Monday, September 05, 2011

Belum Terlambat.

Salam semua...Agak lama saya menyepikan diri dari berblog, sibuk sedikit dengan segala urusan sampai tak sempat nak berblog walking dan balas comment. Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan2 alam maya, mohon kemaafan saya pinta jika terdapat kata2 yang boleh menyinggung perasaan rakan2 semua.

Tentu ramai yang dah balik kerumah masing2 untuk menjalankan tugas dan buat anak2 yang bersekolah dah pun memulakan sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu. Macamana sambutan hari raya kawan2 tahun ni? tentu meriahkan berkumpul bersama sanak saudara yang dekat dan yang jauh meraikannya bersama.

Hari raya pertama seperti biasa saya akan beraya dirumah dulu dan lepas tu raya kedua baru saya ke Ipoh ke rumah anak buah sebab tahun ni semua keluarga saya berkumpul disana. Setiap tahun kami beraya mengikut giliran sebab ayah tinggal dengan anak2. Tapi sebelum tu saya menziarahi kubur arwah mak dan arwah abang. Masa sampai kat Ipoh semua adik beradik dah ada termasuk anak buah yang dah kahwin.

Agendanya makan-makan, terlalu banyak makanan yang dihidangkan sampai tak muat meja. Saya bawa beberapa jenis biskut dan kek dan adik beradik yang lain juga masing2 dengan buah tangan. Terdapat disatu sudut terletak satu meja dipenuhi dengan bermacam2 biskut dan kek. Kata anak buah untung jadi tuan rumah tak payah nak order banyak kuih.

Saya tinggal disana selama 3 hari, rasa seronok sangat selain makan2 kami bersembang macam2 isu. Malamnya kami beraya ke rumah saudara yang berdekatan. Paling seronok tahun ni saya dapat banyak duit raya dari adik2 dan anak buah. Kalau dulu saya yang menyediakan duit raya buat mereka tapi tahun ni bertukar pulak mereka yang memberi duit raya pada saya sebab ramai diantara mereka yang dah bekerja. Itulah untungnya punya anak buah yang dah besar2 dan bekerja.

Paling sedih masa nak balik rasa berat kaki nak melangkah tapi insyaAllah dilain tahun kami akan berkumpul lagi tapi dimana belum buat keputusan. Singgah di T.Intan ziarah kubur arwah mak dan ayah hubby dan beraya ke rumah mak saudaranya, lepas tu pergi rumah pusaka yang tak ada penghuni dan jumpa dengan jiran yang kematian anak tempohari.

Semalam Mimi dah balik ke Melaka dan hubby pula ke Terengganu terasa sunyi sangat rumah ni. Tinggallah kami 3 orang dalam rumah ni dan kadang2 cuma saya dan adik sebab abangnya selalu kerja luar. Sepi sangat rasanya tapi sebelum hubby balik semalam saya ajak dia ke popular mencari sesuatu buat santapan minda untuk menghilangkan rasa sunyi.

saya beli
hadiah dari adik

Novel 7 hari mencintaiku tulisan Siti Rosmizah dan Hantaran kasih Tuhan tulisan Noorfadzillah Omar.

26 comments:

Acik Erna said...

Assalam zai..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
terasa sunyi nya ye zai..bila dah ditinggl sendiri..tak pe zai..bila adik dah habis exam nanti boleh pi sana pulak.

azi said...

Salam Kak Zai..
Selamat hari raya akak...maaf ye andai ada komen2 saya yg. menguris hati akak...

seronok baca cerita akak..kalau berkumpul ramai2..memang seronok ..tambah2 kalau dapat duit raya..:)

Amie said...

Selamat hari raya Zai, maaf zahir batin... ada lagi kuih raya tak?

sal said...

salam aidil fitri zai..

moga semuanya ceria di sana, wlupun dah berpisah mengikut destinasi masing-masing..

takpe...
jauh di mata dekat di hati..

MulutPayau said...

Selamat hari raya kak zai...maaf andainya ada trsilap kata..tersalah bicara walau di alam maya...

Seronoknya dapat duit raya....

zue said...

selamat hari raya zai...raya sakan.

zue dah baca novel '7 hari mencari cinta' ok lah.

selamat mmbaca :)

azieazah said...

Bila bekumpul bersama keluarga dan sanak saudara, macam tak cukup nak baca suratkhabar pun.

tapi bila bersendirian, novel pun boleh habis sehari saja.

Selamat melayan novel Kak Zai...

Syawal 7th: Beraya di Rumah Orang, Jangan Perasan Rumah Sendiri...

Nieda said...

Salam aidil fitri kak zai...
Banyak novel nk kena khatam ni.

Kamariah Awang said...

Selamat Hari Raya Zai.. Senasib jugaklah kita ni, sunyi dihari2 biasa.. Tapi, insya Allah.. kita sibok2kan diri, okey? Hihi..

hani@debumelukut said...

Alhamdullilah..beraya sakan lah kira nya tu..owh, dah di tinggalkan yer? u r not alone, sama lah kita...

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...selamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat Erna.

InsyaAllah kesana juga agaknya.

Zaitun said...

azi

Salam azi...selamat hari raya buat azi maafkan kak Zai juga ya.

Tahun ni dapat duit raya lebih sebab ramai anak buah dah bekerja.

Zaitun said...

Amie

Selamat hari raya Amie...kuih kat rumah kak Zai masih banyak.

Zaitun said...

sal

Salam aidil fitri juga buat sal.

Sunyi tapi dah biasa betul kata sal jauh dimata dekat dihati.

Zaitun said...

MulutPayau

Selamat hari raya maaf dari kak Zai juga.

Dulu2 kita yang memberi.

Zaitun said...

zue

Selamat hari raya...beli novel pengubat kesunyian.

Zaitun said...

azieazah

Bila berkumpul macam2 cerita yang keluar tapi ada juga gosip hehe...

Busykan diri supaya tak rasa sunyi.

Zaitun said...

Nieda

Selamat hari raya buat Nieda.

Kalau ikutkan hati sekejap aje khatamnya.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Selamat hari raya...betul tu kita buat2 sibuk supaya tak terasa sunyi.

Zaitun said...

hani@debumelukut

Bila berkumpul terasa seronok sangat tapi bila dah semua balik terasa sunyi. Memang betul masih ramai lagi yang tinggal keseorangan.

kpah k-poh said...

zai suka baca novel yaa...kita ni tak sempat nak baca...ada lagi 5 biji yg anak2 beli..duk jer dlm lemari tu...hmmmm...

sonata anak kancil said...

Zaitun : selamat hari raya - maaf zahir batin ... sempat lagi baca novel tu....sy dah lama tak dapat baca!

suri solehah said...

selamat hari raya k.zai,seronok dpt kumpul ramai2.lg seronok dpt duit raya,huhul ramai2.lg seronok dpt duit raya,huhu

Zaitun said...

kpah k-poh

Selamat hari raya.

kak Zai memang suka membaca,kalau novel 2 hari boleh habis,nak tahu ending ceritanya.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Selamat hari raya.

Kak Zai suri rumah sepenuh masa setelah habis lakukan kerja2 rumah kak Zai akan membaca selain novel suka juga baca buku2 motivasi dan buku2 ilmiah.

Zaitun said...

surisolehah

Selamat hari raya.

Masa anak buah kecil dan masih belum bekerja kak Zai memang peruntukan duit raya buat mereka mengikut umur kalau dah meningkat remaja tu lebihlah sikit tapi sekarang mereka dah bekerja.Kita rasalah pulak duit titik peluh mereka.