Monday, July 29, 2013

Ada Sesiapa Yang Tahu...

Salam...

Agak lama saya bercuti dari blogging. Saya minta maaf sebab tak dapat nak berkunjung ke blog rakan2 semua. Banyak cerita yang saya sudah tertinggal. Salah satu sebabnya computer saya buat hal dan juga saya agak sibuk buat masa ini. apa khabar rakan2 semua semoga semuanya sihat2 dan dapat melakukan ibadah sebanyak mungkin dibulan Ramadhan ini.

....................

Ada dua benda saya nak minta tolong pada rakan2 semua.

Saya nak tanya pada rakan2 yang pernah makan atau tahu buat kuih kayu keramat, asalnya kuih ini dari Terengganu. Saya suka sangat makan tapi tak tahu buat. Saya cuba google dan cuba untuk membuatnya tapi hampa sebab kuih yang saya pernah makan dalamnya kosong manakala yang saya buat agak padat. Rupa dia ada lebih kurang macam kuih cakoi tapi manis. Pada rakan2 yang pandai membuatnya dan sudi berkongsi nak juga saya mencuba.


 kuih kayu keramat



Satu lagi saya nak minta tolong dengan rakan2 diluar sana kalau sesiapa yang tahu dimana ada jual susu SMA Comfort. Susu ini adalah susu bayi, kalau tak silap product UK. Sudah banyak tempat saya mencari tapi tak jumpa. Mungkin ada yang terkejut kenapa saya nak mencari susu jenama ini. Bulan depan cucu saya akan balik, agak susah anak dan menantu nak membawa baby dan banyak barang. Kalau sebelum ini mereka balik hanya berdua tapi kali ini sudah ada baby. Tentu banyak barang yang perlu dibawa. Itulah sebabnya kalau susu ini ada jual disini kuranglah sikit beban yang nak dibawa.


gambar dari google




Friday, July 19, 2013

Simple tapi Enak

Salam...

Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat berbuka buat rakan2 saya dan juga buat yang beragama Islam. Semoga segala amalan yang dilakukan akan diterima dan diberikan ganjaran, amin.

..........................

Tinggal berdua dengan adik dan yang berpuasa hanya saya seorang saja. Acara masak memasak tidak begitu meriah. Saya hanya menyediakan poridge daging dan kuihnya lasagna frozen (ready made yang saya beli di hypermarket). Tak payah nak sediakan apa2 bahan cuma panaskan dalam oven. Inilah kerja orang malas, kawan2 semua jangan tiru macam saya ya hihihi....




Poridge tu pula saya makan dengan telor rebus, sayur goreng dan sambal tumis ikan bilis yang ditumbuk menjadi halus. Walau simple tapi saya lebih berselera jika dibandingkan kalau saya masak macam2 lauk. Buktinya saya makan bertambah dan sahur juga saya ulang makan yang sama tapi waktu sahur saya cuma minum air sebab saya makan sebelum tidur. Agak lewat tidur sebab menemankan adik mengulang kaji pelajaran.


poridge yang simple


Weekend ini meriahlah sedikit sebab hubby akan balik dari outstation dan Mimi juga ada. Saya dah plan nak masak macam2.



Tuesday, July 16, 2013

Hendrix Mikael

Salam...

Satu minggu saya tak dapat buka blog, tak tahu apa sebabnya. Hari ini pun ada sesetengah link yang ada kat blog saya tak boleh dibuka. Maaf saya pinta buat rakan2, inshaa Allah akan saya usahakan untuk mendapatkannya semula.

Pada yang singgah terima kasih saya ucapkan khasnya buat Azi, IndaMarya, kakzakie, JunAina, che mid, Acik Erna, Kamariah Awang, Irfa, ummiross, pB, Nieda ramly, Mak Long aka Kunang-Kunang, suri solehah, nor, MulutPayau, Mak Wardah dan aizamia3. Terima kasih semua...

................................

Sepatutnya sudah lama saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua tapi masa yang agak sibuk lepas itu blog saya pulak buat hal. Saya sudah pun bergelar nekma dan hubby pula bergelar tokdaddy. Gembira tak terkata, hanya Allah yang tahu. Insha Allah hujung bulan August dia akan pulang ke tanah air kelahiran daddy dia.

Hero pertama kami...


first baby dari anak sulung



Tak sabar rasanya menunggu kedatangan mereka dari UK. Semoga selamat sampai pada tarikh yang dijanjikan, Insha Allah.

Love you so much... from tokdaddy, nekma, uncle Syawal, auntie Mimi and auntie Ashley...

Monday, July 08, 2013

Kerja2 Mencantas... dan... Dia Sudah Pandai Demanding

Salam...

Hampir 4 hari saya membuat kerja mencantas pokok. Kerja menyusun atur pasu dan membersihkan keseluruhan kawasan masih belum dapat disiapkan. Tak tahulah sama ada boleh dilakukan atau tertangguh begitu saja. Esok hubby cuti bolehlah kami lakukan bersama dan harap2 dapatlah siap sebelum puasa. Kalau dulu kerja2 membersih saya kerjakan seorang saja tapi sekarang badan sudah tak berapa kuat. Tambahan pula kalau kerja2 nak mengangkat dan menyusun pasu.

Pada mulanya saya memanggil pekerja indonesia untuk melakukannya. Bila berbincang dia meminta saya membayar RM30 hanya untuk mencabut rumput dalam pasu. Saya meminta dia melakukan pembersihan disemua kawasan tapi dia menolak walaupun saya nak beri upah yang agak banyak. Alasan yang diberikan banyak kerja yang nak dilakukan. Sebelum ini kalau dipanggil senang aje berurusan dengan mereka tapi sekarang nampak sangat sudah pandai demanding.

Ini adalah pokok2 yang saya cantas yang ditanam diluar pagar.





tinggal batang




Saturday, July 06, 2013

JJCM lagi dan lagi.

Salam...

Hari ini saya nak cerita pasal makanan sebab tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.  Rasa tak elok pulak kalau nak tayang gambar makanan.

Kepada sesiapa yang teringin nak makan ABC macam ini bolehlah pergi ke foodcourt Giant Melawati. Agak susah nak cari ABC yang mempunyai pelbagai isi.


 ABC Special



 Kelmarin menantu saya datang ke rumah, hantar makanan ini. Saya agak pelik sebab tak pernah makan. Ada sotong yang diisi dengan pulut tapi kuah dia rasa manis. Bila saya tanya apa nama masakan ini katanya ketupat sotong. Sesiapa yang berasal dari Pantai Timur sudah tentu biasa dengan makanan ini kan.

ketupat sotong

 

Ini pula cekodok bawang yang saya buat versi indonesia...Selalu saya buat bulat2 tapi ada satu hari tu saya ternampak peniaga indonesia goreng cekodok berbentuk sedemikian rupa, saya pun ikutlah.

cekodok bawang


Satay adalah salah satu makanan kegemaran saya. Tapi semalam saya agak kecewa bila makan di Restoran Satay Station. Mungkin ada orang yang suka makan satay kalau ada kulit dan lemak diselitkan ditengah2. Satay yang ada hitam bekas di bakar pun akan saya buang. Hanya sedikit saja satay yang dapat saya makan dalam satu cucuk. Dulu harga dia hanya 90 sen satu cucuk tapi sekarang RM1.30. Rasa tidak berbaloi dengan harga sebab ditengah2 satay banyak kulit dan lemak. Kuah dia juga pada saya kurang sedap cuma yang saya rasa ok sedikit hanya mee rebus. Mangkuknya besar tapi isi agak sedikit dengan harga RM 6.80.



Gambar satay dan mee rebus ihsan dari google.

Wednesday, July 03, 2013

Tanjung Lumpur...Ada Sata Macam Kemaman...

Salam...

Sambungan cerita Kemaman.

Ramai yang suka makan telor pindang tapi tak tahu macamana nak buat. Termasuklah saya sendiri suka makan tapi tak tahu nak buat. Kalau boleh nak belajar bila kenduri bolehlah kita beri pada tetamu... kan macam orang Johor. Nak belajar dengan kakzakie...boleh tak hehehe....

Kalau pergi ke Kemaman mesti orang akan cari sata...makanan itu memang famous kat sana. Salah seorang kenalan promote kat Tanjung Lumpur pun ada jual sata. Selepas sarapan pagi saya ke Tanjung Lumpur untuk mencari sata untuk dibawa balik. Tak banyak gerai yang menjual tapi saya bernasib baik sebab tempat yang saya beli tu sedap satanya. Satu lagi gerai yang saya jumpa dekat dengan pasar dan disitu juga ada jual keropok lekor. Saya pun beli keropok lekor untuk di berikan pada jiran dan kawan2.


 sata Tanjung Lumpur


Saya beli ini juga.

ketupat palas



Di Tanjung Lumpur juga banyak terdapat gerai ikan bakar. Masa saya pergi tu belum dibuka lagi mungkin masih awal. Selepas ke Tanjung Lumpur saya jalan2 pula ke  bandar Kuantan selepas itu teruskan perjalanan untuk pulang ke KL.
.

Monday, July 01, 2013

Kemaman Pula ....

Salam...

N3 yang lepas saya menceritakan tentang sebuah restoren roti naan yang sedap yang terdapat di Melaka. Ramai yang minat dan che mid bertanya tentang chicken hyderabat. Masakannya sedikit lembab, sesuai untuk dicicah dengan roti. Cubalah... kalau sesiapa yang berhajat.

Bulan Jun bulan yang agak sibuk buat saya, setiap minggu ke luar daerah. Bermula dengan minggu pertama ke Perak, minggu ke dua Melaka. Seterusnya ke Johor dan semalam minggu penutup bulan Jun ke Kemaman, Terengganu. Selepas ini saya nak rehat sebab hari Selasa atau Rabu minggu depan kita akan mula berpuasa. Bersiapa sedia untuk mengharungi bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Kalau boleh nak buat apa saja yang boleh dapat pahala sebab dibulan ini kita mudah mendapat ganjaran dan digandakan pula pahalanya. Kepada semua rakan2... mudah2an kita mampu melakukannya, Insha Allah.

Hari Sabtu saya dan hubby pergi ke Kemaman, Terengganu kerana menghadiri majlis walimatulurus anak sahabat. Saya pergi berdua dengan hubby, adik tak ikut sebab ada sukan sekolah. Minta tolong dengan menantu untuk menemankan adik. Kami bertolak pagi, alhamdulillah dalam pukul 1 tengahari kami sudah sampai ke rumah pengantin. Meriah kendurinya, makanan pun banyak dan sedap2 belaka. Masa balik kami dibekalkan dengan nasi, kari daging, kuih muih, telor pindang dan juga goodies.

 Keluar dari rumah pengantin dalam pukul 2.30 petang, kami diajak sahabat seorang lagi yang datang dari Besut untuk ke rumah bakal besannya yang tidak jauh dari rumah pengantin. Di sana pula kami dijamu dengan mihun goreng dan kuih muih. Kenyang betul perut dibuatnya. Selepas bersembang kami minta diri untuk pulang. Saya dan hubby bercadang untuk bermalam di Kuantan manakala sahabat kami meneruskan perjalanan mereka balik ke Besut.

Sampai di Kuantan kami mencari hotel yang berdekatan dengan laut tapi hampa semuanya penuh. Kalau ada pun kurang memuaskan hati. Inilah akibatnya kalau perjalanan yang tidak dirancang, terjah saja ingat banyak hotel yang kosong. Akhirnya selepas penat mencari kami menginap saja disebuah hotel yang terletak ditengah bandar.

Goodies yang saya dapat...


mangkuk kaca diisi dengan marsh melllow

apam inti kelapa

telor pindang

Telor pindang selalunya famous di Johor tapi kali ini orang Pantai Timur pulak yang hadiahkan sebagai goodies. Sebenarnya kedua2 ibubapa pengantin berasal dari Johor tapi telah menetap di Kemaman setelah bersara. Mungkin setelah sekian lama bertugas mereka lebih selesa tinggal disana

p/s: Tak ada gambar pengantin ...busy chit chat.....hehe...