Saturday, December 01, 2012

Terima Kasih...YA ALLAH...

Salam...

Salam buat semua rakan2 blogger saya semoga beroleh kesejahteraan dan bahagia disamping keluarga tersayang dan terima kasih buat rakan2 yang sudi singgah diblog saya khasnya yang meninggalkan comment. Buat Nieda, Granny Hani, Kakzakie, ainnoraini, Acik Erna, MuluPayau, azi, Nida, azieazah, sal dan makchaq, terima kasih sekali lagi.
Buat sesiapa yang nak pergi bercuti... selamat bercuti semoga perjalanan pergi dan balik selamat, juga semoga percutian itu nanti meninggalkan kenangan yang manis.

Minggu ini saya agak sibuk sebab dikunjungi tetamu yang bercuti ke Kuala Lumpur. Anak buah hubby sekeluarga datang dari Perak. Kalau dah ada tetamu sudah tentu sibuk dengan masak2 dan makan2. Walau penat tapi seronok dan gembira dengan kehadiran mereka. Semoga layanan yang diberikan tidak ada cacat cela buat mereka yang berkunjung.

Mungkin ramai jemaah haji yang sudah balik dari mengerjakan haji, buat keluarga atau rakan2 tentu gembira dengan kepulangan orang yang disayangi kembali dengan haji mabrur, Amin. Sudah jadi kebiasaan juga bila jemaah haji balik tentu ada ole2 untuk diberikan pada keluarga, sahabat handai dan juga jiran tetangga. Saya salah seorang yang menerima ole2 yang amat istimewa dan cantik dari jiran. Terima kasih  yang tak terhingga buat pasangan Haji Zamani dan Hajjah Nurbetty dengan hadiah yang diberikan. Pastinya Jubah itu akan saya pakai terutamanya kalau saya ke Masjid untuk mendapatkan keberkatan, In Shaa Allah...

Saya dah ada beberapa helai jubah hitam dan kalau boleh nak tambah lagi untuk jadikan koleksi....


jubah hitam


belakang


massage sock dan bekas talipon


Selain ole2 dari Mekah saya juga menerima ole2 dari adik yang balik dari Sweedan. Syukur alhamdulillah ...saya sentiasa dihati mereka walau ke mana saja mereka pergi.


pyramid grater, peeler & fridge magnet

FM


Dan ini pula ole2 yang dibawa anak buah hubby...seguni rambutan....dari pokok sendiri.


manis dan lekang








Sukur alhamdulillah..................

11 comments:

kasihibu said...

syukur dapat rezeki dan dapat di manafaatkan sepenuhnya

Norhaizan hakim said...

Tentu meriah rumah kak zaitun kan?

Pn Kartini said...

Assalamualaikum k zai..:-)
Seronok dpt ole2 kan kak..
Cantik jubah...suka!
:-)

Nieda ramly said...

MACAM2 KAK ZAI DAPAT. DR JUBAH SAMPAI KE RAMBUTAN . MURAH SUNGGUH REZEKI KAK ZAI.

KAK ZAI SINGGAH KE BLOG BARU SAYA . TERPAKSA PICASA PENUH.

Acik Erna said...

syukur alhamdulillah..rezeki..tengok rambutan yang merah menyala tu..terus rasa teringin nak makan rambutan..nak kena pi cari ni

azieazah said...

Geramnnya tengok FM dan rambutan tuuu...!

Saya pun ada 2 helai jubah dari Mekah, semua kaler hitam. Tapi kerana saiz besar, jarang saya nak pakai.

Kamariah Awang said...

Jubah cantik,rambutan pun manis... Syukur alhamdulillah... Murah rezeki Zai...

ibuintan said...

rezeki melimpah ruah ye kakzai... alhamdulillah, tetamu datang juga membawa rezeki

sal said...

baju jubah hitam nice, kan..evergren..cantik selamatnya..

Sekadar Coretan said...

Nice jubah tu. moga bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Kakzakie said...

Jubah hitam senang nak sesuaikan Kak Zai. Kakak pun suka. Murah betul rezeki Kak Zai macam-macam dapat - moga yg memberi bertambah murah lagi rezeki mereka.