Thursday, May 31, 2012

Blogger fikiranterbuka...terima kasih

Salam...

Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada rakan2 yang singgah kat blog saya dan bagi yang meninggalkan jejak maaf dipinta sebab tak dapat nak membalas. Walau apa pun saya cukup2 berterima kasih terutamanya pada Kakzakie, azi, Acik Erna, Nieda, saniah, JunAina, MulutPayau, Pn Kartini, sal, KunangKunang, makchaq, Deru Ombak dan Kamariah Awang.

Walaupun semua rakan2 alam maya ini saya tak pernah berjumpa tapi sebagai ibu yang dah punya anak2 yang dah dewasa saya boleh dapat rasakan yang kalian punya hati yang baik, lembut tutur kata dan lebih berhemah. Contohnya ada juga seorang dua blogger yang saya dah pernah jumpa ternyata perwatakannya amat mengkagumkan, rasa segan dari segi umur dan penampilan bila bertemu. Apa pun rasa bersyukur sangat2 bila  punya rakan2 yang sebegini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Buat fikiranterbuka...terima kasih saya ucapkan sebab sudi singgah dan tinggalkan comment kat n3 saya yang bertajuk Syukur Alhamdulillah. Saya sangat2 menghargai, tak salah memberi nasihat atau pesan yang boleh diterima pakai. Cuma kan lebih manis dan sopan kalau kita pergi ke rumah orang... BERI SALAM dulu tambah lagi buat kali pertama. Saya agak terkejut bila baca comment dari fikiranterbuka sebab lari dari tajuk dan menggunakan bahasa yang kurang sedap (bagi saya). Mulanya malas nak respon tapi bila fikir semula tak baik kan bila orang bersusah payah berpesan untuk kebaikan kita tak ambil peduli.

Bagi saya cara nak COMMENT atau PESAN biarlah cara LEMBUT tak elok KERAS sebab mungkin orang yang kita tegur itu jauh lebih tua dari kita. Semua orang tahu kalau seseorang yang agak dah berumur hatinya lebih sensitive. Saya rasa tentu fikiranterbuka boleh agak umur saya sebab kat blog saya ada juga menceritakan tentang anak2 dan menantu. Sah2lah kalau dah bermenantu umurnya dah banyak.

Dan kalau boleh juga bukan ustaz Azhar Idrus saja yang patut kita dengar ceramahnya malahan siapa saja yang layak dan berilmu tentang agama kita perlu hadir dan dengar ceramahnya. Selalu juga saya mendengar ceramah ustaz tentang aurat malahan dikalangan keluarga saya juga ada yang berkelulusan tinggi tentang agama. Tapi itulah...manusia biasa... kadang2 kita terlalai bukan saja saya seorang tapi semua ahli keluarga saya tambah lagi anak saya yang memakai legging itu dah pernah buat umrah.

Saya sudah pun ke rumah fikiranterbuka tapi saya tengok n3nya cuma berkaitan dengan LEGGING. Memang betul legging menampakan aurat dan ianya termasuk dosa2 besar tapi kan lebih bagus kalau fikiranterbuka luaskan sedikit cara MEMBENTERAS. PESAN pada semua orang yang beragama Islam, yang kaya, yang miskin, orang2 terpengaruh dan siapa saja untuk cara menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki. Kalau bertudung biar cara yang betul jangan ada yang yang masih pakai SELENDANG yang di letakkan di ATAS KEPALA atau DIBAHU saja.

Saya nak pesan juga bukan hanya cara berpakaian yang kita nak gembar gemburkan tapi elok juga kita pastikan cara pertuturan diperbetulkan. Sebagai orang Islam TUTUR KATA melambangkan KESOPANAN dan tingginya NILAI PEKERTI seseorang.

Maaf saya pinta sebab ada perkataan yang saya gunakan huruf besar sebagaimana fikiranterbuka lakukan.
Last but not lease TERIMA KASIH atas PESANAN dari fikiranterbuka.

Thursday, May 24, 2012

Syukur Alhamdulillah

Salam...

Apa khabar semua? diharap semuanya sihat dan ceria2 aje. Agak lama saya tak mengupdate blog, sibuk entah apa2. Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi, tentu ramai yang ambil peluang untuk pergi holiday. Seronoknya kalau dapat pergi holiday keluar negara kan tapi kalau kat M'sia pun seronok juga. Mungkin saya juga akan ambik peluang untuk pergi bercuti tapi dalam negara aje, tak cukup budget hehehe....

N3 kali ini saya bukan nak cerita panjang tentang holiday tapi nak cerita pasal kes kawan hubby yang pinjam duit dulu. Sebelum ini saya ada masukkan dalam n3 kes ini, masih ingat tak? Hubby membawa kes itu ke mahkamah, alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kawan hubby bagi advance cek sebanyak 5 keping dan setiap bulan dari bulan January akan dapat ditunaikan. Bulan Mei ini adalah cek yang terakhir dapat ditunaikan. Ini bermakna semua hutang akan selesai dengan berakhirnya bulan Mei nanti.

Lega rasanya bila duit dah dapat ke tangan semula walaupun terpaksa membayar sejumlah wang untuk mengendalikan kes ini. Yang tak seronoknya persahabatan tidak lagi sebaik dulu. Masing2 dah buat hal sendiri dan kalau berjumpa pun asyik nak mengelak aje. Hubby mengharapkan situasi ini akan berakhir sebab tak sedap hati kalau kerana duit sebuah persahabatan boleh putus. Orang sebelah yang tak mahu didekati mungkin kerana malu, harap2 dia mahu berubah.

Kes ini juga memberi pengajaran supaya lebih berhati2 bila ada kawan atau sesiapa saja yang nak meminjam wang atau apa2 saja. Dan satu lagi apa yang saya dengar dari seorang ustaz ada mengatakan setiap apa yang kita berikan pada orang mesti disertai dengan hitam putih, maknanya secara bertulis bukan hanya dengan lisan saja.

Setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya kan...
Perlu juga diingat... kawan boleh menjadi musuh dan tak mustahil juga musuh boleh bertukar menjadi sahabat setia.

jalan terakhir...dari google

Thursday, May 17, 2012

Kuih Keria Versi lg

Salam....

Dah banyak kali buat kuih keria ikut recepi cikmanggis, sebelum ini pun dah pernah buat n3 mengenai kuih ini. Dah jadi salah satu kuih kegemaran seisi keluarga. Selalunya tepung gandum saja yang dicampurkan dengan keledek tapi kalau ikut recepi ini kena tambahkan sedikit tepung pulut. Rasa dia lebih lembut dan kalau disimpan sampai esok pun masih lagi lembut.

Yang membuatkan kerja saya lebih senang ikut cara lg, tak payah nak buat lubang kat tengah2 dia. Buat bulat2 ikut suka besar mana yang disukai. Masa nak goreng api dia jangan terlalu kuat, nanti warna dia sama rata aje.

Terima kasih pada cikmanggis sebab bagi recepi kuih keria yang sedap dan juga lg buat kerja jadi mudah dan cepat.


kedua2nya belum disira dengan gula

ready untuk dimakan

Silalah cuba kalau nak tahu rasanya.

Sunday, May 13, 2012

Rai

Salam...

Syukur alhamdulillah masih lagi diberikan umur yang panjang, kesihatan yang agak baik walaupun diuji sedikit dengan masaalah kaki. Yang lebih bersyukur masih lagi kental dan utuh disayangi oleh suami dan anak2.

Sempena Hari Ibu saya diraikan di Restoren Nando's. Disebabkan masih lagi berpantang jadinya tak dapatlah nak pergi makan ke tempat yang macam2 ada menu. Walau bagaimana pun saya tetap seronok dan bahagia. Selain dari hari kelahiran, hari ibu dan hari perkahwinan adalah menjadi kewajipan bagi hubby dan anak2 untuk meraikannya bersama2, tapi semalam cuma hubby, Mimi dan adik aje yang ada.

 
gambar yang ini ihsan dari google
dah makan baru teringat nak ambik gambar

french fries 2nd order


Masa menunggu makanan siap Mimi dan adik minta diri untuk ke tandas tapi punyalah lama tak sampai2. Call banyak kali tapi jawapannya 'on the way'...rupanya2nya dua beradik ini bukan ke tandas tapi pergi membeli yang kat bawah ini. Ada2 saja anak2 saya membuat kejutan....

 Alhamdulillah semoga kasih sayang mereka akan kekal sampai bila2.




Terima kasih buat hubby dan anak2 semoga dirahmati Allah swt.

Friday, May 11, 2012

Sayangilah....IBU

Salam Jumaat...

Malam tadi saya menonton rancangan Forum Perdana di TV1. Kali ini tajuknya 'Wajah Terindah' yang dikendalikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan 3 orang panel yang lain. Dari mula ianya berlangsung sampailah ke akhir rancangan air mata saya mengalir tanpa henti. Melihat tajuknya saja sudah membuatkan hati ini hiba dan sebak.

Rindu...terlalu rindu untuk menatap wajah orang yang melahirkan dan membesarkan kita didunia ini. Tapi malangnya orang tu sudah tidak ada, sudah pergi buat selama2nya. Menurut penceramah selain memandang kitab suci Al Quran, memandang laut dan memandang wajah ibu kita saja sudah mendapat pahala yang besar. Alangkah bertuahnya orang2 yang masih lagi mempunyai wajah terindah dimuka bumi ini.

Saya juga amat tersentuh dengan kata2 Dr Ridhuan... ketika maknya meninggal dia hanya dapat melihat maknya dari jauh tanpa boleh berbuat apa2 dan katanya lagi betapa beruntung dan bertuahnya kalau kita dapat seagama dengan orang yang kita sayangi. Sebagai anak sekurang2nya kita dapat membacakan Al-Fatihah untuk orang yang kita sayang ketika dia sudah tiada.

 Pagi tadi saya menonton pula rancangan Selamat Pagi Malaysia, sekali lagi air mata saya tumpah apabila melihat ibu2 yang dihantar ke rumah orang2 tua. Mengapalah anak2 sanggup menghantar mak yang membawa mereka ke dunia ini ke tempah sebegini rupa. Tempat tinggal yang kurang selesa (bagi saya) sebab terlalu ramai, katil disusun rapat diantara satu sama lain, makan pula menggunakan pinggan plastik. Sesusah2 orang dulu masih mampu menyediakan pinggan kaca untuk digunakan ketika hendak makan.

Kebanyakkan orang sekarang sudah mempunyai rumah sendiri, ada bilik persendirian dan ada juga yang mempunyai bilik yang luas dan dilengkapi dengan segala kemudahan didalam bilik itu sendiri. Tak payah nak keluar atau berjalan jauh untuk ke tandas sebab didalam bilik itu sendiri sudah ada tandas yang canggih. Tapi bagaimana tandas2 yang digunakan penghuni di rumah orang2 tua itu. Sudah semestinya agak jauh dari katil mereka dan berkongsi dengan ramai orang. Tidakkah masaalah jika ibu itu kakinya tidak sekuat dulu untuk berjalan.

Saya serulah pada mereka2 yang masih mempunyai ibu...sayangilah ibu kalian sementara masih ada. Nanti kalau dia sudah pergi tidak ada penyesalan di lubuk hati yang tak akan dapat dilupakan. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Sempena hari ibu ini raikanlah mereka, bawa makan ditempat2 yang dia suka atau belikanlah dia hadiah untuk dikenang. Sempena hari ibu ini juga saya ingin mengucapkan pada semua mereka2 yang bergelar ibu...

SELAMAT HARI IBU................

ihsan dari google


Thursday, May 10, 2012

Bandage

Salam...

Terima kasih pada rakan2 yang meninggalkan jejak kat n3 saya dan untuk yang bertanya tentang kaki saya masih lagi sakit tapi dah berkurangan dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. InsyaAllah dengan ubat dan pantang larang (bab makan) yang jika diamalkan akan sembuh dengan segera.



Pernah tengok gambar yang kat atas ini. Para athlete selalu menggunakan benda ini untuk menjaga lutut atau untuk baik pulih otot. Hubby belikan untuk saya atas saranan doktor yang merawat. Kata doktor kena pakai masa banyak bergerak. Sekiranya tak digunakan dikhuatiri tissue kat lutut akan bertambah koyak dan itu yang membuatkan rasa sakit dan berdeyut.

Mula2 pakai macam rimas sebab rasa macam lutut tak bebas dah tu benda tu ketat pulak membuatkan rasa berpeluh kat lutut.Tapi nak buat macamana kan... kalau itu yang terbaik untuk saya kenalah redha. Tapi kan... saya curi2 juga bukak bila hubby tak nampak hehehe....

kaki tu memang besar sebab orangnya pun besar




Tuesday, May 08, 2012

Bulan

Salam...

Malam tadi ke klinik sebab kaki yang bengkak berdenyut, nasib baik dekat dengan rumah dan doktornya pula kenalan hubby. Masa pergi nampak bulan sedang mengambang, besar sangat tak macam biasa.

Bila sampai kat klinik kawan hubby dah tunggu kat depan, ada sorang patient kat dalam, yang merawat masa tu isteri kawan hubby yang juga seorang doktor.

Tengah tunggu giliran bersembanglah dengan doktor, keluarlah cerita bulan yang mengambang. Doktor cakap bulan tu bukan besar sebab kembang tapi retak ditengah. Tanya... kenapa jadi macam itu... jawapannya diakhir zaman.... Subhanallah... doktor tu bukan calang2 tentang ilmu dunia dan akhiratnya.


 ihsan dari google

p/s : Google image bulan ni, tiba2 terbaca kisah selanjutnya disini .

Diakhir zaman ini sewajarnya kita mengambil kesempatan yang ada untuk menjadi umat yang lebih bertaqwa.

Monday, May 07, 2012

Pertemuan... Hampir 30 Tahun

Salam...

Dekat 30 tahun terpisah masing2 meninggalkan kampung, berhijrah ke Kuala Lumpur, bekerja dan berkeluarga dan terus menetap dikota metropolitan ini. Tidak pernah bersua walaupun kadang2 ada juga balik ke kampung.

Itulah yang terjadi pada saya dan seorang kawan sekampung juga kawan sekolah yang agak rapat dengan saya. Setelah masing2 habis belajar terus meninggalkan kampung untuk bekerja. Kawan saya meninggalkan kampung dan tak pernah balik setelah kedua orang tuanya meninggal dunia manakala saya pula walaupun keluarga saya juga berpindah ke tempat lain tapi kalau ada kematian atau kenduri kendara saya akan balik.

Selepas hampir 30 tahun kami terpisah akhirnya kami berhubung semula bila kawan saya (puan M)  mendapat number talipon saya dari sepupu yang ditemuinya di taman rekreasi. Agak terkejut pada mula dia menghubungi saya dan memberitahu dia baru saja berpindah ke rumah baru yang tidak begitu jauh dari rumah saya.

Kebetulan malam Ahad semalam dia mengadakan kenduri doa selamat dan saya mengambil keputusan untuk bertemu dengannya. Saya membawa anak2 untuk diperkenalkan. Masa saya sampai dirumahnya tetamu masih belum menjamu selera. Kebetulan ada seorang anak muda di tepi pagar lalu saya bertanya adakah ini rumah yang saya cari. Setelah mendapat kepastian saya menunggu kawan saya untuk menjemput kami masuk ke dalam. Dari jauh saya dah nampak dia berlari2 anak dengan senyuman yang meleret. Setibanya dia didepan saya kami terus berpelukkan diantara satu sama lain, air mata tanda kegembiraan.

Agak lama saya dirumahnya bercerita kisah2 lama dan bergelak ketawa. Seronok bila melihat kejayaan kawan2 yang dah lama tak bertemu. Tahniah saya ucapkan pada puan M kerana berjaya dalam kehidupan yang sememangnya serba mewah.

Saturday, May 05, 2012

MC

Salam...

Agak lama tak mengupdate blog gara2 kaki yang bengkak, membatasi pergerakan. Rutin seharian agak susah menjadikan malas untuk melakukan.

.
.
.

FM dari adik yang baru balik dari Hong Kong.


Salam sayang buat semua dan jumpa lagi.....insyaAllah.