Wednesday, July 29, 2015

Tetamu dan Orkid Raya.

Assalamualaikum...




Masih lagi mood hari raya kan, puasa sebulan raya pun sebulanlah. Tahun ini saya agak lambat memulakan puasa 6 in syaa Allah masih ada waktu.

Tentu ramai sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah kawan2. Seronok bila dapat berjumpa dan berkumpul. Macam2 cerita ada, maklumlah selalunya hari rayalah dapat berkunjng dan bertemu.

Raya pertama tahun ini ramai tetamu saya yang berbangsa cina dan india. Tentunya kawan2 dari office my hubby. Seminggu selepas itu baru adik beradik,  anak buah, kawan2 dan jiran tetangga. Sempatlah memasak sesuatu untuk dijamu pada mereka semua. Alhamdulillah semua seronok dan gembira.

Gambar kat bawah ini orkid raya. Tak banyak yang berbunga. Kalau ikutkan banyak kuntum yang keluar tapi kena serang dengan penyakit membuatkan kuntum jadi lembik. Gambar kat bawah pun bunganya banyak yang berlubang2.











Tuesday, July 21, 2015

Menyayat Hati

Assalamualaikum....

Saya nak kongsi dengan kawan2 satu cerita sedih dan menyayat hati menjelang hari raya. Semalaman saya dan anak bongsu saya menangis walaupun berita itu bukan terjadi pada keluarga saya sendiri.

Hari terakhir puasa selepas berbuka dan solat maghrib saya dan siadik duduk sambil bersembang. Tiba2 ada kawan adik cal bagitau ayah kepada salah seorang kawan mereka meninggal dunia. Lama adik dihujung talian sambil tu saya nampak adik menangis. Habis berbicara adik datang memeluk saya sambil menangis lagi.

Saya tenangkan adik minta dia ceritakan apa yang berlaku. Adik bertanya adakah saya masih ingat best friend adik yang bernama miss Y. Sudah tentu saya ingat sebab adik pernah berkunjung beberapa kali ke rumahnya diselatan tanah air. Adik dilayan oleh keluarganya dengan begitu baik sekali ketika berada dirumah mereka.

Kata adik ketika kejadian kawannya menunggu ayahnya untuk menjemput dia pulang dari bazar ramadhan. Yang ditunggu2 tak tiba tahu2 dapat berita mengatakan ayahnya ditimpa kemalangan jalan raya. Arwah meninggal setelah dimasukkan ke hospital.

Betapa hancurnya hati seorang anak menunggu ayah untuk menjemput. Hendak berbuka bersama diakhir bulan Ramadhan juga terakhir makan bersama dalam hidupnya. Semasa adik cuba menghubunginya dia hanya dapat memanggil nama adik sambil meraung. Tidak ada kata2 lain yang dapat diluahkan.

Ya-Allah...ketika orang sibuk menyediakan persiapan akhir untuk menyambut hari raya dia dan keluarga sibuk menentukan jenazah dihospital. Ketika orang lain sibuk memakai baju baru, menyediakan juadah hari raya dan ada yang sibuk untuk menunaikan solat sunat hari raya dia dan keluarga sibuk menyempurnakan jenazah.

Ramai yang berseronok setelah penat sebulan berpuasa dia dan keluarga bersedih diatas kehilangan. Sedikit dugaan buat sesetengah orang tapi berat buat seorang anak gadis yang sangat2 memerlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah.

Kami doakan agar best friend adik tabah dengan dugaan ini. Salam takziah buat keluarga kawan adik semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.




Thursday, July 16, 2015

Salam Lebaran buat Semua.

Assalamualaikum...

Esok berakhirlah sudah bulan Ramadhan dan digantikan dengan bulan Syawal. Kita semua berharap semoga apa yang dilakukan selama sebulan yang lalu diterima Allah swt dan diberkati in shaa Allah amin.

Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuloh jari meminta ampun dan maaf kepada semua rakan2 blogger yang selalu meninggalkan comment mahu pun silent reader. Diharap tidak ada yang berkecil hati sepanjang saya menjadi blogger.

Kepada kawan2 yang balik kampong hati2 ketika memandu harap semuanya selamat sampai ke destinasi masing2.

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua.




Monday, July 13, 2015

Cepat dan Mudah.

Assalamualaikum....



Homemade coconut shake



Daging air asam.


Macam2 jenis masakan daging sudah dibuat seperti masak kicap, rendang, sup, asam pedas akhirnya buat pulak daging air asam. Mudah dan cepat cuma rebus daging bagi lembut lepas tu sediakan air asamnya. Potong bawang, cili, bubuh belacan sikit lepas tu perah asam limau, siap.


P/S: Tidak lama lagi Ramadhan akan berakhir dan Syawal akan menjelma. Bagi yang masih nak mengumpul pahala besar masih ada waktu untuk melakukannya in shaa Allah.


Friday, July 10, 2015

Desert Melayu.

Assalamualaikum...

Maaf tayang makanan...desert berbuka puasa.

Hubby beli mangga tak tak habis makan buat serawa.




Pisang kawan bagi ada yang dah masak buat cekodok.






Wednesday, July 08, 2015

Tudung Raya

Assalamualaikum...






Sebelum puasa dah beli dua helai bila jumpa naelofar beli lagi dua. Jadinya ada empat helai tudung untuk hari raya. Kawan2 semua macamana dah buat persiapan untuk raya?



Friday, July 03, 2015

Menu Istimewa Dibulan Ramadhan.

Assalamualaikum...

Bubur lambuk sangat terkenal bila bulan Ramadhan menjelma. Setiap masjid ada menyediakan buat penduduk setempat. Kesedapannya terletak pada tukang masak yang ditugaskan. Kalau sesiapa yang biasa ke Kg Baharu sudah tentu biasa dengan bubur lambuk Masjid Jamek.

Bagi saya dari dulu tak pernah tinggal masih pilihan no 1. Kesedapan bubur lambuk Masjid Jamek hanya orang2 yang pernah merasa atau yang sudah biasa menikmatinya. Selalunya selepas solat asar petugas sudah mula mengagihkan pada pengunjung yang datang. Sekarang ini cepat aje habis munggkin sebab ramai yang suka.




Salah satu kuih Pantai Timur yang terkenal ialah kuih akok. Kalau sesiapa nak tahu kuih akok yang sedap adalah yang banyak kedutan. Lagi banyak berkedut lagi sedap kuihnya. Petua ini orang Pantai Timur yang pakar memberitahu pada saya. Sudah beberapa kali saya cuba memang ada kebenarannya. Rupa memang tak cantik tapi sedap. Ada yang berbentuk bunga pecah lapan ada juga yang berbentuk bujur atau bulat.




Caremal puding dibawah ini hasil air tangan anak kawan saya.





Gambar2 diatas adalah makanan yang disaji masa berbuka puasa dirumah sahabat saya.





Thursday, July 02, 2015

Pemergiannya Sudah 29 tahun.

Assalamualaikum...

Hari ini genap 29 tahun pemergian ibu yang tercinta menemui penciptaNya. Hanya doa dan bacaan ayat2 suci yang selalu dikirimkan. Kesedihan lagi bertambah dibulan Ramadhan dan tak lama lagi hari raya akan menjelma. Sentiasa teringat ibu yang melahirkan dan membesarkan sampailah saya sempat melahirkan anak.

Semasa hayatnya menu yang mesti dia buat sempena menyambut hari raya adalah dodol, lemang, bahulu, putu, wajid dan yang paling istemewa halwa buah kabung. Setiap tahun arwah akan menyediakan menu ini untuk dijamu pada orang masjid yang datang untuk bertakbir. Selain itu arwah juga akan memasak nasi jika tahun itu pusingan ke rumah untuk bertakbir tepat waktu makan tengahari.

Kami jarang membeli ayam dipasar sebab arwah lebih suka membuat rendang ayam peliharaan sendiri. Saya masih ingat sehari sebelum hari raya ayam2 yang hendak disembelih tidak akan dikeluarkan dari reban. Punyalah bising ayam2 tu sebab masih dikurung manakala yang lain sudah bebas berkeliaran. Kenangan seperti ini tidak ujud lagi setelah pemergian arwah.

Doa saya semoga arwah mak aman disana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, amin.

Al-Fatihah.



Wednesday, July 01, 2015

Silap Jalan Jumpa Sesuatu.

Assalamualaikum...

Balik dari Terengganu semalam asalnya nak ikut Gua Musang walaupun sekarang sudah ada highway. Banyak yang boleh dibeli sebab ditepi jalan ramai yang menjual macam2 barang. Tak tahu macamana hubby nampak satu simpang, ada signboard menunjukkan Kuala Berang. Jalan ini belum pernah kami lalui selama berulang alik ke Terengganu.

Signboard 49 kilometer Kuala Berang. Jalan punya jalan nampak lagi signboard 81 KM. Jalan lagi nampak 100 lebih KM. Akhirnya dekat 2 jam kami membuang masa baru sampai ke Kuala Berang. Bayangkan dengan masa yang sebegitu lama sudah berapa jauh kami sampai kalau ikut Gua Musang atau highway.

Jalan yang kami lalui adalah kawasan felda. Dikiri kanan jalan pokok kelapa sawit. Jalan pulak sempit dan banyak yang rosak berlubang. Sayup mata memandang tak jumpa penghujung. Yang paling takut terlalu banyak lori yang besar dan panjang termasuk lori kayu balak. Rasanya belum pernah saya tengok balak sebesar itu diatas lori, mungkin berusia ratusan tahun. Jalan yang kami lalui itu juga adalah kawasan hutan simpan. Saya tak ingat nama dia.

Lagi setengah jam nak sampai ke Kuala Berang kami jumpa sesuatu yang boleh dikongsikan. Saya tak pernah tahu tempat ini. Nama tempat tu Kenyir Elephant Village. Dari parking kereta perkampungan itu nampak diatas kawasan bukit. Apa yang saya nampak terdapat satu bangunan kayu mungkin boleh dipanggil menara yang agak tinggi.

Menurut pekerja yang sempat saya tanya didalam perkampungan ini ada banyak gajah peliharaan dan kalau ramai pengunjung yang datang akan ada pertunjukan. Bayaran masuk rm30 untuk dewasa. Nak masuk ke dalam perkampungan kena naik jambatan gantung. Saya nampak dari bawah agak panjang juga jambatannya. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah ke sini untuk mencuba.



Saya tak masuk ke dalam dan ini aje yang sempat saya klick.

Disebabkan mencuba laluan yang belum pernah diterokai kami jumpa sesuatu yang boleh dimasukkan ke dalam list cuti2 Malaysia.