Monday, November 16, 2015

Makan Ikut Musim Ke?

Assalamualaikum...





Kalau Musim panas sedapnya makan buah ini. Simpan sekejap dalam peti ais sejuk masuk ke tekak. Malangnya sekarang musim hujan. Terduduklah dia dalam peti ais tak berapa ada yang berminat.

Mungkin juga tidak ada persaingan. Kalau ada budak tak kira panas ke hujan semuanya licin. Yang ada pun balik kerja hari sudah malam. Lepas makan nasi malas nak makan buah. Bagi yang suka tentu tak kira waktu kan...





14 comments:

paridah said...

SEDAPNYA MAKAN BETIK MELAWASKAN PENCERNAAN..KAK GEMAR MKN BETIK XKIRA MUSIM.

saniah ibrahim said...

Saya pun suka betik tak kira musim tapi anak2 agak kurang gemar.
Suka makan betik jadinya saya adalah tanam tapi malangnya buahnya tak elok ,kenalah tebang baru2'ni.

Azian Elias said...

i pun sgt suka.. tp jarang nak beli..

che mid said...

Ataupun tunggu berhidang baru dijamah kak.. kalau duk dalam peti mcm duk dalam gua, takde yang peduli..

Nooriah Abdullah said...

saya pun suka betik tpi anak2 tk suka maka nya jarang beli cuma bila dh geram sngt nk mkn baru lah beli kakzai

Normala Saad said...

feveret betik ni..buat somtam sedappp...

anajingga said...

sedapnya nampak betik tu zai, erm mahal juga sekarang harganya, dulu kat kampung memang tak pernah beli berbuah sepanjang tahun :)

Bunda_nora said...

Bunda suka makan betik ni fresh lepas kupas....kalau dah simpan bunda tak berapa gemar...

Nieda ramly said...

stok betik sentiasa ada dlm peti...sebab adik tanam pokoknya.sedap makan sejuk .
makan buah-buahan sebelum ambil mkanan berat sangat bagus utk badan lagi pun sunah nabi

Diana Rashid said...

kalau saya hujan ke panas ke, kalau ada bedal je..hahaha..saya memang suka buah2 ni..

Jari Manis said...

kak Zai!! kalau JM x kira masa nk makan buat betik ni.suka sgt!

Cikna said...

Cikna suka mkn betik klu simpan dlm peti a is dulu sejuk je pastu automatik membuang dgn jayanya....;-)

hainom OKje said...

Betul kak Zai.....musim hujan kurang laku pulak jadinya. Nampak sedap tu, oren dia menggegarkan nafsu haha.....

hainom OKje said...

Betul kak Zai.....musim hujan kurang laku pulak jadinya. Nampak sedap tu, oren dia menggegarkan nafsu haha.....