa khabar rakan2...  diharap semuanya sihat sejahtera. Pada yang berholiday semoga selamat pergi dan selamat kembali. Bagi negeri Pantai Timur Ahad dah mula sekolah manakala kita disini masih ada 2 hari lagi. Esok dan hari2 seterusnya mulalah rutin harian menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah.

Agak lama tak mengupdate blog disebabkan ada kerja lain yang harus didahulukan walaupun kadang2 rindu untuk mengadap lappy. Kadang2 ada juga rasa dah malas nak berblog tapi bila fikir sayang pulak. Walau macamana pun saya tetap akan cuba walaupun tak dapat mengadap setiap hari.

Esok pagi2 lagi saya akan ke Kulim Kedah untuk bertemu anak bujang saya. Sejak dia dipindahkan kerja dari Johor sampailah hari ini belum pernah balik, dah dekat 2 bulan. Katanya dia sibuk sangat sampai tak sempat nak balik ke Kl, maklumlah ditempat kerja baru. Saya pergi cuma 2 hari tapi sekurang2nya dapat melepaskan rindu. Saya tahu dia juga rindu sebab selalu menghantar gambar melalui MMS. Itulah untungnya zaman sekarang ada banyak cara boleh berhubung.

Salam sayang buat semua dan semoga kita berjumpa lagi.

15 comments:

kasihibu said...

bila rindu pada anak tanpa sedar airmata boleh bergenang kan kak..

mamawana said...

Pun hari2 riindu kat anak2...

ainnoraini said...

terasa sunyi jer tanpa anak2 kan kakzai...

aNIe said...

Assalamualaikum kak... anie pun rindu nak berblog tapi tugasan harian kadang mengekang masa... tu yang kadang menulis kadang senyap... ikut masa lapan baru boleh nak mengadap laptop

MulutPayau said...

Assalamulaikum kak zai...

berpisah dgn anak2 mmng mngundang rindu yg membara....

Kamariah Awang said...

Tanpa anak disisi memang sunyi yer Zai...

ibundo said...

alahai rindunya..

Nieda said...

Salam pagi kak Zai . Saya di Kl kak Zai di Kulim pula.

Selamat bercuti dan bertemu anak.

Pn Kartini said...

bila berjauhan ..terasanya sepi..
mulalah bangkit rasa rindu...

Aduhaii..
rindu lak kat makbonda!!!

sal said...

Alhamdulillah berpeluang jumpa anak..happy di sana..

Acik Erna said...

assalam zai..dah lepas rindu pada anak bujang ye..ada masa nanti tentu dia balik.

Nida said...

zaman sekarang memang sangat mudah...

Baca entri akak ni rindu pula pada mak, mesti beliau pun tengah rindu Nida..hehe

Kunang-Kunang said...

Selamat pergi dan balik

saniah said...

Ya la kak zai...sekrg dh canggih ada vc ..skype..ym..senang nk brhubung..mudahnya..
Mcm tu la bila ank dh besar2 ni msg2 dh ada tugas..jd kita la brjln mnjengok diaorg plk...seronok jgk tu..dpt brcuti sekali ya k.zai :)

Sham Hallaj said...

bila berpisah dgn anak tersayng di tambah kdtgan ramadhan ini, buatku rasa akur dgn dugaan Tuhan kdp hambaNya.