Tuesday, March 24, 2015

Pura Tirta Empul & Tegalalang Rice Terrace Bali.

Assalammualaikum...


Hari ini saya nak cerita percutian saya ke Bali. Banyak cerita Bali lagi yang masih belum saya ceritakan. Bali terkenal dengan pura terlalu banyak ada yang besar dan ada yang kecil. Hari kedua di Bali kami dibawa melawat ke salah satu pura. Nama tempat itu Pura Tirta Empul yang terletak di Tampaksiring. Tempat ini dianggap oleh penganut hindu sanskrit sebagai tempat pengampun dosa.


Pura tirta empul



Disitu terdapat sebuah kolam yang sentiasa menyemburkan air dari tanah yang tak pernah kering. Air dari kolam inilah yang mengalir ke beberapa pancuran yang digunakan untuk mandian. Air ini juga dianggap suci bagi penganut Hindu.




Air mata tanah

Pancuran dari salah satu kolam

Menunggu giliran untuk mandi

Mencuci dosa

Sesiapa saja yang datang melawat ke tempat ini diwajibkan memakai kain yang disediakan. kain ini dipanggil kamen dan ia digunakan ketika bersembahyang. Sebagai menghormati kepada adat mereka kita pakai ajelah dengan niat yang tidak terpesong.


Kain yang disuruh pakai


Selain Pura Tirta Empul disini juga terdapat sebuah istana yang dibangunkan oleh presiden Ir Soekarno. Istana tersebut adalah tempat beliau berehat ketika datang ke Bali. 

Bangunan atas itulah istana

Petangnya kami dibawa ke Tegalalang rice terrace. Tak berapa cantik sebab padi baru ditanam. Walau bagaimana pun pokok padi nampak subur. Padi ditanam dikawasan tanah tinggi. Tak tahu maca mana air disalurkan ke padi.  Disana juga terdapat banyak gerai yang menjual pakaian dan barang2 kraf.


Rice terrace

Lukisan





7 comments:

paridah said...

semasa sekolah dulu belajar sejarah Sultan Agong hanya tidak berjaya mengislamkan Bali yg taksub dgn hindunya...Bali mmg cantik utk dilawati.

NEKCIK said...

Memang majoritinya Hindu tapi diorang ni baik budi kan...lama dah tak ke bali nih!!

Jari Manis said...

Bali mmg 90% hindu kan kak Zai..itu sbb byk Pura..like Temple lah kan

Bunda a.k.a KN said...

Bali memang sinonim dengan agama Hindu sejak dulu llagi...

Nieda ramly said...

cantiknya lukisan..

Nieda ramly said...

cantiknya lukisan..

Kakzakie said...

Tradisi hindu masih kuat di sana kak zai. api memang temaptnya sangat menarik..