Monday, March 30, 2015

Pesta GST

Assalammualaikum...

Dah dekat sebulan fridge dalam rumah ni meragam. Nak kata rosak semua makanan dan air dalam keadaan elok belaka. Cuma dibahagian tempat simpanan sayur di penuhi dengan air. Saya tak tahu dari mana datangnya air itu.

Setiap dua hari saya akan cuci dan buang airnya. Kalau ikutkan memang sepatutnya ditukar sebab dah dekat 15 tahun saya menggunakannya. Tak bernasib baik sikit sebab dia buat hal masa barang tengah naik dan ada GST pulak.

Hari Sabtu saya ke Harvey Norman Sunway untuk survey. Adalah yang berkenan tapi hubby kata kita pergi tempat lain dulu. Semalam saya ke IOI City Mall pulak. Menurut promoter tu kalau nak tunggu lain kali kenaikkan akan ketara ditambah pulak dengan GST.

Dah habis fikir saya pun setuju untuk terus beli. Pejam mata terus bayar sedangkan dalam hati ada yang berhajat. Dah berjanji dengan promoter dekat Habib Jewel saya akan datang semula. Katanya pula kalau beli selepas 1 April harganya memang jauh berbeza. Dalam hati berbelah bagi tapi terpaksalah dulukan yang lebih mustahak. Pujuk hati jika ada rezeki dilain hari bolehlah beli.

Kali ini saya beli frigde yang ada kelainan sedikit. Dah bertahun tahun gunakan fridge dua pintu tapi freezer dia kat sebelah atas tapi kali ini dibawah. Ruang simpanan ikan ada berkotak dan tempat simpan botol pulak luas. Lebar fridge lebih kurang macam fridge lama tapi tinggi sedikit.

Selama dua hari pencarian saya orang memang ramai. Sama ada mereka memang nak menggantikan barang yang dah rosak atau sebagainya. Masing2 dengan misi pencarian. Kepada sesiapa yang nak membeli aircond memang tidak ada stock dimana2 kedai sekali pun. Bukan itu saja yang dah beli awal pun tak dapat dipasang sebab terlalu ramai yang menunggu giliran.

Gara2 GST seluruh kedai yang menjual barang tak kira apa saja dipenuhi dengan manusia, seolah2 pesta membeli barang.





4 comments:

Kakzakie said...

Dah ada fridge barulah ye Kak Zai:)

Kakak dgn hubby kakak ni Kak Zai buat biasa aje. Kami memang berbelanja bila perlu jadi harga kena GST ke tak kalau tak perlu memang tak beli tapi start 1 April ni kalau dan benda tu perlu nampak gaya kena belilah juga. Tapi kami dan bincang memang kena berjimatlah selepas ini.

saniah ibrahim said...

lama nya fridge kak zai dapat bertahan 15thn tu...
ialah kak zai samada GST ada atau tidak kami ni buat cam biasa je ,apa yg perlu ...yg penting keperluan anak2 diutamakan.

paridah said...

RAMAI YG NAK MEMBELI TU MAKNANYA BNYAK LAGI DUIT YG HENDAK DI BELANJAKAN...TIME SIBUK2 GINI AKAN BERLAKU MANIPULASI HARGA..KALAU DH PERLU SGT TRPKSALH DIBELI JUGA..

NEKCIK said...

iyalah Zai..senasib lah kita..tapi ada hikmahnya diorang tu rosak sebelum gst...kuranglah jugak sikit..nekcik pun mesin basuh merajuk yang tak boleh di pujuk..aircond asyik membara jer..mikrowep pun mogok..so sebelum kol 12malam 31mac..kami memborong semuanya..hu..hu...rabak poket tokpokcu!!