Wednesday, June 22, 2016

Puasa sudah Pertengahan Ramadhan.

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari ke 17 kita berpuasa. Sekejap aje rasanya dah nak masuk minggu ke 3. Pejam celik nanti dah menjelang raya. Kawan2 dah buat persiapan beli baju dan keperluan? Tentu lagi sibuk buat ibu2 yang punya anak yang masih kecil. Masih banyak waktu kalau sesiapa nak pergi shopping.

Tahun ini saya tak berapa sibuk shopping sebab anak beli sendiri. Duit pun cuma untuk sibongsu aje itu pun ada yg sponsor. Ringanlah sikit beban hubby untuk beli pakaian. Begitu juga dengan kuih ada anak yg tolon;g belikan. Kalau buat pun hanya chocolate chips sebab anak2 lebih suka yang saya buat.



Chocolate Chips dah siap tapi kena buat lg 2 adunan untuk adik dan anak buah.




Friday, June 17, 2016

Blogger Lama

Assalamualaikum...

Baru berjinak2 buat instagram. Blog pun tak selalu update dah nak buat yang lain pulak. Yang bagusnya insta ini tak payah buat karangan cuma masukkan gambar saja. Cadangan anak2 bagus juga boleh kumpul banyak2 gambar dan boleh masukkan seberapa yang termampu dalam satu hari. Nak ikut orang mudalah konon tapi lebih kepada makanan dan pokok bunga.

Salah satu gambar yang saya masukkan ada satu pengomen yang membuatkan saya terkejut bila mengingatkan pada blog lama saya. Mungkin disebabkan saya sudah bertukar blog membuatkan beliau tidak lagi bertandang. Seronok sangat rasanya macam jumpa kawan lama. Kalau sesiapa blogger lama mesti masih ingat dengan chequesuechekgu.blogspot.com.

Ramai lagi blogger yang agak rapat saya tak jumpa. Mungkin blogger yang tinggal diluar negara dulu tidak lagi berblog atau sibuk dengan tugas setelah balik ke Malaysia.

Terima kasih kepada ciksue_suhaila kerana masih ingat dengan Kak Zai.




Friday, June 10, 2016

Birthday n Poskad dari London.

Assalamualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan2. Agaknya apa menu berbuka puasa hari ini tentu special kan lagi pun anak2 sedang bercuti.

Semalam adalah hari jadi anak lelaki saya yang kami panggil aboy. Genap usianya 30 tahun dan telah berkahwin 3 tahun yang lepas dengan seorang gadis Thailand. Masih belum dikurniakan zuriat moga satu hari nanti akan dikurniakan anak2 yang soleh dan soleha.
Happy birthday dari mama baba dan adik2.

Hari ini pulak saya sangat suka sebab menerima sekeping poskad nun jauh dari London. Agak biasa saya menerima sesuatu dari London sebab anak saya juga tinggal disana. Tapi specialnya poskad ini datangnya dari seorang blogger dari Brunei Darulsalam yang hanya kenalan alam maya. Beliau juga seorang pakar masakkan yang sudah dikenali melalui buku2 masakkannya. Bertuahnya beliau selalu dapat melancong ke London sambil menziarahi anak2 yang masih belajar disana.

Terima kasih banyak2 Noor atas poskad yang cantik.


Boleh ke sini utk mendapatkan blog beliau.

 http://nooriahnaim.blogspot.my




Friday, June 03, 2016

FM.

Assalamualaikum...


Semalam hubby balik dari office bawa FM. Katanya budak office dia balik dari CH. Terima kasih atas ingatan.


Yang kat bawah ni pulak Mimi beli masa holiday ke Krabi bulan lepas. Sempat shopping sebelum accident. Sebulan bertongkat ke office. Alhamdulillah dah baik tapi solat masih berkerusi.



Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua rakan2 blogger juga buat seluruh ummat Islam seluruh dunia.