Wednesday, December 23, 2015

Satar Alaf Baru.

Assalamualaikum...





Siapa suka makan satar?  Makanan yang terkenal diPantai Timur. Selain keropok lekor satar juga adalah diantara makanan yang saya suka. Selalunya satar dibungkus dengan daun pisang itu yang membuatkan bau dia wangi dan rasa ikannya bertambah sedap.

Sekarang orang sudah membuat pembaharuan atau pun lebih mudah. Kulit popia digunakan untuk membalut inti satar. Memang sedap itu yang boleh saya katakan. kerangupan kulit popia macam kita makan popia goreng tapi berintikan isi ikan. Orang Pantai Timur memang pandai menghasilkan makanan dengan menggunakan ikan.

Dulu saya suka beli satar diKemaman dan Tanjung Lumpur Kuantan. Selalu orang cakap tempat ini satarnya sedap dan terkenal. Mungkin ada kawan2 yang tahu ada tempat lain yang lebih sedap. Pantai Timur kan ke terkenal dengan makanan yang bersumberkan ikan.

Satar ini saya beli diKuala Besut. Kedainya ada menjual macam2 makanan frozen. Boleh juga makan dikedainya diatas permintaan nak makan apa. Memang sedaplah rasanya fresh. Terasa ikan yang dibuat intinya manis, lemak dan ada pedas2 sikit. Kalau sesiapa pergi kesana bolehlah singgah. Banyak kedai2 yang menjual disepanjang Jalan tapi menurut kenalan saya disini satarnya lebih sedap.





10 comments:

kakyon said...

ky suka makan. selalunya makn yg di jual di kedai2 makan yg di jual bersama otak-otak. ada yg frozen bagus juga kan. boleh makan bila2 masa yg kita nak..

saniah ibrahim said...

Saya pun suka satar...
Dah ada satar frozen pasti semakin mudah orang ramai nk goreng sendiri.walau bagaimanapun saya rasa satar asli terbaik .

Kakzakie Purvit said...

Bagus kan KakZai sebab org kita dah semakin maju dan pandai menggayakan yg tradisi utk lebih tahan lama dan boleh dinikmati bila-bila masa saja.

Raihanah Ahmad said...

bagus ni, dah berkembang

Nieda ramly said...

inovasi ...berapa sepaket kak zai

Zaitun said...

Harga sepaket rm5 nieda isi dia ada 15 keping.

paridah said...

satar yg biasa lbh sedap kot tapi xtahan lama mcm yg frozen...kalau rasa nk mkn lbh lama belilah yg frozen bnyak2..

Normala Saad said...

Murahnya....mana boleh beli kat sini ya...kak pun suka satar ikan..

hainom OKje said...

Masyaallah sedapnya Kak Zai.... Saya mmg suka satar ngan kopok leko ni. Mmg hajat saya teringin nak ke Terengganu lagi satu masa nanti. Sebanya pasal dua nilah....

KEREDAANMU said...

Urmm sedapnya...setiap kali nk makan satar mmg cari satar kat tok jiring...urmm mmg best gile...makan dengan keropok kedut tranung.....yum yum yum..