Monday, July 29, 2013

Ada Sesiapa Yang Tahu...

Salam...

Agak lama saya bercuti dari blogging. Saya minta maaf sebab tak dapat nak berkunjung ke blog rakan2 semua. Banyak cerita yang saya sudah tertinggal. Salah satu sebabnya computer saya buat hal dan juga saya agak sibuk buat masa ini. apa khabar rakan2 semua semoga semuanya sihat2 dan dapat melakukan ibadah sebanyak mungkin dibulan Ramadhan ini.

....................

Ada dua benda saya nak minta tolong pada rakan2 semua.

Saya nak tanya pada rakan2 yang pernah makan atau tahu buat kuih kayu keramat, asalnya kuih ini dari Terengganu. Saya suka sangat makan tapi tak tahu buat. Saya cuba google dan cuba untuk membuatnya tapi hampa sebab kuih yang saya pernah makan dalamnya kosong manakala yang saya buat agak padat. Rupa dia ada lebih kurang macam kuih cakoi tapi manis. Pada rakan2 yang pandai membuatnya dan sudi berkongsi nak juga saya mencuba.


 kuih kayu keramat



Satu lagi saya nak minta tolong dengan rakan2 diluar sana kalau sesiapa yang tahu dimana ada jual susu SMA Comfort. Susu ini adalah susu bayi, kalau tak silap product UK. Sudah banyak tempat saya mencari tapi tak jumpa. Mungkin ada yang terkejut kenapa saya nak mencari susu jenama ini. Bulan depan cucu saya akan balik, agak susah anak dan menantu nak membawa baby dan banyak barang. Kalau sebelum ini mereka balik hanya berdua tapi kali ini sudah ada baby. Tentu banyak barang yang perlu dibawa. Itulah sebabnya kalau susu ini ada jual disini kuranglah sikit beban yang nak dibawa.


gambar dari google




9 comments:

Acik Erna said...

Assalam zai..baru tau kuih kayu keramat ni zai.kalau tau buat dah tentu saya kongsikan disini

Nieda ramly said...

kalau tak ada di pasaraya kat zai cari di farmasi susu tu mungkin ada.

lady lavender said...

Mak saya selalu buat kuih tu, tp saya tak pernah lg belajar camana nak buat..

Tak pernah dgr pulak susu tu. Mungkin sbb selama ni anak2 saya semua consume see susu ibu aje hihi..

BUNDA a.k.a KN said...

bunda baru tahu ni...

salam ramadahan dari bunda...

Kakzakie said...

Alahai Kak Zai kakak nama kuih tu pun baru pertama kali dengar. Susu itu pun kakak tak pernah nampaklah..

Kak Zai dah menggoogle ye..

azi said...

Kak Zai..
Kuih tu macam kuih cakui ajakan, kat tempat saya panggil Pak Tongku..kalau tak silap le..

p/s saya tak pernah tengok susu tu akak..anak-anak saya dulu minum S26 aja..

ainnoraini said...

tak pernah mkn kuih tu la kakzai...sedap ker...

che mid said...

Tentu tak sabar nak tengok cucu nanti.. jangan lupa update gambar k.. maaf le, ttg kuih tu.. che mid orang jawa, tak tau le pasal kuih ganu he he

JunAina said...

Kayu keramat ni selalu makan kat Terengganu. Ada frozeen jugak ni.

Susu ni rasanya macam kena cari kat pasaraya kelas atasan maksudnya pasaraya kat KLCC ke yang selalu foriegner pergi.