Wednesday, July 29, 2015

Tetamu dan Orkid Raya.

Assalamualaikum...




Masih lagi mood hari raya kan, puasa sebulan raya pun sebulanlah. Tahun ini saya agak lambat memulakan puasa 6 in syaa Allah masih ada waktu.

Tentu ramai sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah kawan2. Seronok bila dapat berjumpa dan berkumpul. Macam2 cerita ada, maklumlah selalunya hari rayalah dapat berkunjng dan bertemu.

Raya pertama tahun ini ramai tetamu saya yang berbangsa cina dan india. Tentunya kawan2 dari office my hubby. Seminggu selepas itu baru adik beradik,  anak buah, kawan2 dan jiran tetangga. Sempatlah memasak sesuatu untuk dijamu pada mereka semua. Alhamdulillah semua seronok dan gembira.

Gambar kat bawah ini orkid raya. Tak banyak yang berbunga. Kalau ikutkan banyak kuntum yang keluar tapi kena serang dengan penyakit membuatkan kuntum jadi lembik. Gambar kat bawah pun bunganya banyak yang berlubang2.











8 comments:

Amanda Suria said...

Cantiknya orekid2 tu semua...geram SA tgok...

paridah said...

CANTIKNYA ORKID MENYERI RAYA XJEMU DIPANDANG...

Kakzakie said...

Jeles kakak tengok bunga orkid Kak Zai.
Rumah kakak langsung tak keluar bunga Kak Zai. Kuntum dia kena makan dgn ladybird. Geram betul.

Hitam itu menawan pilihan Kak Zai sekeluarga- cantik!

Nieda ramly said...

hari raya kak zai di sambut dgn cantiknya orkid di halaman

saniah ibrahim said...

sukanya tengok orkid2 kak zai,berkembang mekar waktu raya cmni...menambah seri kemeriahan raya kn.

NEKCIK said...

bertambah meriah suasana raya bersam kembangan munger munger di taman
baru dapat tengok wajah family Zai nii

Sweetie said...

Saya tak mungkin dapat berpuasa enam tahun ni gamaknya kak Zai... jauh di perantuan dalam negara yang waktu siangnya lama sgt skrg. Kalau berpuasa 19 jam... sejujurnya tak larat saya...

Apa-apa pun salam raya dari saya....

azi said...

Selamat Hari Raya buat Kak Zai sekeluarga...seronok tgk. bunga orkid akak..cantik cantik..