Monday, June 25, 2012

Kembali

Assalammualaikum dan salam rindu buat semua blogger dan rakan2 saya....

Apa khabar? harap semuanya sihat dan ceria2 selalu. Lama sungguh saya tidak menatap coretan rakan2,  tentunya banyak cerita yang sudah saya tertinggal. Berehat disebabkan ada hal yang tak dijangka. Banyak masa dihabiskan berulang alik ke hospital dan rawatan2 lainnya dan diarah untuk berehat tanpa membuat kerja2 yang menjadi rutin seharian. Hari ini saya cuba mengupdate n3/blog yang sudah lama tertidur. Terasa sunyi adik ke sekolah manakala hubby pula ke Besut (Terengganu) untuk melawat projek selama 3 hari.

Sebelum ini saya pernah menceritakan dalam n3 yang lepas saya mengalami masaalah kaki. Buat rawatan dihospital dan akhirnya doktor telah menemui puncanya. Tulang belakang saya membengkok menyebabkan seluruh kaki kanan saya sakit berdenyut dan selalu kebas2. Rawatan demi rawatan sudah dilakukan dan sekarang masih lagi menjalani rawatan. Kebetulan masa saya menunngu giliran untuk berjumpa dengan  doktor saya bertemu dengan seorang perempuan cina yang menemankan maknya untuk membuat rawatan. Beliau mencadangkan saya supaya menemui tabib pakar tulang (cina) untuk mencuba apa yang saya alami.

Alhamdulillah sudah 2 kali saya membuat rawatan. Tabib itu menggunakan teknik massage dan rentap. Takut juga kalau tengok cara dia melakukanya. Kata adik yang menemankan dibilik rawatan saya seolah2 sedang bergusti macam 'WWE' yang kita tonton di tv. Nampak kasar tapi tidak memudaratkan. Nampaknya ada sedikit perubahan, kaki saya agak kurang berdenyut, kurang kebas jika dibandingkan dengan sebelum ini yang sentiasa sakit. Masih lagi tidak boleh melakukan kerja2 yang berat, membongkok dan setiap kali hendak duduk, belakang saya terpaksa diletakkan bantal untuk bersandar. Doktor dan tabib ini juga ada menyarankan agar saya selalu swimming atau berendam dalam air untuk mengurangkan kesakitan.

Masih lagi dalam rawatan kaki tapi satu lagi dugaan didatangkan untuk saya, menurut doktor organ atau lebih kepada jantung saya tidak mendapat cukup oxygen. Ianya dikesan selepas saya di uji dipanggil 'sleep study'. Alat yang banyak wire dipasang ke seluruh badan semasa tidur untuk mengambil reading pernafasan. Melalui alat itu doktor dapat tahu semasa tidur pernafasan saya berhenti untuk beberapa kali dan lamanya melebihi dari 1 minit. Ianya agak membahayakan kalau  tidak dilakukan sesuatu. Doktor menyarankan agar dibuat pembedahan untuk meluaskan saluran atau terpaksa membeli alat yang dipakai setiap kali hendak tidur. Alat ini tidak sama dengan yang digunakan oleh orang2 yang mengidap athma. Kosnya agak tinggi tapi rasanya lebih baik dari melakukan pembedahan.

maaf gambar agak sexy. ihsan dari google.

Beginilah rupa sleep study machine yang dipasangkan ke badan saya tempohari.

Diduga dengan beberapa masaalah/penyakit tapi saya tetap bersyukur dan redha jika dibandingkan dengan mereka2 yang terlantar. Saya masih boleh makan dan melakukan apa2 rutin harian walaupun agak terbatas. Dan yang lebih penting kasih sayang yang diberikan oleh suami, anak2, keluarga dan rakan2 amat membanggakan. Saya sangat2 bersyukur dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Menurut ustaz yang saya jumpa kalau kita redha dengan penyakit atau masaalah yang dihadapi, Allah swt akan meringankan penderitaan itu, Amin.

15 comments:

azi said...

Salam rindu Kak Zai...
Rindu sungguh nak baca cerita dari akak..tertunggu-tunggu, bilakah akan akan kembali menulis...syukur, akak dah kembali...:)

Akak, bersabar ye....saya doakan semoga akak cepat sembuh dari kedua-dua penyakit tu....setiap dugaan dari Allah ada hikmah terkandung disebaliknya....semoga akak ceria dan bahagia selalu...:)

Acik Erna said...

assalm zai..semoga zai sembuh sepenuh..insyaallah.
kasih sayang keluarga memang amat penting diwaktu2 begini kan zai..

Zaitun said...

azi

Salam rindu juga buat azi...Amin berkat doa dari azi kak Zai akan pulih sepenuhnya,terima kasih.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...sememangnya kasih sayang amat perlu bila seseorang menghadapi masaalah atau penyakit dan ia juga boleh mempercepatkan proses pemulihan.

saniah said...

Assalamualaikum k.zai
Terkejut baca entry kali ni...tak sangka kak zai tak sihat..klau tahu boleh g ziarah..
Kaki sakit n tulang belakang bengkok tu mcm pnyakit abng saya...dia dah pasang titanium 8 kpg kat tulang belakang...ok la dah kot tapi dah dia tu berbadan besar jadi agak lmbat nk baik...biasala org lelaki ni mana nk ikut arahan doktor kan
Harap k.zai bertambah sihat ya..saya akan doa kan selalu
Take care :)

Kakzakie said...

Assalamualaikum Kak Zai,

Setiap kita pasti ada ujiannya. Cuma yg berbeza bentuk ujian yg diterima. Namun seperti kata kak zai andai kita redha insya-allah ianya tidak menjadi beban berat yg perlu dipikul.

Kakak doakan moga kak zai akan terus berubat dan akan sembuh secepatnya. Insya-allah.

Nieda said...

Selamat kembali kak zai. Ingat dah merajuk.
Semoga akak cepat sihat.

Deru Ombak said...

assalamualaikum Zai..

Lama kita tak bertegur sapa kan?

Harapnya Zai bertambah sehat ya. Insyaallah!

sal said...

lama tak dengar berita zai..
tabahkan hati ..
moga cepat sembuh ye..

ibundo said...

Salam zai. Semuga sehat.
Mungkin kakpah juga ada masalah ganguan pernafasan masa tidur sebab sekali sekala kakpah terkejut mengejut tercungap bernafas.

ainnoraini said...

Selamat kembali kakzai...
Semoga sihat yee...rinduuu la...bila bertandang kat ini..kosong jer..rupanya tuan rumah x sihat...

Kamariah Awang said...

Mudah2an Allah pertemukan penawarnya. Mudah2an Zai cepat sembuh seperti sediakala yer...

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai....

Selamat kembali kak zai dan semoga cepat sembuh ya....

sernan mee bandong said...

salam kak..

bole saya tau kat mana tempat tabib cina tu

terima kasih

pai911 said...

kt mana tempat tabib cina tu? bagi detail