abaikan tangan
keropok
Wind chimes dari Jepun, menurut tuan yang memberi barang ni, dua gambar yang sama diatas adalah traditional dan yang merah tu dari tanah liat n permes dan nama dalam bahasa Jepun fuurin. Terima kasih banyak2 sebab sudi bagi barang yang memang kesukaan saya.
Pagi Jumaat dapat mesaj mengatakan nak jumpa pada hari Sabtu atau Ahad. Bulan puasa kalau siang hari tak berapa seronok kalau nak buat perjumpaan. Kalau malam pula dah nak berbuka puasa dan macam2 lagi. Pakat dengan hubby yang kebetulan balik cadang nak berbuka puasa di Kajang atau di Putrajaya. Tetamu pulak tak berapa pandai nak ke tempat tu. Kalau hari Sabtu hubby dah nak balik jadi tak boleh nak jumpa (tak ada driver) lagi pun tak seronok sebab tetamu datang bersama suami dan anak2. Akhirnya ambik keputusan berjumpa ditengah2 perjalanan (Seremban) tetamu dari Tampin pada hari Jumaat itupun lepas berbuka puasa sebab saya terpaksa mengambil Mimi di station bas. Tak dapat nak berbuka puasa bersama sebab bas yang Mimi naik sampai pukul 6.30 petang.
Selepas berbuka dan solat maghrib dirumah saya sekeluarga menuju ke Seremban untuk bertemu dengan orang yang dah dijanjikan. Disebabkan masing2 dah makan nasi jadinya kami hanya pergi ke KFC untuk makan ringan2 sahaja. Sebenarnya kami tak tahu nak pergi mana sebab dah malam lagi pun kurang tahu tempat makan yang sesuai disana.
Banyak benda yang kami bualkan sampailah ke pukul 12 malam, susah nak berpisah itu pun disebabkan kedua2 anaknya dah mengantuk kami terpaksa beralah. Berjanji akan ada perjumpaan lagi selepas ini.
anie,Nagoya with me
16 comments:
salam kak
gantung di tepi tingkap tiup angin bunyi kot yg pertama tu?
Gigih nak bertemu alhamdulilah hajat disampaikan Allah... Cantik souvenir diberi...
rezeki di bulan ramadhan...bukan setakat rezeki makanan tp rezeki cenderahati dari jauh...
sekom kkzai.perasan tak beg kita terbuka luas?tu nak kene isikan sesuatu tu.hahaha...gurau je.terima kasih tak terhingga pada kkzai, suami n anak2 kkzai yg sudi bertemu dgn kita.lain kali leh le kita ke kajang.berhajat nak mkn satey kajang.moga kita diizinkan utk pertemuan akan dtg.insyAllah...
Salam kak Zai. Memang seronok kalau dapat brg yg menjadi kesukaan kita kan.
seronoknya kak zai..dapat souvenir dr jauh...tanda kita dalam ingatan sahabatkan...bilalah nak jumpa kak zai pulak ni
ingatan tu yg penting..ingatan orang,budi orang, sampai bila2 pun kita ingat kan?
Memang seronok jumpa kawan.Semoga silaturahim berkekalan sampai akhir hayat.
alhamdulillah dpt souvenir
syukrn juga dpt jumpa anie Nagoya..
bertemu sekejab pun dah baik sangat...sb kekangan masa..
assalam zai..bertemu jugak dia anie,nagoya..ye.
saya bertemu dengan dia sehari sebelum puasa.
Salam kak Zai..
seronoknya akak dapat cenderahati lagi...rezeki bulan Ramadan tu..
Boleh tambahkan koleksi akak..:)
Assalamualaikum kak Zai...
Mmng seronokkan kalau dapat sesuatu yg kita suka....semoga ikatan prshabatan berkekalan...
saya pun suka benda alah ni kak, best jer dengar bila ditiup angin.. klu buloh lagi best
salam kenal,bestnya dapat hadiah dr jepun tu :D
bestnya:)..Zai bila kita dapat jumpa Zai ni hehe.Selamat berpuasa dan berbuka buat zai dan adik:)
Kak Zai, sedapnya bunyi dia bila ditiup angin. Tapi yang paling penting dpt jumpa tuan punya & mengeratkan silaturahim. Alhamdulillah
Post a Comment