Sunday, October 30, 2011

Bandung Part 2

Salam semua... n3 ni sambungan percutian saya tapi sebelum tu nak jawab soalan blogger (saniah) dia nak sedikit info tentang Bandung.  Saya tinggal di hotel Cihampelas 2, satu bilik ada 4 katil, ikut kemahuan masing2 nak pilih bilik macamana, bagi saya biliknya selesa dan bersih tapi taklah macam hotel 5 bintang di negara kita sebab duduk pun hanya untuk tidur selainya masa banyak di luar.

Booking hotel melalui internet tak pakai package, arrange dengan hotel untuk pergi tempat2 yang nak dilawati. Tandas disana memang bersih walaupun tidaklah secanggih  tandas yang ada di negara kita.Walaupun dah petang tandasnya  masih  bersih. Lagi satu yang saya perhatikan tak ada sampah yang berlonggok atau berbau busuk. Tak ada kucing atau anjing yang berkeliaran dan tak nampak juga najis dimerata tempat.

Kalau pergi Bandung jangan lupa masuk ke spa sebab terlalu murah, boleh buat berulang2 kali  kalau ada masa. Dihotel yang saya tinggal pun ada juga tapi saya pergi ke tempat lain sebab nak merasa kelainan. Tempatnya selesa dan orang2 yang bekerja didalamnya pun ramah2 tapi satu saya tak suka banyak sangat patung, menakutkan... ada yang boncit perutnya.

Sepanjang jalan hotel ni banyak outlet factory

didalam ada banyak bilik
nampak tak patung tu, ada banyak lagi

Kami anak beranak ke spa untuk membelai dan merehatkan badan. Si adik pula sempat lagi buat pedicure & manicure, cantik dan berkilat kukunya. Tempat berurut disediakan bilik berasingan , saya dan anak perempuan berurut sebilik manakala my hubby bilik lain dan lelaki yang mengurutnya.

Tempat pertama yang saya lawati ialah Gn Tangkuban Parahu (bekas letupan gunung berapi) perjalanan dari hotel lebih kurang satu setengah jam. Nak masuk kena beli tiket sebanyak rp 50,000. Kawah tu boleh tengok dari atas tapi anak2 saya nak tengok dari dekat dan nak rasa merendam kaki  dalam lumpur lava. Kalau nak turun ke bawah ada disediakan pemandu pelancong (rp350,000 untuk satu jam )tapi kalau tak nak boleh turun sendiri cuma kita boleh dapat banyak info tentang kawah ini melalui mereka. Kami bayar dekat rp 700,000 sebab jalan tak laju. Ramai yang akan menemani kita untuk turun ke bawah tapi mereka tu menjual barang yang mereka bawa, kena hati2 kalau terpedaya alamat poket bocor....kalau nak beli juga kena tawar harga betul2.

Nak masuk kena beli tiket rp 50,000

Perjalanan  ke bawah  1.2 km dan jalannya amat mencabar dan jalan itu juga adalah laluan lava semasa gunung berapi meletup. Masa turun ok lagi tapi bila nak naik semula, hahaha...jangan tak tahu saya terpaksa naik motor sebab dah tak larat berjalan, kena charge lagi sebanyak rp50,000.

kawah gunung berapi yang masih aktif


 tinggi tau

Gambar kawah tu di ambil dari atas, terdapat beberapa orang geologist menjalankan tugas.

Di kiri kanan jalan terdapat pokok yang namanya Manarasa, pokok ini kulit luarnya hitam tapi didalam merah, ini disebabkan batang pokok tu terkena sulpur. Daunnya pula boleh dibuat ulam untuk awet muda. Menurut pemandu pelancong tu lagi pokok ini hanya hidup di kawasan ini saja, pernah ditanam ditempat lain tapi tak hidup

 baru nak turun

Jalan masih mendatar, laju aje tapi bila dah separuh jalan argh...

pokok Manarasa...nampak kulit yang dikopek
berlatarkan pokok Manarasa

Dibelakang kami tu pokok Manarasa, kulit luarnya hitam tapi bila dikikis warna merah.
 batang pokok

Lupa namanya tapi ianya dari batang pokok, cantik bercorak corak boleh buat vase bunga.
dah separuh jalan...dulu laluan lava

Inilah laluan lava masa gempa bumi berlaku, dibuat tangga kayu supaya mudah turun dan bila hujan tak licin.

 rehat

Masa ni masih kuat, bersemangat  nak tengok dari dekat dan rasa lumpurnya.
 pokok ada lubang
 satu badan boleh masuk
 dah sampai ke kawah
 boleh rendam kaki

Airnya suam2 panas tapi kalau ke tengah boleh masak telur, bau sulphur... busuk.
lumpur lava boleh buat mask kat seluruh badan

Nampak tak kaki my hubby disalut dengan lumpur tu, bila dah kering dibersihkan ternyata ianya nampak halus. Saya dan anak2 pun tak lepaskan peluang, tangan dan kaki direndam dan disalut dengan lumpur. Kalau nak beli dan bawa balik boleh tapi saya ingatkan ya... masukkan ke dalam lagguge kalau tak kena rampas.

Yang ramai2 mengikut rombongan kita ke bawah tu orang2 yang menjual macam2 cenderahati tapi hati2 dengan harga, mesti tawar seboleh mungkin.

Souvenir hubby beli.

  tanduk
sepasang dengan gambar atas

Yang dibawah ni telekong tunjuk sikitlah sebab ramai yang nak tengok. Saya beli banyak sebab nak bagi adik beradik. 

yang ni lebih sikit harganya
kainnya lembut
cantik sulamannya

Kebaya ni Mimi punya, jangan marah ya kak  mama tayang. Adik dia kata boleh pakai masa bertunang...buntang biji mata kakaknya.

 bahagian atas
bahagian bawah

Tayang sikit aje ya ...ada orang tak bagi.

14 comments:

Acik Erna said...

assalam zaitun..cantik telekungnya.
memang suka tengok telekung disana..
saya sekarang ni dah tak berapa nak arat kalau jalan2 ni..sakit kaki zai..

Nieda said...

Respek kat kak Zai anak beranak turun samapi ke bawah berendam kaki dlm lumpur.
Bukan senang tu jauh juga nak berjln.
Cantik baju kebaya.
kalau boleh rasa sebulan sekali nak ke Bandung membeli belah kak zai kan.sebab murah dan mampu beli .

Amie said...

bersemangat dia rendam kaki kat bawah tu...kita dah tak larat nak turun, tengok je pemandangan dari atas, tapi memang bau sulphur menusuk hidung....

lagi ta larat...nak pilih telekong..banyak jenis & cantk2 belaka!

Ros said...

Salam Kak Ros kalau masuk dalam pokok tu sah sah dah memang tak boleh keluar punya.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...tak boleh nak kata memang cantik2 murah pulak tu.

Saya pun sakit kaki juga tapi kalau bab berjalan lupa diri hehehe....

Zaitun said...

Nieda

kak Zai rasa Nieda pun dah pernah pergi kan,tak turun ke bawah ke?

Betul kata Nieda rasa nak selalu pergi bukan apa syok shopping,silau mata tengok pakaian yang murah2.

Zaitun said...

Amie

Kalau ikutkan kak Zai memang tak larat tapi anak2 nak turun terpaksalah turut.

Jauh sangat murahnya harga telekong jika dibandingkan kat Kl,sulamannya cantik2 belaka.

Zaitun said...

Ros

Salam...samalah macam badan kak Zai hehehe...

sonata anak kancil said...

Assalam - bestnya ke Bandung - cadang2 tahun depan nak ke sana - tk info kak Zai ni - boleh buat panduan.

JunAina said...

kak zai...bandung memang best! aina baru je naik kapal terbang untuk balik ke malaysia dah berkira2 untuk pergi lagi...

Lady Lavender said...

alamak bestnya k.zai...dah boleh turun sampai bawah kira dah cukup bagus la tu akak.

p/s: cantiikk sgt telekung & kebaya tu :-))

Kamariah Awang said...

Seronok yer, Zai... Ma dah pergi pada Mac 2010, tapi teringin nak gi lagi.. Paling seronok bila main kejar2 dan tawar menawar dengan penjual di Gunung Tangkuban Parahu tuuu...

azi said...

Salam Kak Zai..
Cantiknya Baju Mimi , memang boleh dipakai masa bertunang...:)
telekung tu pun cantikkan akak...semua cantiklahhh...he..he..

intan morsalin said...

teringat kenangan ke Bandung bersama arwah adik sya...rindu apih...huhuhuh