Sunday, October 30, 2011

Bandung Part 2

Salam semua... n3 ni sambungan percutian saya tapi sebelum tu nak jawab soalan blogger (saniah) dia nak sedikit info tentang Bandung.  Saya tinggal di hotel Cihampelas 2, satu bilik ada 4 katil, ikut kemahuan masing2 nak pilih bilik macamana, bagi saya biliknya selesa dan bersih tapi taklah macam hotel 5 bintang di negara kita sebab duduk pun hanya untuk tidur selainya masa banyak di luar.

Booking hotel melalui internet tak pakai package, arrange dengan hotel untuk pergi tempat2 yang nak dilawati. Tandas disana memang bersih walaupun tidaklah secanggih  tandas yang ada di negara kita.Walaupun dah petang tandasnya  masih  bersih. Lagi satu yang saya perhatikan tak ada sampah yang berlonggok atau berbau busuk. Tak ada kucing atau anjing yang berkeliaran dan tak nampak juga najis dimerata tempat.

Kalau pergi Bandung jangan lupa masuk ke spa sebab terlalu murah, boleh buat berulang2 kali  kalau ada masa. Dihotel yang saya tinggal pun ada juga tapi saya pergi ke tempat lain sebab nak merasa kelainan. Tempatnya selesa dan orang2 yang bekerja didalamnya pun ramah2 tapi satu saya tak suka banyak sangat patung, menakutkan... ada yang boncit perutnya.

Sepanjang jalan hotel ni banyak outlet factory

didalam ada banyak bilik
nampak tak patung tu, ada banyak lagi

Kami anak beranak ke spa untuk membelai dan merehatkan badan. Si adik pula sempat lagi buat pedicure & manicure, cantik dan berkilat kukunya. Tempat berurut disediakan bilik berasingan , saya dan anak perempuan berurut sebilik manakala my hubby bilik lain dan lelaki yang mengurutnya.

Tempat pertama yang saya lawati ialah Gn Tangkuban Parahu (bekas letupan gunung berapi) perjalanan dari hotel lebih kurang satu setengah jam. Nak masuk kena beli tiket sebanyak rp 50,000. Kawah tu boleh tengok dari atas tapi anak2 saya nak tengok dari dekat dan nak rasa merendam kaki  dalam lumpur lava. Kalau nak turun ke bawah ada disediakan pemandu pelancong (rp350,000 untuk satu jam )tapi kalau tak nak boleh turun sendiri cuma kita boleh dapat banyak info tentang kawah ini melalui mereka. Kami bayar dekat rp 700,000 sebab jalan tak laju. Ramai yang akan menemani kita untuk turun ke bawah tapi mereka tu menjual barang yang mereka bawa, kena hati2 kalau terpedaya alamat poket bocor....kalau nak beli juga kena tawar harga betul2.

Nak masuk kena beli tiket rp 50,000

Perjalanan  ke bawah  1.2 km dan jalannya amat mencabar dan jalan itu juga adalah laluan lava semasa gunung berapi meletup. Masa turun ok lagi tapi bila nak naik semula, hahaha...jangan tak tahu saya terpaksa naik motor sebab dah tak larat berjalan, kena charge lagi sebanyak rp50,000.

kawah gunung berapi yang masih aktif


 tinggi tau

Gambar kawah tu di ambil dari atas, terdapat beberapa orang geologist menjalankan tugas.

Di kiri kanan jalan terdapat pokok yang namanya Manarasa, pokok ini kulit luarnya hitam tapi didalam merah, ini disebabkan batang pokok tu terkena sulpur. Daunnya pula boleh dibuat ulam untuk awet muda. Menurut pemandu pelancong tu lagi pokok ini hanya hidup di kawasan ini saja, pernah ditanam ditempat lain tapi tak hidup

 baru nak turun

Jalan masih mendatar, laju aje tapi bila dah separuh jalan argh...

pokok Manarasa...nampak kulit yang dikopek
berlatarkan pokok Manarasa

Dibelakang kami tu pokok Manarasa, kulit luarnya hitam tapi bila dikikis warna merah.
 batang pokok

Lupa namanya tapi ianya dari batang pokok, cantik bercorak corak boleh buat vase bunga.
dah separuh jalan...dulu laluan lava

Inilah laluan lava masa gempa bumi berlaku, dibuat tangga kayu supaya mudah turun dan bila hujan tak licin.

 rehat

Masa ni masih kuat, bersemangat  nak tengok dari dekat dan rasa lumpurnya.
 pokok ada lubang
 satu badan boleh masuk
 dah sampai ke kawah
 boleh rendam kaki

Airnya suam2 panas tapi kalau ke tengah boleh masak telur, bau sulphur... busuk.
lumpur lava boleh buat mask kat seluruh badan

Nampak tak kaki my hubby disalut dengan lumpur tu, bila dah kering dibersihkan ternyata ianya nampak halus. Saya dan anak2 pun tak lepaskan peluang, tangan dan kaki direndam dan disalut dengan lumpur. Kalau nak beli dan bawa balik boleh tapi saya ingatkan ya... masukkan ke dalam lagguge kalau tak kena rampas.

Yang ramai2 mengikut rombongan kita ke bawah tu orang2 yang menjual macam2 cenderahati tapi hati2 dengan harga, mesti tawar seboleh mungkin.

Souvenir hubby beli.

  tanduk
sepasang dengan gambar atas

Yang dibawah ni telekong tunjuk sikitlah sebab ramai yang nak tengok. Saya beli banyak sebab nak bagi adik beradik. 

yang ni lebih sikit harganya
kainnya lembut
cantik sulamannya

Kebaya ni Mimi punya, jangan marah ya kak  mama tayang. Adik dia kata boleh pakai masa bertunang...buntang biji mata kakaknya.

 bahagian atas
bahagian bawah

Tayang sikit aje ya ...ada orang tak bagi.

Friday, October 28, 2011

Bandung part 1

Salam semua...nak cerita sedikit tentang percutian saya ke Bandung tapi kali ni cerita pasal shopping aje dulu dan yang lain kemudian hari pulak.

 baru tiba

Cerita pasal shopping memang harga barangannya murah2. Tempat yang harus singgah seperti Rumah Mode, Pasar Baru, Toko Tiga dan banyak Factory Outlet disepanjang jalan. Disini juga banyak pakaian jenama seperti Burberry dengan harga yang murah, kalau diM'sia hanya ada jual diKlcc, Pavalion atau komplek besar2 aje.

Saya pernah pergi ke Hajaba Butik (Shah Alam) tengok telekong dan pakaian solat memang cantik2 tapi harganya ratus2. Kalau diBandung boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan banyak yang lebih cantik2.

Kalau nak beli kain ela berpinar mata nak memilih tak tahu yang mana satu nak beli sebab terlalu banyak pilihan dengan harga yang amat murah. Baju kebaya yang penuh dengan manik dan labuci, seluar jeans yang branded, shirt, blaus, t-shirt, dress, kain batik, kain pelekat dan macam2 lagi. Pendekkan cerita boleh dikatakan semua barangan murah dan semua orang mampu beli.

kedai pakaian branded
kain ela 
memilih telekong

hasil tangkapan dari Toko Tiga

Satu lagi kedai yang patut singgah ialah kedai Kartika Sari yang menjual macam2 kek, yang berlapis dan macam2 rasa.
macam2 perasa
 kotak panjang tu dipanggil kek lapis legit dan yang kotak coklat tu brownnies surabaya (kalau tak silap)

ice cream

 Buah berrys di Tangkuban Parahu rasanya cukup manis.


Selain tu beli juga barang2 souvenir seperti fm, key chain, dan sebagainya untuk dijadikan ole2.

Maaf saya tak dapat nak tunjukkan semua barang2 yang saya beli takut jadi riak pula.

Monday, October 24, 2011

Treat

Salam semua....harap semuanya sihat dan baik2 belaka. Lamanya saya tak mengupdate blog, 5 hari ke Bandung, lepas tu bila balik memunggah bag pula dan hari Ahad kelmarin ke Melaka untuk menghantar Mimi balik ke kampus. Badan masih terasa letih dan kaki pula masih tak hilang bengkak disebabkan terlalu banyak berjalan.

Isnin lepas kami ke Bandung bawa adik makan angin untuk merehatkan otaknya yang dah penat belajar ( ponteng 5 hari sekolah). Nak bawa dia pergi  tempat2 jauh tak mampulah pulak. Rasa kesian tengok dia mengadap buku untuk persediaan PMRnya tempohari dan sebagai menghargainya bawalah dia jalan2. Kata adik sepatutnya kena tunggu keputusan baru boleh dapat hadiah. Tapi tak apalah walau apa pun keputusan yang dia terima nanti saya redha sebab segala usaha telah dia dilakukan.

Dilain n3 nanti saya akan ceritakan percutian kami semasa di Bandung, insyaAllah.

Friday, October 14, 2011

Selera Kampung

Masak sayur kampung

pucuk ubi,petai,tempoyak dan bahan2 rencah

dah masak


Jiran bagi keledek.

talam keledek


Ambik recepi dari anymz, Saya c/p minta dihalalkan dan terima kasih. Kuihnya memang sedap.

Wednesday, October 12, 2011

Kenangan....& Orkid


 
Sebelum ni buai tu digantung dalam rumah sewa hubby kat Terengganu tapi sekarang buai tu digantung dilaman rumah saya. Setiap kali  hubby duduk mesti teringat pada arwah Amirul...kanak2 yang meninggal lemas yang saya catitkan pada n3 yang lepas, sebabnya hanya kerana arwah buai tu dibeli dan digantung kat dalam rumah. Setiap hari arwah akan datang ke rumah sewa hubby main game menggunakan hp hubby baring kat atas lantai simen. Malas nak bentang comforter terus beli buai ni. Disinilah arwah baring setiap kali ke rumah sewa hubby.
 
 masih ada

ihsan dari google

Dulu kami punya buai macam kat atas ni, yang kuning masih ada tapi buai kat bawah (gambar google) dah rosak. Sejak hubby gantung buai kat atas tu saya sekeluarga selalu bersarapan disitu dan kadang2 duduk bersembang berjam2 lamanya. Macam2 yang kami sembangkan tapi mulut hubby tak lepas bercerita pasal arwah. Kasihnya hubby pada budak yang berumur 8 tahun cuma bersama selama 4 bulan, tentu ada kelebihan pada arwah. Semoga beliau bersemadi dengan tenang disana...AlFatihah...


Orkid kembang ditaman