Tuesday, August 16, 2011

Demi cinta...Al-Fatihah

Salam semua....hari  ni nak cerita tentang kisah anak jiran parent inlaw saya juga ada tali persaudaraan dengan hubby, saya bukan nak cerita benda tak baik jauh sekali untuk mengaibkan orang tapi rasanya elok untuk dijadikan tauladan. Ini bukan cerita rekaan tapi memang benar.

Selalunya kalau doktor sudah menasihatkan sesuatu benda yang dilakukan boleh memudaratkan diri saya rasa lebih baik kalau kita ikutkan saja. Bukan bermakna kita tak percaya pada qada dan qadar. Ceritanya begini.....3 tahun lepas anak jiran mengidap kanser otak, doktor menasihatkan supaya dia jangan mengandung lagi sebab boleh mempengaruhi  penyakitnya tapi dah ditakdirkan dia mengandung juga. Selepas 3 bulan melahirkan doktor terpaksa buat pembedahan kepala sebab penyakitnya sudah bertambah serius.

Disebabkan keadaannya yang tak stabil maka maknya sanggup ambik dan bela baby tu sampailah sekarang. Masa tu dia mempunyai 3 orang anak lain lagi yang masih kecil. Suaminya kerja shif kalau dia ada dirumah dialah yang menentukan makan minum dan segala kerja2 rumah tapi kalau dia dah pergi bekerja anak2 dia yang masih kecik2 tulah yang mengambil alih, bantu membantu diantara satu sama lain. Bayangkan masa tu anak yang pertama berumur lebih kurang 8 tahun yang kedua 5 tahun dan yang ketiga 1 tahun lebih.

 Masa berlalu sampailah diawal tahun ni penyakitnya bertambah serius lagi, hospital adalah rumah kedua buatnya.Tanpa disangka sekali lagi dia didapati mengandung walaupun sudah diberi amaran oleh doktor. Doktor membuat keputusan supaya menggugurkan kandungannya tapi suami dan dia menghalang terutamanya dipihak suami. Masa dia mengandung anak yang kelima ni masanya memang banyak duduk dihospital. Saat melahirkan sampailah baby berumur 3 bulan dia langsung tak bermaya.

Sementara anak2 ke sekolah mak saudara suaminya akan menjaga sikecil tapi bila mereka dah balik akan diserahkan semula pada anak2 tadi untuk menjaganya. Bukan tak ada sebelah maknya yang nak ambik baby ni tapi tak diberi keizinan oleh sisuami, manakala sebelah pihak suaminya pula tak ada yang sanggup.

Akhirnya minggu lepas dia pergi menemui penciptanya setelah dibawa ke rumah maknya buat kali terakhir. Sempat maknya menjaga arwah selama sebulan dengan penuh kasih sayang sebelum dia koma 2 hari dan pergi untuk selama2nya. Setelah selesai semua urusan 4 orang anaknya termasuk baby telah dibawa balik oleh sisuami manakala anak yang ke 4 masih dijaga oleh mak mertua.

Menurut ceritanya keadaan masih macam biasa sikakak akan menjaga adik2 setelah balik dari sekolah. Saya tak dapat bayangkan bagaimana budak yang berumur 10 tahun menjaga dan memandikan baby yang berumur 3 bulan sedangkan masa saya melahirkan anak kesemua tugas itu tak pernah saya lakukan.

Arwah mempunyai perwatakan yang cantik, kulit putih melepak, punya pekerjaan tetap dan punya keluarga yang agak senang. Berkahwin dengan jejaka yang sangat dicintainya tapi setelah berkahwin terbongkar cerita dia tertipu, suaminya tak punya pekerjaan tetap tapi berpura2 hidup mewah.Setelah berkahwin sisuami bawa isteri berpindah tinggal dirumah pusaka dan isteri terpaksa berhenti kerja sebab dia bekerja di sektor swasta. Hiduplah mereka dengan keadaan yang serba kekurangan, demi cinta sanggup lakukan apa saja.

Betulkah cinta itu buta...... sampai kita tak punya masa untuk mengetahui siapa yang bakal hidup bersama kita.








23 comments:

sayangsayangibu said...

al fatihah buat arwah

tp kesian dengan anak daranya yg 10 tahun tu, sebaya anak sya
masih tak boleh nak di harapkan sepenuhnya

macamanalah si kakak menguruskan adik

Amie said...

al-fatihah buat arwah,

iye;ah Kak Zai, memang cinta tu tak bermata sebab sesetengah orang akan lakukan apa sahaja demi cinta, termasuklah pelbagai pengorbanan jiwa dan raga,

kesian sangat dengan anak-anak mereka, sedangkan anak Amie yang bongsu umur 10 tahun tu pun Amie masih lagi suap2 waktu makan.... Lailahaillallah..mudah-mudahan anak-anak itu sendtiasa dalam perlindungan-Nya...

Acik Erna said...

Alfatihah.begitu besar tanggungjawab anak sulung..

JunAina said...

alfatihah...

anak aina 10 tahun dan juga perempuan senduk nasi pun masih tumpah inikan pulak nak di beri tanggungjawab menjaga adk berusia 3 bulan...

cinta itu tidak buta tetapi kita yg telah membutakan pintu hati kita kepada kebenaran dan kenyataan.

azieazah said...

Sedih baca kisah itu terutama kenangkan anak-anak yang masih kecil sudah kehilangan ibu tempat bermanja.

Masa bercinta semua indah, hingga lupa memijak bumi nyata. Sekiranya sempat mengubah keadaan keluarga kepada yang lebih, alangkah bagusnya.

Sokongan keluarga amat penting. Memang wajar dijadikan tauladan kisah Kak Zai ini...

ibuintan said...

alfatihah untuk arwah

kesian anak2 mereka, kecil lagi sudah terpaksa berkorban menjaga keluarga dan adik2

rasanya suami ni hanya pentingkan diri sendiri saja

cikmanggis said...

alfatihah...secebis kisah duka...ada banyak lagi yang kita tak ketahui diluar sana..kesian pada anak anak yang masih kecil....

ibundo said...

Alfatihah buat arwah.
kesian anak-anak. Mungkin suaminya patut berkahwin lagi?

Lovely Kitchen said...

Al-fatihah...macam2 kes berlaku krn cinta...Salam ramadhan.

MulutPayau said...

Al-fatihah utk arwah....

Ya Allah, tak dapat dibayangkan mcm mana si kakak tu jaga adiknya yg masih kecil..

azi said...

Salam Kak Zai..
Alfatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi Allah...

Akak..memang cinta itu buta ... besar pengorbanannya tu..

Kakzakie said...

Kesiannya kak zai... namun itu pilihan suami dia nak macam mana kan.

Agak kak zai baby yg mak dia jaga kalau ada org nak dia bagi tak. Kakak naklah anak dia yg baby (ygmother in-law dia jaga tu)... Kak zai tanyalah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Al-fatihah buat arwah.

Kesiannya..

Si suami tu tak sayangkan isteri agaknya; ...(geram pulak saya)

hani@debumelukut said...

kesian budak2 tu..tak kan tak ada solution lain dari mengharapkan kaka yg berumur 10 tahun jaga bayi...

Zaitun said...

Salam semua...Terima kasih buat rakan2 yang prihatin.

Semalam saya ada cal mak arwah katanya cucu2nya masih tinggal dengan ayah mereka.kononya tak nak bagi orang lain jaga lepas tu menyalahkan keluarga isterinya pulak sebab ayah arwah juga meninggal disebabkan kanser.

Yan said...

Salam kenal..

ALFATIHAH buat si mati. sedihnya.kesian kat anak2 tu..

ummu said...

assalamualaikum kak zaitun
allahu akbar...suatu kisah pilu.
al fatihah untuk alalahyarhamah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
bagaimanalah agaknya ye,seorang gadis 10 tahun memandikan bayi kecil berusia 3 bulan?
Mungkin, alah bisa tegal biasa.

membaca artikel akak ni,mengimbau kenangan saya 2 tahun lalu.

..hidup di daerah lain,jauh dari ibubapa, mememrlukan ketabahan dan kecekalan.anak saya yang sulong tidak bersekolah tadika kerna dia yang menjaga saya ketika saya bed ridden.sambil berbaring,saya mengajarnya tulis baca..

Zaitun said...

Yan

Salam...terima kasih sudi singgah.

Dah nasib anak2 ditinggalkan ibu buat selama2nya.

Zaitun said...

ummu

Salam ummu...memang tak dapat nak bayangkan macamana kakak dan abang yang masih kecil menjaga adik yang baru lahir tapi itu mungkin dah ketentuan,hanya Allah yang lebih mengetahui.

Ummu mempunyai semangat yang waja walau berbaring diatas katil masih mampu mengajar anak membaca dan menulis. Semoga ummu beransur pulih dan beroleh kesejahteraan.

Nieda said...

Kesiannya nasib aruah dan anak2.
Isteri sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun.

Nanti si suami (bukan merujuk kisah ini saja)selalunya akan mendapat pengganti lain.

Nieda said...

Kesiannya nasib aruah dan anak2.
Isteri sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun.

Nanti si suami (bukan merujuk kisah ini saja)selalunya akan mendapat pengganti lain.

Alfatihah mengiringi aruah.

Kamariah Awang said...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun. Alfatihah buat arwah....

Nida said...

Al-Fatihah..

ANak sulung memang berat tanggungjawabnya... dapat menyelami kerana Nida juga anak sulung dari 10 beradik.. abah meninggal ketika yang kecil baru berusia 6 tahun :(