Thursday, December 31, 2015

Tahun Baru Muncul Lagi

Assalamualaikum...

2015 akan melabuhkan tirai dan esok kita akan menyambut tahun baru. Buat semua rakan2 blogger mahupun yang diluar sana selamat menyambut tahun baru. Harapan semoga kita semua dalam keadaan baik2 dan dapat melakukan apa saja dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Minggu ini saya agak sibuk membuatkan tak dapat nak berblog walking. Sempat baca sikit2 tapi tidak meninggalkan jejak. Salah seorang rakan blogger Paridah ishak menyenaraikan blog saya sebagai penyumbang trafik blog kepunyaanya. Rasanya ini bukan pertama kali tapi apa2 pun kak Zai ucapkan banyak2 terima kasih. Blognya juga sudah berwajah baru tentunya sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Buat semua rakan2 ingin saya memohon ampun dan maaf  jika dalam penulisan saya sebelum ini ada yang terkasar bahasa yang membuatkan hati tersinggung. Kita mulai dengan kosong kosong ditahun baru ini.

Selamat menyambut tahun baru 2016.




7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Dari kakak juga buat KakZai
Semoga tahun 2016 yg tinggal beberapa jam lagi muncul memberi segala kebaikan buat kita semua.

saniah ibrahim said...

Selamat tahun baru juga kak zai...semoga 2016 lebih memberi sinarnya pada kehidupan kita.

Nooriah Abdullah said...

selamat tahun baru 2016 kakzaii

Hami Asraff said...

Salam singgah :)

Nieda ramly said...

singgah sini ziarah kak zai

hainom OKje said...

Salam 2016 Kak Zai....Tahniah jugak untuk kak Zai kerana tersenarai sebagai penyumbang trafik dlm blog Paridah Ishak.

Saya pun cenggitu jugak ye Kak Zai. Andai ada tutur kata yg menyinggung perasaan, harap dimaafkan

iryanty ismail said...

Selamat tahun baru kak zai..tq sudi singgah blog yan :-))