Friday, December 28, 2012

Sampai Masanya...

Salam...

Pagi ini anak jiran sebelah rumah saya berumur 25 tahun meninggal dunia. Bertahun2 menghilangkan diri sebab bergaduh dengan ibubapa. Berpunca dari perangai yang kurang baik, berkawan dengan lelaki yang kurang di senangi. Akhirnya bila dapat penyakit (kurang pasti sakit apa) sebulan lalu kembali kepangkuan keluarga dan mula mendapat rawatan. Akhirnya pagi ini menghembuskan nafas yang terakhir dihospital.

Innalilllahiwainalillahirojiun...AlFatihah......semoga rohnya aman disana....

p/s; beberapa minit tadi hubby dapat panggilan menyatakan sahabatnya di Ipoh meninggal dunia pagi ini juga. Saya akan menziarahi jiran dulu kemudian ke Seri Iskandar Ipoh.



Thursday, December 27, 2012

Guraunya Bermaksud......

Salam...

Terima kasih buat Pn Kartini, lemongrass, azi, Norhaizan hakim, Acik Erna, Cik Viva, Makchaq, azieazah, MulutPayau dan sal atas doa's. Tak lupa juga buat semua yang sudi singgah diblog saya...terima kasih banyak2. Buat makchaq selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 27 semoga makcaq diberikan rezeki yang mewah,  kesihatan yang baik2 dan juga hidup bahagia disamping suami dan anak2, amin...

............................


Pagi semalam satu mesaj masuk dalam hp saya, berkali2 berbunyi tapi saya buat tak tahu aje, malas nak layan sebab banyak mesaj yang entah apa2 masuk. Tak lama lepas tu satu panggilan masuk, belum sempat nak jawab dah mati. Saya cuba cal balik sebab tahu siapa pemanggilnya. Suara yang agak cemas memberitahu salah seorang suami sahabat kami Mansor (suami kak Naemah) meninggal dunia secara mengejut. Terduduk bila dapat berita, masa tu baru nak tengok mesaj yang dihantar ani.

Dalam dok mengira nak bagitau hubby tetiba dia pula yang menalipon saya suruh bersiap untuk ke Sungai Buloh rumah sahabat yang meninggal dunia. Secepat mungkin bersiap, hubby cal semula, dia baru dapat berita yang mengatakan jenazah masih di Ipoh dan mungkin waktu Asar baru sampai.

Alhamdulillah kami dapat mengiringi jenazah sampai ke kubur, itupun dah dekat waktu maghrib. Dari cerita yang kami perolehi arwah ke Ipoh atas urusan kerja. Malam sebelum arwah meninggal sempat minum dikedai kopi bersama sahabat lama yang balik ke Ipoh. Pagi sebelum memulakan tugas terasa sakit kebetulan salah seorang anak lelakinya mengikut. Anaknya cuba menghubungi sahabat arwah dan mereka bawa arwah ke klinik dan disitulah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

Kali terakhir kami berjumpa bulan lepas masa salah seorang sahabat kami buat kenduri duduk rumah baru. Disitu dia sangat riang dan terlalu banyak buat lawak. Masih ingat kata2nya...agaknya dapat ke kita merasa duduk rumah Country Home macam kawan kita ini sedangkan umur kita semua dah veteren. Ada yang menjawab... dapat duduk rumah atas tanah (rumah teres) pun dah syukur. Seorang lagi pulak kata...mana tahu kalau ada rezeki anak kita belikan macam sahabat kita ini siapa tahu...

Lepas itu dia cakap lagi...jangan makan banyak nanti kena sakit jantung, kebetulan caterer yang ditempah sahabat yang buat kenduri suaminya masuk hospital sebab sakit jantung. Masa perbualan ini ramai diantara sahabat yang hadir dan semua duduk semeja dengan saya dan hubby. Sahabat2 my hubby adalah sahabat saya juga sebab mereka adalah jiran rumah lama. Kami berkawan dah bertahun2 lamanya...alhamdulillah sudah jadi macam adik beradik.

Yang paling kelakar masa kami kaum perempuan melawat dalam rumah dia sama mengikut. Semua sudut dia masuk termasuk bilik yang berada ditingkat atas. Kaum lelaki pula semua mentertawakan arwah...konon macam kemaruk sangat nak rumah macam itu sedangkan rumah dia juga tak kurang besar dan cantik. Tapi semua itu rupa2nya menunjukan kelainan yang kami semua tidak sedar. Sebagaimana yang diketahui arwah bukanlah orang yang suka buat lawak tapi dia seorang yang penyayang dan setia berkawan.

Al-Fatihah.............semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.

Tuesday, December 25, 2012

Together Forever...

Salam...

Sudah agak lewat untuk mengupdate n3 tapi teringin pula nak dijadikan kenangan  dimasa hadapan. Hari ini hari anniversary saya. Hidup bersama hubby yang tercinta, ada manis dan pahit dalam berumah tangga tapi kebanyakannya manis2 belaka. Dikurniakan cahaya mata yang semuanya sudah dewasa, alhamdulillah.

Syukur kepada Allah swt juga saya dikurniakan suami yang  bertanggung jawab, penyayang dan mengikut  kemahuan saya. Tapi tidaklah sampai meminta yang tidak masuk akal, faham dengan kemampuan suami. Doa saya semoga kami hidup aman damai sampai bila2, In Shaa Allah.


gambar dari google


Alhamdulillah...................


Friday, December 21, 2012

Away...

Salam...

I'm away..........................









Salam sayang dari saya ..................

Wednesday, December 19, 2012

1912/2012

Salam...

Salam buat semua rakan2 blogger yang saya kasihi semoga beroleh dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih tak terhingga bagi yang singgah diblog saya khasnya yang meninggalkan comment. Buat sal, azi, dayah ismail, Lady Lavender, ainnoraini, Kunang-Kunang, ibuintan, MAMASYAZA, kakzakie, makchaq, Cik Viva, Kamariah Awang dan Pn Kartini...terima kasih sekali lagi.


19.12.1989 ..... Lahirnya seorang bayi perempuan di Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur. Memang sangat2 dinantikan kelahirannya sebab masa itu abang sudah pun berumur 4 tahun. Pertama kali mendapat anak perempuan... tiada kata2 yang dapat diucapkan selain...SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Kini bayi itu sudah pun berumur 23 tahun. Masih comel dimata mamanya walau pun ramai yang terkejut sebab sudah macam kuih pau hehehe...

Mama dan semua ahli keluarga mengucapkan SELAMAT HARI JADI BUAT AKAK...semoga anak mama ini menjadi anak yang solehah dan juga berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat. AMIN.


bersama abang





alam persekolahan

gambar terbaharu

Luv you forever......................

Friday, December 14, 2012

Wajib Beli...

Salam....

Apa khabar rakan2 semua semoga sihat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta. Terima kasih buat yang singgah dan meninggalkan comment diblog saya.

Pagi tadi cuba susun buku dan novel yang ada dalam simpanan, dah tak tahu macam mana nak menyusunnya sebab masih banyak lagi yang tak disimpan didalam almari. Kalau nak bagi orang sayang pulak sebab ada masanya teringin nak baca semula. Tengok saja almari yang ada tu dah padat, cara susun buku pun tak tentu arah. Kalau nak ambik memang agak susah sebab ianya tak disusun cara menegak.


Agak padat





Bercadang nak ke Ikea untuk mencari almari tapi tak tahu bila sebab buat masa ini hubby agak sibuk. Lepas itu kalau beli tambahan banyak benda yang kena susun semula termasuk perabot yang ada berdekatan. Saya suka beli cupboard kat Ikea sebab ianya murah dan simple. 

Maaf... gambar agak kabur....

Wednesday, December 12, 2012

Dah Berteman....

Salam...


Nepo (kucing saya ) sudah ada teman tapi kucing jantan juga. Saya tak suka kucing betina sebab nanti banyak anak. Nama kucing tu boy kepunyaan anak bujang saya yang dibawa dari JB. Sihat dan gemuk, bila nak angkat berat sangat.  Masa mula datang tak berapa serasi dengan nepo, terpaksa diasingkan.


boy



Waktu malam nepo tidur didalam rumah besar (sangkar) yang mempunyai 4 tingkat manakala boy tidur diatas meja yang terletak diluar rumah. Saya ajar untuk berkongsi sangkar, susah juga pada mulanya. Ada saja barang yang dijatuhkan. Bekas makanan dan bekas air habis berterabur mungkin mereka bergomol didalam sangkar itu. Walaupun sangkar itu besar dan ada 4 tingkat tapi nepo lebih menguasai sebab asalnya dia yang punya.



mulanya diatas meja inilah boy tidur


Sudah boleh tinggal serumah...Abaikan barang2 yang ada disekeliling rumah nepo hehehe....


nepo kat tingkat atas,boy kat bawah


Selepas seminggu mereka sudah boleh tinggal bersama didalam satu sangkar tapi kadang2 ada juga barang yang terjatuh. Ada satu hari bila buka pintu nampak boy tidur didalam bakul dia tapi separuh badannya didalam bakul nepo. Saya sediakan bakul tempat tidur nepo dan boy setiap satu dan letakkan bakul nepo di tinggkat 3 manakala bakul boy dibawah sekali. Tak tahu macamana dia boleh gunakan dua2 bakul sekali, kemungkinan bakul itu sengaja dijatuhkan.



separuh badan boy dalam bakul nepo


Sudah seminggu boy dirumah saya tapi nampak badannya sedikit susut mungkin dia rindu dengan suasana asalnya atau rindu dengan keluarganya yang ditinggalkan. Saya rasa terhibur dan bahagia dengan aksi2 yang mereka lakukan walau pun mereka hanya seekor haiwan.

Macamanalah kalau orang sudah ada cucu, lagi bahagia dan terhibur agaknya kan... kan... kan......



Friday, December 07, 2012

Tetamu...

Salam...

Rasanya banyak yang saya tertinggl dari cerita2 rakan blogger. Agak sibuk minggu ini melayan tetamu2 yang datang berkunjung ke rumah. Yang seronoknya kali ini saya menerima 2 buah keluarga sekali gus, nasib baik salah seorang dari keluarga itu tinggal dihotel.

Keluarga yang datang dari Penang sahabat hubby yang dah lama terputus hubungan mungkin lebih dari 25 tahun. Berhubung semula setelah seorang sahabat lain memberikan phone number hubby kepada beliau. Akhirnya semasa dia hendak menghantar anaknya ke Bangi dia menghubungi hubby dan menyatakan beliau hendak  datang ke rumah. Berjumpa semula setelah sekian lama terputus, agak beremosi bila ke dua2 sahabat ini berpelukan di depan pintu.

Seorang lagi keluarga datang dari Besut Terengganu, kenalan hubby semasa bekerja disana. Walau pun hanya beberapa bulan saja hubby disana tapi persahabatan macam sudah bertahun2 lamanya. Perkenalan bermula semasa dimasjid, mungkin masa itu hubby tidak mengenali sesiapa maka hubby menegur salah seorang yang sama2 untuk menunaikan solat.

Hari mereka datang saya jamu dengan bubur durian dan kuih muih, malamnya hubby membawa makan ke Restoren Saba di Cyberjaya. Setelah itu keluarga dari Terengganu menginap dihotel manakala yang dari Penang tinggal dirumah saya.


makan kambing tu...

tetamu dari Penang

gambar kiri dari Terengganu

Penat tapi amat seronok, semoga persahabatan kekal sampai bila2, In Shaa Allah...

Saturday, December 01, 2012

Terima Kasih...YA ALLAH...

Salam...

Salam buat semua rakan2 blogger saya semoga beroleh kesejahteraan dan bahagia disamping keluarga tersayang dan terima kasih buat rakan2 yang sudi singgah diblog saya khasnya yang meninggalkan comment. Buat Nieda, Granny Hani, Kakzakie, ainnoraini, Acik Erna, MuluPayau, azi, Nida, azieazah, sal dan makchaq, terima kasih sekali lagi.
Buat sesiapa yang nak pergi bercuti... selamat bercuti semoga perjalanan pergi dan balik selamat, juga semoga percutian itu nanti meninggalkan kenangan yang manis.

Minggu ini saya agak sibuk sebab dikunjungi tetamu yang bercuti ke Kuala Lumpur. Anak buah hubby sekeluarga datang dari Perak. Kalau dah ada tetamu sudah tentu sibuk dengan masak2 dan makan2. Walau penat tapi seronok dan gembira dengan kehadiran mereka. Semoga layanan yang diberikan tidak ada cacat cela buat mereka yang berkunjung.

Mungkin ramai jemaah haji yang sudah balik dari mengerjakan haji, buat keluarga atau rakan2 tentu gembira dengan kepulangan orang yang disayangi kembali dengan haji mabrur, Amin. Sudah jadi kebiasaan juga bila jemaah haji balik tentu ada ole2 untuk diberikan pada keluarga, sahabat handai dan juga jiran tetangga. Saya salah seorang yang menerima ole2 yang amat istimewa dan cantik dari jiran. Terima kasih  yang tak terhingga buat pasangan Haji Zamani dan Hajjah Nurbetty dengan hadiah yang diberikan. Pastinya Jubah itu akan saya pakai terutamanya kalau saya ke Masjid untuk mendapatkan keberkatan, In Shaa Allah...

Saya dah ada beberapa helai jubah hitam dan kalau boleh nak tambah lagi untuk jadikan koleksi....


jubah hitam


belakang


massage sock dan bekas talipon


Selain ole2 dari Mekah saya juga menerima ole2 dari adik yang balik dari Sweedan. Syukur alhamdulillah ...saya sentiasa dihati mereka walau ke mana saja mereka pergi.


pyramid grater, peeler & fridge magnet

FM


Dan ini pula ole2 yang dibawa anak buah hubby...seguni rambutan....dari pokok sendiri.


manis dan lekang








Sukur alhamdulillah..................