Tuesday, March 29, 2016

Ronda2 Dengan Anak Menantu.

Assalamualaikum....

Hari Ahad semalam anak menantu bawa saya dan hubby jalan2. Dibawanya ke KL ronda2 punyalah penat dan panas. Makan tengahari dibawanya ke restoran Yusof Haslam. Selain dapat makan lauk yang sedap2 dapat makan kuih lompat tikam yang juga sedap sebagai dessert. Segan nak ambik gambar sebab terlalu ramai orang.

Lepas itu dibawa pulak ke Sungai Buloh. Apa lagi penuhlah boot dengan pokok bunga dan baja. Balik dari Sungai Buloh punyalah haus. Katanya nak mencari air minuman yang special pada hal banyak aje jual cendol dan air kelapa. Pergi ke Subang Jaya jumpa sebuah kedai ice cream yang dipanggil Sangkaya. Makan ice cream dalam tempurung kelapa. Malamnya pula kami ke Secret Recipe

ice cream dlm tempurung




Terasa juga penat bila sehari suntuk berjalan. Apa pun seronok bila anak menantu menggembirakan hati kita. Syukur alhamdulillah.




Thursday, March 24, 2016

Restoren Singgah Selalu.

Assalamualaikum...

Tahun lepas sekitar bulan October saya membawa tetamu makan  diRestoren Singgah Selalu diJohor Baharu. Sebelum ini beliau selalu makan disini sebab pernah tinggal diJohor Baharu dan sekarang kembali ke negara asalnya.

Masakan direstoren ini memang terkenal dengan kesedapannya dan layanan pun sangat memuaskan. Nak dijadikan cerita salah satu dari minuman yang kami order terdapat bullet stapler. Bila dipanggil dan diberitahu dengan segera ditukar kepada minuman yang baru. Pelayan yang bertugas berkali2 meminta maaf atas kecuaian.

Setelah habis makan hubby ke kaunter pembayaran. Sebelum berlalu tiba2 casher menghulurkan rm30+++ kepada hubby. Hubby tanya untuk apa duit ini jawabya dia potong 10% dari jumlah bil atas kecuaian yg dilakukan oleh pekerjanya. Tidak hairanlah restoren ini setiap kali dikunjungi pelanggannya memang ramai. Sikap bertanggung jawab, layanan yang bagus dan cepat membuatkan restorennya terkenal bukan saja dikalangan penduduk setempat tapi boleh katakan orang luar juga.

Gambar ihsan dari google






Wednesday, March 23, 2016

Gulai Udang.

Assalamualaikum....


Kalau beli udang selalunya saya masak sambal. Tapi kali ini teringin pulak nak makan gulai lemak campur dengan sayur kacang panjang. Bila makan dengan nasi panas laju aje makannya. Tau2 dah habis semangkuk nasib baik masak lebih. Dapatlah makan bertambah2. Seronok tengok hubby dan anak berselera makan alhamdulillah.




Tuesday, March 22, 2016

Telor Pindang.

Assalamualaikum...

Johor terkenal dengan telor pindang. Setiap ada majlis perkahwinan, cukur jambul atau apa saja majlis mesti ada telor pindang. Saya google cara nak membuatnya. Agak susah dan rumit bagi yang tak biasa membuatnya. Ia menggunakan bermacam2 daun dan herba dan masa untuk merebus pun agak lama.

Telor pindang yang saya dapat ini adalah untuk perkahwinan Jihan Muse, pelawak dan pengacara kat TV tu. Dia order dengan officemate hubby. Untuk saya ni bukanlah Jihan yg bagi tp officemate hubby. Ada 16 biji semuanya, puaslah makan.







Friday, March 18, 2016

25 things that make me happy.

Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua rakan2.




Nor dari Brunei dan Saniah Ibrahim tag saya untuk berkongsi kegembiraan. Susah juga nak fikir walaupun ada banyak benda yang yg buat kita gembira. Hari ini saya cuba tp jangan pulak ada yang tersenyum kambing ya.

1.Saat diijab kabul bersama suami.
2.Ketika melahirkan anak2.
3.Kejayaan anak2 dlm pelajaran dan menjawat kerjaya masing2.
4.Kehadiran cucu yg jauh dimata.
5.Bila anak menantu dan cucu balik Msia.
6.Suami hadiahkan sebuah kereta utk kegunaan sendiri.
7.Suami hadiahkan sebuah apartment duit sewa rumah tu masuk poket sendiri.
8.Menerima cek dividen dari saham yg dah lama dibeli.
9.Menerima jambangan bunga dari delivery pada hari2 tertentu.
10.Pergi umrah bersama suami dan anak2.
11.Melancong keluar negara.
12.Ada garden keliling rumah.
13.Bangun pagi tengok laman ceria dengan bunga terutamanya orkid.
14.Baca Quran setiap hari walau hanya sehelai muka surat.
15.Menjaga arwah mak semasa sakit.
16.Suami anak menantu bagi kasih sayang yg tak ternilai sampai panggil mama manja.
17.Dapat pergi tempat makan yg digemari.
18.Shopping sekerap mungkin. Tabiat tak baik jgn ikut.
19.Anak menantu datang rumah tolong bersihkan rumah.
20.Setiap weekend kumpul anak menantu yg ada kat Msia makan dan tengok movie sama2. Klau masing2 tak ada hal.
21.Masak makanan kegemaran suami dan anak2.
22.Berkumpul dengan adik beradik.
23.Dapat kiriman barang dari besan.
24.Dapat bagi apa2 saja untuk gembirakan orang lain.
25.Last but not least..Menerima berita seorang demi seorang ada orang suka dekat anak. Dua orang dah lepas seorang omputih dan seorang lagi Siam. Jika ada jodoh omputih lagi dan yg seorang lagi Cina. Nampaknya tidak ada seorang pun yg dapat melayu tulin. Perancangan manusia selebihnya serahkan pada yg ESA.

Alhamdulllah dapat juga tunaikan walaupun terlambat.





Thursday, March 17, 2016

Tuesday, March 08, 2016

RESTOREN IKAN BAKAR MALIM MITC MAHAL Dan SOMBONG.

Assalamualaikum...

Terima kasih banyak2 pada kawan2 yang bagi ucapan dan doa buat adik hanya Allah yg membalas jasa kalian.
............

Sebelum balik dari Melaka tempohari saya pesan dengan adik nanti kalau makan cari lauk ikan sebab minggu tu dah banyak makan fast food. Tak elok tambah lagi masa exam.

Esoknya dia pun pergilah ke restoren yang banyak menjual lauk bersumberkan ikan dan lauk2 kampung. Kalau sesiapa yang selalu ke Melaka mesti dah biasa dengan restoren ikan bakar malim. Adik pergi yg dekat dengan MITC.

Inilah lauk yang dibeli adik bersama kawannya. Dia tak makan direstoren beli dan bawa balik. 2 ekor ikan kembung bakar yg tak berapa nak besar, 2 nasi putih dan ulam2an. Bila pergi ke kaunter masa nak bayar terkejut beruk bila cashier cakap RM25. Kawan adik tanya kenapa mahal sangat jawapannya ambik kuah kan? kuah tu taruh dkt nasi. Jawapan cashier pada soalan tu kuah tu bukan kami masak dengar AIR aje. Air asam tu pulak dia charge RM3. Tolonglah bukan ke kalau ikan bakar dicicah dgn kuah asam. Kira dua kali charge ikan dan air asam.


menitis air mata tengok adik menyuap makanan tu

Kalau pun nak untung dan kaya cepat adalah hati perut sikit. Pelanggan tu sebangsa, melayu dan tahu kan student. Tak logik kan kalau setakat nasi berlauk kan ikan kembung sampai RM25.

Saya pun ada beberapa kali makan dekat situ tapi ambik berbagai jenis lauk jadi tak berapa nak kisah bab harga. Entah dia cekik ke tak tahulah. Satu lagi last pergi tu hubby memunggah pinggan mencari kalau ada yg agak putih sbb semua pinggannya sudah menjadi hitam dan berkeladak. Nak makan pun tengok hilang selera.

Bukan berkira atau tak mampu nak bayar tapi biarlah secara logik kalau nak charge. Semua orang tahu harga barang memang melambung tapi bagi restoren yg sudah establish dah tentu bahan yg digunakan akan jauh lebih murah dari harga pasaran.





P/S...Saya pernah beberapa kali makan disebuah restoren harga makanan berpatutan dan pelanggan akan diberikan bubur selepas makan. Mudah2an dia mendapat keberkatan dan diangkat menjadi istimewa disisi Allah.




Monday, March 07, 2016

20 Tahun.

Assalamualaikum...

Hari Sabtu bersamaan 5hb March adalah hari jadi anak bongsu. Genap umurnya 20 tahun. Pejam celik pejam celik semua anak2 telah meningkat dewasa. Hari Sabtu tu pulak adalah hari kedua dia menghadapi exam semester. Exam akan bersambung pulak ke minggu ini dan selepas itu adik akan bercuti selama 3 minggu.

Disebabkan adik diMelaka saya mengajak hubby dan Mimi untuk makan malam bersama adik. Petang Sabtu kami bertiga menemuinya di Restoren Nandos The Shore Melaka. Tiada kek birthday cuma kami bawa hadiah. Bila adik balik KL nanti bolehlah beli kek dan celebrate sekali lagi  bersama abang dan kakak ipar dia.

Mama bagi pihak semua wish adik Happy Birthday. Semoga adik menjadi anak kebanggaan ibu bapa dan berjaya didunia dan diakhirat.  Satu lagi pesan mama cuba belajar berjimat cermat apabila berbelanja sebab adik sudah matang dan sudah besar. Kurangkan membeli alat make up dan yang seangkatan denganya.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.









Friday, March 04, 2016

Rumput n Pangkin

Assalamualaikum....

Dulu2 kalau ada tanah sikit suka tanam rumput carpet. Punyalah jaga bila dah hidup nampak hijau aje laman. Baru2 tanam tu tak bagi pijak sanggup buka slipper menjengket kalau terpaksa pijak. Tapi itu dulu sekarang semuanya mudah. Tak payah tanam dan jaga keluar aje duit.



Sekarang rumput artificial boleh dibeli. Sebiji macam rumput asli. Beli ikut kaki persegi dan ada bermacam2 jenis. Kalau nak yang tebal mahallah sikit harganya. Saya beli rm7 sekaki persegi diSungai Buloh. Beli tak banyak cuma nak bagi macam real rumput dekat pangkin kayu tempat lepak kami sekeluarga.



Pangkin kayu ini pun saya tempah di Sungai Buloh. Ikut ukuran atas permintaan. Teringat masa kat kampung bila kumpul ramai2 semua suka lepak kat pangkin. Tapi semua itu dah tinggal kenangan. Rumah pun dah jadi hutan sbb ditinggalkan bertahun2 lamanya.

Kalau sesiapa berminat bolehlah pergi ke Sungai Buloh.









Thursday, March 03, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkat doa kawan2 semua saya dan montel dah pun sihat. Dah boleh buat kerja rutin harian. Terima kasih, sayang semua.

Rindu....





Tuesday, March 01, 2016

Kurang Sihat

Assalamualaikum...

Agak lama saya tak bersiaran. Rasa tak ada mood bila badan kurang sihat. Tak adalah serious cuma badan rasa sakit2.

Bukan saya sorang aje yg kurang sihat montel pun sama juga. Dah dua hari selera makan dia berkurangan asyik tidur aje.Tak sampai hati hubby bawa pergi klinik. Masa dekat klinik doktor bagi makan ubat senang aje tapi bila balik rumah kena dua orang pegang baru boleh bagi. Alhamdulillah bila dah makan ubat montel sudah aktif semula.

Dekat klinik montel takut hubby terpaksa peluk.