Friday, March 04, 2016

Rumput n Pangkin

Assalamualaikum....

Dulu2 kalau ada tanah sikit suka tanam rumput carpet. Punyalah jaga bila dah hidup nampak hijau aje laman. Baru2 tanam tu tak bagi pijak sanggup buka slipper menjengket kalau terpaksa pijak. Tapi itu dulu sekarang semuanya mudah. Tak payah tanam dan jaga keluar aje duit.



Sekarang rumput artificial boleh dibeli. Sebiji macam rumput asli. Beli ikut kaki persegi dan ada bermacam2 jenis. Kalau nak yang tebal mahallah sikit harganya. Saya beli rm7 sekaki persegi diSungai Buloh. Beli tak banyak cuma nak bagi macam real rumput dekat pangkin kayu tempat lepak kami sekeluarga.



Pangkin kayu ini pun saya tempah di Sungai Buloh. Ikut ukuran atas permintaan. Teringat masa kat kampung bila kumpul ramai2 semua suka lepak kat pangkin. Tapi semua itu dah tinggal kenangan. Rumah pun dah jadi hutan sbb ditinggalkan bertahun2 lamanya.

Kalau sesiapa berminat bolehlah pergi ke Sungai Buloh.









8 comments:

Malinda said...

cantik nye kak redup mata yg memandang...akak kalau tengok laman rmah saya mesti terkojot...hahaha...cam dusun durian tinggal dah...pekerja indon yg selalu datang bersih kan tu ntah kemana menghilang :'(

paridah said...

TANAM RUMPUT KARPET TIRUAN BI SAJA YA ZAI..XSUSAH NAK RAPIKANNYA..CANTIK DIPANDANG.

saniah ibrahim said...

Cantiknya...macam rumput sebenar.
Dulu saya ada juga tanam rumput carpet sikit tapi bila dah campur dgn rumput ,malas dah nk jaga...maklumlah laman rumah kg kak zai.

kakyon said...

Cantik juga..menyejukan pandangan
Zai orkid tu cantik..nmpk subur..

NEKCIK said...

Waduuh sejuk mata memandang kan zai..walaupun bukan asli ..
Cantik benar suuasana ..seswaii untuk mengopi bila waktu petang

hainom OKje said...

Baru baru ni masa meronda Home Pro kat IOI City Mall ternampak jugak rumput carpet ni....cantik.Tak tengok pulak harga dia berapa.
Wah Kak Zai, lepas ni mesti lagi bestlah menyembang petang petang ye....hihi... Ada rumput carpet ngan pangkin baru. Hihi...

hainom OKje said...

Baru baru ni masa meronda Home Pro kat IOI City Mall ternampak jugak rumput carpet ni....cantik.Tak tengok pulak harga dia berapa.
Wah Kak Zai, lepas ni mesti lagi bestlah menyembang petang petang ye....hihi... Ada rumput carpet ngan pangkin baru. Hihi...

Nooriah Abdullah said...

kalau dekat mmg nk join kakzai kat pangkin tu saygnya jauh sngt lah kakzai