Monday, June 25, 2012

Kembali

Assalammualaikum dan salam rindu buat semua blogger dan rakan2 saya....

Apa khabar? harap semuanya sihat dan ceria2 selalu. Lama sungguh saya tidak menatap coretan rakan2,  tentunya banyak cerita yang sudah saya tertinggal. Berehat disebabkan ada hal yang tak dijangka. Banyak masa dihabiskan berulang alik ke hospital dan rawatan2 lainnya dan diarah untuk berehat tanpa membuat kerja2 yang menjadi rutin seharian. Hari ini saya cuba mengupdate n3/blog yang sudah lama tertidur. Terasa sunyi adik ke sekolah manakala hubby pula ke Besut (Terengganu) untuk melawat projek selama 3 hari.

Sebelum ini saya pernah menceritakan dalam n3 yang lepas saya mengalami masaalah kaki. Buat rawatan dihospital dan akhirnya doktor telah menemui puncanya. Tulang belakang saya membengkok menyebabkan seluruh kaki kanan saya sakit berdenyut dan selalu kebas2. Rawatan demi rawatan sudah dilakukan dan sekarang masih lagi menjalani rawatan. Kebetulan masa saya menunngu giliran untuk berjumpa dengan  doktor saya bertemu dengan seorang perempuan cina yang menemankan maknya untuk membuat rawatan. Beliau mencadangkan saya supaya menemui tabib pakar tulang (cina) untuk mencuba apa yang saya alami.

Alhamdulillah sudah 2 kali saya membuat rawatan. Tabib itu menggunakan teknik massage dan rentap. Takut juga kalau tengok cara dia melakukanya. Kata adik yang menemankan dibilik rawatan saya seolah2 sedang bergusti macam 'WWE' yang kita tonton di tv. Nampak kasar tapi tidak memudaratkan. Nampaknya ada sedikit perubahan, kaki saya agak kurang berdenyut, kurang kebas jika dibandingkan dengan sebelum ini yang sentiasa sakit. Masih lagi tidak boleh melakukan kerja2 yang berat, membongkok dan setiap kali hendak duduk, belakang saya terpaksa diletakkan bantal untuk bersandar. Doktor dan tabib ini juga ada menyarankan agar saya selalu swimming atau berendam dalam air untuk mengurangkan kesakitan.

Masih lagi dalam rawatan kaki tapi satu lagi dugaan didatangkan untuk saya, menurut doktor organ atau lebih kepada jantung saya tidak mendapat cukup oxygen. Ianya dikesan selepas saya di uji dipanggil 'sleep study'. Alat yang banyak wire dipasang ke seluruh badan semasa tidur untuk mengambil reading pernafasan. Melalui alat itu doktor dapat tahu semasa tidur pernafasan saya berhenti untuk beberapa kali dan lamanya melebihi dari 1 minit. Ianya agak membahayakan kalau  tidak dilakukan sesuatu. Doktor menyarankan agar dibuat pembedahan untuk meluaskan saluran atau terpaksa membeli alat yang dipakai setiap kali hendak tidur. Alat ini tidak sama dengan yang digunakan oleh orang2 yang mengidap athma. Kosnya agak tinggi tapi rasanya lebih baik dari melakukan pembedahan.

maaf gambar agak sexy. ihsan dari google.

Beginilah rupa sleep study machine yang dipasangkan ke badan saya tempohari.

Diduga dengan beberapa masaalah/penyakit tapi saya tetap bersyukur dan redha jika dibandingkan dengan mereka2 yang terlantar. Saya masih boleh makan dan melakukan apa2 rutin harian walaupun agak terbatas. Dan yang lebih penting kasih sayang yang diberikan oleh suami, anak2, keluarga dan rakan2 amat membanggakan. Saya sangat2 bersyukur dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Menurut ustaz yang saya jumpa kalau kita redha dengan penyakit atau masaalah yang dihadapi, Allah swt akan meringankan penderitaan itu, Amin.

Monday, June 04, 2012

Rehat...Dah Maafkan

Salam...

Saya cukup berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan sahabat2 alam maya yang cukup mengambil berat terhadap saya. Ribuan terima kasih pada semua yang datang ke blog saya dan pada yang meninggalkan jejak.

Perkara yang berlaku tak lah besar mana tapi perasaan sedikit tergaggu atas apa yang di coretkan. Mudah2an di masa akan datang fikiranterbuka tidak lagi sesuka hati menasihat atau berpesan dengan cara yang sedemikian rupa. Pujian juga patut diberikan padanya sebab berani menegur benda2 yang kadang2 kita terlepas pandang. Terima kasih buat FT dan saya sudah pun maafkan anda.

Buat rakan2 semua saya cuma nak bagi tahu saya ingin berehat sementara waktu. Salam sayang pada semua rakan2 blogger tak kira yang silent reader atau yang selalu berkunjung. Harap semuanya jaga diri dan jika dengan izinNya kita berjumpa lagi. .Luv you alls...