Friday, June 17, 2016

Blogger Lama

Assalamualaikum...

Baru berjinak2 buat instagram. Blog pun tak selalu update dah nak buat yang lain pulak. Yang bagusnya insta ini tak payah buat karangan cuma masukkan gambar saja. Cadangan anak2 bagus juga boleh kumpul banyak2 gambar dan boleh masukkan seberapa yang termampu dalam satu hari. Nak ikut orang mudalah konon tapi lebih kepada makanan dan pokok bunga.

Salah satu gambar yang saya masukkan ada satu pengomen yang membuatkan saya terkejut bila mengingatkan pada blog lama saya. Mungkin disebabkan saya sudah bertukar blog membuatkan beliau tidak lagi bertandang. Seronok sangat rasanya macam jumpa kawan lama. Kalau sesiapa blogger lama mesti masih ingat dengan chequesuechekgu.blogspot.com.

Ramai lagi blogger yang agak rapat saya tak jumpa. Mungkin blogger yang tinggal diluar negara dulu tidak lagi berblog atau sibuk dengan tugas setelah balik ke Malaysia.

Terima kasih kepada ciksue_suhaila kerana masih ingat dengan Kak Zai.




8 comments:

Nooriah Abdullah said...

wah kakzai pun dah ada IG ke
apa nama Ig kakzai tu!
nanti boleh follow saya jugak ya
Ig saya NOORIAHNAIM
nanti bagitau Ig kakzai ya saya nak follow heee

Sweetie said...

Dah nak berhenti berblog ke kak zai?

Qhaifa Nur said...

Seronok ber insta ni kakzai...

saniah ibrahim said...

Boleh lah sesekali tengok Ig kak zai nanti.
Lama sudah kak zai berblog ya? Alhamdulillah dapat bertemu semula kawan lama wlpun dimaya.

paridah said...

WAH SUDAH ADA IG...BAGUS TU.

Cheq Sue said...

La.... akak rupanya. Tq kak. Bukan x datang kat blog tu kekadang search gak tau...cuma biasalah masa pun x berapa nak ada kan... sayang akak ketat2 tau

Mummydearie said...

Kak Zai jangan tak tahu, saya sendiri tak aktif di media sosial. Instagram pun takda apatah lagi telegram, twitter, FB dan you name itlah, semua pun saya takda.

Seronokkan Kak Zai bila juga kawan lama di alam maya.

hainom OKje said...

Saya pun ada acc Insta jugak Kak Zai...cuma tak aktiflah...

Mmg best dpt jumpa kawan lama semula...kawan lama yg rapat ngan kawan baru sure lain kan Kak Zai