Thursday, March 01, 2012

Orkid Lagi

Salam...

Terima kasih buat yang sudi singah kat blog saya dan terima kasih banyak2 juga buat yang meninggalkan jejak.

Harap jangan ada yang jemu tengok bunga orkid saya, walaupun kadang2 ada yang sama warna tapi dari pokok yang lain. Nak tunggu kuntum berkembang ambik masa sikit itu pun ada lagi yang belum kembang sepenuhnya dan nampaknya ada lagi pokok yang baru mengeluarkan kuntum.





Orkid ini warnanya agak merah dari orkid kat atas dan daunnya agak bulat 
 

bunganya berbau wangi


Orkid purple ini ada 2 pasu, kalau pokoknya dah tinggi bunganya lebih besar.







31 comments:

Kakzakie said...

Alahai Kak Zai... kakak sekarang tak sihat bila tengok bunga pun macam sihat dah rasa walau masih sakit lagi nie...

Orkid yg batik purple tu cantiknya Kak Zai... ah... cantiklah semuanya.

ainnoraini said...

semuanya cantik orkid tu kak zai...

rumah saya tak ada tanam pokok yg berbunga pun..semuanya daun hijau jer..itu pun asben saya rajin taman..

Acik Erna said...

assalam zai..canti sangat meriah dengan warna..selalu pun tak pe tak jemu tengok.

Zaitun said...

Kakzakie

Kakzakie tak sihat ke? dah pergi jumpa doktor? nanti jangan lupa makan ubat.

Orkid tu memang cantik bunga pun banyak.

Zaitun said...

ainnoraini

Terima kasih...pokok daun lebih senang penjagaannya tak payah bubuh 2 jenis baja.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Macam tak ada bunga lain kan asyik orkid aje tapi saya suka sebab bunga dia tahan lama.

kasihibu said...

salam kak
sya suka tengok bunga orkid, klasik bentuknya,indah sangat tp sya memang tak tahu bunga orkid ada bau ye?

zue said...

mmg semuannya cantik2 belaka...kata org tgn zue panas..apa pokok yg brbunga

zue tanam pokok jenis brdaun aje.

MulutPayau said...

cantiknya bunga2 tu kak zai....
memang tak jemu tengok....

Nieza said...

assalam kak, cantiknya tgk bunga orkid ni..saya suka orkid juga..tak jemu memandang:)

lemongrass said...

wahhhhhh....
cantik cantik nya orkid Kak Zai. Sungguh colourful!

nyanyisunyi said...

Ya Allah kak...\cantiknya..sy memang gile sgt orkid..dulu lah skrg nk mmebela dah agak payah..

saniah said...

kak zai...alamak geram nya tgk orkid kak zai ni..seronokla bila tanam menjadi mcm ni..saya ni pokok berbunga yg baik dgn saya cuma morning glory je..jenis yg campak dlm parit pun blh tumbuh sihat..:) mmg tak pandai jaga pokok berbunga lah.. :(

Mieza said...

Assalamualaikum Kak Zai,

Alhamdullilah, orkid antara spesis bunga yang jarang2 sekali kelihatan di sini, jadi menjengok gambar orkid2 akak yang sungguh cantik dan warna-warni...mengubat rindu hati:)

Lady Lavender said...

cantiik nya orkid!! saya masa kat mesia dulu suka sgt tanam pokok bunga tapi saya suka tanam bunga murah i.e bunga kertas hihihi... Berpuluh pasu saya ada. Suka sebab ada mcm2 pattern dan kaler :-))

Nieda said...

Banyak sungguh orkid di rumah kak zai. Berbunga sekali pula tu.
Yg purple tu cantik lah . Tak pernah tengok.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Kakya singgah tengah malam menikmati keindahan bunga okid yang menawan...

Zaitun said...

kasihibu

Salam sya...Banyak juga bunga orkid yang baunya wangi, ada satu jenis lagi kak Zai tanam,panggil anggerik hutan tapi bunga dia tahan satu hari aje.

Zaitun said...

zue

Salam zue...terima kasih sudi singgah.

Pokok daun pun cantik, mudah menjaganya.

Zaitun said...

MulutPayau

Boleh hilangkan stress kalau tengok pokok bunga.

Zaitun said...

Nieza

Salam Nieza...Kak Zai suka orkid sebab bunga dia tahan lama tapi ada juga jenis yang cepat layu.

Zaitun said...

lemongrass

Tak boleh lawan dengan roses dan buah2an yang lg tanam,boleh dapat makan lagi.

Zaitun said...

nyanyisunyi

Ida pun suka orkid ya...cubalah tanam semula.

Zaitun said...

saniah

Dulu pun kak Zai mula tanam pokok yang jenis berdaun aje lepas tu cuba bunga kertas,cantik juga tapi bila bunganya gugur jadi sampah.

Zaitun said...

Mieza

Salam Mieza...Mungkin orkid tak sesuai dengan cuaca kat sana agaknya.Kat sini kalau masuk hutan pun boleh jumpa orkid.

Zaitun said...

Lady lavender

Pokok bunga kertas pun cantik,colourful.ada juga kak Zai tanam tapi bila bunga dia gugur jadi sampah itu yang buat malas nak tanam banyak.

Zaitun said...

Nieda

Taklah banyak sangat tapi kalau dia berbunga nampak cantik.

Kak Zai beli kat Sg Buloh.

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya...terapi...boleh hilangkan penat bila tengok macam2 warna.

cikmanggis said...

salam Zai..wah seronoknya nampak kebun orkid Zai ni menjadi.malangnya orkid Cm dah hampir pupus:(..Cm suka yang berbintik bintik tu..exotik nampaknya..cantik.

Kamariah Awang said...

Waaah,cantik betulah, Zai... Sejuk tangan Zai ni tanam pokok orkid jadi subur gitu... Ma minat jugak bertanam, tapi ma tak banyak masa untuk membelanya.

Mak Wardah said...

Saya jatuh cinta dengan orchid2 akak. Tertawan mata saya lalu turun ke hati