Tuesday, August 16, 2011

Demi cinta...Al-Fatihah

Salam semua....hari  ni nak cerita tentang kisah anak jiran parent inlaw saya juga ada tali persaudaraan dengan hubby, saya bukan nak cerita benda tak baik jauh sekali untuk mengaibkan orang tapi rasanya elok untuk dijadikan tauladan. Ini bukan cerita rekaan tapi memang benar.

Selalunya kalau doktor sudah menasihatkan sesuatu benda yang dilakukan boleh memudaratkan diri saya rasa lebih baik kalau kita ikutkan saja. Bukan bermakna kita tak percaya pada qada dan qadar. Ceritanya begini.....3 tahun lepas anak jiran mengidap kanser otak, doktor menasihatkan supaya dia jangan mengandung lagi sebab boleh mempengaruhi  penyakitnya tapi dah ditakdirkan dia mengandung juga. Selepas 3 bulan melahirkan doktor terpaksa buat pembedahan kepala sebab penyakitnya sudah bertambah serius.

Disebabkan keadaannya yang tak stabil maka maknya sanggup ambik dan bela baby tu sampailah sekarang. Masa tu dia mempunyai 3 orang anak lain lagi yang masih kecil. Suaminya kerja shif kalau dia ada dirumah dialah yang menentukan makan minum dan segala kerja2 rumah tapi kalau dia dah pergi bekerja anak2 dia yang masih kecik2 tulah yang mengambil alih, bantu membantu diantara satu sama lain. Bayangkan masa tu anak yang pertama berumur lebih kurang 8 tahun yang kedua 5 tahun dan yang ketiga 1 tahun lebih.

 Masa berlalu sampailah diawal tahun ni penyakitnya bertambah serius lagi, hospital adalah rumah kedua buatnya.Tanpa disangka sekali lagi dia didapati mengandung walaupun sudah diberi amaran oleh doktor. Doktor membuat keputusan supaya menggugurkan kandungannya tapi suami dan dia menghalang terutamanya dipihak suami. Masa dia mengandung anak yang kelima ni masanya memang banyak duduk dihospital. Saat melahirkan sampailah baby berumur 3 bulan dia langsung tak bermaya.

Sementara anak2 ke sekolah mak saudara suaminya akan menjaga sikecil tapi bila mereka dah balik akan diserahkan semula pada anak2 tadi untuk menjaganya. Bukan tak ada sebelah maknya yang nak ambik baby ni tapi tak diberi keizinan oleh sisuami, manakala sebelah pihak suaminya pula tak ada yang sanggup.

Akhirnya minggu lepas dia pergi menemui penciptanya setelah dibawa ke rumah maknya buat kali terakhir. Sempat maknya menjaga arwah selama sebulan dengan penuh kasih sayang sebelum dia koma 2 hari dan pergi untuk selama2nya. Setelah selesai semua urusan 4 orang anaknya termasuk baby telah dibawa balik oleh sisuami manakala anak yang ke 4 masih dijaga oleh mak mertua.

Menurut ceritanya keadaan masih macam biasa sikakak akan menjaga adik2 setelah balik dari sekolah. Saya tak dapat bayangkan bagaimana budak yang berumur 10 tahun menjaga dan memandikan baby yang berumur 3 bulan sedangkan masa saya melahirkan anak kesemua tugas itu tak pernah saya lakukan.

Arwah mempunyai perwatakan yang cantik, kulit putih melepak, punya pekerjaan tetap dan punya keluarga yang agak senang. Berkahwin dengan jejaka yang sangat dicintainya tapi setelah berkahwin terbongkar cerita dia tertipu, suaminya tak punya pekerjaan tetap tapi berpura2 hidup mewah.Setelah berkahwin sisuami bawa isteri berpindah tinggal dirumah pusaka dan isteri terpaksa berhenti kerja sebab dia bekerja di sektor swasta. Hiduplah mereka dengan keadaan yang serba kekurangan, demi cinta sanggup lakukan apa saja.

Betulkah cinta itu buta...... sampai kita tak punya masa untuk mengetahui siapa yang bakal hidup bersama kita.








Sunday, August 14, 2011

Still...... The Best

Setiap kali bulan Ramadhan saya teringat dan teringin untuk makan bubur lambuk yang ada kat sini. Cari lah dari bazar Ramadhan atau masjid mana sekali pun (selera saya) payah nak dapat sesedap yang ada kat sini. Kita dah berpuasa setengah bulan tapi masih belum merasa bubur dari sini. Bubur dari masjid lain dah makan tapi separuh aje yang dimakan yang selebihnya disimpan dalam peti ais.

Semalam tengok majalah 3 ditv3 disiarkan segmen bubur lambuk yang dimasak dimasjid ini. Rasa rindu sebab masa duduk rumah lama setiap tahun akan pergi ambil bubur dari masjid ini. Kalau pun tak setiap hari sekurang2nya seminggu 2 kali. Anak jiran saya selalu ambil lebih sebab dia tahu saya memang suka bubur ni lagi pun pejabatnya berdekatan dengan masjid ni.

Selepas berpindah ada juga hubby pergi ke masjid tu untuk bersolat dan dapatlah dia membawa pulang bubur kegemaran kami sekeluarga. Puasa tahun ni masa tak mengizinkan untuk kesana .

Ada sesiapa yang nak tahu bubur lambuk ni dari mana......

Bubur lambuk dari Masjid Jamek Kampung Baru, kl.

Masjid Jamek Kg Baru
menunggu giliran
berbaris periuknya
dah nak masak
 waktu nak ambik

Dulu kena bawa bekas atau tuperware sendiri tapi sekarang dah siap dibungkus, hanya satu bungkus untuk seorang kalau nak lebih kena beratur semula atau ada ahli lain yang datang bersama.

Semua gambar2 ni adalah ihsan dari google.

Thursday, August 11, 2011

Pelbagai dari pisang


Pernah tak sesiapa makan pisang ni, Saya biasa tengok tapi tak pernah makan dan tak tahu pisang apa. Hubby bawa balik minggu lepas katanya tuan rumah dia bagi. Buahnya besar warna kulitnya merah isi dalamnya putih. Saya cuba makan macam tu aje tapi tak berapa sedap mungkin sebab pertama kali makan.

Dari terbiar busuk saya buat cekodok dan selebihnya saya buat lepat dihari berikutnya. Ternyata sedap sebab isinya halus tapi kurang manis kalau dibandingkan dengan pisang berangan. Kena tambah gula baru sedap.

ihsan dari google
gambar dari google juga

Kuih kat bawah ni recipenya saya ambik dari buku 365 recipe hanieliza, terima kasih banyak2 pada yang empunya recipe. Rasanya memang sedap tapi sememeh sikit. Kalau kuih yang lembik2 macam ni saya tak berapa mahir untuk memotongnya.

tepung talam

Monday, August 08, 2011

Nun Jauh dari Jepun


abaikan tangan
keropok
Wind chimes dari Jepun, menurut tuan yang memberi barang ni, dua gambar yang sama diatas adalah traditional dan yang merah tu dari tanah liat n permes dan nama dalam bahasa Jepun fuurin. Terima kasih banyak2 sebab sudi bagi barang yang memang kesukaan saya.

Pagi Jumaat dapat mesaj mengatakan nak jumpa pada hari Sabtu atau Ahad. Bulan puasa kalau siang hari tak berapa seronok kalau nak buat perjumpaan. Kalau malam pula dah nak berbuka puasa dan macam2 lagi. Pakat dengan hubby yang kebetulan balik cadang nak berbuka puasa di Kajang atau di Putrajaya. Tetamu pulak tak berapa pandai nak ke tempat tu. Kalau hari Sabtu hubby dah nak balik jadi tak boleh nak jumpa (tak ada driver) lagi pun tak seronok sebab tetamu datang bersama suami dan anak2. Akhirnya ambik keputusan berjumpa ditengah2 perjalanan (Seremban) tetamu dari Tampin pada hari Jumaat itupun lepas berbuka puasa sebab saya terpaksa mengambil Mimi di station bas. Tak dapat nak berbuka puasa bersama sebab bas yang Mimi naik sampai pukul 6.30 petang.

Selepas berbuka dan solat maghrib dirumah saya sekeluarga menuju ke Seremban untuk bertemu dengan orang yang dah dijanjikan. Disebabkan masing2 dah makan nasi jadinya kami hanya pergi ke KFC untuk makan ringan2 sahaja. Sebenarnya kami tak tahu nak pergi mana sebab dah malam lagi pun kurang tahu tempat makan yang sesuai disana.
Banyak benda yang kami bualkan sampailah ke pukul 12 malam, susah nak berpisah itu pun disebabkan kedua2 anaknya dah mengantuk kami terpaksa beralah. Berjanji akan ada perjumpaan lagi selepas ini.
anie,Nagoya with me

Wednesday, August 03, 2011

Sepi...


Sepi aje motor ni kalau dulu tuannya selalu bawa ke surau dan sembahyang Jumaat di masjid. Saya cuma naik sekali itu pun suka2 takut nak naik tambahan pula anak pernah accident motor. Kalau bulan Ramadhan jarang bawa ke masjid sebab saya nak pergi Terawih sekali. Banyak jasanya buat hubby selain dibawa ke surau dia juga dibawa ke kedai kopi yang berdekatan rumah, minum kopi dengan kawan2 surau hubby.

Motor ni hubby tak beli tapi diberi ex- majikan hubby. Katanya senang kalau nak pergi sembahyang tak payah susah2 nak cari parking. Ex- majikan tu cina bukan melayu, banyak yang diberinya selain dari barang, hadiah duit buat Mimi masa nak masuk uni dan juga kos pembelajaran hubby ambik master. Terima kasih buat mr.Tan.