Thursday, December 31, 2015

Tahun Baru Muncul Lagi

Assalamualaikum...

2015 akan melabuhkan tirai dan esok kita akan menyambut tahun baru. Buat semua rakan2 blogger mahupun yang diluar sana selamat menyambut tahun baru. Harapan semoga kita semua dalam keadaan baik2 dan dapat melakukan apa saja dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Minggu ini saya agak sibuk membuatkan tak dapat nak berblog walking. Sempat baca sikit2 tapi tidak meninggalkan jejak. Salah seorang rakan blogger Paridah ishak menyenaraikan blog saya sebagai penyumbang trafik blog kepunyaanya. Rasanya ini bukan pertama kali tapi apa2 pun kak Zai ucapkan banyak2 terima kasih. Blognya juga sudah berwajah baru tentunya sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Buat semua rakan2 ingin saya memohon ampun dan maaf  jika dalam penulisan saya sebelum ini ada yang terkasar bahasa yang membuatkan hati tersinggung. Kita mulai dengan kosong kosong ditahun baru ini.

Selamat menyambut tahun baru 2016.




Wednesday, December 30, 2015

Saturday, December 26, 2015

25th December.

Assalamualaikum....


Tarikh ini saya diijab kabul dan sah menjadi seorang isteri. Syukur dan terima kasih Allah Kau memberikan seorang suami yang bertanggung jawab, penyayang dan pemurah. Punya anak2 yang sudah meningkat dewasa, rezeki dan kesihatan yang baik.

Terima kasih banyak2 buat hubby yang sudi menyempurnakan kehidupan saya dengan kasih sayang dan kelengkapan yang termampu. Harapan saya semoga kekal hidup bahagia dan dapat bersama2 sampai ke jannah. Amin amin amin ya rabbal alamim.




Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

Salam maulidur rasul buat semua rakan2. Bagi yang bercuti selamat bercuti dan yang nak balik kampung berhati2 bila memandu.

Selamat pagi dari montel.



Beginilah cara montel duduk comel kan..




Wednesday, December 23, 2015

Satar Alaf Baru.

Assalamualaikum...





Siapa suka makan satar?  Makanan yang terkenal diPantai Timur. Selain keropok lekor satar juga adalah diantara makanan yang saya suka. Selalunya satar dibungkus dengan daun pisang itu yang membuatkan bau dia wangi dan rasa ikannya bertambah sedap.

Sekarang orang sudah membuat pembaharuan atau pun lebih mudah. Kulit popia digunakan untuk membalut inti satar. Memang sedap itu yang boleh saya katakan. kerangupan kulit popia macam kita makan popia goreng tapi berintikan isi ikan. Orang Pantai Timur memang pandai menghasilkan makanan dengan menggunakan ikan.

Dulu saya suka beli satar diKemaman dan Tanjung Lumpur Kuantan. Selalu orang cakap tempat ini satarnya sedap dan terkenal. Mungkin ada kawan2 yang tahu ada tempat lain yang lebih sedap. Pantai Timur kan ke terkenal dengan makanan yang bersumberkan ikan.

Satar ini saya beli diKuala Besut. Kedainya ada menjual macam2 makanan frozen. Boleh juga makan dikedainya diatas permintaan nak makan apa. Memang sedaplah rasanya fresh. Terasa ikan yang dibuat intinya manis, lemak dan ada pedas2 sikit. Kalau sesiapa pergi kesana bolehlah singgah. Banyak kedai2 yang menjual disepanjang Jalan tapi menurut kenalan saya disini satarnya lebih sedap.





Friday, December 18, 2015

Pokok Ati2.

Assalamualaikum...

Tentu ramai yang tahu dan kenal dengan pokok ati2 kan. Pokok ini yang uniknya pada daun dia. Mesti ada dua warna dan warnanya pula cukup terang. Gabungan warna yang terang membuatkan pokok ati2 cantik dipandang. Menurut Sumber yang saya baca pokok ati2 boleh dijadikan ubat untuk mengubati batuk, masaalah asma, bisul, gangguan pencernaan, penyakit cacing dan radang telinga.

Sangat mudah untuk menanamnya. Hanya keratan batang dia boleh membiak dengan subur. Tanah yang digunakan elok tanah peroi. Kalau pergi nursery terutamanya Sungai Buloh banyak betul pokok ati2 yang bermacam2 warna. Kalau saya tak silap boleh dapat rm5 atau rm6 sepokok yang ditanam dalam polybag.

Saya ada enam pokok ati2, ada yang saya beli dan ada yang kawan bagi.












Thursday, December 17, 2015

R&R Rawang.

Assalamualaikum...

Setiap orang yang menggunakan highway utara selatan atau sebagainya mesti singgah dekat tempat rehat yang dipanggil R&R. Ada yang singgah untuk ke tandas, makan atau pun solat. Lagi pun kalau perjalanan jauh dah semestinya tukang bawa kereta rasa penat kan.

Masa saya ke Taiping tempohari saya simggah di R&R Rawang. Tengok jam dah pukul 12 tengahari hubby kata makan kat sini ajelah. Saya pergi berempat. Saya dan adik makan mee manakala Mimi dan hubby makan nasi. Bila dah sampai dekat meja hubby cakap macam tak logik harga yang dikenakan dengan makanan yang diambil.

Setiap lauk ada harga tertera tapi macam tak sama bila sampai dekat kaunter. Saya tanya berapa harga nasi, hubby kata RM10. Walaupun kita sedia maklum harga barang memang melambung tapi takkan sepinggan nasi putih, sepotong ikan masak kari bahagian isi, sayur bendi 2 biji dan sedikit sambal belacan harganya rm10. Bagi saya harga sepinggan nasi kalau berlaukkan sebegitu masih mahal. Sayangnya bila hubby dah habis makan baru saya teringat tak ambik gambar. Macamana dengan rakan2 semua berbaloi tak? Atau ada sesiapa yang pernah beli makanan kat tempat ini.

Inilah tempat hubby beli nasi tu.






Tuesday, December 15, 2015

Ziarah Adik.

Assalamualaikum....

Baru balik dari Taiping ziarah adik. Mulanya nak tinggal 3 hari aje cuti weekend sambung cuti Selangor tapi tambah satu hari lagi sebab Selangor menang bola.

Selalunya kalau saya datang ke rumah dia mesti riuh rendah dengan gelak ketawa. Anak dan menantunya yang cikgu diSabah pun ada. Tapi Kali ini agak berbeza selama saya berada dirumah dia tak pernah nampak gelak senyum pun tidak. Lebih banyak menyendiri dan berdiam diri.

Kalau bercakap pun dengan suara yang perlahan. Badannya kurus sangat tak macam saya jumpa dia masa anak buah kahwin bulan September tempohari. Memang banyak sangat perubahannya. Ada juga saya tanya tentang penyakitnya tapi dia mengelak tukar topik. Bila saya minta nak tengok bekas operation dia kata dah bandage lah dan banyak alasan.

Masih berulang ke hospital untuk buat physiotherapy. Menurut doktor tak boleh ponteng sebab risiko tangan boleh jadi lumpuh. Dekat rumah pun saya nampak dia buat excersice yang doktor sarankan.

Paling sedih masa nak balik saya menangis masa peluk dia dan dia peluk saya kuat2. Tidak ada air mata pun tapi bila kereta kami nak jalan dia lambai2 menangis. Rasa macam nak turun semula dari kereta. Mungkin dia tidak mahu saya sedih tapi kalah juga dengan perasaan bila saya sudah nak tinggalkan dia.

Saya berdoa agar Allah sembuhkan atau ringankan penyakitnya.




Thursday, December 10, 2015

Buah Tin.

Assalamualaikum....




Ada tak yang tahu apa yang ada didalam botol tu. Bukan kacang ya tapi buah tin. Buah ini ada diceritakan dalam al Quran buah dari syurga.  Kaya dengan serat dan pelbagai vitamin juga mineral yang memberi manafaat pada tubuh badan. Sangat elok jika diamalkan memakannya. Selain buah tin saya juga suka makan buah kurma dan kismis. Dapat pulak kismis yang besar2 memang puas makannya.

Untuk mendapatkan buah2an ini saya akan ke kedai arab Mahnaz Food yang terletak diShah Alam. Kedai Arab ini pernah saya masukkan dalam N3. Banyak barang yang datang dari Timur tengah ada jual disini.

Sesiapa yang berminat bolehlah datang sebab harga disini murah dan kalau beli dalam quantity yang banyak jauh lebih murah dari tempat lain.




Wednesday, December 09, 2015

Fresh from the sea and kuali

Assalamualaikum...

Minggu ini saya ke Terengganu. Masa nak balik ikut jalan tepi pantai.


Singgah sini. Ada udang, ada sotong, ada ikan yang dipanggil Colek.




SubhanAllah nikmatnya. Fresh from the sea and the kuali hehehe..........





Saturday, December 05, 2015

Shopping Sakan....

Assalamualaikum..

Tetamu saya sudah pun balik terasa sunyilah pulak. Sama2 masak, jalan2, shopping dan makan2 kat luar. Kali ini dia datang memang nak shopping habis maklumlah hujung tahun banyak sangat yang on sale.

Memborong ke IKEA memang puas dia kali ini. Selalu kalau datang nak cepat balik sebab nak pergi ke tempat lain. Tapi kali ini seharian kami disini. Dapatlah dia memilih apa yang dihajat. Lepas habis membeli naik ke tingkat atas semula untuk makan2. Saya beli karipap IKEA yang super duper sedap untuk dimakan bersama. Ada meet ball, ayam goreng, kek badam, French fries, sup mushroom, garlic bread, salad dan entah apa2 lagi yang diorder saya pun tak ingat. Memang makan sungguh sebab lepas tu terus balik rumah.

Hari berikutnya bawa pulak ke Sogo sekali lagi dia memborong sampai bantal pun 4 biji dibelinya, handbag 5 buah, t- shirt tak tahu berapa helai, baju untuk cucu dia dan entah apa lagi saya cuma tolong bawa barang2nya yang entah berapa plastikbag. Nasib baik tak diangkutnya Sogo balik sekali. Katanya dia memang menyimpan untuk shopping hujung tahun sebab harga barang memang jauh lebih murah kalau dibandingkan masa lain.

Bila dah balik rumah dikumpulkan barang yang sudah dibeli penuh satu sudut rumah saya. Saya lawakkan dia ada ke lagi yang tertinggal... selamba dia jawab...lagi 2 buah katil dan 4 buah almari yang hendak disambarnya diIKEA. Dalam perkiraan saya memang beribu dia berbelanja. Cash money tak main credit card. Dalam kegawatan ekonomi masih ada lagi yang punya wang yang banyak untuk berbelanja. Saya nak ambik gambar barang2 yang dibelinya tapi dia melarang takut dianggap menunjuk2 pulak.

Saya?....terpaksa tangguhkan perancangan holiday hujung tahun bawa ke tahun hadapan. Perancangan selepas ke Bali bulan march tempohari kami ada merancang holiday lagi pada hujung tahun tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab2 mata wang jatuh. Kalau pergi berdua boleh diteruskan tapi sudah berjanji dengan Mimi dan adik nak bawa sekali. In syaa Allah.
Sebaik2 perancang adalah Allah yang Maha ESA.




Monday, November 30, 2015

Cemas

Assalamualikum....

Semalam masa saya siapkan hidangan untuk makan malam bersama tetamu tiba2 dengar suara anak lelaki balik dengan hubby yang sepatutnya ke airport untuk menjemput Mimi balik dari Penang. Hairan juga kenapa cepat sangat tak sampai 10 minit dah balik. Bila hubby masuk saya nampak mukanya tak ceria dan bagitau akak panggilan Mimi (anak perempuan) kat airport Langkawi. Sepatutnya Mimi sudah berada di KLIA2 tapi kenapa di Langkawi. Saya jadi kebingongan tapi lepas itu baru hubby kata Mimi hantar mesaj sekarang dia masih berada didalam kapal terbang airport Langkawi.

Makanan sudah terhidang selera makan totaly hilang tapi terpaksa juga layan tetamu. Hubby langsung tidak mahu makan masih lagi menalipon untuk mendapatkan berita dari anak. Agak lama baru ada mesaj... took off. Hubby terus mencapai kunci kereta dan saya pula berlari mengikut hubby. Sempat peluk tetamu suruh makan dan yang lainnya serah pada menantu.

Dalam kereta sunyi sepi hubby diam saya pun diam. Melayan perasaan teringat MH 307, MH17 dan macam2 lagi. Sampai saja diairport terus ke skrin untuk tengok number flight. Saya dan hubby menarik nafas dalam2 dengan luahan alhamdulillah. Berlari ke tempat arrival dan menunggu. Agak lama juga dan my hubby sudah standby dimuka pintu. Sejurus nampak Mimi terus dipeluk seolah2 macam mendukung. Dengar suara Mimi...ingat tak jumpa baba dan mama lagi. Saya pula hanya berdiri dibelakang dengan air mata yang tak berhenti. Sempat pandang muka Mimi dan nampak matanya bengkak.

Moment sebegini selalunya terjadi kalau pergi berjauhan yang lama tapi realitynya baru subuh tadi kami hantar Mimi ke airport untuk ke Penang. Dalam kereta baru dia menceritakan apa yang berlaku. Sepatutnya flight dia tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 7.30 malam tapi dekat dua jam berlegar2 diruang udara. Akhirnya flight divert dan landing diairport Langkawi.  Menurut Mimi semua yang berada didalam flight berasa amat cemas kerana gegaran yang begitu kuat. Kanak2 mula menangis kerana ketakutan. Orang Jepun yang duduk sebelah Mimi sempat cakap... pray to your god and I pray to my God.

Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun kami telah banyak kali menaiki kapal terbang tapi ini adalah pertama kali perasaan cemas sedemikian rupa.Terima kasih Allah kerana masih memberikan masa untuk kami anak beranak bersama alhamdulillah.....






Friday, November 27, 2015

Orkid dan Pokok Unik.

Assalamualaikum...

Banyak sangat cerita2 sedih tak bestlah kan...Nak ceriakan sikit rakan2 blogger dan diri saya juga. Tatap orkid yang berkembang kat laman saya.










Bunga kat bawah ini menantu saya ambil dari rumah pakchik dia dekat Temerloh. Cuba tengok betul2 kat daun merah tu ada burung bertenggek tapi itu adalah bunga bukan burung betul. Ajaib kan... kuasa yang maha Esa.






Saya tak tahu nama pokok bunga ini dan belum pernah tengok sebelum ini. Ada sesiapa yang tahu?





Wednesday, November 25, 2015

Terima Kasih Semua.

Assalamualaikum....

Terima kasih banyak2 atas doa buat semua rakan2 blogger khasnya buat pen biru, miss eimanhikmah, Saniah Ibrahim, Nooriah Abdullah, Paridah, nekchik. hainomOKje, nieda ramly, Kakzakie, Cahaya. Normala Saad, Sura Mohd, sweetie dan Bunda_ nora. Semoga doa2 kalian dimakbulkan Allah swt hendaknya.

Untuk  pengetahuan semua adik saya telah selamat menjalani pembedahan. Masih lagi dalam rawatan dan in syaa Allah esok akan menjalani scan dan berjumpa dengan doktor pakar. Terus terang saya katakan kami sekeluarga amat risau dan sedih. Saya akui diluar sana memang ramai lagi yang menderita tapi bukan senang untuk menerima perkhabaran yang sememangnya ditakuti semua orang. Tapi kita kena akur hanya Allah yang tahu siapa yang hendak diujinya.

Sedikit tentang adik saya beliau mempunyai empat orang anak semua lelaki dan dua orang cucu. Seorang yang sangat baik dan sangat pemurah. Sangat rajin membuat apa2 saja terutamanya kalau kami adik beradik berkumpul dialah yang menjadi tulang belakang.

Doa kami semoga tabah, kuat semangat dan serahkan semuanya pada Allah Taala.






Monday, November 23, 2015

Tolong Doakan.

Assalamualaikum.


Minta rakan2 tolong doakan operation adik saya berjalan  dengan lancar. Sekarang dalam operation room. Allah nak uji ada ketumbuhan dekat payu dara.






Friday, November 20, 2015

Ubi Rebus.

Assalamualaikum...

Siapa suka makan ubi rebus? Boleh dimakan dengan sambal atau dicicah dengan gula campur kelapa. Sebut pasal ubi terkenang ketika zaman kecik2. Orang kampung kebanyakkanya memang menanam pokok ubi untuk sajian harian disamping nasi.

Ada juga orang yang terlalu miskin makanannya hanya bersumberkan ubi kayu. Zaman sekarang jarang kita jumpa orang makan ubi untuk menu harian yang ada pun ubi dijadikan makanan istimewa. Ada restoren yang menyediakan ubi rebus dengan harga sepiring rm5 ke rm6.

Ubi juga boleh dibuat macam2 seperti digoreng, dibuat keropok, kuih bingka dan sebagainya. Bagi yang tidak bermasaalah boleh makan bila2 masa tapi bagi orang macam saya kenalah berhati2. Make sure kalau nak makan ubi mesti makan nasi dulu kalau tidak seharian perut meragam.



Sedap makan waktu panas2.





Thursday, November 19, 2015

Booster.

Assalamualaikum...

Saya teruja bila baca N3 My Green Eye's tentang Organik Plant booster. Bahan yang digunakan sentiasa ada disekeliling kita dan boleh dikatakan hari2 kita gunakan. Contohnya nasi, roti, pisang, telor, bawang.

Hari ini saya buat dua jenis booster, roti yang direndam dengan air hujan. Satu lagi nasi yang diblend dengan air beras.



Nasi diblend dengan air beras.


Roti yang telah siap dipotong kecil2.


Sudah dicampur dengan air hujan. Tunggu empat hari baru boleh digunakan.

Sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke blog malasaad.blogspot.com untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Terima kasih kepada mala kerana sudi berkongsi.





Tuesday, November 17, 2015

Semoga Cepat Sembuh.

Assalamualaikum...

Kakak sulong saya masuk hospital gara2 kakinya bengkak. Beliau pengidap darah tinggi dan juga alzheimers.  Kalau ikut umur tak adalah tua sangat baru 65 tahun tapi dia tak ingat apa2.  Tinggal dengan anak dan pembantu rumah.

Makan terpaksa disuap kalau tidak nanti dia lupa. Tidak boleh mengurus diri sendiri kerana lupanya ditahap yang sangat serious. Kadang2 bila saya jumpa, dia pandang lama2 terus peluk mungkin ingat2 lupa atau kenal dengan suara saya.

Pernah kena mild stroke sebanyak 3 Kali. Menurut doktor stroke tu attack otak depan mungkin juga itu penyebab dia lupa sangat2. Kesian juga dengan kehidupan dia dulu dimadu tapi dia mengalah. Bela dua orang anak alhamdulillah kedua2nya berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam kerjaya.

Inilah kakak saya kami panggil ayong ada masa dia ingat tutup aurat kadang2 dibukanya. Kalau diingatkan pun sekejap aje dia ingat.




Tolong siram pokok2 saya. Bulan lepas datang rumah saya macam2 dibuatnya. Semoga ayong cepat sembuh.





Monday, November 16, 2015

Makan Ikut Musim Ke?

Assalamualaikum...





Kalau Musim panas sedapnya makan buah ini. Simpan sekejap dalam peti ais sejuk masuk ke tekak. Malangnya sekarang musim hujan. Terduduklah dia dalam peti ais tak berapa ada yang berminat.

Mungkin juga tidak ada persaingan. Kalau ada budak tak kira panas ke hujan semuanya licin. Yang ada pun balik kerja hari sudah malam. Lepas makan nasi malas nak makan buah. Bagi yang suka tentu tak kira waktu kan...





Thursday, November 12, 2015

Orkid Paling Saya Suka.

Assalamualaikum...

Terpanggil bila saniah tulis dalam N3 tentang kegemaran saya pada orkid. Tak dinafikan bila jumpa orkid tak kira dimana saya akan beli. Ada juga saya jumpa orkid yang agak unik bila saya melancong tapi tak dapat nak bawa balik.

Kalau ikutkan memang banyak saya berbelanja untuk membeli orkid. Tak semua yang saya beli hidup lama. Ada juga pokok orkid yang susah berbunga dan tak berapa sihat. Tapi itulah kalau dah minat usahakan juga.

Nursery Sungai Buloh adalah tempat yang selalu saya kunjungi. Sampai taukeh tu dah kenal dengan saya. Kalau nak mencari orkid yang banyak kena masuk kedalam. Mesti melalui Hospital Sungai Buloh masuk paling akhir. Harga pulak jauh lebih murah berbanding ditepi highway.

Walaupun Musim hujan ia tetap berbunga tapi bunganya tak besar sangat.













Tuesday, November 10, 2015

Rezeki Hari Ini.

Assalamualaikum...

Buat rakan2 yang bercuti hari ini selamat beristirehat dan kepada yang beragama hindu Happy Depavali.

Dua hari lepas saya buat kuih bakar dan hari ini pula saya buat bingka ubi. Meroyan bakar2 tetiba datang. Bak Kata hainomokje kalau penyakit dah datang tak boleh nak ditahan2. Makanya kat rumah saya berhari2 makan kuih buatan sendiri.






Ubi tu saya bawa balik dari Besut. Sahabat yang tinggal disana bekalkan. Ada 3 jenis ubi putih, yang kuning dan satu lagi ubi badak. Saya pernah masukkan dalam N3 sebelum ini tentang ubi yang berbagai jenis. Selalunya dimusim tengkujuh memang senang dapat.





Kuih bingka ubi masih dalam oven belum boleh dipotong dan dimakan.

Gambar kat bawah ini pula nasi lemak pemberian jiran pagi tadi. Ada rendang daging, ayam goreng, telur, timun dan sambal. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.







Thursday, November 05, 2015

Empangan Paya Peda.

Assalamualaikum...

Hubby membawa saya melawat projek Empangan Paya Peda di Besut Terengganu. Hampir 5 tahun hubby berulang alik untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Minggu depan sudah nak diserahkan sepenuhnya kepada kementerian Pertanian. Ini bermakna semua kerja2 hubby disini telah selesai dan saya juga tidak lagi dapat pergi selalu ke Pantai Timur macam biasa.

Selain melawat projek di Besut hubby juga dikehendaki ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat bersama konsultan. Begitulah rutin kerja hubby selain mengendalikan projek2 lain yang ada di Lembah Klang. Ada juga kesulitan yang dihadapi tapi akhirnya berjaya juga disiapkan.

Hubby juga pergi melawat kilang yang berkaitan dengan projek di utara Semenanjung dan juga ke Manchester dan Shanghai. Alhamdulillah sambil bekerja dapat juga meluangkan masa untuk melancong. Masa ke Manchester hubby ambik masa lebih untuk ke Portsmouth UK berjumpa dengan anak cucu.








Beginilah rupa Empangan Paya Peda setelah siap. Kalau dulu cuma ada tanah kosong tapi sekarang sudah berisi dengan air.  




Kat atas ni pula gambar yang saya ambik sebelum projek siap.