Friday, March 27, 2015

Sikap Promoter Butik Bonia di Sunway Pyramid.

Assalammualaikum...

Hari ini saya nak luahkan perasaan yang terbuku terhadap sesetengah pekerja butik. Semalam saya keluar dengan anak2, kami ke Sunway Pyramid. Adik nak main ice skating. Dah beli tiket dan masukkan adik saya dan Mimi pergi ronda2. Saya nak beli purse bila jumpa butik Bonia kami pun masuk. Ada dua orang promoter seorang budak melayu dan seorang cina.

Masa saya masuk mereka sedang bersembang. Saya dan Mimi terus ke almari simpanan purse. Tengok2 dan tunjuk2 tapi promoter buat tak tahu aje. Bila saya sudah ada yang pekenan saya pun terpaksalah panggil. Datanglah yang berbangsa cina macam layan tak layan aje.

Dalam masa yang sama masuk pulak wanita arab. Promoter melayu tadi terus layan dan ikut aje siap bagi penerangan lagi. Walhal tak beli pun berlalu begitu saja. Sedangkan saya memang bertujuan hendak membeli tapi disebabkan layanan yang teruk niat saya untuk membeli terus terbantut.

Di Sunway juga saya pernah masuk ke butik Coach. Masa tu saya dan Mimi dah masuk tapi adik tunggu dimuka pintu sebab adik pegang minuman. Seorang promoter lelaki melayu siap angkat tangan dan body language suruh adik jangan masuk. Macamlah adik tak tahu peraturan masuk ke butik.  Pernah juga saya dilayan begitu baik sekali tak tahulah kenapa atau mungkin sebab  waktu itu saya memakai handbag Coach.

Saat yang paling bagus sekali semasa saya masuk ke butik Longchamp di Airport Bali. Promoter sungguh ramah dan baik sekali. Saya tak beli pun barang dia tapi sanggup hantar saya ke butik Michael Kors. Disini bukan seorang promoter yang layan saya tapi tiga. Mereka bagi pendapat untuk memilih. Walau dalam kesuntukkan masa kerana waktu bording dapat juga saya tangkap satu cuma tak sempat nak beli purse.

Saya tak tahu kenapa pekerja2 dinegara kita bersikap demikian sedangkan kalau diluar negara jarang berlaku. Semasa adik di UK adik banyak masuk ke butik2 yang lebih gah brandnya terutama sekali di Bicester Village tapi layanan yang diberikan sangat baik. Dan satu lagi diluar negara pekerja2 muslim boleh saja memakai pakaian menutup aurat tapi tidak dinegara kita.

Saya bukan nak tujuk riak yang saya pakai barangan branded tapi hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa. Maaf buat semua.






8 comments:

Kakzakie Purvit said...

EtiBudi bahasa dan etika bekerja sebagai peekarja yg kena bertemu pelanggan tidak ada itulah jadinya Kak Zai. Kalau boss dia tahu mesti kena marah. Mahu-mahu kena warning pekerja macam itu.

Suria Amanda said...

Mereka x diterapkan dengan nilai2 murni masa bekerja kot kan...SA masuk butik coach kat klcc pun sama...siap pandang SA atas bawah lg...ingat kita x mampu agaknya

Pn Kartini said...

ASSsalamualaikum k Zai:)

Ermm....kita cam senasib pula..
Pernah ke butik Bonia di Sogo..
Memang kita berhajat utk membeli..ttp disebabkan sikap pekerja yang acuh tak acuh jee...terus hilang mood !mungkin takkan jejak lagi ke sana:(

paridah said...

SIKAP PERKERJA BEGINI MERUGIKAN BOSNYA XTAU MENILAI PELANGGAN YG MEMBAWA KEUNTUNGAN...

Acik Erna said...

sepatutnya tak boleh memilih pelanggan kan zai..tuan punya pun kalau nak cari pekerja kena la memilih

Nieda said...

kesian kita sebagai pelanggankan...?

che mid said...

Tak payah mintak maaf kak..begitulah keadaannya..kalau nampak sengkek layanan terus menjunam ke gred D/E. Kan ke Bos D Herbs pun pernah kena macam tu gak sbb pekerja tu tak cam dia..

iryantyismail said...

pekerja bukan di butik sahaja...casher pasaraya pun sama juga..muka berlagak..padahal kuli je...