Wednesday, November 25, 2015

Terima Kasih Semua.

Assalamualaikum....

Terima kasih banyak2 atas doa buat semua rakan2 blogger khasnya buat pen biru, miss eimanhikmah, Saniah Ibrahim, Nooriah Abdullah, Paridah, nekchik. hainomOKje, nieda ramly, Kakzakie, Cahaya. Normala Saad, Sura Mohd, sweetie dan Bunda_ nora. Semoga doa2 kalian dimakbulkan Allah swt hendaknya.

Untuk  pengetahuan semua adik saya telah selamat menjalani pembedahan. Masih lagi dalam rawatan dan in syaa Allah esok akan menjalani scan dan berjumpa dengan doktor pakar. Terus terang saya katakan kami sekeluarga amat risau dan sedih. Saya akui diluar sana memang ramai lagi yang menderita tapi bukan senang untuk menerima perkhabaran yang sememangnya ditakuti semua orang. Tapi kita kena akur hanya Allah yang tahu siapa yang hendak diujinya.

Sedikit tentang adik saya beliau mempunyai empat orang anak semua lelaki dan dua orang cucu. Seorang yang sangat baik dan sangat pemurah. Sangat rajin membuat apa2 saja terutamanya kalau kami adik beradik berkumpul dialah yang menjadi tulang belakang.

Doa kami semoga tabah, kuat semangat dan serahkan semuanya pada Allah Taala.






9 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Semoga adik Kak Zaitun terus diberikan kesembuhan yg segera dan dipermudahkan segala urusan.

Nieda ramly said...

semoga adik kak zai tabah dan kuat semangat..mudah-mudahan cepat sembuhnya

saniah ibrahim said...

Moga adek kak zai akan sembuh sepenuhnya...saya tau apa yang orang terdekat rasai ketika ini .

LadyBird said...

Salam akak.. Lady doakan agar adik akak kembali sihat walafiat.. Ameeennn..

hainom OKje said...

Tak perasan dah ada entri baru tadi....
Kak Zai....semua org pun takut ...... takut nak menghadapi kenyataan, tp kalau itu dah takdirnya untuk kita, nak buat macamana? Terpaksalah belajar untuk redho....

Moga Allah permudahkan buat adik Kak Zai ye

hainom OKje said...

Tak perasan dah ada entri baru tadi....
Kak Zai....semua org pun takut ...... takut nak menghadapi kenyataan, tp kalau itu dah takdirnya untuk kita, nak buat macamana? Terpaksalah belajar untuk redho....

Moga Allah permudahkan buat adik Kak Zai ye

Kakzakie Purvit said...

Kakak dapat rasakan apa yg keluarga KakZai semua rasakan
Org yg kita sayang sedang diuji pasti semua akan terasa peritnya
Moga semuanya segera berlalu dan berita gembira diterima buat seluruh keluarga
Kakak doakan dari jauh.

Time Traveller said...

Semoga tabah pd seisi keluarga.. di doakan moga keadaan akan kembali seperti baik sediakala amin...

anajingga said...

semoga dipermudahkan buat adik Kak Zai dan keluarga ,amiin .