Monday, March 30, 2015

Pesta GST

Assalammualaikum...

Dah dekat sebulan fridge dalam rumah ni meragam. Nak kata rosak semua makanan dan air dalam keadaan elok belaka. Cuma dibahagian tempat simpanan sayur di penuhi dengan air. Saya tak tahu dari mana datangnya air itu.

Setiap dua hari saya akan cuci dan buang airnya. Kalau ikutkan memang sepatutnya ditukar sebab dah dekat 15 tahun saya menggunakannya. Tak bernasib baik sikit sebab dia buat hal masa barang tengah naik dan ada GST pulak.

Hari Sabtu saya ke Harvey Norman Sunway untuk survey. Adalah yang berkenan tapi hubby kata kita pergi tempat lain dulu. Semalam saya ke IOI City Mall pulak. Menurut promoter tu kalau nak tunggu lain kali kenaikkan akan ketara ditambah pulak dengan GST.

Dah habis fikir saya pun setuju untuk terus beli. Pejam mata terus bayar sedangkan dalam hati ada yang berhajat. Dah berjanji dengan promoter dekat Habib Jewel saya akan datang semula. Katanya pula kalau beli selepas 1 April harganya memang jauh berbeza. Dalam hati berbelah bagi tapi terpaksalah dulukan yang lebih mustahak. Pujuk hati jika ada rezeki dilain hari bolehlah beli.

Kali ini saya beli frigde yang ada kelainan sedikit. Dah bertahun tahun gunakan fridge dua pintu tapi freezer dia kat sebelah atas tapi kali ini dibawah. Ruang simpanan ikan ada berkotak dan tempat simpan botol pulak luas. Lebar fridge lebih kurang macam fridge lama tapi tinggi sedikit.

Selama dua hari pencarian saya orang memang ramai. Sama ada mereka memang nak menggantikan barang yang dah rosak atau sebagainya. Masing2 dengan misi pencarian. Kepada sesiapa yang nak membeli aircond memang tidak ada stock dimana2 kedai sekali pun. Bukan itu saja yang dah beli awal pun tak dapat dipasang sebab terlalu ramai yang menunggu giliran.

Gara2 GST seluruh kedai yang menjual barang tak kira apa saja dipenuhi dengan manusia, seolah2 pesta membeli barang.





Friday, March 27, 2015

Sikap Promoter Butik Bonia di Sunway Pyramid.

Assalammualaikum...

Hari ini saya nak luahkan perasaan yang terbuku terhadap sesetengah pekerja butik. Semalam saya keluar dengan anak2, kami ke Sunway Pyramid. Adik nak main ice skating. Dah beli tiket dan masukkan adik saya dan Mimi pergi ronda2. Saya nak beli purse bila jumpa butik Bonia kami pun masuk. Ada dua orang promoter seorang budak melayu dan seorang cina.

Masa saya masuk mereka sedang bersembang. Saya dan Mimi terus ke almari simpanan purse. Tengok2 dan tunjuk2 tapi promoter buat tak tahu aje. Bila saya sudah ada yang pekenan saya pun terpaksalah panggil. Datanglah yang berbangsa cina macam layan tak layan aje.

Dalam masa yang sama masuk pulak wanita arab. Promoter melayu tadi terus layan dan ikut aje siap bagi penerangan lagi. Walhal tak beli pun berlalu begitu saja. Sedangkan saya memang bertujuan hendak membeli tapi disebabkan layanan yang teruk niat saya untuk membeli terus terbantut.

Di Sunway juga saya pernah masuk ke butik Coach. Masa tu saya dan Mimi dah masuk tapi adik tunggu dimuka pintu sebab adik pegang minuman. Seorang promoter lelaki melayu siap angkat tangan dan body language suruh adik jangan masuk. Macamlah adik tak tahu peraturan masuk ke butik.  Pernah juga saya dilayan begitu baik sekali tak tahulah kenapa atau mungkin sebab  waktu itu saya memakai handbag Coach.

Saat yang paling bagus sekali semasa saya masuk ke butik Longchamp di Airport Bali. Promoter sungguh ramah dan baik sekali. Saya tak beli pun barang dia tapi sanggup hantar saya ke butik Michael Kors. Disini bukan seorang promoter yang layan saya tapi tiga. Mereka bagi pendapat untuk memilih. Walau dalam kesuntukkan masa kerana waktu bording dapat juga saya tangkap satu cuma tak sempat nak beli purse.

Saya tak tahu kenapa pekerja2 dinegara kita bersikap demikian sedangkan kalau diluar negara jarang berlaku. Semasa adik di UK adik banyak masuk ke butik2 yang lebih gah brandnya terutama sekali di Bicester Village tapi layanan yang diberikan sangat baik. Dan satu lagi diluar negara pekerja2 muslim boleh saja memakai pakaian menutup aurat tapi tidak dinegara kita.

Saya bukan nak tujuk riak yang saya pakai barangan branded tapi hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa. Maaf buat semua.






Tuesday, March 24, 2015

Pura Tirta Empul & Tegalalang Rice Terrace Bali.

Assalammualaikum...


Hari ini saya nak cerita percutian saya ke Bali. Banyak cerita Bali lagi yang masih belum saya ceritakan. Bali terkenal dengan pura terlalu banyak ada yang besar dan ada yang kecil. Hari kedua di Bali kami dibawa melawat ke salah satu pura. Nama tempat itu Pura Tirta Empul yang terletak di Tampaksiring. Tempat ini dianggap oleh penganut hindu sanskrit sebagai tempat pengampun dosa.


Pura tirta empul



Disitu terdapat sebuah kolam yang sentiasa menyemburkan air dari tanah yang tak pernah kering. Air dari kolam inilah yang mengalir ke beberapa pancuran yang digunakan untuk mandian. Air ini juga dianggap suci bagi penganut Hindu.




Air mata tanah

Pancuran dari salah satu kolam

Menunggu giliran untuk mandi

Mencuci dosa

Sesiapa saja yang datang melawat ke tempat ini diwajibkan memakai kain yang disediakan. kain ini dipanggil kamen dan ia digunakan ketika bersembahyang. Sebagai menghormati kepada adat mereka kita pakai ajelah dengan niat yang tidak terpesong.


Kain yang disuruh pakai


Selain Pura Tirta Empul disini juga terdapat sebuah istana yang dibangunkan oleh presiden Ir Soekarno. Istana tersebut adalah tempat beliau berehat ketika datang ke Bali. 

Bangunan atas itulah istana

Petangnya kami dibawa ke Tegalalang rice terrace. Tak berapa cantik sebab padi baru ditanam. Walau bagaimana pun pokok padi nampak subur. Padi ditanam dikawasan tanah tinggi. Tak tahu maca mana air disalurkan ke padi.  Disana juga terdapat banyak gerai yang menjual pakaian dan barang2 kraf.


Rice terrace

Lukisan





Saturday, March 21, 2015

Minggu Masak2.

Assalammualaikum....

Minggu masak2...dah macam blog masakkan pulak. Sementara anak2 belum balik ke kampus bolehlah masak2. Ramai yang boleh makan.

Bila malam aje anak2 akan tanya... esok nak masak apa ma?







Inilah sarapan pagi kami, mee goreng dan chicken puff. Kulit puff tu beli kat Giant brand Kawan. Buat inti kentang dicampur dengan mince meat lebih kurang macam buat inti karipap. Mee goreng kali ini terpedas sedikit dari selalu. Tapi anak2 suka. Dah habis baru teringat tak ada taburan telur. 

Untuk makan malam tak payah nak pikir sebab adik nak makan meatball dekat Ikea.





Friday, March 20, 2015

Ayam Panggang Nandos Homemade.

Assalammualaikum...


ayam panggang



Walau simple tapi rasanya sedap. Ayam panggang masakan si kakak (Mimi) untuk makan malam kami ini rasanya ala ayam Nandos. Sedap dimakan bersama sos Extra Extra Hot Nandos yang dibeli di Jaya Grocer. Bagi yang tidak tahan pedas bolehlah makan dengan sos Mild dan Garlic.

Malam ini turn saya pula ke dapur. Hihi.. Cadangnya ingat memasak mee rebus. Adik sekarang sedang cuti semester. Jadinya banyaklah aktiviti memasak bersama anak-anak. Kalau tinggal berdua dengan hubby kami lebih banyak makan diluar sebab rasa alang-alang masak untuk dua orang.

Selamat berhujung minggu untuk rakan-rakan blogger.




Tuesday, March 17, 2015

Dip n Dip Sunway Pyramid

Assalammualaikum...




Cantik pinggannya

Chocolate Fountain

Brownies Crepe

Chocolate Lava cake with Vanilla Ice-Cream

Hot Chocolate



Kalau tekak saya sedap lagi nasi goreng kampong dari makanan diatas. Oleh kerana kemahuan adik kami turutkan aje. Nama kedai/makananya dip n dip.


Untuk minuman hubby order Americano manakala saya pula air mineral. Lepas makan terasa macam nak mencari benda pedas atau yang masam. Bukan tak sedap tapi tak berapa nak lalu. Coklat pekat melempah ruah. Kalau setakat coklat biasa tu boleh lagi itu pun tak boleh makan banyak, sikit2 tapi berulang. Tekak melayu susah nak ubah. Hehe...




Friday, March 13, 2015

Kopi Bali

Assalammualaikum...

Kepada sesiapa peminat tegar kopi bolehlah pergi ke Bali sebab disana terdapat bermacam2 jenis kopi. Ada macam2 rasa dan disana juga terdapat kopi yang termahal dalam dunia.

Kalau pergi melawat ke ladang kopi kita akan diberi penerangan berkenaan dengan penanaman dan nama2 jenis kopi. Disana juga kita akan dihidangkan dengan bermacam2 jenis kopi untuk dirasa. Ada perasa coklat, serai, manggis, kelapa,vanila, expresso dan kopi biasa. Kopi perasa manggis elok untuk pengidap darah tinggi, kencing manis, cancer dan baik untuk menghalang tulang reput.


Ladang kopi

Kopi pelbagai rasa

Tester

Dalam banyak2 kopi yang terdapat disana ada satu kopi yang paling mahal. Kopi luwak namanya dan proses pembuatannya agak rumit. Luwak adalah sejenis musang yang dibela hanya untuk memakan kopi. Buah kopi yang dimakan luwak adalah kopi yang paling baik.

Luwak tidak menguyah biji kopi tetapi dia terus menelan. Najis luwak inilah yang diproses untuk dibuat serbuk kopi. Setelah dikumpul najis2 itu akan dibasuh, dijemur, diasingkan dan digoreng baru ditumbuk menggunakan lesung kayu. Menurut pekerja ladang disitu ianya dibasuh berulang2 kali.

Proses penghasilan Kopi Luwak



Setelah melawat ladang dan minum kopi yang dihidangkan kita akan dibawa ke kedai yang menjual pelbagai jenis kopi. Saya beli tiga jenis kopi berperisa manggis, kelapa dan serai yang berharga 100,000 rupiah untuk 100 gram. Kalau ikutkan agak mahal juga kan kopinya.


Kopi yang saya beli


P/s: kami tidak minum kopi luwak sebab tak sanggup.....hehe.




Wednesday, March 11, 2015

Pandawa & Dreamland Beach, Bali.

Assalammualaikum...


Dua tempat ini tidak ada dalam itinerary tapi sebab kami ada masa yang terluang supir bawa kami ke sini.








Nama pantai ini Pantai Pandawa, Ombaknya sangat kuat. Pantainya sungguh cantik manakala airnya jernih dan berwarna biru. Disini ramai yang main kano dan paragliding.

Gambar yang kat bawah ini pula Dreamland Beach. Ianya terletak di Nusa Dua. Pantainya juga cantik tapi ombaknya lagi kuat dari Pantai Pandawa. Kalau nak mandi kena pakai life jacket. Disini juga boleh bermain paragliding.


Pintu gerbang Dreamland Beach







Kepada sesiapa yang datang ke sini boleh aje jalan2 dipersisiran pantai, minum air kelapa dan makan jagung bakar. Terdapat juga gerai2 yang menjual makanan tapi dikhuatiri tidak halal.





Sunday, March 08, 2015

Sweet 19.

Assalammualaikum...

Tahun lepas hari lahir adik disambut di UK bersama abang, kakak ipar dan anak buah. Kami disini hanya mengirimkan ucapan dari jauh tanpa ada orangnya disisi.

Tahun ini tepat waktunya sedang berada diatas kapal terbang untuk pulang ke tanah air. Buat masa ini belum ada sambutan sebab kami baru balik bercuti dari Bali. Masing2 masih kepenatan. Akan ada makan2 diluar bersama keluarga sebagaimana yang selalu dilakukan.

Adik sudah berumur 19 tahun, sudah bergelar mahasiswi. Walau sudah meningkat dewasa tapi dimata saya dan hubby dia masih seorang gadis kecil sebab dia adalah anak bongsu kami. Sangat comel dimata saya walau tidak bagi orang lain. Seorang anak yang baik, mengikut kata, peramah dan senang mendapat kawan. Mudah tersentuh dengan kesusahan dalam kehidupan sesiapa saja.

Sejak dari kecil suka memberi wang kepada sesiapa saja. Ditempat umum kalau sepanjang jalan ada peminta sedekah dia akan meletakkan wang ke dalam mangkuk yang tersedia. Itulah sifat adik sampai sekarang tidak berubah. Sanggup tak cukup duit untuk berbelanja asal saja dapat membahagiakan orang lain. Kami semua berharap semoga adik menjadi orang yang berjaya dan kekal dengan sifat pemurah hati.

Mama dan semuaaaa...  mengucapkan selamat hari lahir buat adik. Semoga adik menjadi hamba yang taat pada suruhan, berjaya didunia dan diakhirat. Amin amin amin ya rabbal alamin.



Umrah 2006

Toko silver

Kopi luwak

Tanah lot

Pura tirtha Empul

Ulun Danu

Uluwatu

Nusa Dua


Gambar semasa di Bali.


Saturday, March 07, 2015

Tangkapan di Bali.

Assalammualaikum....

Alhamdulillah saya dan keluarga telah selamat pulang ke Malaysia.

Tangkapan terakhir di airport Bali. Sebelum bercuti dah survey di shopping mall di KL tapi harganya agak mahal. Bila tengok di airport Bali harganya agak berpatutan terus saya sambar. Hehehe....







Gelang ini pulak dibeli masa pergi melawat toko silver di Celuk, Gianyar Bali dalam perjalanan kami ke Tampaksiring. Hubby dengan murah hati hadiahkan untuk saya. Hihi... Syukur alhamdulillah.






Sunday, March 01, 2015

Syukur Selamat Tiba.

Assalamualaikum.




Punyalah jauh tempat boarding. Dah jalan separuh baru teringat ada kemudahan buggy disediakan.


Flight delay setengah jam.

Alhamdulillah kami selamat sampai Ngurah Rai International Airport pukul 1.05pm.