Friday, July 19, 2013

Simple tapi Enak

Salam...

Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat berbuka buat rakan2 saya dan juga buat yang beragama Islam. Semoga segala amalan yang dilakukan akan diterima dan diberikan ganjaran, amin.

..........................

Tinggal berdua dengan adik dan yang berpuasa hanya saya seorang saja. Acara masak memasak tidak begitu meriah. Saya hanya menyediakan poridge daging dan kuihnya lasagna frozen (ready made yang saya beli di hypermarket). Tak payah nak sediakan apa2 bahan cuma panaskan dalam oven. Inilah kerja orang malas, kawan2 semua jangan tiru macam saya ya hihihi....




Poridge tu pula saya makan dengan telor rebus, sayur goreng dan sambal tumis ikan bilis yang ditumbuk menjadi halus. Walau simple tapi saya lebih berselera jika dibandingkan kalau saya masak macam2 lauk. Buktinya saya makan bertambah dan sahur juga saya ulang makan yang sama tapi waktu sahur saya cuma minum air sebab saya makan sebelum tidur. Agak lewat tidur sebab menemankan adik mengulang kaji pelajaran.


poridge yang simple


Weekend ini meriahlah sedikit sebab hubby akan balik dari outstation dan Mimi juga ada. Saya dah plan nak masak macam2.



10 comments:

Kakzakie said...

Bila makan sendiri biasa akan ikut apa yg mudah kak zai tapi pada kakak lasagna tu pun sedap kakak pun pernah beli tu senang tak payah nak buat apa lagi.

Tapi bila anak nak balik aje mula dah fikir nak masak yg special kan.. itulah ibu kan kak zai.

Acik Erna said...

Kalau dah masak macam2 makan pulak ramai2..baru terasa meriahnya kan zai

ummiross said...

Kak Zai, ummi pun ada beli frozen sphagetti macam Kak Zai beli tu,tapi belum sempat cuba lagi, sedap tak Kak Zai?

Bubur nasi tu nampak sedap Kak Zai, tambah ada sayur dan sambal bilis tu, berselera dibuatnya.

NEKCIK said...

Salam ramadhan Zai..2 2 tu peberet nekcik..hi..hi..sedapnyer

me.liyana said...

teringat bahan buat lasagna bertapa kat dapur ni..tak terbuat2..hehe

Nieda ramly said...

nak cuba cari lasagnalah. kak zai beli kat mana?

azieazah said...

Begitulah jika ada ahli keluarga yang tidak bersama berkumpul. Mood masak pun merudum, kan? Kalu weekend semua ahli berkumpul, masa tu la seronok nak masak sampai tak ingat penat langsung dah.

Bubur camtu memang sedap, tapi kenyang nya sekejap sangat.

MulutPayau said...

Kalau makan berdua rasanya mmng tak berbaloi nak masak macam2 kan..
Menu akak tu simple, tapi mmng mnyelerakan...

tenku butang said...

http://tengkubutang.blogspot.com/

Dh follow sini no... 129.

Jom follow me back yunk.. heee...

azi said...

Salam Kak Zai..
nampak sedap bubur nasi tu akak...saya pun suka makan bubur ramadhan ni, kalau makan nasi, perut saya jadi sebu..

p/s tiba-tiba teringin nak makan lasagna bila nampak akak tayang...:)