Tuesday, November 17, 2015

Semoga Cepat Sembuh.

Assalamualaikum...

Kakak sulong saya masuk hospital gara2 kakinya bengkak. Beliau pengidap darah tinggi dan juga alzheimers.  Kalau ikut umur tak adalah tua sangat baru 65 tahun tapi dia tak ingat apa2.  Tinggal dengan anak dan pembantu rumah.

Makan terpaksa disuap kalau tidak nanti dia lupa. Tidak boleh mengurus diri sendiri kerana lupanya ditahap yang sangat serious. Kadang2 bila saya jumpa, dia pandang lama2 terus peluk mungkin ingat2 lupa atau kenal dengan suara saya.

Pernah kena mild stroke sebanyak 3 Kali. Menurut doktor stroke tu attack otak depan mungkin juga itu penyebab dia lupa sangat2. Kesian juga dengan kehidupan dia dulu dimadu tapi dia mengalah. Bela dua orang anak alhamdulillah kedua2nya berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam kerjaya.

Inilah kakak saya kami panggil ayong ada masa dia ingat tutup aurat kadang2 dibukanya. Kalau diingatkan pun sekejap aje dia ingat.




Tolong siram pokok2 saya. Bulan lepas datang rumah saya macam2 dibuatnya. Semoga ayong cepat sembuh.





9 comments:

cikmanggis said...

Semoga kakak Zai kembali sihat.65 tu kira muda lagi jika sihat tetapi jika sakit 50 tahun pun rasa tua kan Zai....saya selalu berdoa pada Allah Taala agar saya dapat menjaga diri hingga ke akhirnya.Bila baca kisah seperti ini terfikir nasib diri sendiri.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Semoga kak yong kak zai tu cepat sembuh..
Alhamdulillah ada juga menjagakan kak zai..

saniah ibrahim said...

Semoga kak yong sembuh kembali...mungkin strok dia menjadikan ingatan dia terjejas ...mudah2an yang menjaga dia pun diberi kesabaran.

Nooriah Abdullah said...

semoga kakak kakzai kembali ingt dan sihat, kesian kan kalau dia lupa tahap yg dh agak serius tkut mudarat pd diri dia lah, mesti ada org menjga tu tk boleh dibiarkan sorang2

Kakzakie said...

Org yg dah lupa ni KakZai dah tak ada menanggung dosa. Kita inilah yg sihat kena jaga dgn sebaik-baiknya. Syukur Allah kurniakan dia dgn anak-anak dan adik-adik yg penyayang.

paridah said...

betul kata kakzakie tu mrk yg pelupa ni sudah diangkat Allah segala tanggungjawabnya n ujian Allah sebenarnya kepada kita yg menguruskan kebajikan kakak zai yg sakit...ujian hidup kita ni berbeza-beza n xmampu kita menelahnya...moga kakyong zai pulih sediakala daripada sakitnya...nsyaAllah.

Sweetie said...

Kesian dan sedih pulak saya nengok gambarnya tu kak Zai... Entahlah... tak reti saya nak cakap apa bila membaca liku-liku kehidupannya. Sebak pun ada.

Jari Manis said...

along tak boleh duduk diam eh..rajin dia..semoga kakak sulung kak Zai cepat sembuh aminnn

hainom OKje said...

Dah bahagian dia kan Kak Zai.....Nasiblah ada kemampuan, ada anak dan pembantu, boleh jaga dia. bahgian kita entah apalah....takutnya lahai......
Alhamdulilah mak saya umur 86 kak Zai, masih ingat lagi. Masih boleh urus diri sendiri....