Monday, July 08, 2013

Kerja2 Mencantas... dan... Dia Sudah Pandai Demanding

Salam...

Hampir 4 hari saya membuat kerja mencantas pokok. Kerja menyusun atur pasu dan membersihkan keseluruhan kawasan masih belum dapat disiapkan. Tak tahulah sama ada boleh dilakukan atau tertangguh begitu saja. Esok hubby cuti bolehlah kami lakukan bersama dan harap2 dapatlah siap sebelum puasa. Kalau dulu kerja2 membersih saya kerjakan seorang saja tapi sekarang badan sudah tak berapa kuat. Tambahan pula kalau kerja2 nak mengangkat dan menyusun pasu.

Pada mulanya saya memanggil pekerja indonesia untuk melakukannya. Bila berbincang dia meminta saya membayar RM30 hanya untuk mencabut rumput dalam pasu. Saya meminta dia melakukan pembersihan disemua kawasan tapi dia menolak walaupun saya nak beri upah yang agak banyak. Alasan yang diberikan banyak kerja yang nak dilakukan. Sebelum ini kalau dipanggil senang aje berurusan dengan mereka tapi sekarang nampak sangat sudah pandai demanding.

Ini adalah pokok2 yang saya cantas yang ditanam diluar pagar.





tinggal batang




17 comments:

azi said...

Salam Kak Zai..
rajin betul akak ye..banyak jugak pokok yg. dicantas tu...lepas ni lagi cantiklah taman akak tu...:)

IndaMarya said...

Salam Zaitun,minggu lepas saya mcm awak la..now dah clear.2 hari saya pulun buat, sabtu n Ahad.baru cerah n brsih sikit.cabut, trim, baja..by the time smpai raya msti cantik semua brbunga..he he

Kakzakie said...

Kalau kawasan luas memang tak boleh siap sehari-dua Kak Zai. Kalau macam laman kakak yg secoet ni setengah hari pun dah siap hihi...

Bila dah lapang lega rasa kan Kak Zai. Puasa dah tak payah nak buat lagi.

JunAina said...

Depa memang macam tu kak, masa mula2 susah agaknya suruh buat apa pun tak kisah. Lama2 dah senang jadi demanding pulak.

Penatkan kak. Tak ada halaman nak ada halaman bila dah ada halaman maintenance kenalah selalu buat.

che mid said...

Wah dah bersih dah laman.. sedap hati nak menyambut Ramadhan ni kan.. raya nanti sedang elok le cantiknya buat menyambut Aidil fitri pulak..

Acik Erna said...

assalam zai..tak pe la..buat sendiri sikit2 kan lama2 siap jugak boleh keluar peluh

Kamariah Awang said...

Salam Zai... terus aktif. Selamat Menjalani ibadah berpuasa... Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Irfa said...

last week mengemas laman
buang apa yg patut dibuang
malam sakit/lenguh tangan rasa nak menangis..huhu

salam ramadhan ye ;)

ummiross said...

Ye lah Zai, exercise juga tu, kalau dah puasa nanti tak larat juga kan.

Ummi nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadat puasa buat Zai sekeluarga.

pB said...

Salam Kak Zaitun ,

rajinnyaaaaaaaa

Nieda ramly said...

nak raya mesti berkemas awal2..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Zai,

begitulah dah senang dapat kerja memilihkan pulak dia.

Kak ani pun masih berselerak pasu-pasu tu, memang tak berapa seronok mata memandang.

Selamat berpuasa untuk zai sekeluarga.

suri solehah said...

salam kak zai,,selamat berpuasa kak zai..rajin akak..kat sini pun sama kak zai..jenis yg panggil dtg umah ni..mula2 buat ok ..pastu dah lama demand,,dah tu pulak..buat tak memuaskan hati kita..huhu

nor said...

salam bagus prep buat suma sblm puasa. bagus buat sendiri. tak yah harap.org. tuu..

wasalam

MulutPayau said...

selamat berpuasa kak..

Banyak jugak pokok tu ya...tapi bila dah siap, rasa tenang dan lapang jer...

Mak Wardah said...

selamat berpuasa Kak Zai. Rajinnya akak, malu saya baca, Taman saya tak tahu nak beza bunga dengan rumput. Busy sgt (alasan...)

aizamia3 said...

rasa puas bila dah kemas yang semak samun tu kan.. ;)
betul tu.. sekarang ni dorang dah pandai demand.. bangla yang potong rumput kat area rumah ni letak rege mahal tapi wat keje tak kemas.. :(